robotech Publish time 22-2-2010 10:07 AM

OTAKU ..... Apatekebendanyamenatang itu?

http://zbsatozofjmusic.s3.amazonaws.com/azimages/otaku_usa_aug_09.jpg

Kbykan anak muda remaja Malaysia, terutamanya yg meminati budaya Jepun secara umum spt manga / J-pop / J-dorama / cosplay serta secara spesifik spt anime, mrk tak segan silu mengatakn mrk adalah otaku! Kdgkala, dlm kegairahan menjd sbhg drp sub-culture yg hip, urban (yg juga agak 'kawaii' ...) , adakh mrk tahu apa itu OTAKU dlm erti kata sebenar?

Thread ini dibuka khas utk membincangkn otaku secara umum, mengupas sub-culture yg kini berkembang secara mendadak di Malaysia.

Mari kita kongsikan bersama! Last edited by robotech on 16-10-2012 07:28 PM

robotech Publish time 22-2-2010 10:41 AM

TERMA OTAKU

http://i2.listal.com/image/276235/600full-super-dimension-fortress-macross-artwork.jpg
Siri animasi SDF Macross yang mempopularkan terma 'Otaku'

Apakah maksud otaku? Secara umumnya, mengikut perbendaharaan kata Jepun, otaku merujuk kpd 'awak / engkau / kamu / anda' & 'rumah awak'. Otaku amat jarang digunakan berbanding 'anata' (maksud sama spt otaku), & otaku digunakan sbg kata ganti diri kedua dlm bentuk penuh hormat / bahasa yang lembut. Namun begitu, frasa otaku tetap jarang digunakan sehinggalah pertengahan 1980an, itupun sbg bahasa slanga, bukan merujuk pd erti kata sebenar.

Tahukah anda, sejak bila otaku dikaitkan dgn peminat2 siri anime?

Sebenarnya frasa otaku mula digunakan dlm btk media popular sejurus siri animasi Super Dimension Fortress Macross disiarkan pd 1982 / 83. Watak Hikaru Ichijoe serta Lynn Minmay, hero serta heroin SDF Macross menuturkan perkataan 'otaku' sbg panggilan kata nama kedua penuh hormat antara satu sama lain. Ini bermula apabila pengasas siri Macross, Shoji Kawamori & perekabtk ilustrasi watak Macross, Haruhiko 'HAL' Mikimoto sering kali menggunakan perkataan 'otaku' sesama mrk & sesama staf Studio Nue yg menghasilkan anime SDF Macross.

Penggunaan meluas terma otaku bermula drp peminat2 siri SDF Macross melabel diri mrk sbg otaku sbg tanda hormat pd pencipta & staf siri SDF Macross, & makin bertambah popular apabila filem animasi Macross: Ai Oboete Mas Ka (Do you remember love?) memecah box-office seluruh Jepun pd 1984. Terma otaku makin popular apabila peminat2 siri Macross berkumpul di aktiviti2 sosial spt festival manga, parti lewat malam, tayangan perdana filem Macross DYRL dll.

Selama ini, terma otaku bukan merujuk pd sekumpulan peminat anime, console game, dsb. Pd waktu 1970an sehinggalah awal 80an, kata terma yg sering digunakan utk menggambarkn peminat sesuatu sub-culture adalah zoku. Contoh, bosozoku merujuk kpd kumpulan mat motor yg meminati apa shj ttg motor kuasa besar (versi Mat Rempit Jepun, tp yg 1st-class samseng, drp mat rempit kita yg no-class), Hanako-zoku merujuk pd peminat2 majalah wanita Hanako, Crystal/kurisutaru-zoku merujuk pada peminat2 novel 'Somewhat Crystal'.

