AbangAsri Publish time 26-2-2010 03:00 PM

RAGAM RUMAH SEWA

Post Last Edit by medangmru at 26-2-2010 16:48

Anda tentu pernah jadi pelajar kat IPT/atau mana mana yg mana anda duduk di rumah sewa, apa masalah yg selalu di hadapi, rumah sewa anda macam mana, lengkap atau tidak dan berapa kos sewa bagi sebuah rumah dan seorang.Citerlah apa apa...nak mengadu, nak bagi pendapat tentang ragam rumah sewa kat sini...

saya menguruskan 60 buah rumah sewa di IPOH, kebanyakan pelajar PUO, KPTM, dan pekerja swasta dan kerajaan yg masih bujang. saya juga menguruskan 7 homestay milik sendiri.Pelbagai anika ragam yg kita jumpa.

sesiapa yg mendiami rumah sewa saya dan nak buat komplen pun boleh.Tapi jgn ada adakan cerita, bercakap jujur....selalunya saya mengambil deposit seorang RM100 dan sewa bulanan RM90 bagi kontrak sewaan minima penyewaan satu semester ( atau 6 bulan yg mana lebih panjang ). Deposit akan di pulangkan selepas 2 bulan keluar dari rumah sewa.

ada apa apa soalan, nak belajar apa apa sila bagitahu...kita kongsi pengalaman.

hainina Publish time 26-2-2010 03:31 PM

mcm2 ragam n pesen... dah byk umah sewa dok.... ada yg ok n ada yg x :$

AbangAsri Publish time 26-2-2010 03:45 PM

kita kena tahu hak kita dan hak tuan rumah. adil

papa_vogue Publish time 26-2-2010 03:54 PM

aku duduk rumah swa masa belajar dulu pon macam2 masalah. biasa rumah pelajar ni la yg salu kna pecah masuk masa pergi kuliah. dengan laptop, hadphone, tv, duit.. semua hilang.

kalau sewa biasa dia ambik1 bulan deposit.. tapi sewa rumah conrooh harge 500 kitorang share la brapa seorang depens dengan brapa orang isi rumah. biasa x sampai 100 pon.

kalau cuti sem kitorang akan sewakan rumah tu untuk letak barang2 budak yg duduk di hostel dalam tempoh cuti sem je. biasa ambik dalam rm50 setiap orang yg sewa tempat untuk tumpang barang untuk cover balik sewa rumah..

semua orang balik kampung jadi xde sapa yg kat rumah sewa tu..

macam tula..

harumawar Publish time 26-2-2010 03:57 PM

salam TT..
masa tahun akhir,saya duk menyewa ngn rakan2 sekelas n kami seramai 6 orang..
sewa di pangsapuri,aras 1 area ayer keroh. sebulan rm450.

deposit 1.5bulan,n owner bg tumpang barang sebelom menyewa masuk.
umah half furnish,just ada peti ais n tong gas + stove.

kalo kami minta meja makan kena bayar lagi..:@
bulan pertama menyewa,kami dikejutkan dengan bil letrik pending sebanyak lebih kurang rm200 n berisi amaran akan dipotong dlm masa seminggu.:@:'(
saya selaku ketua umah, dengan penuh rasa tanggungjawabnya menghubungi owner n menyatakan mengenai berita itu..:)
owner just cakap jgn risau n kitorg just byr semasa je..
dah la ujung mgu baru kitorg byr sewa..owner datang amik sewa.bil kami kirimkan dia bayar..

bulan keenam kami menyewa,tangki air bocor..
hampir 2 mgu juga la kami suffer ngn keadaan kebanjiran itu..
dah call owner,dia xdtg2 juga..:'(:mad:
dia dtg masa nk amik sewa jek..pasal duit laju gilerrr..:@
utk pengetahuan semua.owner adalah keturunan mamak n kelihatan agak gatal..semua housemate takot nak jmpa dia..kecuali aku sbb terpaksa...:mad:

passtu,masa kami cuti semester,dia suh tglkan kunci dlm mailbox..ape kehal?
dia cakap nk bersih umah..macam la tak tau taktik lelaki pervert..pasang cctv ke,curik underware ke..:mad::mad:

tapi,aku xletak pom kunci tu..siap pesan pada sumer jgn tinggal kunci..pada muka owner tu..
dah la sewa mahal,xde kemudahan sgt pom..dh la bg peti ais besau,habis bil letrik kitorg..bg kecik2 dh la..bukan nya kami masak sgt..:@

sekian saja citer ku..nt ingat balik,ku edit eh..:P:lol:

alfrina Publish time 26-2-2010 04:20 PM

mcm2 ragam bole ade kalo dok rumah sewa...

