nazurah Publish time 14-2-2010 10:55 AM

Kena 'KEBAS'

Korang pernah kena kebas tak? Bukan kena rompak atau kena curi... tapi kena kebas untuk buang something yang ada kat badan korang. Aku tak tahu la pasal kebas mengebas ni sampailah beberapa tahun sudah tapi aku tak buat pasal cara-cara nak mengebas aku tu macam syirik jek. Lagipun masa kecik dulu nenek atau mak aku tak pernah cakap pun pasal kebas mengebas walaupun nenek aku tu pandai ubat orang.

Depan rumah aku tu memang keras. Kitorang pindah banyak kali gak dan manjang la depan rumah tu keras. Korang tahu DENAH tak? Sakit yang tetiba kaki korang merah, panas, bengkak... masa kecik aku tak tahulah berapa kali kena benda tu. Nenek aku kata aku 'terpijak' rumah orang. Bila kitorang pindah rumah, situ pun keras gak tapi aku tak pernah kena denah lagi dah cuma mak aku jek la selalu sangat kena bentes kat situ. Jalan rata pun mak aku boleh jatuh. Samalah macam nenek aku, dalam rumah pun dia jatuh...selapang2 tidak... nak pi bilik air amik wuduk...tetiba jek terjelepuk.

Masa umur aku 7 tahun, aku eksiden. Mak aku citer setengah hari orang dok cari aku. Walhal masa eksiden tu aku bertiga dengan classmate aku and bapak dia... tapi aku dorang tak jumpa! Lokasi eksiden tu atas bukit... tepi bukit tu ada court tenis and tasik memang best la tempat tu. Mak aku kata...dorang jumpa aku kat tepi tasik tu :)

Berbalik pada cerita kena kebas ni... ada satu pompuan ni sudah marah sama aku pasal laki dia syok kat aku. Mamat ni entah lelaki ke berapa suka kat aku pun aku tak ingat. LOST COUNT dah. tapi aku takdelah nak heran sangat pasal tau ajelah perangai lelaki ni, penggoda hawa. aku buat bodo jek la lepas dia serang aku sebab aku tak salah. tapi kawan baik aku notice perubahan aku. Dia kata aku macam SASAU sikit. So dia pun bawak aku berubat....aku ikut jeklah sebab aku tau memang mamat ni (yang syok kat aku) laki bini memang kaki bomoh!

akak yang dok ubat aku ni kata... hati aku redup dan 'ramai' yang suka menumpang. aku tak faham, aku anggap 'ramai' tu lelaki coz aku memang ramai kawan lelaki. so dia kata aku ni mesti dikebas sebab dari kecik aku sepatutnya dah dikebas. dia suruh aku bawak kain batik baru 7 helai (kalau tak silap), bunga 7 macam, kain kaler apa ntah...beberapa meter and ada satu dua barang lagi yang aku lupa. dia kata nanti puteri gunung ledang yang akan MANDIKAN AKU!

Seriau sehh... lepas tu aku tak datang terus!

JulietTheOrange Publish time 14-2-2010 11:00 AM

aku ingt kebas yang KEBAS tuh (mcm kene bius)
upenye kebas yg lg 1 tu
kalu di ubat ngan mayang kelapa, kire kebas gak ke?

nazurah Publish time 14-2-2010 11:14 AM

sambung balik...

dipendekkan cerita aku dah kapel dengan beberapa lelaki, hampir kesemuanya yang aku kenal baik baru atau dah lama kenal...tak menjadi. aku anggap mungkin belum jodoh dan takde rezeki... termasuklah dengan bf aku yang kitorang mmg cintan gila, merana setahun lepas frust (tapi dalam pada merana tu ada jek lelaki datang replace) malah sampai skang aku masih sayang ex bf aku tu... dan tak boleh lupakan tragedi yang membawa kepada perpisahan kitorang.

lepas aku kena 'bomoh' tak lama lepas tu, aku dengan ex bf aku putus... tapi kisah nak kena kebas tu aku lupakan coz aku anggap benda tu mengarut. aku berpaksikan pada qada dan qadar tuhan... lepas tu aku jumpa ustaz coz aku berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan. aku nangis dan nangis bila aku teringatkan ex bf aku.

