yyusryy Publish time 5-1-2010 06:19 PM

Mencari Kebenaran Yang Hakiki

Post Last Edit by yyusryy at 14-1-2010 16:23

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
Semoga cahaya kebenaran-Nya senantiasa menerangi kehidupan seluruh umat manusia.


Salam sejahtera kepada semua.


Baru-baru ini kita digemparkan dengan isu penggunaan perkataan kalimah ‘Allah’ yang mendapat reaksi yang begitu hangat sehingga menimbulkan keadaan yang tegang, baik daripada pihak penganut agama Islam mahu pun penganut agama Kristian sendiri.Namun isu ini bukanlah sesuatu yang ingin saya bincangkan secara terperinci didalam thread ini memandangkan sudah ada thread yang khusus untuk membincangkannya. Akan tetapi, isu inilah yang menjadi asas kepada keputusansaya untuk mengutarakan thread ini. Mengapa? Tidak lain lain tidak bukan kerana kalimah ‘Allah’ itu sendiri.


Rentetan dari isu ini, timbul beberapa persoalan yang wajar untuk kita fikirkan bersama dalam mencari jawapannya.

I. Mengapa setelah sekian lama, baru sekarang pihak gereja yang diwakili oleh majalah mingguan Herald memutuskan untuk menggunakan istilah& ejaan ‘Allah’ sebagai nama tuhan di dalam penulisan mereka? Sedangkan agama Kristian telah muncul sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu & agama ini telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara?


II. Adakah umat Kristian di seluruh dunia menggunakan ejaan & sebutan yang sama untuk nama tuhan mereka, sebagaimana halnya umat Islam yang telah pun menggunakan nama ‘Allah’ ini semenjak kemunculan Islam sekitar 1400 tahun yang lampau?

III. Jika Islam & Kristian mempercayai tuhan dengan nama yang sama, adakah ini bermakna kedua-dua pihak ini percaya kepada tuhan yangsama & tuhan yang satu? Sekaligus menimbulkan satu lagi persoalan;



ADAKAH INI BERMAKNA AGAMA ISLAM & KRISTIAN MEMPUNYAI KAITAN YANG SANGAT RAPAT?

Jadi, berdasarkan isu & persoalan-persoalan inilah makasaya memilih tajuk “Mencari Kebenaran Yang Hakiki” untuk diperbincangkan bersama dengan harapan dapat membantu kita mencari kata putus atau kesimpulan yang muktamad, mudahan-mudahan segala kekusutan dapat dileraikan di penghujung thread ini nanti. Sebagai permulaan, saya ingin memetik sepotong ayat daripada Bible@alKitab untuk renungan kita bersama yang berbunyi:

“Is God the God of Jews only? Is he not the God of Gentiles too? Yes, of Gentiles too, since there is ONLY ONE God,…”
– Romans 3:29-30(New InternationalVersion)

“Atau adakah Allah hanya Allah orang Yahudi saja? Bukankah Dia juga adalah Allah bangsa lain? Ya benar. Dia juga adalah Allah bangsa-bangsa lain, ertinya kalau ada SATU Allah,…”


– Roma 3:29-30(Deuterokanonika - Terbitan Lembaga Alkitab Indonesia 2007)

tarabas1976 Publish time 5-1-2010 06:23 PM

Jawapan dier ada dalam surah Al-Ikhlas, Surah Maryam dan Surah Al-Kafirun.

yyusryy Publish time 5-1-2010 07:00 PM

Boleh anda nyatakan apakah dalil-dali untuk jawapan-jawapannya itu Sr. Tarabas?

kiuts Publish time 6-1-2010 02:22 AM

Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

La'ilahaillallah.. Tuhan itu SATU. Siapakah tuhan kamu? Allah adalah tuhan ku..

bagaimana kamu beriman terhadap tuhan mu??

Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa.

kiuts Publish time 6-1-2010 02:24 AM

2. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan. Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

yyusryy Publish time 6-1-2010 04:10 PM

Terima kasih Sr. kiuts.

Jadi sebelum saya pergi jauh tentang topik thread ini. Ada baiknya kita meneliti petikan ayat Bible yang telah saya kemukakan sebelum ini.

“Is God the God of Jews only? Is he not the God of Gentiles too?
Yes, of Gentiles too, since there is ONLY ONE God,…”
(“Atau adakah Allah hanya Allah orang Yahudi saja?
Bukankah Dia juga adalah Allah bangsa lain? Ya benar.
Dia juga adalah Allah bangsa-bangsa lain, ertinya kalau ada SATU Allah,…”)
-Romans/Roma 3:29-30

Perhatikan perkataan God & 'Allah'?
Kemudian perkataan 'SATU'.

Kembali kepada asas bahasa Inggeris...
Apakah terjemahan bagi God dalam bahasa nusantara(M'sia & Indonesia)?
Dan apakah pula terjemahan Allah ke dalam bahasa Inggeris?

God(BI) = Tuhan(BM
Allah(BM) = Allah(Bahasa apa sekalipun)

God@Tuhan adalaha kata nama umum, manakala Allah adalah nama khusus tuhan umat Islam.

Setujukah anda kalau saya andaikan bahawa ada pihak yang memandai-mandai dalam menterjemahkan perkataan yang kita fokuskan ini?

cmf_shalom Publish time 6-1-2010 09:39 PM

Post Last Edit by cmf_shalom at 6-1-2010 21:49

6# yyusryy

Allah=God
Rabb=Lord

kiuts Publish time 7-1-2010 01:17 AM

Lord = Raja @ Pemerintah yang agung = Tuhan

Tuhan pula dipecahkan mengikut ugama masing²..

Tuhan di dalam ugama ISLAM adalah Allah

apa yang dimaksudkan Allah?

Allah itu tunggal.. tidak beranak serta di peranakkan.

sekian.

yyusryy Publish time 7-1-2010 04:52 PM

Terima kasih kiuts.

cmf_shalom, sekiranya anda merujuk kamus Bahasa Malaysia/Indonesia-Bahasa Inggeris...anda tidak akan pernah menjumpai terjemahan 'Allah' untuk perkataan 'God' & begitu juga sebaliknya. Yang ada hanya 'Tuhan' kerana 'God' adalah kata nama umum. Tanyalah mana-mana guru bahasa Inggeris hatta murid-murid sekolah rendah sekalipun.

Sedikit tentang bahasa Arab & al-Qur'an.
Di dalam al-Qur'an yang diturunkan dalam bahasa Arab dialek Quraisy, perkataan yang merujuk kepada Tuhan adalah 'ilah' & 'rabb'. 'Ilah' bermaksud God/Tuhan & 'Rabb' ertinya Lord/penguasa. 'Ilah' & Rabb' ini adalah kata nama umum, sementara nama Tuhan itu sendiri adalah 'Allah'.

Berdasarkan ayat Bible - Roman 3:29-30 sebagai contoh, mungkin tidak ada masalah jika tempat perkataan 'God' diisi oleh perkataan Yahweh, YHWH, Jehovah, Alah atau Elah.

Baiklah, jika sekiranya dikumpulkan seratus(100) individu yang berlainan kaum, bangsa & agama yang tahu berbahasa Malaysia & memiliki kemahiran bahasa Inggeris yang...boleh la dibanggakan sedikit. Kemudian tanyakan kepada seratus individu ini apakah terjemahan perkataan 'God' ke dalam bahasa Malaysia. Saya tidak akan terkejut kalau kesemua seratus invidu ini memilih jawapan yang sama. Selepas itu kita tanyakan pula nama 'God' masing-masing, sekali lagi saya tidak akan terkejut jika mereka tidak memiliki jawapan yang sama.

yyusryy Publish time 7-1-2010 05:48 PM

Sekarang mari kita perhatikan pula beberapa potong ayat Bible ini beserta terjemahannya yang tidak konsisten ini.

