sauffie Publish time 16-2-2010 10:46 PM

Peranan polis semasa peperangan

Salam, saya ni anak polis. Cuma nak tanya pada kedua-dua belah pihak pasukan keselamatan bersenjata, tolak pandangan politik ye. Kalau berlaku peperangan, apa peranan polis? Membantu tentera atau duduk diam sahaja kerana dalam polis pun ada PGA yang boleh di aturgerak bersama dgn tentera( dari wikipedia).

jazim Publish time 16-2-2010 11:18 PM

Saya ada bertanya perkara ni pada pakcik2 polis dan diorang kata polis akan kekal dgn peranannya menjaga keamanan tapi kalau ada ancaman misalnya mcm gerila atau tentera asing yg masuk ke kawasan jagaan mereka, mereka kena lawan juga.

seliparkorea Publish time 17-2-2010 02:29 AM

Aku pn tertanya jugak..tapi aku rase kalau dah darurat tu tak kan polis duk saje jer. mest join berperang jugak la kot. Skang ni nmpk gagah jer tak tau la klau dah declare war, polis tetiba jd penduduk awam plak..

tok_rimau87 Publish time 17-2-2010 07:24 PM

kalau ikut WW2 punye sejarah...

polis british dibubarkan sebelum british serah diri lagi..boleh balik kampung la, sapa ada semangat perwira boleh join Force 136

jepun perintah..dia bukak polis sendiri pulak

sauffie Publish time 23-2-2010 09:09 AM

2# jazim

Contoh kalau tentera singapura lalu depan IPD ampang:lol:. Polis dalam balai kat situ kena la lawan ye.

cmf_yipun78 Publish time 23-2-2010 10:31 AM

5# sauffie


gelak hang ye :) xde maknanya kalo nak apa2kan tentera negara lain x bersebab, ingat kita ni barbarian ke? ;P

sauffie Publish time 23-2-2010 05:36 PM

6# cmf_yipun78
I means waktu perang la. IPD ampang tu jauh sgt. Katakanlah Polis kat JB nampak tentera singapura menceroboh masuk, dia orang boleh lepaskan "first shot" dulu ke pada tentera singapura walaupun tentera kita belum lepaskan "first shot"?

rastablank Publish time 23-2-2010 06:00 PM

Aku rasa diorg akan join sekali, takkan klau Msia kena serang diorg nak duduk diam je kan~

xtro Publish time 25-2-2010 01:51 AM

kalau perang... orang awam pun takde dok diam nye... ape giler tunggu gitu je...

wufi Publish time 25-2-2010 12:53 PM

sekiranya polis tiada kuasa semasa darurat?

tapi aku terasa plak, mungkin tugas2 polis untuk tertentu saja... mengawal keadaan semasa.. ermp, camne plak dengan tugas askar wataniah?

MaxSteel Publish time 25-2-2010 01:11 PM

Polis nie semasa darurat samajek macam kerja Tentera cuma terhad dari segi kelengkapan dan sebagainya. mereka lebih tertumpu kepada tugas bantuan ketenteraman awam patrol dan eskot kot.... seperti mana yang aku biasa tengok polis nie eskot kfor dan buat clearence/eskot untuk army logistic dan berbagai ler... mustahak geks aku tengok peranan polis nie di kala darurat. General polis akan lapur kat General army di kala darurat ler... apa pun Malaysia peaceful.. sori ler kalau salah infor bab aku bantai jek hehehehehe...asalamualaikum wbt.

advark Publish time 25-2-2010 08:39 PM

gw kira baik di dalam jawatan polis atau tentera ada yg namanya struktur komando iaitu arahan atau taklimat dari petinggi kepada bawahan (anak buah) untuk melakukan sesuatu, biasanya komando tertinggi di pegang oleh presiden atau PM dengan pelaksana panglima polis......jadi jalur komando tertinggi pun bisa mempengaruhi tugas polis di masa peperangan, apakah hanya sekedar menjaga keamanan sahaja atau bisa juga melakukan hal lain seperti membantu tentera atau melakukan peperangan secara langsung untuk menghalang pasukan musuh...

cloud_hardcore Publish time 26-2-2010 12:04 PM

bg aku..semua tu atas perintah..
ktp kalau pikir balik, tak kan aset polis nk duk diam gitu je mase perang..
msti la ade kegunaannya..

jazim Publish time 26-2-2010 12:17 PM

13# cloud_hardcore

Kalau masa aman pun banyak kejadian jenayah, masa perang lagi le penjenayah ambik kesempatan.

tok_rimau87 Publish time 26-2-2010 03:45 PM

10# wufi

askar wataniah boleh diaturgerak..tak kira la front line ke, barisan belakang ke, supporting front line ke

sebab dorang memang bawah ATM directly..

fungsi pertahanan awam masa perang cam ne?

katanya boleh angkat senjata gak....btol ke tak, tak tau

thenone Publish time 26-2-2010 05:26 PM

Abg RELA tu jgn dilupakan plak.. hehe

tok_rimau87 Publish time 26-2-2010 10:16 PM

16# thenone

hehe RELA barisan pertahanan ketiga, mana bleh lupa

thenone Publish time 26-2-2010 10:54 PM

17# tok_rimau87

tp pakcik2 rela ni die org takde proses pemodenan ke?

lagi satu wa nak tanya kat pakar2... semasa dalam peperangan.. pasukan2 elit polis contu spt UTK pulak diberikan tugasan apa.. adakah mereka memainkan peranan seperti menjaga kawasan2 penting seperti pusat pemerintahan mcm putrajaya dan lain2? tau tak leh diberitahu atas dasar2 rahsia negara?

MaxSteel Publish time 27-2-2010 01:56 PM

Peranan Anggota Bantuan Awam umpama Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba juga merupakan rakan dalam menjamin ketenteraman awam terkawal. mereka inilah yang menjadi penghubung rakyat dikala darurat umpamanya menyalurkan saluran makan, bantuan perpindahan jika diperlukan dan banyak lagi tugas-tugas yang mereka bakal bantu di waktu darurat membantu Tentera dan Polis. Semuga ALLAH Selamatkan MALAYSIA.

manusia biasa Publish time 27-2-2010 05:18 PM

mana mana polis yg mahir bawa helikopter boleh lapor diri kat tudm base, boleh la angkut soldier ke medan ..

polis yg biasa biasa boleh bantu buat rondaan kawalan ..

cuma kalo unit brass band, tu aku tak tau la kat mana mereka nak bantu masa perang ..
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Peranan polis semasa peperangan


ADVERTISEMENT