sue_cinta Publish time 30-1-2010 12:37 AM
Manga chronicle - Crows + Worst + Worst Gaiden + Harumichi + Crows Zero
Post Last Edit by sue_cinta at 29-3-2010 16:12
CROWS - The Chronicles
http://www.freeimagehosting.net/uploads/d6bda43d0d.jpg
Crows
Crows (クローズ)adalah siri manga Jepun yang dihasilkan oleh Hiroshi Takahashi yang berkisarkan kepada pergolakkan dan perebutan kuasa kepimpinan yang mempunyai unsur yang sama diterapkan ke dalam siri manga sekuel beliau yang lain iaitu Worst. Pada Oktober 2007, jualan manga 'Crows' ini telah mencatat jualan sebanyak 32 juta salinan.
Oleh kerana manga ini sangat popular, terdapat empat lagi manga yang memiliki perkaitan dengannya dan siri Crows ini juga telah pun mempunyai dual sekuel filemnya iaitu Crows Zero dan Crows Zero II yang telah diarahkan oleh Takashi Miike.
Sinopsis :
'Crows' mengisahkan mengenai seorang pelajar pertukaran sekolah bernama Bouya Harumichi, (seorang penarung yang hebat namun memiliki personaliti yang tidak bertanggungjawab) yang baru bertukar ke sebuah sekolah lelaki; Suzuran High School...tempat di mana kebanyakkan pelajar bermasalah dari seluruh Jepun berada. Oleh kerana sekolah tersebut dipenuhi oleh pelajar-pelajar bermasalah yang secara amnya 'dibenci' oleh penduduk setempat seperti mana 'Burung Gagak'...Maka, sekolah tersebut juga dinamakan : 'Crows High School'.... :D
==========================================================
THE MOVIES : CROWS ZERO & CROWS ZERO II
http://www.freeimagehosting.net/uploads/0a5b301abe.jpg
Crows Zero : The Movie
http://www.freeimagehosting.net/uploads/631badc7d5.jpg
Crows Zero II : The Movie
Crows Zero (クローズZERO, Kurōzu Zero)adalah filem yang diadaptasikan daripada siri manga berjudul Crows oleh Hiroshi Takahashi. Filem ini diarahkan olehTakashi Miike, ditulis oleh Shogo Muto dan dibintangi oleh Shun Oguri dan Takayuki Yamada. Setakat ini sudah wujud dua filem iaitu Crows Zero : The Movie dan Crows Zero II : The Movie.
Filem ini mengisahkan mengenai latar belakang pelajar yang belajar di Suzuran, sebuah sekolah yang sangat terkenal dengan pelajar-pelajar yang bermasalah dan suka bergaduh.
==========================================================
WORST, WORST GAIDEN & HARUMICHI
http://www.freeimagehosting.net/uploads/4e51b4641c.jpg
Worst
Worst adalah manga sekuel kepada manga Crows yang juga dihasilkan oleh Hiroshi Takahashi yang berkisarkan kepada pergaduhan pelajar-pelajar sekolah lelaki (mempunyai unsur kumpulan kongsi gelap) dalam usaha mereka untuk mengecap penghormatan di sekolah mereka. Tidak ada cara yang kotor dan taktik keji boleh digunakan di sekolah Suzuran. Pejar-pelajar ini mengikuti satu kod penghormatan apabila mereka bertarung, sangat menyerupai kepada pertarungan awal kewujudan mafia. Worst menceritakan bagaimana Hana Tsukishima berusaha dalam menguasai sekolahnya.
Manga Worst turut memiliki dua lagi judul sampingan iaitu Worst Gaiden dan Harumichi.
Worst Gaiden
http://www.freeimagehosting.net/uploads/5216d1901b.jpg
Worst Gaiden
Worst Gaiden merupakan siri sampingan kepada siri Worst dan setiap bab mengukap lebih mendalam mengenai latarbelakang sesetengah watak dalam siri tersebut dan mendedahkan mengenai kisah lampau mereka. Bahagian pertama dimulakan dengan kisah Adik-beradik Umeshi...bahagian seterusnya pula mendedahkan bagaimana Armament dibentuk dan seterusnya....
Harumichi
http://www.freeimagehosting.net/uploads/8ecefd5461.jpg
Harumichi
Masih tiada maklumat mengenai siri sampingan kedua Worst ini, namun ianya telah diterbitkan pada tahun 2008, dilukis oleh juga Hiroshi Takahashi dan pengarangnya adalah Dai Suzuki. Setakat ini, baru satu buku dikeluarkan... :)
==========================================================
CROWS ZERO
http://www.freeimagehosting.net/uploads/76283fadaa.jpg
Crows Zero
Crows Zero adalah manga 'spin-off' yang diadaptasikan daripada manga Crows dan ianya telah diterbitkan pada tahun 2008 oleh artis dan pengarang; Kenichiro Naito. Setakat ini, hanya lima buku sahaja diketahui telah diterbitkan...
.
.
.
.
.
.
