LLM Publish time 4-2-2010 06:08 PM

CERITA PENDEK: Makan besar

Post Last Edit by LLM at 4-2-2010 23:34

Bidin membaca suratkhabar. 'Lima ekor lembu dicuri di Kampung Limau'. Memang teruk betul. Kecurian berleluasa masa kini..

Dia melihat jam di atas dinding. Pukul 8 malam.

Perut Bidin berkeroncong. Dia bergegas keluar dan berjalan kaki meluru ke gerai makanan yang berdekatan dengan rumahnya..

'Makcik, Soto ayam lima, sate lima ratus cucuk, mi goreng lima pinggan. Makan sini' ujar Bidin kepada Makcik Leha, pengusaha gerai makanan itu..

Makcik Leha hampir kepitaman mendengar pesanan Bidin, tapi tanpa berkata apa-apa terus menghantar pesanan kepada Madi, tukang masaknya itu.

Selang setengah jam, makanan pun tiba. Bidin tanpa berlengah-lengah lagi makan dengan penuh bernafsu. Sedap sekali soto, sate dan mi gerai Makcik Leha. Mengalahkan restoran francais KFC..

Tepat pukul 10.30 malam. Bidin menghabiskan segala makanannya..'Puas aku makan' getus hati kecilnya..

Kemudian Bidin memanggil pelayan warung minuman sebelah gerai Makcik Leha..'Dik, Teh ais satu baldi kecik..'

Tepat pukul 12 malam, Bidin selesai urusan makanannya. Dia bergegas balik ke rumah..

Pukul 1 pagi, Bidin berasa lapar sejurus sebelum tidur. Dia ke dapur dan mengambil lapan paket myojo, 6 biji telur dan kemudian memasaknya. Kenyang..

Pukul 7 pagi, sebelum ke pejabat, Bidin bersarapan dengan 15 keping roti berintikan mentega dan sejag kopi panas..

Beginilah kehidupan Bidin, seorang insan biasa di kotaraya KL yang penuh dengan liku-liku kehidupan yang sungguh mencabar..

TAMAT :I

danedzya Publish time 4-2-2010 06:28 PM

cerita lawak ker apa nie??

LLM Publish time 4-2-2010 06:32 PM

cerita abstrak dan artistik yang penuh dengan kenyataan yang tersirat..

mohdlorong Publish time 4-2-2010 06:33 PM

style penulisan LLM mmg camni. try carik crite hasil tulisan die. unique to some

kusaka_masato Publish time 4-2-2010 06:36 PM

asyk makan jek??

LLM Publish time 4-2-2010 06:38 PM

ye, asyik makan. renungkanlah simbolisme makan di dalam cerita ini dengan kehidupan kontemporari harian warga kota ..

Kia_picanto Publish time 4-2-2010 06:39 PM

tak leh tangkap la maksud tersirat dia..
pengajaran nye jgn makan banyak ke?? :o

LLM Publish time 4-2-2010 06:40 PM

tak jugak. ada lagi pengajaran yang lebih mendalam. tetapi pengajaran itu mengikut interpretasi subjektif para pembaca..

kusaka_masato Publish time 4-2-2010 07:11 PM

pengajarannya bnyak makan bole mendatangkan mudarat pada kesihatan heheheehe orang malaysia kan kuat makan

LLM Publish time 4-2-2010 11:32 PM

ataupun cerita ini adalah metafora untuk kerakusan jiwa sesetengah manusia yang begitu simptomatik di kota-kota besar dunia..

Naru Publish time 5-2-2010 12:17 AM

Di pemikiran saya, cantik cerpen ni... ala2 sebuah terjemahan dunia sekarang!Persoalan manusia dan hawa nafsunya....So true!

LLM Publish time 5-2-2010 12:34 AM

Contoh pemakanan Bidin yang begitu ekstrim yang telah saya paparkan ingin mengketengahkan satu satira yang mempersoalkan kerakusan dan ketandusan jiwa manusia yang semakin ditekan-tekan dalam suasana kota yang penuh pancaroba..

Beginilah kehidupan Bidin, seorang insan biasa di kotaraya KL yang penuh dengan liku-liku kehidupan yang sungguh mencabar..

Pengakhiran cerita ini, saya tidak menghukum watak Bidin sebagai devian. Tetapi menyatakan hakikat sedih kehidupannya..Saya sengaja tidak menyatakan secara terperinci apa yang menyebabkan Bidin makan terlalu banyak, tetapi ingin menyampaikan satu simbolisme tersirat (makan berlebihan) sebagai satu 'coping mechanism' bagi Bidin..

detox Publish time 6-2-2010 06:06 AM

hehehe......lama dah ko tak tulis. Aku suka hasil tulisan ko.

Keep it up Bro (Sis ?)

Gerimis.. Publish time 12-2-2010 01:46 PM

Penulisan bersahaja.. hmm..
Pages: [1]
View full version: CERITA PENDEK: Makan besar


ADVERTISEMENT