Bible Versi Bahasa Inggeris(New International Version):

1a. "ADAM named his wife Eve,..." - Genesis 3:20

2a. "And Abraham said to 'God', "If only Ishmael might live under your blessing!" - Genesis 17:18

3a. "But Jacob did not send Benjamin, Joseph's brother,..." - Genesis 42:4

4a. "Moses and Aaron brought together all the elders of the Israelites,..."
- Exodus 4:29

5a. "In the land of Uz there lived a man whose name was Job." - Job 1:1

6a. "So Solomon sat on the throne of his father David, and his rule was firmly established." - 1 Kings 2:12

6a. "The word of the 'LORD' came to Jonah son of Amittai,..." - Jonah 1:1

7a. "...,during the high priesthood of Annas and Caiaphas, the word of 'God' came to John son of Zechariah in the desert." - Luke 3:2

8a. "A record of the genealogy of Jesus Christ the son of David, the son of Abraham..." - Matthew 1:1

9a. "Jesus left the 'temple' and was walking away when his disciples came up to him to call his attention to Its buildings."


Bible Versi Bahasa Indonesia(Deuterokanonika):

1b. "Manusia itu memberi nama Hawa kepada isterinya,..." - Kejadian 3:20

2b. "Dan Abraham berkata kepada 'Allah', "Ah, sekiranya Ismael diperkenankan hidup di hadapanmu." - Kejadian 17:18

3b. "Tetapi Yakub tidak membenarkan Benyamin adik Yusuf,..."- Kejadian 42:4

4b. "Lalu pergilah Musa beserta Harun dan mereke mengumpulkan semua tua-tua Israel." - Keluaran 4:29

5b. Ada seorang laki-laki di tanah Us bernama Ayub." - Ayub 1:1

6b. "Datanglah firman TUHAN kepada Yunus bin Amitai,..." Yunus 1:1

7b. "Salomo duduk di atas takhta Daud ayahnya, dan kerajaannya sangat kukuh." - 1 Raja-Raja 2:12

8b. "...,pada waktu Hanas & Kayafas menjadi Imam Besar, datanglah firman 'Allah' kepada Yohannes, anak Zakharia di padang gurun." - Lukas 3:2

9b. "Inilah silsilah Yesus Kristus, anak Daud, anak Abraham." - Matius 1:1

10b. "Sesudah itu Yesus keluar dari Bait Allah, maka datanglah murid-murid-Nya dan menunjuk kepada bangunan-bangunan 'Bait Allah'" - Matius 24:1

kompia23 Publish time 10-1-2010 01:44 PM

I. Mengapa setelah sekian lama, baru sekarang pihak gerejayang diwakili oleh majalah mingguan Herald memutuskan untuk menggunakan istilah& ejaan ‘Allah’ sebagai nama tuhan di dalam penulisan mereka? Sedangkanagama Kristian telah muncul sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu & agamaini telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara?

Rasanya saudara ini adalah katak di bawah tempurung. Ketahuilah kebenaran yg sebenar terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yg silap. Tak tau kah saudara perkataan Allah telah pun digunakan dalam akhbar Herald sejak ia diterbitkan. Tak tau? Alkitab yg digunakan dgn sabah dan sarawak termasuk yg di Semenanjung pun dah gunakan perkataan itu sejak mula. Tak tau?

II. Adakah umat Kristian di seluruh dunia menggunakan ejaan& sebutan yang sama untuk nama tuhan mereka, sebagaimana halnya umat Islamyang telah pun menggunakan nama ‘Allah’ ini semenjak kemunculan Islam sekitar1400 tahun yang lampau?

Sebelum agama saudara tu wujud, Allah dah pun digunakan di padang mesir.... jadi camna allah boleh jadi exclusive milik geng saudara tu je.

