bintang Publish time 19-2-2010 08:11 PM

Jika Itu Mahumu

Post Last Edit by bintang at 20-2-2010 12:16

Bayangan itu melintas begitu cepat di hadapan keretanya.   Tinggi dan hitam.   Dan sangat tiba tiba.Bunyi brek yang panjang menyakitkan telinga melengking membelah kesunyian malam.Kereta berhenti.Amnah tersadung ke depan dan terenyak kembali ke sandaran kerusi keretanya.Terlambat!Bersamaan dengan terdengarnya dentuman keras di salah satu bahagian keretanya, bayangan itu tercampak ke tepi jalan.Ya Allah!Bayangan itu pasti bukan kucing!Dia mungkin seorang penyeberang jalan!Penyeberang gila yang tiba-tiba saja melintas di depan keretanya....Kini orang itu pasti sudah terkapar mati di tepi jalan sana.Dalam satu malam saja, dia telah menjadi seorang pembunuh!Amnah masih tertegun bingung di dalam keretanya tidak tahu harus bagaimana... mesti turun menengok mangsa itu atau tekan pedal minyak dan meluncur selaju lajunya.Itu yang paling aman daripada mesti turun seorang diri menghampiri sesusuk mayat pada pukul dua pagi dinihari!Aduh... sepinya tempat ini!


Sesusuk bayangan, entah dari arah mana datangnya tiba-tiba saja menghampiri keretanya.Takut dan terkejut yang amat,Amnah menjerit.Secepat itu jejarinya memutar kunci keretanya untuk menghidupkan enjin.Tetapi sial!Tidak mahu hidup!Dan bayangan itu lebih cepat membuka pintu keretanya menerobos masuk dan duduk di sebelahnya.


Oh, dia pasti hantu..!Hantu dari orang yang mati dilanggarnya tadi.Sambil memekik sekali lagi,Amnah cuba meloloskan diri dari keretanya.Lari.Tetapi sekali lagi hantu itu lebih cepat.


"Di sini!"   Bentaknya sambil merentap tangan Amnah.Amnah tidak tahu apakah semua hantu boleh berkata kata.Tetapi hantu yang satu ini tangannya begitu hangat!Di mana ada hantu yang tangannya begini hangat?


"Pandu...!"perintahnya sekali lagi.Sekarang Amnah yakin, makhluk ini masih bernafas.Dia masih belum jadi hantu.Masih berwujud manusia.Kalau tidak, buat apa dia naik kereta?Hantu kan boleh terbang?Dan dalam kegelapan, samar-samar Amnah dapat melihat wajahnya.Wajah paling kotor yang pernah dilihatnya.Tetapi kotoran itu bukan hanya debu.Kotoran itu bercampur darah... darah yang bercampur peluh!


"Cepat! Pandu...!"   Perintahnya iagi.Kali ini Amnah membaca ancaman dalam suara itu.Tetapi bukan cuma ancaman.Ada nada lain di dalam suaranya. Nada kesakitan.... Ya Tuhan! Dia kesakitan..!


"Sa.. saya bawa kamu ke hospital...,"   Amnah gagap dalam bingung.

"Bodoh..!"Geram lelaki itu menahan sakit.   "Cepat, pandu..!"

asyriqa Publish time 19-2-2010 08:24 PM

Wow.. bintang ada cite baru... sambung lagi bintang...:lol:

sitifarishah Publish time 19-2-2010 08:59 PM

tu je ke?mane sambungannye nih..

bintang Publish time 19-2-2010 09:14 PM

Post Last Edit by bintang at 20-2-2010 12:17

"Ke mana?"

"Pandu saja! Cepat..!"


