HaMiZiE Publish time 21-5-2012 09:33 PM

kalo pi Lombok..sure rasa selamat sket kan.. maklum ar, ramai awek awek Malaysia skrg ni dah menetap kat Lombok :lol:

bluemoon_smile Publish time 22-5-2012 01:04 AM

just pass by ~~~~

melur_30 Publish time 24-7-2012 12:17 PM

kembali dari Lombok..pengalaman yang sangat2 menarik. sekadar nk share pengalaman..

saya gerak dari Padang Bay ke Pelabuhan Lembar dengan ferry tambang Rp36,000. Jadual keberangkatan adalah sejam sekali dengan perjalanan mengambil masa sekitar 4-5jam bergantung kepada keadaan laut dan ferry itu sendiri. Waktu dalam ferry, saya dan adik memang dikerumuni; takut dan cuak jugalah sebab gaya pandangan derang tu semacam aje. Oleh kerana keadaan seperti kurang selamat, teman saya ambil bilik dengan harga Rp96k, kami share 8 org.

Mengenai transport di Lombok kami ambil supir dengan harga Rp500k/day. Oklah sebab share 8 org, kalau tidak memang rabaklah poket. Untuk 1st day sempatlah pergi pantai cemara, tangsi ,ringgit, pantai kute, tanjung an dan desa sade. pemandangan sepanjang perjalanan sangat menarik cuma jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain memang jauh. bertabahlah kalau terfikir nak ke toilet dan sbagainya. untuk 1st day, kami bermalam di Elen Hotel, sengigi dengan harga Rp100k/night. Pada kawan2 yang plan nak ambil flight ke lombok, jgn risau ada damri bus menghubungkan bandara - senggigi. Harga, Rp25k/one way.

2nd day, menuju ke gili trawangan. Dari sengigi ke Pelabuhan bangsal minta supir hantarkan Rp200k/one way. Manakala dari Pelabuhan Bangsal ke gili ambil boat biasa dengan harga Rp12,500 dengan perjalanan sekitar 45min. Sekali lagi dijamukan dengan pemandangan yang superb. Cuma satu yang tak syok, tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan. Ada pun setakat jadi hiasan bukan diminta utk dipakai..kalaulah jadi apa2, ishhhh tak sanggup nak fikirkan.. Di gili trawangan, tinggal di Pondok Bidara dengan harga Rp130,000/night, kami sumbat 4 orng dlm satu bilik. Kos untuk snorkeling (gili trawangan, meno dan air) pula Rp120,000/person (without makanan). Oklah, nak makan pun tak lalu sebab ombak di sini agak besar mahu keluar semuanya nanti. Mengenai coral saya rasa mabul lagi indah (pendapat peribadi saya ini, org lain tak tahulah mcm mana). Paling teruja bila dapat tgk penyu (macam tak pernah tgk aje sebelum ini :D)

3rd day di trawangan, explore trawangan ajelah. kat sini takde kenderaan bermotor. yang ada cuma basikal (giler mahal harganya), cidomo (kereta kuda - Rp50k utk explore satu pulau) atau pun jalan kaki aje. kami pilih yang ketiga, jalan kaki. giler mau tercabut kepala lutut tetapi syoklah sebab segenap sudut pulau tu kitaorang masuk.

day 4th, berangkat balik ke pelabuhan bangsal. kali ini tambang utk boat cuma Rp10k.kali ini ombak giler besar sebab hujan. Syukur tak terjadi perkara tak diingini sebab boat giler penuh dan life jacket langsung tak disediakan. hairan, kenapa derang pandang remeh soal keselamatan penumpang. tiba di bangsal, supir dah tunggu (Rp550k). kali ini kami menuju ke sendang gila dan tiu kelep (bayaran masuk Rp5,000) dan kota mataram untuk beli ole-ole. Malam tu sekitar jam 7.00pm kembali ke Padang Bay dengan ferry (tambang Rp3,500) dengan perjalanan cuma ambil masa 3j.

