nazurah Publish time 15-2-2010 06:06 PM

Misteri Banglo Hilang @Rinting Heights

sape pernah dengar sebuah rumah dan family dia pernah hilang dari mata kasar kerana terlanggar pantang.... rumah dan keluarga dan dighaibkan...... lokasi cerita di area taman rinting kalau tak silap.... kalau ada sesiap tahu, boleh laa bukak thread baru... hamba malas or tak pandai nak bukak2 thread nihh...

aku lupa bila kisah ini terjadi tapi mungkin sekitar 5-7 tahun lepas atau mungkin lebih, aku tak catat pulak. tapi aku ingat aku ke sana 2 kali, sesaje menjengah sebab rumah kakak kepada kakak ipar aku kat area rinting tu gak. pada mulanya aku tahu cerita ini dari SIL aku tu la, orang2 taman rinting yang bercerita. dia kata pernah keluar kat harian metro tapi aku cuba cari keratan akhbar tu... tak jumpa la plak...

first time pergi, aku pi la dengan family termasuk la SIL aku yang tunjuk tempat. seriau. kitorang tak turun dari kereta coz masa tu dah lewat petang. tempat tu agak eerie coz rumah tu kat jalan mati dan ada pokok2 banyak depan rumah. kali kedua aku pergi situ, berempat dengan opismate... tengahari jumaat. sampai jek... HUJAN PANAS!

Yang kita nampak masa tu hanyalah tangga semata... tapak rumah yang dah mula ditumbuhi rumput, pagar depan dan pagar tepi. Kalo ikutkan logik akal... sapelah yang dah beli/buat banglo kemudian dirobohkan? Coz area rinting heights tu semua banglo belaka dan dibina ikut plan yang dipilih oleh pembeli bukan pemaju. kalau nak kata tuan tanah cuma buat tangga dan pagar aje... LAGI LA TAK LOGIK kan??

FYI, masa tu... 2 lot banglo bersebelahan banglo ilang ni juga dikosongkan, TAKDE ORANG NAK SEWA! Penuhlah dengan tampalan iklan utk dijual dan disewa dipagar rumah2 itu... hehehe...siapa mau? ada berani?

Banyak versi yang aku dengar mengenai misteri kehilangan rumah tu, antaranya TUAN RUMAH DAH RENOVATE KEMUDIAN TAK MAHU BAYAR SANG TUKANG RUMAH which orang kata mereka orang seberang. Versi tu mengatakan ketika tuan rumah pulang dari somwhere... dia cuma nampak rumahnya, langsir melambai2... ada orang dalam rumah tapi rumah tak boleh masuk... :)

sape ada versi lain.. sila la sambung....

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:12 PM

wah... menarik... nak cari info ag nie....

nazurah Publish time 15-2-2010 06:19 PM

http://pictures.iproperty.com.my/imglib/realtors/640/UP145327T2.JPG

aku rasa ni jiran banglo hilang tu...hehehe

JulietTheOrange Publish time 15-2-2010 06:19 PM

rumah tu ilang skali ngan penghuni or umah tu saje yg ghaib?

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:22 PM

http://pictures.iproperty.com.my/imglib/realtors/640/UP145327T2.JPG

aku rasa ni jiran banglo hilang tu...hehehe
nazurah Post at 15-2-2010 18:19 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
huhu... nie umah jiran... tapak umah yang ilang tu ader x zurah?,,,, heheheh

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:23 PM

rumah tu ilang skali ngan penghuni or umah tu saje yg ghaib?
JulietTheOrange Post at 15-2-2010 18:19 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
aq dengo umah tu lom sempat duduk dah ilang... tol ker?

edy137 Publish time 15-2-2010 06:28 PM

ceritanya pon banyak versi.... dengar kata tuan rumah ada menuntut satu ilmu untuk dapat duit.... duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupon satu sen... tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian.... hamba serius tak tau sgt cerita sebenar... mana tau ada versi lain....

anyway setelah langgar perjanjian.... rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagii....

maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot skang nihh... dah hidup kat alam sana bersama orang2 bunian... wallahualam....

rumah sama ada dighaibkan, diangkat pergi secara ghaib atau macamana tuhh wallahulam.....

tapi ada rakan hamba yang kata tapak rumah itu dah dijadikan gelanggang futsal.... dah dibina taman permainan... wallhualam jugakk..

JulietTheOrange Publish time 15-2-2010 06:31 PM

try google, takde pulak citer pasal banglo nih...

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:32 PM

rumah sama ada dighaibkan, diangkat pergi secara ghaib atau macamana tuhh wallahulam.....
selimut dengo yang versi nie jerk.....