Sila klik link di bawah untuk melihat pratonton filem "Crow Zero 3":
http://www.youtube.com/watch?v=bfHi16VcMzU
Sila klik link di bawah untuk membaca manga "Crows":
http://www.onemanga.com/Crows/1/00/
{:3_80:} {:3_103:} {:3_82:} {:3_93:} {:3_98:} {:3_102:} {:3_91:} {:3_96:}
skymania Publish time 30-1-2010 01:15 AM
crow zero neh..aku tgk muvi jeh....:lol:
cmf_cluesan Publish time 30-1-2010 07:41 PM
Crows Zero 3 da kuar ehhh? aku tak baca manga dia, tgk movie dia je. :lol:
kroit92 Publish time 30-1-2010 08:39 PM
ingatkan ada kena mengena ngan burung gagak tadi.. :L
sue_cinta Publish time 1-2-2010 01:24 AM
@kroit92
ade la jugak...sebab skola tuh fenuh ngan burung gagak...and maybe jugak uniform diaorg yang kaler itam tuh "simbolik" kepada warna itam gagak yang banyak kat skola diaorg tuh...
Aku giler suke watak si Rindaman tuh...stylo and cool jerk!!!
sue_cinta Publish time 8-2-2010 12:41 AM
@ Chapter 46 - Part 2
http://www.freeimagehosting.net/uploads/1d17d000aa.jpg
http://www.onemanga.com/Crows/46.2/00-cover/
minipuff Publish time 9-2-2010 11:52 AM
:sweat3: citer gadoh2 ganas ke
sue_cinta Publish time 9-2-2010 12:53 PM
bley laa...aku suke...kire stok cam citer Hareluya Boys II tuh haa....cumer nie watak dia lagik ramai.... :lol:
minipuff Publish time 9-2-2010 01:02 PM
oh ok..tapi mini kureng suka terlampau ganas2 ni...huhu :funk:..ok thanks 4 ur info
atai Publish time 9-2-2010 02:31 PM
citer dari pelukis Hareluya Boys ke ni..
cambes jer..
sue_cinta Publish time 9-2-2010 06:14 PM
@ atai
Dua-dua pelukis tuh adalah dua orang yang berbeza la atai... :lol:
CROWS
~ Nama pelukis dia adalah Hiroshi Takahashi
~ Selain wat citer Crows nie, dia gaks lukis citer Worst.
~ Crows dah ada 2 action live movie : Crow Zero ngan Crow Zero 2
http://www.freeimagehosting.net/uploads/a39b7700d3.jpg
Worst
HARELUYA II BOYS
~ Nama pelukis dia adalah Umezawa Haruto
~ Selain wat citer Hareluya II Boys nie, dia gaks lukis citer Bremen.
http://www.freeimagehosting.net/uploads/859060f67b.jpg
Hareluya II Boys
http://www.freeimagehosting.net/uploads/651a9821a8.jpg
Bremen
sue_cinta Publish time 9-2-2010 06:16 PM
ape pon, citer nie berkisarkan....fighting....budak skola ngans amseng...cenggitu!!! ;P
atai Publish time 9-2-2010 06:44 PM
bremen ker Freeman?
ada baca dalam kreko dulu..
nanti usyar gak crow neh..
LangDetecten>id GoogleC
Bremen ker Gratis
sue_cinta Publish time 10-2-2010 04:54 PM
@ atai
dalam Kreko tuh cuma cerita Hareluya II Boys jerk...Kisah Hibino yang kuat gaduh tuh...sebab bapak dia suruh dia jadik lagi kuat daripada bapak dia... kenal laks ngan rockers rambut balung ayam tuh...pastu kenal pompuan (sebenarnya lelaki)
tdpp2006 Publish time 12-2-2010 10:02 AM
bremen ker Freeman?
ada baca dalam kreko dulu..
nanti usyar gak crow neh..
LangDetecten>id GoogleC
atai Post at 9-2-2010 18:44 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Samo la tu dalam kreko tulis Freemen sebona eh Bremen (dari citer musician from bremen)..
Den silap baco Worst dulu baru baco Crows..
Sepatutnyo tengok movie Crows Zero, lopeh tu baco manga Crows dan barula baco manga Worst dan Worst Gaiden...
sue_cinta Publish time 12-2-2010 06:00 PM
kekekeke....aku sokong tdpp!!! :)
sue_cinta Publish time 16-3-2010 09:10 AM
@ New! Chapter 47 - Crows
http://www.onemanga.com/Crows/47/01/
http://www.freeimagehosting.net/uploads/35b01ad9ed.jpg
stingbeh Publish time 20-3-2010 08:36 PM
cik sue....
crows zero dan crows adalah dua siri yg berbeza..
crows zero adalah siri sebelum crows....
dan memang ader manga nama crows zero.. cume takde scanlator yg amik siri ini..
stingbeh Publish time 20-3-2010 08:37 PM
:sweat3: citer gadoh2 ganas ke
minipuff Post at 9-2-2010 11:52 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
takde ganas sangat....
kelakar pun ader...
takde kelar2 orang ader pun darah membuak2..
stingbeh Publish time 20-3-2010 08:39 PM
@kroit92
ade la jugak...sebab skola tuh fenuh ngan burung gagak...and maybe jugak uniform diaorg yang kaler itam tuh "simbolik" kepada warna itam gagak yang banyak kat skola diaorg tuh...
Aku gi ...
sue_cinta Post at 1-2-2010 01:24 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif
bukan kebanyakan uniform sekolah diorang warna itam ke..
Pages: [1] 2 3
View full version: Manga chronicle - Crows + Worst + Worst Gaiden + Harumichi + Crows Zero
ADVERTISEMENT