md_nana Publish time 27-2-2011 04:01 PM

igt lagi mase kes ni...aku kecik2 lg....tak paham pe yg jadik...pas tu ms cuti skola jalan2 p KL...tp byk tmpt aku tak leh p sbb byk demonstrasi....

rosewhite Publish time 9-1-2012 10:57 AM

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:02 AM

Kes liwat: Tak boleh disabitkan atas hanya keterangan mangsa

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:04 AM

Kemenangan Anwar kejayaan besar pembangkang – Azmin

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menyifatkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu kejayaan besar buat pembangkang.

Katanya, kemenangan Anwar juga merupakan satu permulaan baik bagi pembangkang dalam memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

''Sememangnya kita telah meyakini keputusan mahkamah ini dari hari pertama lagi dan pembangkang memerlukan Anwar sebagai pemimpin yang akan membawa reformasi kepada negara,'' katanya.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:08 AM

Guan Eng berharap tiada lagi konspirasi terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berharap tidak akan ada konspirasi ketiga terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini.

Sambil menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat sebagai keadilan yang terbukti, Guan Eng juga mendesak barisan pendakwa raya memberi penjelasan kepada rakyat mengapa mereka sanggup mengheret Anwar dalam kes tersebut.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:33 AM

Bebas pertuduhan liwat: Anwar masih belum berasa lega

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau masih belum boleh menarik nafas lega walaupun bebas daripada pertuduhan liwat.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana ruang untuk meneruskan pendakwaan masih ada.

NAT_11 Publish time 9-1-2012 11:36 AM

Hahaha...........jelaslah MAHKAMAH MALAYSIA memang ADIL!.......
Sekarang sumber berkempen untuk PRU13 semakin mengecut.
Aku tengok je muka Anwar terus terbayang belalainya yang terjulur.
GELINYAAAA..........................:I

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:38 AM

2 cedera, bom buatan sendiri meletup di luar mahkamah

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Dua individu cedera selepas bom buatan sendiri meletup dalam tiga kejadian berasingan selang 10 minit di pekarangan luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 10.45 pagi selepas keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:40 AM

Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu.

rosewhite Publish time 9-1-2012 11:41 AM

Pendakwa raya belum putuskan sama ada akan buat rayuan

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

rosewhite Publish time 9-1-2012 12:18 PM

Kedudukan Anwar sebagai PM bayangan masih belum terjamin

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Meskipun dibebaskan daripada pertuduhan liwat, kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bayangan pembangkang masih belum terjamin.

Ini kerana seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, kedudukan itu hanya akan ditentukan oleh Majlis Presiden yang akan bermesyuarat dari semasa ke semasa.

Berkenaan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat, Mohamad mengakui beliau terkejut dengan keputusan itu apatah lagi ia diputuskan oleh mahkamah kurang daripada dua minit.

rosewhite Publish time 9-1-2012 02:07 PM

Perhimpunan Bebaskan Anwar dicemari insiden letupan

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Tiga letupan berlaku berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi keputusan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, mengakibatkan tiga orang awam cedera.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian tiga letupan itu dan menyebabkan tiga orang awam tercedera dan beberapa kerosakan awam.

"Kita masih menyiasat kejadian itu,” katanya.

Dalam letupan pertama pada 10.40 pagi dipercayai bahan letupan buatan sendiri menggunakan bebola besi diletakkan di dalam kon, berdekatan lampu isyarat laluan masuk ke kawasan kompleks mahkamah.

Letupan itu menyebabkan sebuah kereta polis Perodua Kembara rosak serta dua lelaki cedera ringan pada bahagian muka.

Letupan kedua berlaku 10 minit kemudian berhampiran pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB), bersebelahan pusat penjaja Selera Duta dan seorang lelaki yang berada berdekatan cedera di tangan.

Letupan ketiga berlaku pada 10.55 pagi berhampiran kompleks kerajaan di Jalan Duta menyebabkan orang ramai gempar dan bertempiaran lari.

Polis berkata, semua mangsa telah dibawa ke klinik berdekatan untuk rawatan.

rosewhite Publish time 9-1-2012 02:07 PM

Keputusan mahkamah bukti badan kehakiman negara bebas

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa pilih kasih, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Penghakiman sudah diputuskan... dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada ”rule of law” atau keunggulan undang-undang,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata, Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

"Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.

"Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu,” katanya.

rosewhite Publish time 9-1-2012 02:08 PM

Mohd Saiful reda dengan keputusan mahkamah tinggi

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.

Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata, beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

"Tidak di dunia, namun di Masyar pasti. Reda dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi,” demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu, Mohamad Zabidin berkata, tiada bukti yang menyokong keterangan Mohd Saiful, dan mahkamah tidak boleh bergantung semata-mata kepada keterangan tersebut bagi menyabitkan Anwar.

rosewhite Publish time 9-1-2012 03:56 PM

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/120109151117.jpg
9 JAN 2012: Anwar Ibrahim berucap di luar Mahkamah Persekutuan Jalan Duta selepas dibebaskan oleh pihak mahkamah atas pertuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya.

offwhite Publish time 9-1-2012 08:41 PM

Reply 55# rosewhite


bakal PM akan datang berucap selepas dibebaskan dr tuduhan meliwat 'anak buah'nya.....anwar x cukup buah kot....{:mlwa2:}

rosewhite Publish time 10-1-2012 09:00 AM

http://www.utusan.com.my/pix/2012/0110/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpg
Anwar Ibrahim diiringi, Wan Azizah Wan Ali tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi di Jalan Duta bagi mendengar keputusan kes tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, semalam.

NAT_11 Publish time 10-1-2012 09:09 AM

Hehehe....kesian...kesian.
Susah payah berucap mintak sokongan, alih-alih the table is turned on him!
Rugi je meletopkan maltop, yang cedra orang sendiri..........;P
:lol::lol::lol:
Pages: 1 2 [3]
View full version: KES ANWAR IBRAHIM


ADVERTISEMENT