ustaz ni takut nak cakap kat aku apa yang dia nampak. dia suruh aku balik dan datang semula lepas 2 hari. kemudian dia bagi aku solution: ustaz ni suruh aku buat kenduri, jamu 40 orang budak kecil dan mintak dia orang aminkan doa untuk aku, biar kesedihan yang menyelubungi aku tu pergi. dia jugak suruh mak aku doakan untuk aku biar bahagia datang... then mak aku tak pernah lupa doakan untuk aku sehinggalah dia meninggal...

tapi aku tak buat kenduri yang ustaz tu suruh...coz aku guna doa mak aku sampailah mak aku meninggal 2 tahun lepas dan satu lagi kejadian berlaku. dan recently aku jumpa lagi ustaz tu... dia kata "musibah yang ada pada awak ni harus dibuang dahulu..."

aku tak faham musibah apa... tapi sepanjang perjalanan aku nak balik PG tu aku dok fikir dan ulang ayat dia..."selagi musibah tu tak dibuang, awak akan ada masalah yang sama, bila ada lelaki yang suka kat awak...hubungan tu tak akan menjadi..."

akhirnya aku akur... aku buat jugak kenduri 40 orang budak yang ustaz tu suruh. dia uruskan semuanya, aku cuma keluar belanja kenduri dan upah duit minyak dan tol aje. kendian ustaz tu bagi aku satu botol besar air suruh buat bilas mandi. selama 3 hari lepas dia bagi air tu, aku disuruh zikir 1000kali dan baca alam nashrah 44 kali... hari ketiga aku mandi dan bilas dengan air yang dia kasi dan dia suruh aku baca doa ni...." yang baik pada diriku dan yang tidak baik pergi dan musnah..."

hari ketiga tu aku datang bawak kain putih 4 meter... aku dok seriau, dia nak buat apalah dengan kain tu, nak kapankan aku ke??

rupanya dia guna kain tu untuk KEBAS AKU. Dia suruh aku mengadap kiblat... baca selawat dan doa musnahkan yang tak baik tu...pastu dia letak kain tu atas kepala aku...dia selubungkan aku...kemudian dia tarik dan KEBAS....

Persoalan yang masih bermain dikepala aku... apakah MUSIBAH itu? bila masa musibah tu aku dapat? time aku eksiden jatuh kat tasik tu ke? atau bila...

kroit92 Publish time 14-2-2010 11:21 AM

rupanya dia guna kain tu untuk KEBAS AKU. Dia suruh aku mengadap kiblat... baca selawat dan doa musnahkan yang tak baik tu...pastu dia letak kain tu atas kepala aku...dia selubungkan aku...kemudian dia tarik dan KEBAS....

tak pahamlah part ni.. Kebas tu macam mana? :o
musibah.. kalau orang lain kena camnih mesti terus cakap kena mandi bunga kan.. :L

JulietTheOrange Publish time 14-2-2010 11:24 AM

ala...cth mcm kite kebas tilam ngan selimut tu nak kasik buang abuk2 atas tilam

pawangBuaya Publish time 14-2-2010 11:25 AM

mesti ko cun kan?:laugh3:

nazurah Publish time 14-2-2010 11:29 AM

5# JulietTheOrange

hahaha... kebas-kebas gitu la... amik kain kebas kat badan...
mula2 aku ingat nak kena kebas tu dia akan 'pukul' kain tu kat badan aku... takutlah aku mati kena kebas (pukul) plak...
sebab banyak kes org mati masa berubat kan... bila tok bomoh naik sheikh....

tp ustaz yg ubat aku ni buat sekali jek... dia letak kain tu dari belakang badan...lalu atas kepala sampai hujung kaki aku....
masa dia nak tarik kain tu dari hujung kaki jek baru bunyi KEBAS tu.... zasssss...

nazurah Publish time 14-2-2010 11:31 AM

4# kroit92

aku belum pernah kena mandi bunga lagi... hehehe...
ustaz tu cakap jodoh untuk aku senang jek datang, tak dinafikan aku memang senang jek dpt replacement :$
tp bila part kitorg naik satu level...mesti ada jek halangan... aku suspek 'musibah' aku tu jeles dan tak kasi aku kawin...

ninja9 Publish time 14-2-2010 11:48 AM

menarik cerita ko ni..

napa tak tanya ustaz tu cerita sebenarnya....saspen plak..

nazurah Publish time 14-2-2010 12:02 PM

9# ninja9


dorang suka berkias cakap benda2 macam ni

1. hati aku redup... ramai suka tumpang berteduh
2. aku ni ibarat lampu minyak yang sumbunya tak cukup panjang, antara kena minyak dan tak kena...cahayanya malap aje...
3. ibarat surat khabar atau kertas... yang dibiarkan minyak menitis ke atasnya, lama2 seluruh kertas itu dipenuhi minyak...

