myoujin Publish time 5-2-2010 03:04 PM

nanti g kedai nak kene bawak penimbang ler
timbang rim yang nak beli tu compare ngan yang lain
hahah

krongsang Publish time 5-2-2010 03:24 PM

mak aih 25k pon dah botak ke
tokyo drift ke haha

tgk la bunga tu ade byk mane lagi..berape % dari asal.
myoujin Post at 5-2-2010 09:28 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

brapa %tage dia xtau plak aku.. aku tengok gigi2 bunga tu cam ade lagi la.. tp mekanik tu ckp mmg la makan seblah so dia xadvise aku rotate tyr blkg tu.

Tayar proton biasa la silverstone... pomen tu suggest aku pakai bridgestone.. dia ckp xbunyi.. michelin tu lagi mahal kot ek. Aritu pomen tu offer aku bridgestone rm180 utk size 15".. ok ke harga tu?

kecimpret Publish time 5-2-2010 03:29 PM

utk saiz 15" kalo mau comfort & senyap wa rekomen falken 912..yg x bestnya falken ni cpt botak..kalo setahun mileage takat 10k km ok laaa...tp kalo setahun 25k km, mmg tiap thn laa tukar tayar:lol:

d34n Publish time 5-2-2010 04:55 PM

baru je tukar tayar 2nd hand 2 biji=rm200 free allignment.......

x tau la berbaloi ke x.........nk x nk kena tukar jgk coz tayar dh haus kt belah tengah....lagi pun tayar dh lari 50 ribu km........ ...
ismauzair Post at 5-2-2010 11:24 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
erkk..
ni tayar haper nih seken sampai rm200 2 bijik nih.?? :o

moimed Publish time 5-2-2010 05:03 PM

tayar continental RM160 sebijik ok ke? keta kelisa jah..

kecimpret Publish time 5-2-2010 06:08 PM

kelisa 14" kan??..kalo camtu mahal ler

moimed Publish time 6-2-2010 12:22 PM

huh nih tukar kat kedai tayar continental la kat kota d'sara, 4 bijik RM640

moimed Publish time 6-2-2010 12:22 PM

huh nih tukar kat kedai tayar continental la kat kota d'sara, 4 bijik RM640

bhf3856 Publish time 10-2-2010 12:09 AM

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “82″ kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf “H” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.

Jika kita hendak mengetahui tahun tayar itu dibuat, carilah di tepi tayar. Ada nombor seperti 1005. 2 digit yang pertama bermaksud bulan tayar dibuat. 10 bermakna bulan ke 10 bagi tahun 2005 (05 merujuk kepada tahun pembuatan)

bhf3856 Publish time 10-2-2010 12:10 AM

Post Last Edit by bhf3856 at 10-2-2010 00:16

- Mari Membaca Dinding Tepi Tayar anda!!!!

kita memandu kereta setiap hari, mesti nampak tayar kereta sendiri tiap hari. nampak ada brand lah, ada nombor2 lah, ada bulat lah, ada tulisan kecik lah, tulisan besar lah. APO BONDO tu sumo eh? APO MAKNO eh? carut apa itu? hahahahah

tengok gambar bawah nihttp://forum.cari.com.my/http://img651.imageshack.us/img651/3522/tayar.jpg




A – Nama pengeluar / nama brand
B – Saiz tayar, tujuan dan tahap kelajuan tayar.
C – Jenis tayar dibuat
D – Jenis permukaan yang sesuai utk tayar -> lumpur, salji
E – Tekanan tayar
F – ECE approval
G – North American Dept of Transport compliance simbol nombor id
H – Negara pengeluar.

Selain dari benda atas ni, kadang kita ada juga nampak tanda2 lain yg ada pada dinding tepi tayar.

+ Kadar suhu tayar – menunjukkan berapa bagus untuk tayar itu mampu menahan kepanasan yang dibina ketika berjalan (kemampuan menahan panas).
“A” = paling bagus, “C” = paling rendah

+ Kadar cengkaman tayar – menunjukkan kemampuan tayar untuk berhenti ketika basah
“AA” = paling bagus, “C” = paling rendah

+ kalau kita tengok kat tanda G pada gambar rajah, dua huruf selepas perkataan ‘DOT’, bermaksud, pengeluaran tayar itu secara terperinci. (nama syarikat dan negara kilang). setiap kilang tayar didunia, ada kod masing2. kalau “FA” kat gambar atas ni, bermaksud “The Yokohama Rubber Company, Limited, Hiratsuka, Kanagawa-Pref, Japan”
Kalau tayar biasa kita nampak kat negara kita, mungkin nampak “2D” bermaksud Silverstone Tire & Rubber Company Sdn Bhd, Taiping, Perak, Malaysia

Fast-N-Furious Publish time 10-2-2010 07:56 AM

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.
bhf3856 Post at 10-2-2010 00:09 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

walau pong kete haku skang nie guna tayar dengan speed rating ZR, tak pernah pong cecah 200km/h lagik.. paling tinggi pong 180km/h baru... hehehe...

t0m Publish time 21-2-2010 12:51 AM

takpe en fast..kira dah sedia..bila2..tekan je

seTEGAP Publish time 22-2-2010 08:59 AM

errrr... kete yg tayar size 195/55/15 leh pakai ke tayar 195/50/15 tq:pompom:

Fast-N-Furious Publish time 23-2-2010 08:15 AM

errrr... kete yg tayar size 195/55/15 leh pakai ke tayar 195/50/15 tq:pompom:
seTEGAP Post at 22-2-2010 08:59 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

naper plak tak bleh..?? sudah semestinyer buleh.. cuma mungkin rim well ko nampak luas sket, so.. kasi lowered lar.. heheheh.. :lol:

sok_suci Publish time 4-4-2010 12:35 PM

aku tukar tayar mse 26k.bulan ogos tahun lalu.baru minggu lalu buat rotation.eloknya rotate setiap enam bulan. tukar empat2 skali.kete atos je.tayar mse tu memang dah nazak la.kalau brek mengejut, rse mcm 'tergelincir'..pakai tayar biasa silverstone. Alhamdulillah, so far ok..

cikguranggi Publish time 4-4-2010 02:57 PM

kelisa 14" kan??..kalo camtu mahal ler
kecimpret Post at 5-2-2010 18:08 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

kelisa aku pakai tayar 175/50/15....tayar sebijik rm160 cap NCT5 Goodyear...ok ke rege tu???

dragger Publish time 4-4-2010 03:44 PM



kelisa aku pakai tayar 175/50/15....tayar sebijik rm160 cap NCT5 Goodyear...ok ke rege tu???
cikguranggi Post at 4-4-2010 14:57 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

stended kot rege tu.. goodyear tu...

dragger Publish time 4-4-2010 03:46 PM



sikit berat darik rim japanese maria ozawa..
sikit ringan darik rim malaysia rozita che wan..:loveliness:
ajis_kg Post at 5-2-2010 14:53 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif

perlukah nama kedua2 selebriti itu di sebutkan? :lol:

matabelalang Publish time 31-3-2016 03:30 PM

Aku ada masalah nak tukar tayar spare....tim dengan drum melekat tak boleh cabut...nak buat macamana?

matabelalang Publish time 31-3-2016 03:31 PM

Aku ada masalah nak tukar tayar spare....rim dengan drum melekat tak boleh cabut...nak buat macamana?

Pages: 1 [2]
View full version: tukar tayar kereta


ADVERTISEMENT