bolt Publish time 20-1-2010 01:25 PM

Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini

sumber

KOTA BHARU 19 Jan. – Bekas Askar Wataniah yang berkhidmat sepenuh masa selama lebih 21 tahun bakal mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju membayar tunggakan pencen mereka.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, peruntukan yang diluluskan tahun lalu itu akan disalurkan kepada mereka yang terlibat mulai tahun ini.

Sehubungan itu, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang memenuhi harapan PBTM sekali gus membuktikan mereka yang terlibat memastikan keamanan negara tidak dikesampingkan.

‘‘Pemberian pencen ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan membantu dan menghargai jasa bekas-bekas Askar Wataniah yang berkhidmat secara sepenuh masa mempertahankan agama, bangsa dan negara.

‘‘Sehubungan itu, saya menyeru mereka yang layak supaya tampil mengemukakan permohonan berserta dokumen lengkap bagi memudahkan proses tuntutan.

‘‘Mereka bolehlah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Arah, Rekod dan Pencen melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran atau cawangan PBTM di seluruh negara,” ujarnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai jumlah mereka yang layak, beliau berkata, ia belum dapat dipastikan namun tidak menolak melibatkan ribuan penerima.

Terdahulu, beliau menziarahi bekas anggota Askar Wataniah, Ilias Hassan, 55, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak dua tahun lalu di Kampung Batu 6, Jalan Pulau Panjang dekat sini.

Dalam lawatan tersebut, Muhammad menyampaikan sumbangan wang tunai selain berjanji menyelesaikan segala urusan melibatkan ganjaran dan pencen.

Sementara itu, isteri Ilias, Che Hamidah Hussin, 50, bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan di samping usaha PBTM untuk membolehkan suaminya mendapatkan pencen.

‘‘Saya tidak bekerja, jadi sumbangan ini dapat membantu meringankan beban dan menampung membiayai kos rawatan suami saya.

‘‘Selama ini kami mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

‘‘Tiga lagi anak kami masih lagi belajar dan khabar gembira mengenai pencen ini merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi kami sekeluarga,” ujarnya.

razhar Publish time 20-1-2010 02:12 PM

ni yg masuk kerahan je le lobai....:lol:

bolt Publish time 20-1-2010 02:29 PM

Siri 300, mereka memang berkhidmat sepenuh masa.

Apa-apa pun, alhamdulillah diberi pengiktirafan.

asher Publish time 20-1-2010 03:08 PM

at least ringan la beban sket..

razhar Publish time 20-1-2010 04:03 PM

Post Last Edit by razhar at 20-1-2010 16:11

ada lagi ke siri kerahan ni? yg dulu dah diserap ke regimen sempadan kan? tu siri 300..

bolt Publish time 20-1-2010 04:12 PM

Rejimen Sempadan, Kor TD ke 16 ditubuhkan pada 12 Jan 2008.

Pegawai/anggota Batalion Infantri Siri 300 AW memang diserap masuk.

braderjoni Publish time 20-1-2010 09:02 PM

2# razhar
wei lobai... sukarela berjasamacam lu takdak dapat ka?

jazim Publish time 20-1-2010 09:16 PM

Post Last Edit by razhar at 20-1-2010 16:11

ada lagi ke siri kerahan ni? yg dulu dah diserap ke regimen sempadan kan? tu siri 300..
razhar Post at 20-1-2010 16:03 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Yg dikerah ada lagi rasanya kat siri 500. Ada yg jadi JL lagi bila dah otai sikit.

semarmesem Publish time 21-1-2010 08:59 AM

Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini

bros, maksud durian runtuh dapat bonuskah?
maaf ga tau artinya.

bolt Publish time 22-1-2010 01:26 PM

Askar Wataniah dibayar elaun bukan pencen

sumber

Askar Wataniah dibayar elaun bukan pencenKUALA LUMPUR 21 Jan. - Anggota angkatan sukarela atau dikenali sebagai Askar Wataniah yang dikerah berkhidmat sepenuh masa hanya layak dibayar Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM) bukannya pencen dan ganjaran perkhidmatan.


Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelaskan, angkatan sukarela yang dikerah sepenuh masa di dalam jawatan tetap iaitu sekurang-kurangnya 21 tahun dan kemudiannya diserap ke dalam angkatan tetap boleh diberi pencen dan ganjaran perkhidmatan.

"Kebenaran pemberian pencen dan ganjaran perkhidmatan kepada angkatan sukarela itu perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas siaran akhbar Selasa lalu iaitu bekas Askar Wataniah yang berkhidmat sepenuh masa selama lebih 21 tahun bakal mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju membayar tunggakan pencen mereka.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, peruntukan yang diluluskan tahun lalu itu akan disalurkan kepada mereka yang terlibat mulai tahun ini.

"Pemberian pencen ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan membantu dan menghargai jasa bekas-bekas Askar Wataniah yang berkhidmat secara sepenuh masa mempertahankan agama, bangsa dan negara.

"Sehubungan itu, saya menyeru mereka yang layak supaya tampil mengemukakan permohonan beserta dokumen lengkap bagi memudahkan proses tuntutan," kata Muhammad.

JHEV turut berharap agar pihak-pihak tertentu tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat selepas ini.
Pages: [1]
View full version: Durian runtuh bagi pesara Askar Wataniah tahun ini


ADVERTISEMENT