Amnah menyentuh kunci keretanya.Memutarnya untuk menghidupkan enjin.Sekali.Dua kali.Tiga kali.Ah, pasti kereta tua ini mogok lagi!Tetapi pada putaran keempat,enjinnya hidup.Amnah hampir lupa bernafas.Dan merasa dadanya amat sesak.Ya Tuhan! Mudah-mudahan semua ini cuma mimpi.Mimpi seperti yang hampir setiap malam dialaminya.Dia sering merasa sesak begini.Ketakutan. Membeku di tempat tidurnya.Lalu tiba-tiba terbangun di dalam kamarnya yang gelap gelita.Dan bersyukur semua itu cuma mimpi.


Tetapi kali ini agaknya dia tidak bermimpi.Dia benar-benar berada dalam keretanya pada pukul dua dini hari.... dengan seorang laki-laki yang tidak dikenalnya!Dan..lelaki ini pasti bukan orang baik baik Kalau tidak, kenapa dia menolak untuk dibawa ke hospital? Bukankah dia perlukan pertolongan! Mukanya berlumuran darah. Pasti kerana perlanggaran dengan keretanya tadi!Ah, seandainya dia tahu laki-laki ini masih hidup!Lebih baik dia tidak berhenti tadi.Lebih baik dia cepat-cepat lari ke perhentian terdekat!Orang ini pasti ada maksud jahat.Dia pasti mahu merompak keretanya.Tetapi mengapa dia tidak meninggalkan saja Amnah di tepi jalan tadi?Atau... atau..... dia ada maksud lain?Menyeretnya ke tempat gelap dan... aarrrgghhh....!!!   Amnah memejamkan matanya rapat-rapat.... Dia terbayang kes rogol yang sekarang ini hampir setiap hari menjadi tajuk utama surat khabar.Dia merasa takut.Amat takut.Ingin menjerit, memekik tetapi suaranya seperti tersekat di kerongkong.Yang terdengar cuma suara seperti orang tercekik.   Lalu Amnah tidak dapat menguasai pemanduannya lagi.Kereta itu meluncur ke tepi jalan. Melanggar pembagi jalan dan terlonjak berhenti di atas kaki lima.


"Kau bodoh..!Tolol..!"Bentak lelaki itu antara terkejut dan marah."Kau mahu membunuh aku?!"Tangannya sudah terulur untuk mencengkam bahu Amnah,tapi tiba-tiba tangan itu mengejang di udara.Matanya terbelalak dengan raut wajah yang amat pucat. Dan entah mengapa, melihat paras yang membeku ketakutan itu, dia membatalkan niatnya.    "Kau kenapa..?"jerit lelaki itu sambil menurunkan tangannya.


"Aku takut..," rintih Amnah.


"Aku juga takut,"   keluh lelaki itu pahit.    "Sekarang kau pandu kereta elok elok."   Suara itu bukan suara orang jahat.Suara yang menahan sakit.Untuk pertama kalinya Amnah berani menoleh.Dan matanya bertemu dengan mata lelaki itu... sepasang mata yang tajam,tetapi menyimpan kelembutan di baliknya....   Ah, sorot matanya tidak bengis...sama sekali tidak kejam.Dia pasti bukan penjahat!Perlahan-lahan ketenangan Amnah pulih kembali.Laki-laki ini pasti tercedera teruk.Dia perlukan pertolongan doktor.


"Kamu perlu ke hospital!"

"Pandu saja kereta kau."

"Ke mana?"

"Jalan!"


Terpaksa Amnah menuruti perintah itu.Ketika keretanya sudah meluncur kembali di jalan, sekali lagi Amnah bertanya.

"Ke mana?"

"Ke Kota Bharu."


Hampir terlepas stering kereta dari tangan Amnah. Tetapi kali ini, penumpang gelapnya lebih cepat. Tangannya secepat kilat meraih stering kereta dan membelokkan kereta yang sudah hampir naik lagi ke atas pembagi jalan itu kembali ke jalan raya.

"Jalan..!"geram laki-laki itu, risau.   "Cuba kau memandu baik-baik.Jangan buat aku marah!"

"Tapi saya tidak boleh hantar awak ke Kota Bharu!"