mungkin sebab aku biarkan benda tu berlarutan terlalu lama, jarak waktu aku jumpa ustaz tu ialah hampir 4 tahun lebih lepas aku dengan ex bf aku putus... aku buat bodo jek la...pasal aku dah dapat bf baru, sebab aku tak faham kiasan yang akak dan ustaz tu bagi. pada hemat aku...aku cuma sedih atas kejadian yang berlaku takde benda lain yang 'kacau'...

rupanya... aku kena 'tukar baju' sebab baju yang aku pakai tu dah diibaratkan dipenuhi minyak... tu pasal akak tu nak kebas aku dan kena puteri gunung ledang mandikan aku... and ustaz tu pun kata kena mandi dan kebas, kaedahnya sama i.e. KEBAS dan cara mandi tu jek berlainan... akak bomoh tu kata PGL yang akan mandikan aku sementara ustaz tu suruh aku mandi sendiri... hehehe

cmf_Kimmy Publish time 14-2-2010 12:31 PM

aku pun pernah dengar "Kebas" ni....

memang orang yg jodohnya selalu tak melekat yg berubat pakai "Kebas' ni...

sekurang2nya cara ustaz tu lebih baik, berbanding dgn bomoh perempuan tu...

nazurah Publish time 14-2-2010 01:18 PM

kawan aku yang anak dia bebal belajo pun dia bawak jumpa ustaz ni dan dikebas...

kenapa mesti kena kebas ehh?

rdzaccess Publish time 14-2-2010 02:46 PM

Kebas nih selalunya dilakukan pada mereka yang berubat pada satu ketika dan tidak putus ubat kemudiannya.
Selaluya perawat akan tahu niat atau nazar seseorang pesakit atau disebabkan perawat itu sendiri apabila menuntut ilmu ada mempunyai niat(nazar-seperti bersedekah untuk setiap kali jika pesakitnya sembuh).
Maka itulah yang dinamakan putus ubat pada akadnya.

Jika perawatan telah disempurnakan dan apabila pesakit tidak putus ubat ( kekadang bagi sesuatu kes pesakit adalah anak kecil maka mereka yang membawanya adalah bertanggungjawab) maka penyakit dari pesakit akan datang kepada perawat.

Apabila ini terjadi terdapat simtom kepada perawat dan pesakit.

Mari kita lihat simtom kepada perawat dahulu...
Katakanlah perawat merawat seorang pesakit dan pesakit tidak putus ubat ( mungkin kerana kejauhan dari tempat tinggal) maka perawat akan merasakan kesakitan seperti pesakit dan jika sepuluh orang yang tidak putus ubat ....(korang pikirlah sundiri....)
Kelakuan perawat ini akan menjadi lemah, malas, kekadang demam nipis, dan ada ketikanya jalan pun macam zombi atau macam mayat hidup.

Okay...simtom kepada pesakit.
Pesakit selalunya akan sembuh sepenuhnya ceria dan akan lupa bahawa mereka perlu untuk putus ubat.(Biasalah masa sakit ingat ajer).Dalam menuntut ilmu semacam ini ( ilmu yang diturunkan pada keturunan) putus ubat adalah wajib bagi mereka.
Terkadang mungkin penyakit boleh datang kembali kepada pesakit selepas 40 hari atau 90 hari atau mengikut kepada perawat apabila memberitahu kepada pesakit bila pesakit perlu datang semula.
Ini adalah untuk melihat kepada pesakit bahawa mereka benar benar sembuh untuk rawatan susulan atau ada lain penyakit pulak yang hinggap ( tersalah pandang ) kerana cara perawat yang sebegini merawat satu demi satu dan bukan 3- in 1.

Okay... yang lainnya...
Jika tidak putus ubat maka perawat akan membuat satu ritual yang dikatakan kebas.
Ini adalah proses untuk mengembalikan penyakit kepada pesakit sebagai preventive measure untuk perawat itu sendiri.
Selalunya pesakit akan mengalami semula sakitnya bermula dari dia berubat sehingga terkini dan bayangkan jika penyakit kronik yang tertangguh maka ia akan mendapat sakit yang terkumpul selama mana ia mula berubat sehingga berlakunya ritual kebas.
Senang cerita yakni masa bertenang ~macam MLM lah.