Tp SDF Macross serta Macross DYRL mempopularkan terma otaku yg kemudian digunakan seiring dgn terma zoku bagi menggambarkan sub-culture baru yg mula berkembang di Jepun! Last edited by robotech on 16-10-2012 07:20 PM

robotech Publish time 22-2-2010 11:02 AM

KONOTASI TERMA OTAKU

https://tepperjp.wikispaces.com/file/view/otaku.jpg/121443837/otaku.jpg
Otaku di Jepun (secara umumnya)

Ramai yg mungkin tak tahu bhw terma otaku, yg mula berkembang sbg sejenis slanga,
merupakan suatu terma negatif. Pd akhir 1980an hinggalah pertghan 1990an, slanga otaku digunakan oleh media Jepun sbg menggambarkan sekumpulan peminat anime / sub-culture manga yg ekstrem, anti-social, sering duduk di rumah & terperuk dlm bilik & depan kaca TV menonton anime & bermain game spjg masa tanpa mempedulikan kehidupan seharian. Ini termasuk juga dgn kefanatikan mrk terhadap apa shj yg mrk minati.

Tak hairanlah golongan otaku paling susah nak mendpt jodoh di Jepun. Ramai yg tergila2kan awek-awek anime (anime-idoru) krn dlm kehidupan sebenar, mrk mmg kena reject ngan awek2 Jepun. Mengaku diri sbg otaku di Jepun akan menyebabkn anda dilabel sbg 'alien', atau sbg golongan manusia 'reject'. Itulah situasi pd masa itu, sehinggakn golongan otaku adalah tersisih drp golongan masyarakat Jepun.

Dgn perkembangan & ledakan budaya anime di USA & Eropah pd pertghan & akhir 1990an, terma otaku turut diimport bersama. Pelajar2 kolej di barat yg meminati sub-culture ini mula menggelar diri mrk otaku, yg merangkumi peminat2 cosplay di perhimpunan anime tahunan (anime convention), peminat siri anime, peminat game buatan Jepun, serta peminat manga. Mrk ini dgn bangga mengaku mrk adalah otaku, tanpa benar2 mengetahui konotasi sebenar otaku di Jepun.

Kejahilan ini mmg ada kebaikannya, krn kepopularan terma otaku kini melanda buat kali kedua, bukan di Jepun sbgmana siri Macross, tp di Asia Timur (Hongkong & Taiwan) & Asia Tenggara (Malaysia & Singapura) serta dunia Barat. Satu generasi yg meminati sub-culture anime yg tak malu mengaku mrk adalah otaku, mengagungkan suatu budaya yg unik & eksklusif! Tp yg lbh menarik, mrk bukanlah org Jepun.

Sy adalah antara golongan perintis otaku di Malaysia, & tahun itu adalah 1999, kebanjiran J-Pop drp Utada Hikaru, kumpulan MAX, Speed dsb serta pendedahan anime kpd pelajar2 kolej yg mendalami bidang multimedia & animasi secara khusus.

Otaku kini telah bertapak di Malaysia! Last edited by robotech on 16-10-2012 07:21 PM

robotech Publish time 22-2-2010 11:14 AM

OTAKU 2ND WAVE

http://farm2.static.flickr.com/1350/691522010_e8df2de896.jpg
Generasi remaja Otaku masakini

Kepopularan terma otaku di luar Jepun, & perkembangan internet menyaksikan suatu terma, yg dahulunya adalah frasa kata ganti nama kedua yg jarang digunakan, dipopularkan oleh peminat siri Macross, menjd terma negatif buat masyarakat Jepun utk mrk yg anti-social, kini melanda Jepun kembali.

Media2 di Jepun menyaksikan perkembangan positif terma ini mula mngurangkan publisiti negatif ttg otaku, malah kini, ada bbrp siri dorama Jepun serta filem Jepun yg popular & berkisar ttg golongan otaku ini. Kini golongan otaku di Jepun sudah blh bersuara & mengaku mrk Otaku, & golongan Otaku Jepun ini mula utk menyisihkan segala yg negatif mengenai diri mrk.