AbangAsri Publish time 26-2-2010 05:44 PM

kaedah saya macam ni:-

saya iklankan rumah sewa. biasa kalau 2 bilik 6 org, 3 bilik 2 bath tuk 8 orang. Tapi kadar swa sama RM90.00 seorang bagi satu rumah. jadinya yg 2 bilik RM540, 3 bilik RM720.00
kontark sewa Jan-Jun dan Julai to Disember.
Tempahan RM100. bila masuk jer RM90.00 bagi sewa bulan pertama, bulan kedua biasanya dah dapat PTPTN bayar semua baki. (RM90x6 = RM540 ) Deposit kekal.

Bil api dan air yg tertunggak adalah dalam tanggungan saya. Penyewa hanya bayar semasa. Bagi memudahkan urusan, penyewa boleh bayar semua jumlah bil dan akan di tolak bagi penyewaan bulan kedua.

Peralatan yang di sediakan: Katil,tilam.kipas,kerusi meja( sorang satu ),dapur dan tong gas, mesin basuh, meja makan, TV , rak TV, ampaian.

Kerosakan: akibat perbuatan penyewa kena ganti, tetapi oleh kerana faktor usia, makanikal, bencana, tuan rumah tanggung.Tersumbat toilet penyewa kena bayar kos ( lazimnya kalau kerja kerja yg mudah, saya bagi percuma sahaja )

Saya ada wireman dan plumber sendiri.Setiap bayaran ada resit.

AbangAsri Publish time 26-2-2010 05:47 PM

selalunya tak ada masalah. kalau seorang buat masalah, kena tegur kena marah, lazimnya penyewa ni lah yg akan buat tohmahan di belakang hari atau di belakang kita.

lazim yg penyewa pertikaikan:
kenapa kami duk 5 bulan kena bayar 6 bulan.

jawapan:...satu sem di kira 6 bulan sebab sem akan datang macm tu jugak....kalau kira duduk 5 bulan..cuti tak bayar...jadi 10 bulan la setahun. Angkat tangan sesiapa nak sewakan rumah 10 bulan setahun? tentu tak ada kan...

AbangAsri Publish time 26-2-2010 05:56 PM

ada satu kes baru baru ni.

6 plajar tempah utk sesi Jan - Jun 2010. mereka bayar RM100 tempahan.
11/1/2010 mereka mendaftar masuk RM100 jadi deposit
sewa Jan mereka tak bayar sebab tunggu PTPTN ( saya bertolak ansur ttg hal ni ) bagi peluang.
11/2/2010 - PTPTN Masuk, tak sempat jumpa pelajar bercuti balik kg.seorang bayar habis RM540.
23/2/2010 - saya sampai dapati 6 plajar ini mengosongkan 2 bilik mereka dan berpindah tanpa notis, tanpa bagi tahu. seorang sem 6 dan 5 sem 1 ( budak baru )
25/2/2010 - saya berjaya mengesan mereka dan berlaku kata mengata...semua emosi.ada yg kena maki sebab kurang ajar ( yg sem 6 ) sebab keluar rumah depa kata sebab plajar sem 6 ajak...tu jer.
saya tuntut bayaran setiap seorang RM250.
ada mak bapak yg pertikai deposit dsbnya. saya jelaskan bahawa tiada dposit di kembalikan.( utk makluman ) plajar sem 6 ni pernah kantoi berpelukkan depan rumah - ertikata lain rendah moral. bila di tegur dia akan buat perangai ala ala bohsia.jenis lidah bertindik....

pada saya sikap sebegini tak wajar kepada tuan rumah.rumah yg di tinggalkan 4 bilik 3 bilik air. ada yg kata air kecik, tapi saya dah test i baldi boleh penuh dalam 47 saat. kira laju la..tapi tak la macam air terjun...

mereka pindah kerumah 2 bilik....sewa RM650.00 satu sem.

sekadar contoh.

AbangAsri Publish time 26-2-2010 05:58 PM

ada jenis plajar yg ala ala gatai dengan tuan rumah ( saya la..) kita biasa la lelaki, layan layan gitu jer..kekadang nak top up pun kita bagi..saja suka suka. tapi bila lebih lebih kita tak layan...mula la kata kita gatai....heheheh

papa_vogue Publish time 26-2-2010 06:51 PM

keluarga saya pon ada juga sewakan rumah dekat orang tapi bukan pelajar. tiap2 bulan ada je benda yg rosak and semua claim dengan tuan rumah.. sampaikan dia nak cat rumah pun dia tolak sewa bulan depan.. itu belum lagi dengan tombol pintu tercabut, singki tersumbat yg kami kira salah penyewa.

bila semua claim kami yg bg sewa ni x trima bayaran penuh.. jarang sangat la.. bila kami nak rumah tu balik sebab ada adik bradik yg baru kawen nak duduk situ dia g spray warna merah dekat dinding, pintu. tangki tandas dibocorkan lepastu lari macam tu je dengan sewa x bayar.

masa datang nak sewa cakap baik2 bila keluar dari rumah tu buat banyak masalah sampai kami yg kna keluarkan banyak kos nak cat satu rumah tu balik.

report polis dah buat tapi macamtula.. x dapat kesan kat mana keluarga tu.

moral... jgn sewakan dekat warga indonesia.