"Siapa yang tanya?"

"Kasihanilah saya!"   pinta Amnah sambil berdoa dalam hati.   "Saya tidak boleh menghantar kamu...."

"Mesti"

Entah sudah berapa kali Amnah menyebut nama Tuhan, berdoa semahunya di dalam hati.

"Saya ada dua orang anak yang masih kecil...."    Seolah-olah tidak percaya, laki-laki itu menoleh.Dan menatapnya dengan tatapan yang membuat harapan Amnah meletup.   "Saya mohon pada kamu biarkan saya balik. Anak-anak saya menunggu di rumah. Kalau kamu mahu ke Kota Bharu, ambillah kereta saya.Tapi jangan ganggu saya...."

Sekejap dia mengawasi Amnah. Dan Amnah merasa dia sedang berfikir. Oh, mudah-mudahan di dalam dirinya ada sifat ihsaniah dan malaikat rahmat berbisik kepadanya sesuatu yang baik baik... kalau saja dia masih punya hati!


"Ada siapa di rumah kau?"

"Cuma saya dengan anak-anak, ibu saya yang uzur.."

"Suami kau?"

"saya janda."

"Kalau begitu, bawa saja aku ke rumah kau."

"Ke rumah saya?"Amnah tersentak. "Mahu apa kamu ke sana?’’

"Bukan urusan kau!"


Bukan urusanku, desah Amnah ngeri.Tapi itu kan rumah aku!Sambil memandu keretanya Amnah masih dapat melihat lelaki itu menyeka mukanya berkali kali. Sekejap sekejap dia memegang kepalanya.Dan mengerut kesakitan.Mudah-mudahan dia sudah pengsan sebelum sampai ke rumah....   Tetapi sampai keretanya berhenti di depan rumah, lelaki itu masih tetap bertahan!Secepatnya pula dia turun dari kereta dan membukakan pintu untuk Amnah, dan menyeretnya turun.

"Buka!"   desaknya sambil melirik pintu depan rumah.    "Ingat, jangan membangunkan siapa pun!"

alyaimra Publish time 19-2-2010 09:40 PM

adeh... saspen lak.....

bunick Publish time 19-2-2010 10:47 PM

macam best jek:pompom: :pompom: tp saspen la plak.....:L

cmf_norb_ina Publish time 19-2-2010 11:11 PM

bestnya citer baru bintang...saspen nih...konpem melekat asyik refresh thread jer nanti..hehehe

melody1 Publish time 20-2-2010 12:12 AM

ye...yey...bintang ada citer baru......

shahrinas Publish time 20-2-2010 08:40 AM

alamak! bintang wat citer suspenlah pulak...
nie yg x sabo nak tunggu n3 nie...

bintang Publish time 20-2-2010 02:57 PM

Post Last Edit by bintang at 14-4-2011 22:46

Bergegas Amnah mencari kunci di dalam beg tangannya.Tangannya terketar.Berkali-kali dia tidak mampu memasukkan anak kunci itu ke lubangnya.


"Beri pada aku..!"   Sergah laki laki itu tak sabar.   Dirampasnya kunci dari tangan Amnah, dimasukkannya ke lubang kunci.Sekali putar, pintu terbuka.Sejenak dia menahan langkahnya di ambang pintu.Menyapu seluruh ruangan dengan matanya.Ruang tamu yang sempit.Gelap.Sepi.Tidak ada seorang pun di sana.


"Di mana anak-anak kau?"

"Tidur."

"Di mana biliknya?"

"Di atas."

"Pembantu?"

"Tak ada."

"Orang tua kau?"

"Cuma mak. Tidur di bilik anak anak..’’    Amnah mendengar lelaki itu menghela nafas lega.


Anak anaknya perempuan semua.Jika lelaki ini...Oh, Tuhan! Jangan!Secepatnya Amnah menghulurkan kunci keretanya kepada lelaki itu Lelaki itu.

"Buat apa?"