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:33 PM

try google, takde pulak citer pasal banglo nih...
JulietTheOrange Post at 15-2-2010 18:31 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
kan..... mayak kuo ceriter orang hilang... hehehehhe

JulietTheOrange Publish time 15-2-2010 06:34 PM

kat jb nih bnyk tul tapak umah yg tinggal tangga
apekah misterinya disebalik ke'tangga'an itu? :funk:

edy137 Publish time 15-2-2010 06:35 PM

group kitorang ada nak buat research kat tapak rumah tersebut..... apa yang berlaku, 2 hari nak pergi beberapa rakan dapat mimpi yang aneh....

dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo laa... disepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan.... mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut....

yang kebetulan mimpi itu ialah 2 orang dari 3 orang yang bermimpi.... kedua-duanya kosong (takde belajar apa2 laa).... , seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn kerumah tersebut.... orang tua itu berada di hujung simpang....

bila sampai tarikh yang dijanjikan... ramai yang ada hal laa.. tak jadi pergi laa.. sampai laa ke hari ini.... so, kitorang pon tak pergi laa...cuma dengar2 citer sahaja....

ada sesiapa ada alamat lengkap boleh lah berikan pada hamba... just for paranormal research....

selimutpurple Publish time 15-2-2010 06:37 PM

group kitorang ada nak buat research kat tapak rumah tersebut..... apa yang berlaku, 2 hari nak pergi beberapa rakan dapat mimpi yang aneh....

dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang ...
edy137 Post at 15-2-2010 18:35 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
adesh,,, ni nak reserch memalam ke sesiang nie?

JulietTheOrange Publish time 15-2-2010 06:38 PM

yg mimpi tuh mimpi yg same eh?
pelik dan mengerikan :L

nazurah Publish time 15-2-2010 06:58 PM

Post Last Edit by nazurah at 15-2-2010 19:21

kalo korang nak pergi rumah ni... ikut flyover Rinting-Seri Alam 2, lepas tu belok kanan menghala ke Taman Rinting/Rinting Heights. Belah kiri jalan ada TS Hotel, korang ikut kanan jek... depan tu ada traffic lights and korang belok kanan lagi...

aku ingat2 lupa jalan nak masuk ke rumah ni... tapi aku rasa first junction kanan lagi.. then jalan terus lepas tu belok kanan lagi. rumah ni berada kat jalan paling hujung dan jalan mati, ops! sebelum sampai kat simpang tu (dulu) ada pos pengawal...

senang jek nak jumpa rumah ni... dari jalan mati tu...korang kiralah ada tapak lapang, dan dua banglo kosong (dulu la) skang tatau banglo tu dah berjaya dihuni oleh orang lain ke tak :D

kalo nak kata jadi gelanggang futsal, satu atau dua court jek kot muat... ntah la aku dah lama tak ke sana...

unekspekted Publish time 15-2-2010 07:31 PM

15# nazurah



ni cite banglo yg kat bukit rinting??? bungalowyg last turn bukit sebelah kanan tu kan??? sebelah rumah teres kos rendah nak pegi trafic light kan??

aku duduk situ dulu.. jalan api2..

budak yg duduk seblah bungalow tu, yg deret2 rumah teres tu member aku, Rizal nama dia.. dia cite.. time hujang panas je, tempat lain basah kene hujan, kat tapak bangulow tu tak pulak,. mcm ade bangunan or atap kat situ..

sebab hari2 lalu dulu tu yg tak brape nak ambek kesah kot

unekspekted Publish time 15-2-2010 07:36 PM

Post Last Edit by nazurah at 15-2-2010 19:21

kalo korang nak pergi rumah ni... ikut flyover Rinting-Seri Alam 2, lepas tu belok kanan menghala ke Taman Rinting/Rinting Heights. Belah kiri jalan ada ...
nazurah Post at 15-2-2010 18:58 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

woiiehh.. expert.. dulu kat sblah bawah deret2 TS Hotel tu, ade club, superstar club, tahun 2002. tibe2 je teringat..

nazurah Publish time 15-2-2010 07:48 PM

16# unekspekted

beb... kat situ takde rumah teres... jiran2 banglo hilang ni semua banglo belaka...
kalo teres tu area lain la... tp kalau kat rinting heights ni takde teres...

aku pnah disambut dengan hujan panas time aku datang situ dengan kengkawan aku. memula kitorang turun dari kereta takdelah pulak hujan... bila kita sampai kat rumah tu ada la dalam seminit dua.. tetiba HUJAN PANAS kau!

tapi sebelum tu aku dah pesan kat member... sila reverse kereta siap2 jadi kalau ada apa2 hal senang kita nak cabut lari memandang situ jalan mati....:funk:

unekspekted Publish time 15-2-2010 08:00 PM

16# unekspekted

beb... kat situ takde rumah teres... jiran2 banglo hilang ni semua banglo belaka...
kalo teres tu area lain la... tp kalau kat rinting heights ni takde teres...

aku pnah disam ...
nazurah Post at 15-2-2010 19:48 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif

ade pengkompiusan sikit kat sini..

menurut sumber aku.. banglow yang hilang tu, lepas masuk kanan traffic light taman rinting tuu - naik bukit - rumah teres kiri kanan - lot bangow yang 1st sebelah kiri tu laa tapak dia.. sekarang tinggal pagar dengan lantai je, boleh nampak dari tepi jalan = lepas tu naik bukit ke kawasan bungalow..

so, brape banyak banglow hilang ni?

ilahkhatibrani Publish time 15-2-2010 08:08 PM

hmmm :L kat rinting height
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Misteri Banglo Hilang @Rinting Heights


ADVERTISEMENT