Mengenai makanan pula, pada saya makanan tidak menjadi masalah, yang penting yakin dengan hidangan tersbut. Harga oklah, standard price seperti di sini utk sepinggan nasi campur. cuma kalau di gili, makanan agak mahal.better bawa bekal siap2lah utk cut cost. local people, pula ok.ramah dan sangat membantu..

melur_30 Publish time 24-7-2012 01:17 PM

http://pic20.picturetrail.com/VOL1424/9951112/17964090/403472594.jpg
gili trawangan

http://pic20.picturetrail.com/VOL1424/9951112/17964090/403472593.jpg
sunset di gili trawangan..cantik sgt2

http://pic20.picturetrail.com/VOL1424/9951112/17964090/403472591.jpg
pantai tangsi atau dikenali juga sebagai pantai pink sebab pasirnya ala2 pink warnanya

lady_lily Publish time 24-7-2012 05:06 PM

kalau ke lombok harus hati2...maid saya org lombok...lombok yg kuat manderem adalah lombok kampung (yg keje petani tuh)...saya dah terkena tapi nasib baik dia hanya bertahan dgn saya cuma 2 minggu sebab saya terjumpa sesuatu di dalam bilik air dia...maid saya skrg nie alhamdulillah...sememangnya org lombok nie rajin kerja...

Pesona Publish time 24-7-2012 10:08 PM

Bila tengok iklan AA akan mendarat di Lombok, teruja la jugak. All this while, Lombok hanya terkenal di kalangan pendaki dan juga peminat watersports. Kat Lombok nie ada satu gunung, sangat terkenal di kalangan pendaki seluruh dunia i. e Gunung Rinjani.

Baru2 ni hubbyI, baru jea balik dari sana. Sebelum nie, they all hanya mendaki gunung2 kat Malaysia jea. So, bila my hubby cadangkan utk try Gunung Rinjani nie, they all setuju. In fact, my hubby & friends baru jea balik dari sana last week. Bila tengok gambar2 kat puncak gunung tu, memang superb. Kat gunung ada tasik, kat tengah tasik ada gunung berapi, ada kolam air panas, ada air terjun dll.

I teringin gak nak jalan2 kat sana. So far, dr apa yang I dengar, makanan halal kat sana tak ada masalah sbb kebanyakan penduduk adalah org Islam. Hotel2 pun banyak , dari yang paling murah sampailah yang paling mahal.

So, I memang tunggu AA buka laluan ke Lombok nie. Cuma ... I harap bila AA dah mendarat diLombok , janganlah laluan Denpasar, Bali pulak ditutup. Biarlah laluan Denpasardikekalkan juga ... sebab ada jugak pro & cons jika laluan Denpasar dihentikan.

malu2kucing Publish time 27-7-2012 11:57 AM

Pantai Sengigi
Pualu Gili 3 bijik
Gunung Rinjani
Naik cidomo.... syok cam enjoy kat fun fair jea

melur_30 Publish time 30-7-2012 09:35 AM

malu2kucing posted on 27-7-2012 11:57 AM static/image/common/back.gif
Pantai Sengigi
Pualu Gili 3 bijik
Gunung Rinjani


hahaha..cidomo tu memang klasik gilerlah..

malu2kucing Publish time 30-7-2012 12:04 PM

melur_30 posted on 30-7-2012 09:35 AM static/image/common/back.gif
hahaha..cidomo tu memang klasik gilerlah..

Baru real.... kan ? heheehe

Pesona Publish time 30-7-2012 04:45 PM

Teringin jugaknak ke Lombok nie .... tengok keindahan pantai dan Pulau Gili tue. Harap2 bila AA lancarkan destinasi baru ni ... dapatlah bagi harga tiket yang baiiiiiiiiiik punya ! Bila baca pengalaman forumer2 yang dah sampai ke sana , rasanya belanja tak berapa mahal sangat !

foranz Publish time 15-8-2012 01:44 PM

line Lombok dah buka...malam ni sapa nak jumpa jejaka2 hensome kat lombok boleh start book..rega tak mahal lak tu..cuma tak tahu apa nak buat kat lombok ni...:)

melur_30 Publish time 15-8-2012 02:13 PM

foranz posted on 15-8-2012 01:44 PM static/image/common/back.gif
line Lombok dah buka...malam ni sapa nak jumpa jejaka2 hensome kat lombok boleh start book..rega tak ...

macam2 ada kat Lombok nie yang boleh di explore...sekali p mesti rasa nak p lagi dan lagi dan lagi hehehehe

khg Publish time 15-8-2012 10:12 PM

huh..senang lah mat2 lombok nak balik kg. tak yah jakarta lagi.......

adnil Publish time 16-8-2012 10:55 AM

melur_30 posted on 15-8-2012 02:13 PM static/image/common/back.gif
macam2 ada kat Lombok nie yang boleh di explore...sekali p mesti rasa nak p lagi dan lagi dan lagi ...