Namun begitu, mengaku Otaku blm tentu mendptkn mrk seorg awek, melainkan awek itu sendiri adalah otaku .... tp, awek otaku takkan mencari mamat Jepun otaku, sbb awek Jepun (tak kisah otaku / tak) adalah secara umum nakkan org biasa yg kerjanya mencari duit, bukan perabeh duit beli anime / game. Buat boifren pegi anime-con boleh, buat hasben kirim salam je la. Tp kalau mamat otaku tu ada kerja stabil, ada duit juta2 yen, tang sangkut awek / bini, ok lah sikit, tp mrk ni tak dihormati sgt lah dlm masyarakat Jepun.

Nasib baik di luar Jepun, terma otaku takde konotasi negatif. So, adakah anda seorg OTAKU? Last edited by robotech on 16-10-2012 07:21 PM

cmf_cluesan Publish time 22-2-2010 12:13 PM

Otaku tu sebenarnya lebih kepada obsession. Obsesi terhadap anime/manga/komputer/game dan lain2. Tapi apabila seorang otaku yang sudah menyisihkan diri daripada masyarakat dan berkurung di dalam rumah, itu adalah Hikikomori. Tapi Hikikomori pun kadang2 ada yang mempunyai pekerjaan. Apabila seorang Hikikomori yang telah parah, tak mahu/takut berjumpa dengan orang ramai, tidak bekerja, tidak belajar itu dipanggil Hikikomori NEET (Not in Employment, Education, and Training).

Tu dari pemahaman aku. So kalau silap, bole tolong betulkan.

robotech Publish time 22-2-2010 01:43 PM

OTAKU =/= HIKIKOMORI

http://tx.english-ch.com/teacher/shelle/hikikomori.jpg
Hikikomori .... penyisihan seorang otaku dari dunia luar?

Sblm terma Hikikomori, otaku terlbh dahulu dipandang hina. Malah lbh menyedihkan, pd 1990an, pernah terjd kes pembunuhan yg melibatkan pesalahnya adalah seorg otaku. Perkataan Killer Otaku yg dipaparkan media Jepun memburukkan keadaan.

http://1.bp.blogspot.com/-AjjlmvF1yTA/ThBiZ2JY6UI/AAAAAAAAAAw/g702BesEKTA/s1600/hikikomori.jpg

Malah Hikikomori sendiri adalah simptom bila otaku yg smada ada menysishkan diri mrk sendiri, atau disisihkan oleh masyarakat menjd teramat anti sosial.

Sbb itu, tak ramai otaku sanggup mengaku mrk otaku di khalayak ramai di Jepun satu ketika dulu. Cuma, dgn lbh ramai golongan belia Jepun menerima otaku sbg satu sub-culture bermusim, barulah otaku mula diterima secara tak langsung dlm budaya Jepun.

Tp yg paling dinamik, bukan budaya otaku di Jepun, sebaliknya sub-culture otaku yg diterimapakai (secara salahfaham bahasa) di luar drp Jepun!

Budaya Otaku di Malaysia sudah sedekad lamanya. Perkembangan & penerimaan sub-culture otaku di Malaysia tak berbeza drp masyarakat Barat. Last edited by robotech on 16-10-2012 07:22 PM

MetalFire Publish time 22-2-2010 06:20 PM

kat malaysia ni ade ke yg pure otaku? anime in their life almost more than 12 hours a day?

robotech Publish time 22-2-2010 06:43 PM

kat malaysia ni ade ke yg pure otaku? anime in their life almost more than 12 hours a day?
http://fleshwizard.files.wordpress.com/2009/12/otaku2group1.jpg
Kami Otaku!!!!

Otaku versi Malaysia tak sama ngan animu-otaku di Jepun. Otaku di sini sama spesis ngan otaku di luar Jepun, spt di Amerika, Eropah & negara2 lain. Secara ruang lingkupnya, terma otaku di luar Jepun lbh umum, sesiapa shj, tak kisahlah peminat manga, anime, J-dorama, J-Pop, J-gamers hingga kpd cosplayers pun turut mengaku sbg otaku.

