duquesne Publish time 19-3-2010 09:39 AM

Raja Kechil Tengah Perak

Dari utusan online :

Raja Ahmad dilantik Raja Kechil Tengah IPOH 18 Mac - Majlis Mesyuarat Dewan Negara Perak bersetuju menganugerahkan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah sebagai Raja Bergelar, Raja Kechil Tengah Perak.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayop Hashim berkata, pelantikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu berkuatkuasa sempena Mesyuarat Dewan Negara Perak Ke-146 pada Selasa lalu.
Sultan Perak juga berkenan melantik Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah yang sebelum ini menyandang gelaran Raja Kechil Sulung Perak sebagai Raja Kechil Besar Perak.
''Raja Kechil Tengah Perak, Raja Datuk Seri Ashman Shah Sultan Azlan Shah pula dinaikkan pangkat sebagai Raja Kechil Sulung Perak.
''Datuk Seri Dr. Jalaluddin Abd Rahim dan Datuk Seri Ismail Shahudin dilantik sebagai ahli baru Dewan Negara Perak," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Sementara itu, Ayop berkata, seramai 10 orang kenamaan telah dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara Perak iaitu Raja Tan Sri Aznam Raja Ahmad, Datuk Yusof Sulaiman, Tan Sri Darshan Singh Gill, Datuk Ismail Shah Bodin dan Datuk Abdul Karim Mohd. Jamil.
Ahli-ahli lain yang dilantik semula ialah Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini, Jeneral (B) Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin, Datuk Zubairi Tajuddin dan Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman.
Pelantikan 12 Ahli Dewan Negara Perak berkenaan dibuat mengikut kehendak Fasal 58(c) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Kedua.

-----------------------------------------

Now kedudukan waris kesultanan Perak dah bertukar lagi... kalau ada info pasal the new Raja Kechil Tengah Perak ni, tepek la kat sini.... :loveliness:

ujio Publish time 19-3-2010 04:42 PM

aku dr dulu mmg konpius sket ngan susur galur ksultanan perak ni.. hehe..

agydeyn Publish time 19-3-2010 07:57 PM

berapa banyak raja kechil ade kat Perak ni...aku pon konpius susur galur Perak royalty ni

evolution75 Publish time 19-3-2010 10:46 PM

org perak tolong terangkan salasilah sulta perak n cara2 menaiki tahta.

h1 Publish time 19-3-2010 10:50 PM

aku org perak, tapi tak paham sikit dgn perundangan ni

watachiwa Publish time 19-3-2010 10:51 PM

diorg kan pakai ranking..
paling atas skang ni selepas Sultan Azlan adalah raja Nazrin
paling bawah rank ke tahta adalah anak raj ashman ni le

watachiwa Publish time 19-3-2010 11:01 PM

ni ranknya..
Raja Muda, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah
Raja di Hilir, Raja Jaafar
Raja Kecil Besar Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung, Raja Datuk Seri Ashman Shah Sultan Azlan Shah
Raja Kecil Tengah, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah

credit goes to Hassan kadri from infogossip.net

agydeyn Publish time 20-3-2010 01:27 AM

ooo mcm tu...thanks wata

mysr01 Publish time 20-3-2010 01:39 AM

pelikny. bt its th most unique system of monarki dlm negara ni. ^^

Nadyne Publish time 20-3-2010 02:17 AM

Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah ni umur berapa agaknye yer...sape ada gambarnyer...

lizz_7777 Publish time 20-3-2010 03:02 AM

Post Last Edit by lizz_7777 at 20-3-2010 03:03

10# Nadyne

Around 17 to 18 years old if I'm not mistaken.

Nadyne Publish time 20-3-2010 03:13 AM

11# lizz_7777
mesti handsome..sbb maknye mixblood..Noraini Jane tu kan..

watachiwa Publish time 20-3-2010 01:24 PM

anakanda2 Raja Ashman semua muke very the omputes..so this Raja Nazim mmg muke mat salleh..

kalo x silap..every sultan layak letak 2 org anakanda lelaki dlm senarai list raja2 bergelar tu..
setiap sorg kene ikut giliran..
meaning kalo raja bergelar atas dia mangkat/naik pangkat die akan naik satu pangkat lagi dlm list raja bergelar tu..so Sultan Azlan sendiri anakandanya 2 org dah masuk list yakni Raja Nazrin n Raja Ashman..
so pasni kalo Raja Nazrin naik jadik Sultan perak, Raja dihilir skangh ni raja Musa akan naik jadi Raja Muda Perak..
begitulah turutannya..
x semestinya kalo bapak sultan, anaknya sempat jadik sultan..sebab anak2 kene melalui urutan raja bergelar tu..same goes to anak Raja Nazrin..

oni313 Publish time 20-3-2010 08:08 PM

anak2 raja ashman,
sumeryer ala2 mat saleh look,
anak perempuan dia cantik woo...:$

arisa_imamura Publish time 21-3-2010 12:57 AM

ni ranknya..
Raja Muda, Raja Nazrin Sultan Azlan Shah
Raja di Hilir, Raja Jaafar
Raja Kecil Besar Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah
Raja Kecil Sulung, Raja Datuk Seri Ashman S ...
watachiwa Post at 19/3/2010 11:01 PM http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
so kalau camtu, sapa bergelar raja kecil besar sebelum Raja Datuk Seri Iskandar Dzulkarnain ni?

manfrotto Publish time 21-3-2010 09:47 AM

Raja Izzuddin Iskandar Shah

watachiwa Publish time 21-3-2010 03:29 PM

Raja Izzudin tu kalo x silap kene lucut jawatan/ditarik balik jawatan dia atas sebab2 tetttttt

duquesne Publish time 22-3-2010 10:06 AM

Raja Ashman ni very low profile la.. ada tak sesapa yang ada gambar family dia ke.. anak dia yang baru kena lantik ni ke..

Raja Iskandar Dzulkarnain ni yang kawin ngan puteri Sultan Kedah kan..

watachiwa Publish time 22-3-2010 10:30 AM

erm..wata pernah tgk gambar Raja Ashmans ekeluarga..tapi x de save sebab hormat permintaan tuan punye gambar tu

makoko Publish time 22-3-2010 12:16 PM

RAJA ZULKARNAIN (KU NINE) NI MMG KAWEN KERABAT KEDAH.PLAT KETE KU 9.HANDSOME GILER,DIA NI ADIK ZARIRH SOFIA.SETAHU AKU YG DILAHIRKAN DI BANDAR DIRAJA KUALE
KANGSAR NI,ANAK SULTAN TAK SEMESTINYA JADI WARIS.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Raja Kechil Tengah Perak


ADVERTISEMENT