fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:05 PM

Posisi Seni Dalam Ilmu Pengetahuan

Salam

Dah lama tak post aper2 kat sini.So I cuba cari something utk dikongsi bersama.

Mungkin nampak ilmiah tapi maksud yg nak disampaikan simple je...

selamat membaca

tq

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:05 PM

Seni membawa makna indah, halus, lembut, senang di dengar atau tutur, senang dilihat dan menerangkan sesuatu.Seni yang berasal dari bahasa Yunani membawa makna kecekapan dan kebolehan. Secara umum, seni adalah sebahagian daripada kebudayaan.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:06 PM

Seni adalah berdasarkan ilmu.Untuk menilai seni, penilai mesti mempunyai ilmu-ilmu seni.Terdapat tiga aspek dalam menggunakan ilmu iaitu tanggungjawab, kejujuran dan keberanian.   Adalah menjadi fitrah manusia untuk menghasilkan karya seni dan menikmati keindahannya.Semuanya mengarahkan kita kepada mencari kebenaran.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:06 PM

Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:45

Seni merupakan sebahagian daripada disiplin ilmu yang mampu memupuk dan membentuk secara halus nilai-nilai dalam diri manusia melalui aktiviti-aktiviti seni yang mengabungjalinkan tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:07 PM

Pendidikan Seni juga memberi kesan afektif dalam membentuk perwatakan, mempraktikan kawalan-kawalan sosial yang sihat dalam kelompok masyarakatnya dan melatih daya pemerhatian serta menghargai keindahan.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:07 PM

Dalam kajian antropologi-budaya, seni itu termasuk dalam kebudayaan, diistilahkan sebagai “Cultural-Universal” iaitu segi kebudayaan yang universal ditemukan dalam tiap kebudayaan. (Sidi Gazalba, 1977)

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:07 PM

Ilmu pengetahuan sering dibezakan ke dalam tiga bidang, iaitu ilmu pengetahuan bidang alam (natural science), ilmu pengetahuan bidang sosial (social science), dan ilmu pengetahuan bidang budaya ( cultural science).

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:09 PM

Methodologi ilmu seni secara amnya, merangkumi tiga bidang falsafah utama, iaitu ontologi (teori wujud),epistemologi (teori ilmu) dan aksiologi (teori nilai).Ketiga-tiga bidang ini menyentuh prinsip dasar mengenai kehidupan dan matlamat hidup manusia. Ia juga meliputi faktor-faktor seperti kebudayaan, nilai, kehendak individu. falsafah, ideologi, sosial, sosiobudaya, ilmu pengetahuan dan teknologi.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:09 PM

Post Last Edit by fleurzsa at 19-1-2010 14:47

Dalam pandangan Ontologi, Seni adalah bidang ilmu yang tidak terpisah dalam kehidupan manusia.Ia berkaitan dengan bidang ilmu dan perkara-perkara yang menjadi ilmu itu.Permasalahan yang dihadapi oleh ilmu adalah bagaimana merealisasikannya kepada bidang yang berkaitan dengan alam dan sosial.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:10 PM

Permasalahan Epistemologi berkisar mengenai proses atau cara memahami dan mengelaskan ilmu yang bersangkutan.Dalam Epistemologi , fungsi logik, kaedah pemikiran deduktif dan induktif, mempunyai peranan yang penting.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:12 PM

Aksilogi pula menyentuh bagaimana ilmu seni memberi makna kepada nilai-nilai, ilmu pengetahuan, dan keyakinan-keyakinan yang menjadi pedoman bagi masyarakat.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:16 PM

Kesimpulannya, Seni mempunyai perkaitan yang luas terhadap kehidupan seharian kita.Ilmu seni adalah bagi memahami apa yang berlaku dalam senario masyarakat.Seterusnya ilmu seni dapat memperkembangkan individu yang kreatif yang mampu bertanggung jawab dengan penuh yakin terhadap alam sekitar mereka, memelihara dan menjaga khazanah budaya bangsa serta dapat mengubah sosio-ekonomi mereka.

fleurzsa Publish time 19-1-2010 02:43 PM

Kefahaman seni menjadi satu asas untuk mengembangkan pemikiran kreatif.Kefahaman seni yang mendalam itu akan membantu seseorang individu untuk mencipta dan menjana perkembangan ilmu ke arah yang lebih berkesan
                                                                      (Lois Fichner-Rathus, 1994).
Pages: [1]
View full version: Posisi Seni Dalam Ilmu Pengetahuan


ADVERTISEMENT