Otaku di Jepun ada byk segmen ... ada animu-otaku, ada mecha-otaku, ada manga-otaku, ada idoru-otaku & mcm2 lg! Terma otaku di Jepun lbh spesifik, lbh eksklusif sama spt terma zoku. Setiap genre ada spesifik otaku ... Last edited by robotech on 16-10-2012 07:23 PM

cmf_cluesan Publish time 23-2-2010 12:09 AM

6# robotech

Really hard to imagine yg perkataan Otaku tu berasal dari sesuatu yg tidak negatif. Aku pun salah anggap sbnrnya, hingga ke ari ni, ko bgtau. Really good info. {:1_144:}

cmf_cluesan Publish time 23-2-2010 12:10 AM

8# robotech

Jgn dilupakan pasocon otaku. (computer geek) :lol:

danialarif Publish time 24-2-2010 12:31 AM

Bru jelas skit spl otaku ni... Selama ni aku igt Otaku only about someone that negatively obsess with anime,manga,games,computer... Anyway,Good info...

J Publish time 24-2-2010 04:44 PM

I'm a Be@rBrick otaku...
:lol:

danialarif Publish time 24-2-2010 06:09 PM

12# J
Ada jgak bearbrick otaku ni ya...:D

J Publish time 24-2-2010 06:33 PM

12# J
Ada jgak bearbrick otaku ni ya...:D
danialarif Post at 24-2-2010 18:09 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

haha maybe :laugh3:

http://www.streething.com/wp-content/uploads/2007/07/bearbrick-14.jpg

MetalFire Publish time 24-2-2010 06:51 PM

haha.bearbrick bendera argentina tu chomel

J Publish time 24-2-2010 08:31 PM

haha.bearbrick bendera argentina tu chomel
MetalFire Post at 24-2-2010 18:51 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

sangat comel kan....
how can u not be obsessed.. :lol:

outLAw Publish time 25-2-2010 03:07 PM

>>>>>bukan otaku! :loveliness:

budingyun Publish time 26-2-2010 06:04 PM

separuh otaku..:loveliness:

HangPC2 Publish time 2-3-2010 07:14 PM

Selain Bekas Perdana Menteri Jepun (Taro Aso)mengaku Otaku...


Gunji Otaku (Military Geeks)


Dilkalangan Pegawai Menteri Jepun adanya Gunji Otaku...

robotech Publish time 16-10-2012 07:24 PM

http://meelybugaiaireviews.files.wordpress.com/2011/10/28b424e193b0fb57f8f53cc61fd50d60.jpg

Otaku di Malaysia akan berubah dengan sendirinya. Fasa ke-otaku-an hanya kuat masa belajar di Universiti / kolej sahaja. Mungkin bila ada pendapatan sendiri & baru bekerja, mungkin fasa itu akan berterusan ... tetapi bila keperluan kehidupan seperti ekonomi & bertambah tanggungjawab pada diri seperti keluarga, & komitmen lain ... maka dengan sendirinya semangat Otaku itu akan jadi lemau.

Sampai satu tahap kita akan panggil sebagai 'burnt-out', iaitu kita tak amik pot perkembangan dunia anime terkini lagi dah. Tapi minat masih ada, maintain layan anime yabg lama2 atas dasar nostalgia.

Saya dalam fasa 'burnt-out' setelah hampir 17 tahun bergelar Otaku. Ye lah, dah banyak tanggungjawab kita kena pikul. Tapi masih lagi follow francais anime spt Macross / Neon Genesis Evangelion / Ghost in the Shell & anime klasik yang lain (zaman 1980an). Last edited by robotech on 16-10-2012 07:26 PM

Pages: [1] 2
View full version: OTAKU ..... Apatekebendanyamenatang itu?


ADVERTISEMENT