III. Jika Islam & Kristian mempercayai tuhan dengan nama yang sama, adakah ini bermakna kedua-dua pihak ini percaya kepada tuhan yangsama & tuhan yang satu? Sekaligus menimbulkan satu lagi persoalan;

Tak sama tu. Camna nak sama kalau prinsip asas tak sama.

Sekian.

kompia23 Publish time 10-1-2010 01:47 PM

9# yyusryy

Yo saudara,

Jangan saudara berpandangan tak jauh... Kita ni sedang menuju ke arah globalisasi. Jadi jgn tengok kat tempatan je.

Ini rujukan yg sepatutnya saudara guna tu... tentang istilah "allah" tu

http://en.wikipedia.org/wiki/Allah

Sekian.

tuk Publish time 11-1-2010 01:35 PM



Rasanya saudara ini adalah katak di bawah tempurung. Ketahuilah kebenaran yg sebenar terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yg silap. Tak tau kah saudara perkataan Allah telah pun digunakan dal ...
kompia23 Post at 10-1-2010 13:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


mmmm....terlalu banyak katak2 bawah tempurong ni nak kena bukak satu persatu...berjuta-juta tau...:'(

aimanutd Publish time 11-1-2010 07:35 PM

Ya benar.. Allah S.W.T merujuk pada Tuhan Yang Satu

biar saya jelas di sini tidak salah untuk menggunakan Kalimah Allah S.W.T tapi perlu merujuk pada-Nya yg satu tidak diperanakkan n tidak pula memperanakkan..

dalam agama Samawi iaitu agama langit mmg ia merujuk pada Allah S.W.T sebagai Pencipta tapi agama Kristian (pd masa ini) ia tidak mengakui tiada tuhan melainkan Allah S.W.T n Muhammad itu Persuruh-Nya..

jika kalian yg beragama Kristian mendalami n mencari kebenaran carilah bible yg asli yg tidak dicemari dgn tangan2 Tuan Paderi kalian,maka anda akan mengetahui bahawa Islam adalah agama yg diterima oleh-Nya..

Maha Suci Allah S.W.T

Aku Naik Saksi bahawa Tiada Tuhan yang disembah Melainkan Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W itu Pesuruh-Nya..

kiuts Publish time 12-1-2010 12:10 AM

dalam bahasa arab Tuhan adalah Ilah.. Tuhan itu dalam bahasa melayu..

apa ke teruk sgt nak fahamnya..

Mana ada dlm kristian tuhan mereka ialah ALLAH, Jesus & Roh kudus????..

Bapa, Jesus & Roh kudus.. Tiga menjadi 1 baru betul

kompia23 Publish time 12-1-2010 12:25 AM

14# aimanutd

Ya benar.. Allah S.W.T merujuk pada Tuhan Yang Satu

Itu pada saudara, pada kami Kristian, Allah adalah perkataan umum yg sama dgn maksud Tuhan je. Bukan nama Am.

biar saya jelas di sini tidak salah untuk menggunakan Kalimah AllahS.W.T tapi perlu merujuk pada-Nya yg satu tidak diperanakkan n tidakpula memperanakkan..

Itu kepercayaan saudara yg berbeza dgn kepercayaan kami.

dalam agama Samawi iaitu agama langit mmg ia merujuk pada Allah S.W.Tsebagai Pencipta tapi agama Kristian (pd masa ini) ia tidak mengakuitiada tuhan melainkan Allah S.W.T n Muhammad itu Persuruh-Nya..

Minta maaflah saudara, saya rasa sampai dunia akhirat pun Kristian tidak akan mengakui apa yg saudara katakan tu. Sebab ia tidak benar bagi kami. Kerana Tuhan tidak menghantar seorang pesuruh je tapi byk... dari dulu sampai sekrg.

jika kalian yg beragama Kristian mendalami n mencari kebenaran carilahbible yg asli yg tidak dicemari dgn tangan2 Tuan Paderi kalian,makaanda akan mengetahui bahawa Islam adalah agama yg diterima oleh-Nya..