”Tolonglah, tinggalkan rumah saya,"   pinta Amnah ketakutan.

"Ambillah apa saja yang awak inginkan.Jangan ganggu saya dan anak-anak saya...."

"Ambilkan aku minuman."   katanya sambil menutup pintu dan menjatuhkan diri ke kerusi.

"Panadol juga."

"Pening..?"tanya Amnah masih takut.

Lelaki itu cuma mengangguk.Dia menyeka darah yang meleleh dari hidungnya.

"Awak mesti ke hospital..atau klinik.."

"Jangan memandai..!"

”Tapi awak harus jumpa doktor..!"

"Itu urusan aku”

"Luka kamu mungkin teruk..."

"Bukan urusan kau..!."

"Kalau kamu mati, saya yang dihukum!Saya yang melanggar kamu!”

"Ambil minuman!"


Apa boleh buat.... Amnah menghela nafas.Dia tidak dapat mengatur bajingan ini.Dia yang berkuasa.Amnah baru melangkah ketika laki laki itu menyambar lengannya.Dia hampir memekik terkejut.Nasib baik masih sempat ditahannya.Amnah sedar, dia tidak boleh membangunkan anak-anak.Kalau mereka bangun, keadaan akan bertambah kacau.Dan mereka mungkin berada dalam bahaya yang lebih besar.

anabilla89 Publish time 20-2-2010 03:10 PM

bintang sambung la lg....

bintang Publish time 20-2-2010 05:21 PM

"Ada apa?"   Gerutu Amnah antara takut dan marah.   "Awak minta minuman, kan?"

"Aku ikut. Di mana bilik kau?"

"Hah.. awak mau apa ke bilik saya..?"

"Aku tak percaya pada kau."

"Aku tidak ada telefon."

"Siapa tahu kau ada seseorang di bilik."

"Aku sudah beritahu, aku janda."

"Dan janda tidak boleh punya seseorang di biliknya?"

Memerah muka Amnah.    "Mengapa kamu harus takut?"

"Bukan urusan kau. Di mana bilik kau?"


Terpaksa Amnah membawa laki-laki itu ke biliknya.Untung memang, dia selalu tidur sendirian di bilik bawah.Dengan menempatkan anak-anaknya di bilik atas, mereka tidak akan terbangun setiap kali dia balik malam.Lelaki itu menolak pintu bilik sampai terbuka dan tegak dalam posisi siaga.Ketika dirasanya aman, tangannya meraba dinding dan menekan suiz lampu.Sinar lampu menerangi seluruh bilik yang tidak terlalu besar itu.Sebuah katil kosong terletak di tengah bilik.Almari yang kecil itu juga tak mungkin diguna seseorang untuk bersembunyi.Selain itu hanya sebuah meja solek yang memenuhi ruang bilik itu.


Lelaki itu menghela nafas lega.Rasanya tidak ada seorang pun di bilik perempuan itu.Dia terus duduk di sisi tempat tidur sambil mengurut-urut kepalanya.Dia mungkin sangat kesakitan, fikir Amnah resah.Kalau dia mau menggunakan kesempatan, rasanya sekaranglah saatnya yang paling tepat.Dan hanya perlu menyambar botol parfumenya, menyemburkan minyak wangi itu ke mata lelaki itu. Lalu memukul kepalanya dengan lampu tidur di sisi tempat tidur.Namun kebimbangan Amnah lenyap dengan sendirinya kerana lelaki itu sudah jatuh sebelum sempat diapa-apakan! Dia tidak pengsan. Tapi sekujur wajahnya mengerut kesakitan. Dan tiba-tiba saja, begitu tiba-tiba Amnah merasa kasihan kepadanya.Betapa pun, dialah yang telah melanggar orang ini.Bergegas Amnah lari ke dapur, mengambil air, dan membawa juga sebiji ubat penahan sakit.

"Ini ubatnya."Amnah menghulurkan ubat dan air yang dibawanya.   "Awak perlu jumpa doktor..!"

