somey80 Publish time 4-4-2008 09:51 AM

All About Koh Lipe, Thailand

Post Last Edit by bdk2 at 10-1-2012 22:01

Kengkawan :)
Saper pernah sampai kat tempat niee....
Aku br tau tue pun member2 aku dr langkawi yg bg tauu...
pulau nie satu tempat pulau br yg nak di promot kat malaysia....:P
Member aku ckap kita boleh pegi nak ferry tapi dr langkawi lahh..
saper2 pernah pegi bg tau lahh boleh share dgn aku ape yg ader kat sana:lol:

somey80 Publish time 4-4-2008 09:55 AM

x kan der????:'(

PowerWoofer Publish time 4-4-2008 11:01 AM

bukan kat Thailand ke:o

somey80 Publish time 4-4-2008 11:26 AM

Reply #3 PowerWoofer's post

memang lah kat thailand... kalau kita dah sampai kat phuket kita boleh pegi sana buy bus jer...
somey maybe nak pg sana bila ader cuti panjang.. hehehe;P

tasha76 Publish time 4-4-2008 01:28 PM

Boleh pergi from langkawi-satun ( pakbara ) - lipe. Or Langkawi to Lipe direct.
Kat sana macam island lain, cantik, clear blue water,chalets.
No transportation on the island. Locals friendly but problem coz tak reti speaking.
So kita pun Sawadika, kap kun ka etc:lol:
3 main beach,..paling ramai at Pattaya beach.Malam2 org dok kat outdoor bar ,dengar lagi,tido atas tikar tengok stars,..siap diorang kasi bantal lagi:lol:
2 other beaches kat Sunset and Sunrise.
Accomadation murah je,..tapi mahal punya chalet pun ada gak.

somey80 Publish time 4-4-2008 03:35 PM

Reply #5 tasha76's post

OIC.... sure best kan...bila tasha pg? ader gambar tak??
somey kena pegi sna for inspection.. 3d2n... so just nak tanya tempat tue camner:)

belanga Publish time 6-4-2008 04:56 PM

Saya pergi seminggu awal Januari itu hari. Kami tinggal kereta di Pak Bara Thailand.
Saya nak betulkan sikit maklumat yg. Tasha beri tentang orang tempatan. Sebenarnya tak ada masalah komunikasi dengan orang tempatan kalau kita boleh berbahasa Melayu. Orang tempatan/kampong semuanya Orang laut. Siam panggil Chaole. Orang ini sendiri sebut diri sebagai Urak Lawoi. Mereka peramah kalau kita sembang dengan mereka. Mereka kurang suka Orang Siam sebab Siam ni peras mereka. Kita Melayu, mereka suka.

Pengusaha Chalet/banglo/resort semua Siam dari luar pulau kecuali satu saja diusahakan oleh Orang Laut. Kedai makanan Islam ada dua tiga. Nanti boat yg. kita naik tu akan berhenti jauh sikit dari pantai. Dari situ kita naik boat kecil Choleuntuk ke banglo. tambang 50 baht. Cakap Melayu aje dengan orang ni. Average harga banglo /chalet sederhana ni 75-80B untuk satu katilQueen size. Lebih kurang 70 ke 80 ringgitlah kiranya semalam. Bilik dan bilik air bersih. Ada aircond.

Biasanya boat kecil tu akan bawa kita ke Pattaya Beach. Ini macam pusat hiburan la juga, ramai orang, dan bising memalam. Kalau tak gemar suasana begini boleh suruh tukang boat bawa ke tempat lain. Banyak banglo di sepanjang pantai.Bayarannya sama juga 50B. Mana u duduk pun senang nak sampai ke kawasan kedai makan yg. terletak di sepanjang jalan utama yg berakhir di Pattaya beach.

Pulau ni sangat kecil dan banyak pelancong kalau high season. Jadi elok book banglo sebelum pergi. Itu hari kami pergi tinggal 2 saja kosong, lain semua penuh di seluruh pulau. Kalau tak book pun ok juga kalau u tak bawa budak kecil sebab pengusaha banglo sediakan khemah sementara 20B semalam kalau tak silap sementara tunggu kekosongan banglo.

Ramai pelancong tak tahu bahawa ada satu kuburan Orang Laut di belakang satu resort tak ingat nama ,tak jauh dari Tarutao dan Mountain Resort. Kubur lama ni menarik sebab Orang Islam, Cina dan Chaole semua tanam sekali. Ada satu rumah keramat tok nenek Chaole di situ tapi ada lambang bulan bintang macam Islam punya. Interesting, sembang2 la dengan orang tempatan, if you get lucky, they'll go out of their way to show you around and tell the history of the island and the people. Kami dapat beberapa kawan di sana pertama kali pergi Jan lepas.
Saya pun nak pergi semula ke sana hujung minggu ini untuk saksikan upacara Belachang--tolak bala Orang Laut.--main music pusing rebana sampai ke pagi 2 malam berturut-turut. Harap penerangan saya membantu.