AbangAsri Publish time 26-2-2010 07:09 PM

kurang ajar penyewa tu.

kesilapan tu la...sewa pada warga Indon. tapi kalau kita tak bagi sewa pun kat mana depa nak duduk.

yg penting dapatkan info penuh. KP , passport etc. kalau Indon ambik deposit tinggi. catat no kereta atau motor.
dapatkan gambar dia.

tabasco Publish time 26-2-2010 07:12 PM

11# papa_vogue

nape?indon buat kotor rumah ke?

AbangAsri Publish time 26-2-2010 07:23 PM

kita sebenarnya tak kira Indon ker apa..perangai ni bukan di tentu oleh kaum atau negara. org kita pun kekadang banyak akai jugak.

pada saya: kerosakn hasil kerja penyewa penyewa bayar, kerana faktor rumah tuan rumah bayar, kalau mengecat elok ( atas sebab cat lama dah usang ) separuh tuan rumah bayar . kalau nak ikut cita rasa sendiri penyewa bayar.

kekadang rumah pelajar lelaki lagi bersih dari pelajar wanita.

papa_vogue Publish time 26-2-2010 07:27 PM

kurang ajar penyewa tu.

kesilapan tu la...sewa pada warga Indon. tapi kalau kita tak bagi sewa pun kat mana depa nak duduk.

yg penting dapatkan info penuh. KP , passport etc. kalau Indon ambik d ...
AbangAsri Post at 26-2-2010 19:09 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif


itula, bila jiran recomend keluarga tu.. cakap suami lumpuh, hanya ank kerja dengan rumah lama yang x selesa jadi dengan dasar simpati sewakan rumah pada diorang.. masatu pertamakali sewakan rumah pada pendatang asing jadi x tau sangat prosedurnye, agreement hanya mulut ke mulut andxde black and white. tapi tu blah buat iktibar jadi bnd yg sama xkan berulang lagi.

papa_vogue Publish time 26-2-2010 07:28 PM

11# papa_vogue

nape?indon buat kotor rumah ke?
tabasco Post at 26-2-2010 19:12 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif




lebih pada rosakkan rumah.. spray dinding warna merah, dengan lantai pon sama, tangki air dibocorkan lepastu lari macam tu je.

papa_vogue Publish time 26-2-2010 07:30 PM

kita sebenarnya tak kira Indon ker apa..perangai ni bukan di tentu oleh kaum atau negara. org kita pun kekadang banyak akai jugak.

pada saya: kerosakn hasil kerja penyewa penyewa bayar, kerana fakt ...
AbangAsri Post at 26-2-2010 19:23 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif



betul.. kadang2 rumah sewa pelajar laki lebih bersih..

tabasco Publish time 26-2-2010 08:15 PM






lebih pada rosakkan rumah.. spray dinding warna merah, dengan lantai pon sama, tangki air dibocorkan lepastu lari macam tu je.
papa_vogue Post at 26-2-2010 19:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

isk2 teruknya...:@ berapi gak ni kalau kena.

tabasco Publish time 26-2-2010 08:18 PM

kekadang rumah pelajar lelaki lagi bersih dari pelajar wanita.

totally!sy penah bermalam kat rumah kawan.semuanye pompuan.bila nak mandi tu ya rabbi,bilik air bau darah {:3_95:} disebabkn sy xbiasa kalau xmandi,sy tutup hidung dan bilas2 badan,cuci muka.itu aje.pastu diorang slamber je sidai sotong kering kat dalam rumah.kat situ ade disediakan penyidai.sy malulah.

AbangAsri Publish time 26-2-2010 08:21 PM

pada harumawar:

kalau kerosakan tu memerlukan kos kecil . lebih baik kita penyewa buat dulu, pastu buat claim pada owner. nak tunggu lambat.
saya slalu nasihatkan kepada penyewa. kalau setakat kepala paip lose...lampu terbakar jgn tunggu saya...ganti sendiri.nanti bayar
Pages: [1] 2 3 4
View full version: RAGAM RUMAH SEWA


ADVERTISEMENT