"Aku cuma pening,"   katanya setelah menelan ubat.

"Apa salahnya pergi ke klinik?"

Lelaki itu tidak menjawab.Diteguknya air itu sampai habis.

"Lagi?"

"Aku terasa loya..."Tanpa berkata apa-apa lagi, lelaki itu menbaringkan tubuh dan dipejamkan matanya rapat rapat.   "Aku tidak akan mengganggu kau,"desahnya menahan sakit.   "Asal kau tidak berbuat yang bukan bukan."


Berbuat apa?Fikir Amnah sambil menyelinap ke luar.Memanggil polis?Minta mereka mengeluarkan lelaki itu dari biliknya?Tetapi... apa salahnya? Lelaki itu tidak mengganggunya sama sekali.Dialah yang melanggar lelaki itu.

mikoodette Publish time 20-2-2010 05:22 PM

bestlaa bintang.. samb lg bintang...

Kia_picanto Publish time 20-2-2010 06:24 PM

alamak.. misterinye.. nk lagi.. best gak..

midar Publish time 20-2-2010 09:29 PM

:pompom:go bintang go :pompom:

bintang Publish time 20-2-2010 09:40 PM

Amnah menjerit ketakutan.Tetapi mulutnya tidak mampu mengeluarkan suara sedikit pun.Lelaki itu menariknya ke dalam rangkulannya.Mukanya yang basah dan berkeringat itu sangat hampir dengan muka Amnah.Nafas yang menjijikkan itu seperti kepulan asap ekzos kereta yang menghembus hembus panas ke pipinya.Hampir saja Amnah muntah.Mati matian Amnah melawan.Mencakar, memukul, menendang, memberontak.Tetapi lelaki itu sunguh kuat....dia memekik...memekik lagi...   dan terjaga dari tidurnya....

Amnah terbangun dalam gelap.Duduk terpaku di kerusi.Keringat dingin membanjiri sekujur tubuhnya.Airmata meleleh di wajahnya. Dengan tangan gementar disentuhnya suis lampu.Seluruh ruangan menjadi terang.Tetapi tidak ada apa apa di ruang tamunya yang sempit itu.Dia seorang diri di situ.Dilihatnya jam dinding.Hampir pukul lima.Mengapa dia tidur di sofa?Pandangannya melayang ke pintu bilik tidurnya.Dan sekonyong konyong Amnah teringat lelaki itu..!Oh Tuhan.... Masih adakah dia di dalam sana?Tatapan Amnah melintas ke tingkat atas...mungkinkah dia menyelinap ke sana?Tergopoh gapah Amnah beringsut bangun. Naluri seorang ibu untuk melindungi anak anaknya mengusir rasa takutnya.Dia harus melihat dulu apakah bajingan itu masih meringkuk di biliknya....Dibukanya pintu bilik tidurnya.Dan Amnah tersentak.Sesusuk tubuh bangkit dari tempat tidurnya.Melompat ke tingkap, bersiap untuk terjun ke luar,...


"Tunggu..!"   Sergah Amnah tak semena mena.    "Tidak ada siapa pun! Saya sendirian..!"


Lelaki itu terdiam di tempatnya.Dia menoleh.Dan matanya berpandangan dengan mata Amnah.Lalu dia dia terduduk dengan dagu hampir menyentuh kedua lututnya. Kedua belah tangan berada di kepalanya. Perlahan Amnah menghampiri.Rasa kesian menyelimut hatinya.Dan dia memapah lelaki itu ke tempat tidur.Ada desakan aneh di dadanya ketika tangannya menyentuh kulit lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang.Dan mukanya memerah.Kurang ajar, maki Amnah dalam hati.Kenapa aku jadi seperti gadis belasan tahun?Amnah membantu membaringkan lelaki itu di tempat tidur.Dan menyodorkan bantal ke bawah kepalanya.