Okay itu untuk perawat dan pesakit yang tak putus ubat.
Bagi pesakit yang kena kebas pulak mungkin disebabkan bahawa perawat itu sendiri ( yang dulunya diminta untuk merawat) telah tidak ketahuan diamnya ( tinggalnya) atau telah tiada di dunia ini.Maka ritual kebas dibuat untuk mengembalikan sakit pesakit kepada perawat atau keturunannya atau anak muridnya.
Sebagai preventive measure oleh mereka (perawat), mereka ada cara untuk menghilangkan atau menyerap sakit atau membuang sakit ini ke tempatnya yangtersendiri. (rahsia seorang perawat)

Ritual untuk kebas terpulang kepada seseorang perawat.

nazurah Publish time 14-2-2010 02:56 PM

13# rdzaccess

apsal aku susah nak faham apa yg ko tulis ni :(

kroit92 Publish time 14-2-2010 07:50 PM

13# rdzaccess

apsal aku susah nak faham apa yg ko tulis ni :(
nazurah Post at 14-2-2010 14:56 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

baca slow2.. ;P

kroit92 Publish time 14-2-2010 07:51 PM

13# rdzaccess

bang rdza, kiranya kalau perawat yang merawat pesakit tidak putus ubat tu, macam bro rdza cakap, perawat akan rasa sakit macam si pesakitkan?
kalau dibiar lama2, effect dia macam bisa ek? macam mana nak hilangkan effect tu?

rdzaccess Publish time 14-2-2010 08:14 PM

Perawat yang kena tu akan kebaskan dirinya.
Cuba perhatikan jika terlihat perawat ( selalunya dukunlah) akan terdapat kain- kekadang kain hitam atau kuning terletak atas bahu dia.
Efek kebisaaan yang menyucuk nyucuk di setiap sendi akan sentiasa di rasai.

cmf_fatt Publish time 14-2-2010 10:54 PM

pas proses rawatan ni TT dah pulih sepenuhnye ke or mcm mana?

caricari Publish time 14-2-2010 11:12 PM

naz...aku pun pernah kena 'kebas'...tapi tak de la mcm ko kena ngan akak tu sampai nak kena mandi ngan PGL tu :mad:
aku terkena org punya ilmu...jumpa perawat...dia guna ayat Qur'an..dia tak perlukan apa2 melainkan air mineral je utk minum dan air paip biasa kalo perlu mandi...dia pun guna istilah 'kebas'..masa dia 'kebas' tu, dia suruh aku baca selawat, fatihah dan mengucap...banyak2 kali kalau boleh...pastu aku nampak kat sliding door tu mcm dia tgh bersilat..tapi tak de la sampai pencak bagai :loveliness:...tangan dia je gerak sana sini..sambil mulut dia baca fatihah dan selawat dgn jelasnya...

menurut kata, 'kebas' akan jadi lebih berkesan kalu time kita kena 'sesuatu' tu kita terus 'dikebas'...kira kalau Allah izin, time tu dia dapat pangkah ilmu org jahat tu kat kita...wallahu alam...

nazurah Publish time 14-2-2010 11:30 PM

19# caricari

wooo... itu macam ke? bleh pangkah ilmu org plak ekk...

masalahnya aku tak tahu benda tu datang sendiri pada aku atau orang hantar. sebab lepas aku jumpa akak yang nak kebas aku tu, aku jumpa ustaz ni tanya... kalau2 aku terkena sihir... ustaz ni cakap ciri2 orang yang terkena sihir antara yang aku ingat ialah orang tu tak ingat pada ibu dan ayah juga keluarga, tak ingat pada tuhan (tak solat)...

memula dia just tanya nama aku dan nama mak aku and alamat rumah aku... lepas tu dia terus kata tak berani nak cakap sebab benda tu kurang jelas. dia suruh aku balik dulu dan datang semula lepas dia solat hajat. 2 hari lepas tu aku datang balik.. tu yang dia kata aku mcm lampu minyak tanah tak cukup sumbu...

jadi aku biar jek la... sbb aku masih ada mak masa tu,mak aku boleh doakan untuk aku. tapi lepas mak aku meninggal... aku 'diuji' lagi and this time aku takde sesape lagi nak ngadu...

bayangkan... aku biarkan benda tu berlarutan selama lebih kurang 4 tahun lebih, entah bila dia datang...aku pun tak tahu...
tak sempatlah aku nak pangkah sesiapa...
Pages: [1] 2
View full version: Kena 'KEBAS'


ADVERTISEMENT