cmf_cluesan Publish time 20-2-2010 02:05 PM

Adakah Anime/Manga Mempengaruhi Hidup Anda?

Bagi aku, ya, anime dan manga telah mempengaruhi aku secara positif dan negatif.

Dari sudut positif, anime/manga banyak juga memberi kesan yang baik dari segi moral. Selain daripada tu, ia juga telah menjadi hobi di masa lapang dan membuat hidup aku lebih bermakna.

Dari sudut negatif, aku telah menyisihkan diri daripada masyarakat. Balik kerja anime/manga, masa lapang anime/manga, hujung minggu dan hari cuti yang lain anime/manga. So, bole dikatakan semua masa lapang aku digunakan untuk menonton anime dan membaca manga.

Walaubagaimanapun, aku menafikan bahawa aku seorang 'Hikikomori' di mana aku masih lagi mampu untuk keluar dari rumah, bekerja dan bergaul dengan orang ramai, dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bagaimana pula dengan anda?

Dari Wikipedia,
Hikikomori adalah berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud sebuah fenomena di mana seseorang memilih untuk mengasingkan diri dari kehidupan sosial atas sebab-sebab peribadi dan faktor-faktor sosial di dalam kehidupan mereka. Untuk lebih lanjut, boleh cuba tonton anime Welcome to the NHK.

http://ainhoa7.files.wordpress.com/2009/11/hikikomori2.jpg

http://elhuyar-blogak.org/teknoskopioa2007/mugu/files/2007/10/hikikomori.jpg

http://strawberrymilkchocolate.files.wordpress.com/2009/10/633658551693723098-hikikomori.jpg

cmf_cluesan Publish time 21-2-2010 08:30 PM

Harap sesiapa yang vote boleh beri sedikit ulasan bagaimana ianya mempengaruhi hidup anda. Doumou arigatou de gozaru.

MetalFire Publish time 22-2-2010 12:54 AM

aku nyampah bile ade orang yg kononnya terlebih "matang" ni kutuk2 orang tengok anime...mcm la ko tu dewasa sangat..

cmf_cluesan Publish time 22-2-2010 12:18 PM

3# MetalFire

Mungkin diorang tak pernah menonton anime. Diorang mungkin lebih terdedah kepada kartun barat di mana kartun barat selalunya target user dia adalah kanak2. Tetapi anime ni lain, ada bermacam2 jenis anime, dari yg untuk kanak2, remaja, dewasa dan pornografi. Aku kat opis leh aje tgk anime ngan colleagues, ada yg anak da 3 pun tgk anime gak.

outLAw Publish time 22-2-2010 12:22 PM

i'm a girl, i'm 24 n i love anime&manga!! sooooo what???!!!

inila ape yg aku cube katekan kt manusia2 berpikiran primitif...:lol:
hobi ni xmencerminkan tahap pemikiran kite pon... kalo suke tgk katun xsemestinye kite xpandai..kan??;P

btw, yg positip, byk culture luar yg aku dpt pelajari dr anime/manga... kalo aku bace manga berkaitan sukan, xpepasal je aku taw manyak pasal sukan tu..cthnye laa... bace whistle, ES21...taula pasal rules & strategy soccer & football... though aku xapply pon ilmu tu (pompuan xmaen football hokey):lol:
part culture tu mostly pasal culture jepon r... then, bile aku tgk k-on...taw la serba serbi pasai instrument...music n soon..
n lastly, yg paling positipnye adelah, aku xjoin merempit...melepak & yg seangkatan dgnnye!:P

part negatip, obviously duit haku byk telah ditaburkan kt kedai2 komik&cd... ;P;P

cmf_cluesan Publish time 22-2-2010 12:53 PM

5# outLAw

Yup betul, sebelum ni aku tak minat apa2 sukan. Tapi lepas baca manga Slamdunk, aku da minat Basketball.

robotech Publish time 22-2-2010 01:34 PM

Terus terang dikatakn, ada yg positif& ada yg negatif.

Yg positifnya, setelah demam anime berkurangan, kita mula mengkaji budaya Jepun, bahasa, cara hidup & ttg sosio-politiko masyarakat Jepun. Mungkin mengejutkan, bangsa Jepun kini adalah bangsa anti-militeri, bangsa yg agak rasis serta hanya mementingkan material tetapi kosong pengisian jiwa. Generasi baru bangsa Jepun agak apathetic pd budaya mrk yg cukup kaya dgn adat resam, yg hanya dipertahankn golongan tua.

Yg negatif, mungkin drp segi pembaziran wang ringgit membeli pelbagai judul anime. Tp itu dululah.

Kini, anime hanya suatu hobi. Hanya judul2 drp zaman keemasan anime 1980an & awal 1990an masih disimpan. Masih mengikuti francais Macross. Masih meminati karya anime garapan Shirow Masamune & anime arahan Shinji Aramaki.

Sekali sekala, tgk anime terkini, tp terhad pd Samurai Champloo, Hellsing.

robotech Publish time 22-2-2010 01:50 PM

3# MetalFire


aku nyampah bile ade orang yg kononnya terlebih "matang" ni kutuk2 orang tengok anime...mcm la ko tu dewasa sangat..


Kita di Malaysia sama shj spt di dunia, yg mana menyumbat pemikiran 'kartun = kanak2'. Mesti igt, kesedaran ttg dinamisme anime bermula drp peminat anime sendiri yg membuat research apa itu anime & sub-culture yg wujud akibat ledakan anime.

