graxier06 Publish time 15-3-2010 11:34 AM

Bayangan Kolaborasi M Nasir

Post Last Edit by graxier06 at 15-3-2010 11:37

xtau dh ada ke lum dlm umah ni...tp aku tepek jer la erkk..even tajuk psl m nasir tp ada kaitan ngan tokti gak..

Bayangan kolaborasi M. NasirOleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my
Gambar HARUN OSMAN dan ehsan BEYOND EVENTS SDN. BHD.
http://www.utusan.com.my/pix/2010/0315/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_02.1.jpg
Yusri Mohammad Yusof (tigadari kanan), M. Nasir (empat dari kiri) bersama pihak pengurusan danmereka yang menjadi 'tulang belakang' penganjuran Minggu Setiausahaanjuran Ami Global.

KONSERT Bagaikan Sakti M. Nasir dan Datuk SitiNurhaliza di Singapura sekitar Januari lalu sememangnya memberi kesanyang cukup mendalam kepada mereka yang telah menontonnya.

Siapa tidak kenal dengan dua nama besar dalam industri muzik ini.Persembahan M. Nasir dan Siti amat menghiburkan dengan alunan indahrangkaian lagu-lagu popular yang dilontarkan mereka.
Menerusi Bagaikan Sakti, ia turut memperlihatkan buat pertama kalinya selepas lima tahun, M. Nasir dan Siti mendendangkan semula lagu Bagaikan Sakti.

Lagu tersebut merupakan lagu tema filem epik Puteri Gunung Ledang yang menyaksikan kolaborasi pertama dua insan berjiwa seni ini.
Tambah menarik, konsert yang diadakan di Esplanade Theatre itu turutmenjadi medan buat M. Nasir dan Siti untuk terus berduet menyanyikansebuah lagu baru berjudul Hanya Semalam yang masih belum dirakamkan di studio.

Hanya Semalam merupakan sebuah lagu yang mendapat sentuhan Siti sendiri selaku penulis lirik manakala melodinya oleh M. Nasir.

Mengetahui betapa bernilainya lagu itu, M. Nasir yang diajak berbicara mengenai Hanya Semalam mengakui bahawa dia kini sedang dalam proses untuk muncul dengan album baru yang masih belum menemui judulnya.
Album yang akan memuatkan 10 lagu itu berkemungkinan bakal menampilkan dia dan Siti untuk bersama merakamkan semula Hanya Semalam di studio.

''Lagu itu kami nyanyikan semasa konsert di Singapura. Waktu itu ia belum dirakamkan. Mungkin kami akan merakamkannya.

''Saya kini dalam proses untuk merakamkan album baru. Proses rakaman akan berlangsung selama dua bulan.
''Kalau tiada halangan, album tersebut akan berada di pasaranpertengahan tahun ini,'' katanya ketika ditemui di sidang akhbar MingguSetiausaha yang bertemakan A Golden Moment With M. Nasir di ibu negara, baru-baru ini.
Ujar M. Nasir, sehingga kini, dia telah pun mengumpul lebih 30 buahlagu dan akan dipilih untuk dirakamkan serta dimuatkan dalam album itu.

Semua lirik lagu-lagu itu, jelasnya, adalah hasil sentuhannya sendiri.
''Selain Siti, mungkin juga ada lagu-lagu itu dinyanyikan secaraduet dengan artis-artis lain. Ada lagu-lagu tersebut yang sesuai untukduet.

''Ketika lagu itu terhasil, saya ada terbayangkan beberapa nama yangsesuai untuk berduet dengan saya. Mungkin artis lelaki atau perempuan.

''Mungkin juga saya menerima lagu-lagu yang liriknya dihasilkan oleh komposer lain,'' kata M. Nasir sambil tersenyum.


**so mmg harapan rmi kan lagu ni akan rekod..even dh lama lagu ni tp still tggu jer studio version....mana tau kan bkn Hanya Semalam jer yg babitkan tokti nm masir..mana tau kan since m nasir ckp dia dh jumpa kembali teman duet nya..mayb more than 1 song..perhapss...

eddysheddy Publish time 15-3-2010 11:45 AM

hanya semalam tu not bad gak

dauswq Publish time 15-3-2010 11:54 AM

iols sokong{:1_141:}

my_mouth Publish time 15-3-2010 12:38 PM

yesss... aku suke lagu tu...

graxier06 Publish time 15-3-2010 02:06 PM

au suka lagu tu gak..n lagu2 yg akan datang...motif??hahhaha

rotibusuk Publish time 15-3-2010 08:24 PM

tp lagu tuh agak pnjang ...

nouvosion Publish time 15-3-2010 11:13 PM

x kan 1 lagu je duet ngan ct..

rotibusuk Publish time 15-3-2010 11:28 PM

aku harap klua album duet ct ngan ft then baru m nasir...haha

graxier06 Publish time 16-3-2010 12:03 AM

wat la album tokti berduet ngan rmi2 artis..nnti leh la nt wat modl tokti tumpang piopularitu artis2 tu...hahhaha

shakti1418 Publish time 18-11-2017 01:54 PM

notices
Settings
Caring
Cashback
Newest
Delivery
UPS tracking by UPS SMS Tracking
UPS Signature Tracking
january 2018 calendar
december 2017 calendar
last-page
Pages: [1]
View full version: Bayangan Kolaborasi M Nasir


ADVERTISEMENT