[ Last edited bybelanga at 6-4-2008 04:59 PM ]

somey80 Publish time 7-4-2008 01:05 PM

Reply #7 belanga's post

OIC.... so lebih kurang cam phuket lah eak..:lol:
belanga you pun pg dr langkawi ker?? selain dr pulau nie ader gak pulau2 lain kan??

belanga Publish time 8-4-2008 08:25 AM

Alamak, silap lah saya tulis harga banglo kat atas tu, bukan 70-80B tapi 700 ke 800B. Lebihkurang 70-80 ringgit lah....Maaf ya..:(

Dia jauh beza dari Phuket. Phuket ni besar , moden, sibuk, banyak bangunan batu, cafe2 European style banyak---fancy shemcy. sSing-a -long,pelacur pun ramai. Ko Lipe sangat kecil dan nipis (namanya tu asalnya Pulau Nipis). Hanya ada satu sekolah,yg. lain semua rumah Orang Laut, banglo kecil untuk sewa dan kedai makan. Mana2 nak pergi jalan kaki saja. Pantai putih bersih. Snor****** kena naik boat sebab di kawasan tu semua batu karang dah hampir mati akibat dibom (bom ikan) sewaktu dulu.

Satu lagi nak gi pulau nikena caj taman negara 200B orang dewasa. Pulau yg. dekat dengan Lipe ialah Pulau Adang. Dari Lipe boleh naik boat Orang Laut tambang 50B (Rm5 lebih kurang). Tarutao pun dekat juga. Boleh nampak dari Langkawi on a clear day.

Saya pergi Lipe dari Pelabuhan Pak Bara di wilayah Satun,Thailand. Sampai ke Tarutao dulu selepas tu baru boat teruskan perjalanan ke Lipe. Pulau2 di selatan Thailand ni banyak dan cantik2. Air tersangatlah jernih boleh nampak ikan berenang-renang. Hope you'll enjoy your stay on Lipe.

belanga Publish time 8-4-2008 08:25 AM

maaf.terpos 2 kali

[ Last edited bybelanga at 8-4-2008 08:27 AM ]

somey80 Publish time 8-4-2008 01:10 PM

Reply #9 belanga's post

Hye Belanga:loveliness:
Thanks hopefully lah....
nanti bila balik kita bg tau kay... tapi lambat lagi bulan may nie...:lol:
anyway thanks for your info.. at least it really helping me :P

somey80 Publish time 8-4-2008 01:12 PM

Reply #9 belanga's post

Hye Belanga :D

Thanks for your info it really helping me..:lol:
somey maybe pg sana in may... nanti aper2 kita story mory kay..;P
wish me luck kay :P

somey80 Publish time 8-4-2008 01:12 PM

sorry ingat tak der tadi....:P

tasha76 Publish time 9-4-2008 02:40 PM

Reply #7 belanga's post

Oh ye ke,....la kita speaking london:lol: :lol: most of them tak faham.

We stayed at The Bundaya,...a bit on the expensive side 2000bath for double aircond room. About rm200

Food wise
to find food that was clean and halal,..we found it a bit of a challange.Tapi ada la.

But they have real cheap massages there

Next time maybe going to Ko Bulon.

somey80 Publish time 10-4-2008 02:10 PM

Reply #14 tasha76's post

tasha..
Ko bulan tue dekat2 dgn ko lipe nie kerr???

shizamak Publish time 10-4-2008 02:18 PM

cam best jer pulau ni..sape yg ade gmbr tepek la kt sini:)

somey80 Publish time 10-4-2008 03:00 PM

Reply #16 shizamak's post

:D betul tue.... tepek lah gamba...;P

tasha76 Publish time 10-4-2008 03:06 PM

Reply #15 somey80's post

Ye
dari Satun boleh jugak pergi ke Ko Bulon. I have a cousin yang stayed at Bulon for 10 days. Dia cakap nak makan agak senang coz banyak muslims kat sana.

For me Lipe is ok,..cantik,..clear blue waters.

tasha76 Publish time 10-4-2008 03:12 PM

Kalau nak tengok gambar ,lodging, ferry time tables dan sebagainya bleh tengok sinihttp://www.kohlipethailand.com/

I took a speed boat back to Langkawi from Bundhaya Resort cost was rm100 per person. Tapi cepat la,..about 1 hour ja. Travel dalam pukul 7.30 malam sampai around 8.45 kat Langkawi.
Gerun gak naik speed boat hujan malam2.Gelap gelita tengah laut.
But I saw flying fish a long the way:)

somey80 Publish time 10-4-2008 03:27 PM

Reply #18 tasha76's post

emmmm:lol:suker :lol:
tak sabar nak gi nie;P
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: All About Koh Lipe, Thailand


ADVERTISEMENT