"Tambah pening kalau pakai bantal,"   dia mengerang perlahan dengan mata terpejam.Amnah mengambil bantal dan meletakkan bantal itu ke sisi.

"Barangkali gegar otak."

Mendengar nada cemas dalam suara Amnah, lelaki itu membuka matanya.Menyedari kesalahannya, lekas lekas Amnah bangkit ingin berlalu.

"Ke mana?"

"Ambil ubat"   Bergegas Amnah memutar tubuh. Menyembunyikan wajahnya yang terasa panas membara.

"Tidak payah. Aku cuma perlu rehat."

Tetapi Amnah tidak menghiraukannya lagi.Cepat-cepat dia keluar meninggalkan bilik itu terus ke bilik air.


Amnah sedang menggoreng telur ketika terdengar jeritan ibunya. Tanpa berfikir dua kali, Amnah menghambur keluar dari dapur. Dan berdepan dengan ibunya yang sedang tergopoh gapah meninggalkan biliknya.

"Am...!"geram ibunya dengan nafas termengah mengah. Matanya membeliak gusar.    "Siapa lelaki dalam bilik kau itu?!"

"Kawan.."   sahut Amnah sambil menghela nafas.

"Kawan..?"    Orang tua itu menatap Amnah dengan kening terangkat. Tatapannya setajam pisau lipat dengan sorotan berbaur antara kesal dan tidak percaya.

Sejak kecil Amnah tidak suka ditatap seperti itu.Dipalihgkannya wajah dengan segera.

"Saya tak suka mak memandang saya seperti ini.."

"Orang macam apa dia?"   Desak ibunya lagi tanpa menghiraukan protes Amnah.

"Dia akan pergi nanti,"   sahut Amnah sambil melangkah kembali ke dapur.

"Jadi rumah ini sudah jadi hotel!Atau semacam rumah..."

"Mak..! Dia sedang sakit!"

"Dan tidak ada tempat tidur kosong di hospital?"

lyza2474 Publish time 21-2-2010 12:43 AM

yea yea..... bintang ada citer baru...:pompom::pompom:

juwaini Publish time 21-2-2010 03:20 PM

Karang ada la ni yang masuk mencari cinta... :C

bintang Publish time 21-2-2010 03:36 PM

Oh, sudahlah. Sia sia berdebat dengan ibunya.Dalam usia enam puluh tahun, rasanya ibunya telah menjadi enam, tujuh kali lebih cerewet daripada ketika berumur lima puluh sembilan tahun! Keinginan Amnah untuk menceritakan kisahnya semalam cepat saja pudar. Ibu pasti tidak percaya! Dia sama saja dengan jiran jiran. Awal awal mereka pasti menuduh lelaki itu kawannya. Dan dia yang mengundangnya ke mari.Dengan geram Amnah meneruskan kerjanya.Menggoreng telur untuk anak-anaknya dan membawa telur dadar itu ke meja makan.

"Mama, siapa pakcik yang di bilik mama tu?"   tanya Asila dengan mulut masih penuh nasi goreng.

Nah... ini dia. Serangan bom dari anak sulungnya yang berusia enam tahun.Sekarang dia dan neneknya sedang menatap Amnah dengan curiga kecuali Sufi. Puteri kecil yang berusia empat tahun itu tidak peduli apa apa dan dengan gelojoh menyuapi nasi goreng ke mulutnya.

Amnah meletakkan piring berisi telur itu di tengah meja.

“Kawan mama,"sahutnya pendek.

"Pakcik tu tidur di sini, ma?"

"Dia sedang sakit."

"Pakcik tu tak ada rumah?

Amnah menghela nafas panjang.   "Lekas habiskan makanan, As. Nanti terlambat ke sekolah."

Asila meletakkan gelas minumannya yang masih berbaki separuh di atas piringnya yang sudah kosong.Sengaja agak keras.Kemudian dia bangkit dari kerusinya.Begitu kasarnya sehingga kaki kerusi yang menggeser lantai itu menerbitkan suara berisik, agak kuat. Meskipun tidak berkata apa-apa,Amnah tau Asila sedang menyatakan protesnya atas kehadiran lelaki di bilik ibunya itu.


