epal10 Publish time 19-1-2010 02:17 PM

Pusing steering sampai habis.

Aku nak tanya pasal steering..harap2 ada yg boleh membantu.

Biasanya kalau aku nk kuar dr tmpat parking, aku akan pusing steering kete aku sampai abis pusing. Yelah..tempt sempit, lepas tuorang belakang dah tak sabar nk amik tmpt parking tu. Malas aku nak undur dan ke dpn undur 2-3 kali..Agak2 ada kesan tak elok tak pd sistem steering kete kalau asyik amalkan pusing steering sampai hadnya? takut jgak lama2 ada part2 yg rosak sbb amalan ni.

me_meen Publish time 19-1-2010 02:30 PM

better don't..nnt drive shaft cepat rosak.

pilot Publish time 19-1-2010 02:33 PM

drive shaft tu pun mende? apa efek if dah rosak? bahaya tak?

me_meen Publish time 19-1-2010 02:44 PM

better don't..nnt drive shaft cepat rosak.

me_meen Publish time 19-1-2010 02:51 PM

better don't..nnt drive shaft cepat rosak.

JodoKast Publish time 19-1-2010 02:51 PM

JANGAN! jgn pusing smpai habis....

macam geng kat atas cakap, nanti driveshaft cepat rosak. ni sebab d.shaft boot akan mudah terkoyak bila pulas steering habis, dan ini menyebabkan kemasukan bendasing ke gerigi d.shaft seperti batu, pasir, air dan segala macam bendasing lah.

bila ini berlaku, maka d.shaft pun kong...

org nak masuk parking tu, biarkan aje janji kita tidak dgn sengaja melengahkan pengeluaran kete dari petak parking. biar je dia sabar sekejap, jngan smpi kete kita lingkup.

me_meen Publish time 19-1-2010 02:51 PM

better don't..nnt drive shaft cepat rosak.

penyo Publish time 19-1-2010 03:19 PM

Jangan parking mcm tu

timber Publish time 19-1-2010 03:23 PM

7# me_meen

sampai 4 kali dia cakap, kalo xdengar jugak tak tau la....:D:D:lol:

zzcbr Publish time 19-1-2010 03:26 PM

teman tak percaya yg engineer yg buat kete tu tak ambil kira perkara ni. Dah tentu mereka dah set had2 yg boleh dipulas tanpa memberi kesan kepada parts lain kereta...tak tahu lah, mungkin andaian teman aje

















selalu masuk habis:P

JodoKast Publish time 19-1-2010 03:32 PM

teman tak percaya yg engineer yg buat kete tu tak ambil kira perkara ni. Dah tentu mereka dah set had2 yg boleh dipulas tanpa memberi kesan kepada parts lain kereta...tak tahu lah, mungkin andaian tem ...
zzcbr Post at 19-1-2010 15:26 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

cmtu yg carmaker nak kita pikior...

teman rasa plak, lagi tidak cermat pemanduan kita dan lebih byk parts lingkup, maka lagi untunglah deme tu...

abgboroi Publish time 19-1-2010 03:52 PM

boleh ajer...tak pernah pulak aku belajar tak boleh pulas steering sampai abis...kalau nak kira kerosakkan...apa sahaja bahagian mekanikal kenderaan boleh rosak mengikut cara kita memandu...tu perkara biasa ajer..kalau x nak kereta rosak baik duduk rumah diam diam:o

al-asil Publish time 19-1-2010 03:58 PM

yang aku penah dengar drive shaft buleh rosak kalau kita selalu spin tayar. sebab kita memaksa tayar bergerak secara paksa, rabak la getah cover drive shaft tuh

danedzya Publish time 19-1-2010 04:21 PM

jgn pusing habis kalo keta dlm keadaan berenti,kena ada pergerakan sket keta tu...

aryn_mz Publish time 19-1-2010 04:33 PM

yg aku blaja pun camtu gak, drive shaft cepat kong...

epal10 Publish time 19-1-2010 04:37 PM

so kalau pusing steering smpai habis mmg akan ada kesan? Mmg ada org ckp kalau asyik pulas steering smpai abis, drive shaft bleh cpt rosak.

masterixs Publish time 19-1-2010 05:24 PM

Tak de lah masalah kalau pusing steering sampai habis cuma bila dah habis pusing tue jgn pulak rentap kuat lagi....
Amalkan bila memulas steering tue kereta bergerak sikit supaya kurang tekanan pd drive shaft dan lain2 parts yg berkenaan...
Kereta sekarang banyak guna power steering memang kita tak rasa beban yg dipikul part2 tue padahal apabila kita memulas steering tanpa kereta digerakkan parts yg berkenaan menanggung beban yg lebih sebenarnya...
Lebih2 lagi kalau kat tempat tak rata atau berbatu kalau tak de power steering keta silap2 tak terpulas steering tue kalau keta tak bergerak sikit....

waksir Publish time 19-1-2010 07:27 PM

entah la, mcm2 mitos aku dgr pasai drive shaft & pusing stering smpi abis ni.

aku drive ikut keperluan ........... kalau perlu pulas stering smpi abis, aku pulas la.
setakat ni keta PROTON WIRA aku dah hampir 9th & dah bergerak hmpr 240,000km.
tp drive shaft masih ok, blum penah tukar.
so, cepat rosak tu dikira brape lama or brape milleage????

diulangi ye ... ni keta PROTON, bukan honda, toyota, merc ...

otai_g Publish time 19-1-2010 07:33 PM

ntahnya mazhab mn la yg ckp pulas stereng smpi abis bleh rosak part2 stereng tu.
kalo x blh pulas smpi abis apa jadahnya engineer buat stereng tu boleh pusing2 smpi ke satu tahap maksimum.

btw stereng shaft boleh tahan smpi 10 tahun.lps 10 tahun elok ganti lain jerk la sama ada ia masih elok atau rosak.thats mean kalo ko jg stereng habis cermat sekali pun after 10 years kena ganti lain jgk.

geng_tx Publish time 19-1-2010 08:36 PM

teman tak percaya yg engineer yg buat kete tu tak ambil kira perkara ni. Dah tentu mereka dah set had2 yg boleh dipulas tanpa memberi kesan kepada parts lain kereta...tak tahu lah, mungkin andaian tem ...
zzcbr Post at 19-1-2010 15:26 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


kenkadang teori pomen bawah pokok ceri tepi lombong menjadi pames dan menjadi mitos kepada semua umat dan diangkat menjadi panduan.

secara peribadi, saya tidak begitu percaya kisah ini. cuma , kenkadang tu, layan je lah bila ada yg berpesan sebegitu.

cuma, yg lebih elok ditekankan dan di amalkan adalah dengan apabila kita park keta tu, elakkan dari kedudukan tayar duk senget. elok biarkan tayar duk straight.... but, once again, it's only a teori.... he heh....


keta yg rosak drive shaft ni biasanya berumur 10 tahun ke atas.... milage sampai 300k km....
Pages: [1] 2
View full version: Pusing steering sampai habis.


ADVERTISEMENT