Jika saudara betul betul mendalam sejarah penulisan buku alkitab, saudara akan tahu bible asli yg saudara katakan tu masih ada dalam tangan orang Kristian sekarang. Dan apa yg saudara percaya sekarang adalah tidak benar.

Sekian.

kompia23 Publish time 12-1-2010 12:31 AM

Post Last Edit by kompia23 at 12-1-2010 00:35

15# kiuts

dalam bahasa arab Tuhan adalah Ilah.. Tuhan itu dalam bahasa melayu..apa ke teruk sgt nak fahamnya..

Apa yg susah nak difahamkan, Allah tu adalah bahasa arab yg bermaksud Tuhan.

Ini diambil dari wikipedia

From Wikipedia, the free encyclopedia                                                                                                

This article is about the Arabic word "Allah".For the Islamic conception of God, see God in Islam.
For other uses, see Allah (disambiguation).

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/b/bf/Arabic_albayancalligraphy.svg/65px-Arabic_albayancalligraphy.svg.png

This article contains Arabic text, written from right to left in a cursive style with some letters joined. Without proper rendering support, you may see unjoined Arabic letters written left-to-right instead of right-to-left or other symbols instead of Arabic script.http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/2/2b/Allah-eser2.png/240px-Allah-eser2.png

Name of Allāh written in Arabic calligraphy by 17th century Ottoman artist Hâfız Osman

Allah (Arabic: الله‎, Allāh, Turkish: Allah) is the standard Arabic word for God. While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God". The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia. The concepts associated with the term Allah (as a deity) differ among the traditions. In pre-Islamic Arabia amongst pagan Arabs, Allah was not considered the sole divinity, having associates and companions, sons and daughters - a concept which Islamthoroughly and resolutely abrogated. In Islam, the name Allah is thesupreme and all-comprehensive divine name. All other divine names arebelieved to refer back to Allah.
Allah is unique, the only Deity, creator of the universe and omnipotent. Arab Christians today use terms such as Allāh al-ʼAb ( الله الأب, "God the Father") to distinguish their usage from Muslim usage. There are both similarities and differences between the concept of God as portrayed in the Qur'an and the Hebrew Bible.

Mana ada dlm kristian tuhan mereka ialah ALLAH, Jesus & Roh kudus????..Bapa, Jesus & Roh kudus.. Tiga menjadi 1 baru betul

Jadi siapakah yg dikatana Tuhan? Bapa, Yesus dan Roh Kudus... semuanya bergelar Tuhan kerana mereka adalah satu.

Sekian.

kiuts Publish time 12-1-2010 09:58 AM

3 in 1... pastu 1 in 3...

Ilah tu Tuhan dalam bahasa arab..

nak cuba putar belitkan pemikiran manusia si k0mpia nih.. wakakkakaka

tuk Publish time 12-1-2010 12:54 PM

3 in 1... pastu 1 in 3...

Ilah tu Tuhan dalam bahasa arab..

nak cuba putar belitkan pemikiran manusia si k0mpia nih.. wakakkakaka
kiuts Post at 12-1-2010 09:58 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

hai kat tanah Arab pon tak bising2 bila Kristan guna kalimah Allah...heran jugak yee kat malaysia ni...muslim kat malaysia ni lebih alim ke???...atau katak bawah temporong!...ni mesti ada agenda ni...politik politik politik..tu je taunya

kiuts Publish time 12-1-2010 02:52 PM

wakakkakaa... yg kristian kt sini lagi x malu.. ni bukan negara arab!!

xkan itu p0n x reti bahasa.. ingtkan sekali lagi, ini negara MALAYSIA bukan arab..

p la duk sana nak sgt guna nama tuhan2 k0 tuh.. x taw malu ka!! wakkakakaka
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Mencari Kebenaran Yang Hakiki


ADVERTISEMENT