''As pergi dulu.."   suara puteri sulungnya datar.Tanpa nada dan tanpa menyalami ibunya tapi sempat mencapai tangan neneknya yang berdiri di ambang pintu, dan pergi tanpa berpusing lagi.   Amnah dan ibunya saling berpandangan.Wajah ibunya dari tadi masih mencuka.Amnah buat tidak mengerti tafsiran wajah tersebut.


Sufi masih lagi di meja makan tanpa pedulikan mimik muka setiap orang.Anak itu kedua dua belah tangannya sudah dilumuri kuning telur goreng yang dimasak separuh oleh Amnah.Amnah mengangkatnya dari kerusi terus ke sinki mencuci tangan dan mulut.Ibunya dari tadi memandangnya dengan sorot wajah sarat soalan.


Lelaki itu masih terlentang tanpa bantal.Matanya terpejam rapat.

"Makanlah,"sapa Amnah perlahan, supaya tidak mengejutkannya.

''Peningnya datang lagi kalau aku bangun."

Wah.. celaka, kutuk Amnah dalam hati.Hari ini aku terpaksa jadi jururawat amatur.

"Buka mulut...."   katanya terpaksa.    "saya suapkan..."

Tetapi lelaki itu cuma membuka matanya.Bukan mulutnya.

"Terima kasih,"    katanya tanpa menyembunyikan perasaan hairannya.   "Mengapa kau baik sekali?"

"Terpaksa,"   sahut Amnah terus terang.   "Supaya awak lekas sembuh."

"Dan lekas pergi dari rumah kau?"

"Ya."

"Aku sudah dengar ledakan ledakan di luar tadi. Kerana aku?"

"Siapa lagi? Kalau sampai esok awak belum keluar juga, keluarga saya benar-benar akan meledak."

"Mereka sering meledak?"

"Bukalah mulut..."

"Aku belum tahu nama kau."

"Aku pun belum. Peduli apa?"

"Namaku Han. Nubhan...''

"Awak mau makan atau tidak?"

"Siapa nama kau?"

"Buat apa nama saya?"

"Bagaimana aku nak panggil kau?"

"Apa perlu awak memanggil saya?"

"Tidak tersinggung kalau aku cuma menjentikkan jari?"

"Panggil saya Puan Rasli."

"Nama ayah anak-anak kau?"

"Nama ayah saya."

Mata laki-laki itu terbuka lebar. Dia menatap Amnah dengan hairan.Amnah terpaksa mengakui, mata lelaki itu amat menarik:Hitam. Bening. Tajam.Parasnya pun pasti tampan kalaulah dia membersihkan wajahnya.Dan dia masih muda.Barangkali dua puluh tiga atau empat.

"Ayah mereka tidak memberikan namanya buat anak-anak kau?"

"Ayah yang mana?"

"Yang mana?"Lelaki itu ternganga hairan.

Amnah menyuapkan sepotong kecil roti ke mulut lelaki itu.   "Ayah Asila bernama Johari.Ayah Sufi bernama Peter’’

"Haahh..!"Hampir tersedak roti itu ke dalam kerongkongnya."Jadi kau ada dua anak dari dua orang suami?"

"Tiga..."   kata Amnah dingin."Tapi yang terakhir tidak punya anak. Saya tidak mahu mengandung lagi.Saya bukan tempat pembuat anak!"

"Bukan main. Kau seperti stesen bas aje..!"

"Buka mulut...."

^MuSe^ Publish time 21-2-2010 03:53 PM

yessssssssss

yg aku tunggu2. kmnculan terbaru dr bintang.

go bintang gooo :pompom:







aku tgoda dgn bibir bintang :$
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Jika Itu Mahumu


ADVERTISEMENT