caicai Publish time 12-1-2010 12:24 PM

Waspada data peribadi anda!

Awas, dasar privasi(privacy policy) pada laman web tidak semestinya bermakna data peribadi anda tidak akan didedahkan.

RAMAI keliru kononnya apabila sesebuah laman web mempunyai dasarprivasi(privacy policy) bermakna pemilik atau pengendali laman webberkenaan tidak akan mendedahkan kepada umum data peribadi yangdiberikan mana-mana individu kepada mereka.

Sebenarnya ramai pengguna internet tidak pun membaca penuh dasarprivasi yang biasanya panjang berjela-jela itu, lalu dengan mudahmengandaikan bahawa dengan adanya dasar berkenaan, sudah tentu dataperibadi anda yang diberikan kepada laman web terbabit akan disimpandengan selamat - tidak didedahkan kepada mana-mana pihak.

Anda sebenarnya silap dan meletakkan diri anda dalam bahaya. Andasedang menghadapi pelbagai risiko kemungkinan manipulasi ke atas dataperibadi anda sama ada ia nombor telefon, kad pengenalan, kad kreditatau maklumat rahsia urusan perbankan internet.

Semakan rambang www.ini.my mendapati dasarprivasi di sesetengah laman web ada mencatatkan bahawa data peribadipengunjung mungkin adalah sebahagian daripada “rekod awam” atau“mungkin boleh digunakan / didedahkan kepada umum” bagi tujuan khusus.

Untuk pengetahuan lanjut, sila baca di sini.

Kredit:

Artikel di atas dipetik dari www.ini.my

bukanomi Publish time 12-1-2010 12:37 PM

trima kasih atas usaha mengingatkan sbb ramai yg cam leka ngan situasi ni
Pages: [1]
View full version: Waspada data peribadi anda!


ADVERTISEMENT