Tak dpt disalahkn masyarakat kita. Terpulang pd penerangan pd kita sendiri pd rakan2 / saudara kita. Cara yg terbaik nak ubah pemikiran mereka, buat tayangan percuma utk mrk (kanak2 bwh 18thn diharamkan menonton) melibatkan filem Ghost in The Shell (tp tlg la jgn hentai ..... tak pasal2 kena pelangkung).

Mau tak terjojol bijik mata depa ... pastu beri penerangan cara yg baik ttg apa itu anime & penerimaan masyarakat Jepun mengenai anime.

dak_rebena Publish time 22-2-2010 04:42 PM

dlo aku kureng tgk anime..
but since black cat muncul tros aku fall in <33 ngan anime...:D

hayrin86 Publish time 23-2-2010 12:06 PM

Bagi saya, anime dan manga sebenarnya boleh meluaskan fikiran yang sempit (disebabkan oleh AF) khasnya apabila melihat lukisan bangunan ataupun tempat yang indah lagi permai itu.

minipuff Publish time 23-2-2010 01:33 PM

ya mini dah vote...yg positif dan negatif

yg negatif : layan anime yg di suggestkan oleh sesetengah kawan yang dikatakan best...mini sanggup download dari episod pertaman sampai abis/latest....kadang2 dalam sehari tu berjam jam mengadap komputer layan anime..sampai ditegur oleh famili....so disini masa terbuang ....dan org boleh anggap kita ni kera sumbang..:lol:..itu dari segi masa dan hubungan sosial...dan ada juga side efek negatif lain..kalau mini dah suka kat sesuatu watak tu...sampai boleh terbawa bawa kat mimpi...:sweat3: adakah ni kesan negatif gak..hehe..

yang positif : kebanyakan anime/manga dari japan lebih mementingkan "nakama"...dari hal tu leh la diambil nilai2 yg positif...disamping tu leh tau bahasa japan sket2..tau budaya mereka...dapat menghiburkan hati (*kalau tgk anime yg lawak....rancngan raja lawak pon kalah ;P)..

J Publish time 23-2-2010 05:01 PM

+ ~ bishies...
- ~ bishies...
:)
can't type lots.. still recovering... gomen ne TT

cmf_cluesan Publish time 23-2-2010 09:13 PM

12# J

Daijyobu da. Voted already?

danialarif Publish time 24-2-2010 12:14 AM

Post Last Edit by danialarif at 24-2-2010 00:17

Mmg anime ni ada bgi byk influence dlm hidup aku...
Dri sudut yg positif, aku byk habiskan free time aku tgk anime & bca manga....
Ok la ni, at least aku x melepak hisap rokok 24 jam dkat kedai mamak... Tak abk gam,ice,ganja smua ni. Aku mmg kurang melepak sgt sbb baik aku tgk anime dri melepak. Tpi aku bkn org yg anti-sosial... Still ada klua dgn member2,jln klua rumah... Dgn anime jgak aku belajar skit2 psl culture2 masyarakat jepun life style dia org... Eventhough aku part time musician, tpi anime2 mcm K-ON ni kadang2 ada bgi info2 yg aku x pernah tau pun walaupun aku ni musician... Genre favorite akuschool life,slice of life... Anime yg bergenre mcm ni byk motivate aku... Sometime, aku rsa depress dgn life aku... Atas sbb2 tertentu pernah satu msa dlu aku rsa mcm aku menyesal dgn hidup aku... Waktu2 mcm ni aku tgk anime yg bergenre slice of life... Bila aku tgk anime mcm ni, aku rsa mcm life actually was fun and priceless... Tgk mcm mna satu2 character dlm anime tu mengharungi smua suka duka dlm kehidupan dia org... Secara x sedar anime ni sedikit sebanyak dah motivate aku utk lebih menghargai hidup aku...

Dri sudut yg negatif x ada apa sgt pun... Kna belanja $$$ yg lebih... tu je la, tpi bgi aku worth it, bkn satu pembaziran belanjakan $$$ aku dkt anime dgn manga... Ni je la aku rsa benda yg negatif... Satu benda yg masyarakat dunia kena tau, anime tak menyebabkan seseorang tu tak matang... Kematangan seseorang tak berkaitan langsung dgn tgk anime/bca manga... Aku FU*K org2 yg menganggap anime utk kanak2...

J Publish time 24-2-2010 02:10 PM

12# J

Daijyobu da. Voted already?
cmf_cluesan Post at 23-2-2010 21:13 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

Hait!
Voted!
That's why i left some comments :lol:

MetalFire Publish time 10-3-2010 12:53 PM

does it always have to be bishies wahai adindaku J?? lawak tol laa:lol:

J Publish time 10-3-2010 09:54 PM

does it always have to be bishies wahai adindaku J?? lawak tol laa:lol:
MetalFire Post at 10-3-2010 12:53 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

lor..
i told u ppl meh?

i'm a part time editor + cleaner for one BL scanlation group :)

merru Publish time 10-3-2010 10:21 PM

..........
HAHA...
so thats why =.=;
u were similar to sakuradesune from lowyat
also love BL

J Publish time 10-3-2010 10:26 PM

..........
HAHA...
so thats why =.=;
u were similar to sakuradesune from lowyat
also love BL
merru Post at 10-3-2010 22:21 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

fyi..
i'm into BL since before i registered in this forum :laugh3:

merru Publish time 10-3-2010 10:31 PM

I'm into eroge since before I registered in this forum
Pages: [1] 2
View full version: Adakah Anime/Manga Mempengaruhi Hidup Anda?


ADVERTISEMENT