melur, cer citer apa yg macam macam tu... so far mmg tak berapa pasti apa yg ada kat lombok nih kecuali seascapes lah..

melur_30 Publish time 16-8-2012 11:28 AM

adnil posted on 16-8-2012 10:55 AM static/image/common/back.gif
melur, cer citer apa yg macam macam tu... so far mmg tak berapa pasti apa yg ada kat lombok nih ke ...

adnil, kat page 2 saya ada share pengalaman saya kat sana..

ini apa yang saya ingatlah, antara wisata yang wajib dikunjungi tanjung ringgit, cemara, pantai syurga, senggigi, kuta, gili (trawangan, air, meno) tanjung aan, pantai malimbu, tetebatu, mount rinjani, taman narmada, sendang gila waterfall, tiu kelep, desa sasak sade, pura batu bolong, masjid bayan beleq...kalau punya ongkos lebih, lanjutkan aje perjalanan ke sumbawa, flores dan sebagainya hehehe.

mengenai makanan pula, memang heavenlah..jgn risau, I'Allah halal sebab majoriti sana muslim..shopping, sana terkenal dengan pearl.so sediakan aje ongkosnya :D...

adnil Publish time 16-8-2012 11:32 AM

melur_30 posted on 16-8-2012 11:28 AM static/image/common/back.gif
adnil, kat page 2 saya ada share pengalaman saya kat sana..

ini apa yang saya ingatlah, antara...

mmg dah baca dah... tapi cam tak berapa menerujakan lah... tu yg nak tanya lebih lanjut tu.. sbb ingat nak slot karimunjawa for next year.. but if lombok is better - lagi senang coz direct flight.

pram Publish time 13-11-2012 08:33 PM

salam...

senang bisa join di forum ni....saya adalah Bali & Lombok Tour guide...kebetulan saya juga dari lombok...boleh share2 info disini siapa mo tanya2 tentang Lombok silahkan...mungkin saya bisa bantu....bner sekali tu kate Bang Melur_30....banyak sekali tempat2 indah di Lombok ap lagi siape yg suka keindahan alam yang masih natural....dan sekarang ada juga tu di Lombok baru ditemukan pantai Pink...lg hot di Indonesia....Bali famous dengan " Pulau seribu Pura/temple " Lombok Famous dengan " Pulau Seribu Masjid " dan semboyan pariwisata international...."Bali ade di Lombok tapi Lombok tidak ade di Bali "....

suka sama crita Bang Melur_30 ni apa yang saya ingatlah, antara wisata yang wajib dikunjungi tanjung ringgit, cemara, pantai syurga, senggigi, kuta, gili (trawangan, air, meno) tanjung aan, pantai malimbu, tetebatu, mount rinjani, taman narmada, sendang gila waterfall, tiu kelep, desa sasak sade, pura batu bolong, masjid bayan beleq...kalau punya ongkos lebih, lanjutkan aje perjalanan ke sumbawa, flores dan sebagainya hehehe.

mengenai makanan pula, memang heavenlah..jgn risau, I'Allah halal sebab majoriti sana muslim..shopping, sana terkenal dengan pearl.so sediakan aje ongkosnya ...

Pesona Publish time 15-11-2012 08:42 AM

Insyaalllah akan ke Lombok next year. Trip mendaki Gunung Rinjani . Akan bersama group yg dah sampai ke puncakRinjani pada Julai tahun ini. Dari Lombok akan ke Bali pulak ...:)

Dark_Vampire Publish time 15-11-2012 08:54 AM

jone posted on 5-3-2010 08:14 PM static/image/common/back.gif
Cuba call Mas Rizal...dia Supir Bali...ari tu dia ada juga servis Bali-Surabaya-Lombok
+62812469105 ...

siap letak pic g...{:smileo

pram Publish time 17-11-2012 02:41 PM

Pesona posted on 15-11-2012 08:42 AM static/image/common/back.gif
Insyaalllah akan ke Lombok next year. Trip mendaki Gunung Rinjani . Akan bersama group yg dah sampai ...


good plan abang....selepas ni...saya telah membawa rombongan "jejak alam adventures" pada bulan September lepas ni...tgl 21 - 26 september, ketua rombongan namanya Mohamed Yusnor....
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Lombok, Indonesia


ADVERTISEMENT