eddysheddy Publish time 5-1-2010 02:18 PM

wah bestnye.. ada 100 lagu giteww..
byk jugak lagu yg best kat tingkat 90-100 ni

lagu apalah no.1 gaknye :funk:

dauswq Publish time 5-1-2010 02:50 PM

wah bestnye.. ada 100 lagu giteww..
byk jugak lagu yg best kat tingkat 90-100 ni

lagu apalah no.1 gaknye :funk:
eddysheddy Post at 5-1-2010 14:18 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

kesilapanku keegoaanmu:loveliness:

farah85 Publish time 5-1-2010 02:52 PM

tak saba nk tau top 10..:loveliness:

ColbyRaikkonen Publish time 5-1-2010 02:56 PM

Post Last Edit by ColbyRaikkonen at 5-1-2010 14:57



kesilapanku keegoaanmu:loveliness:
dauswq Post at 5-1-2010 14:50 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

memandai jerkkk...kalau aku undi sorang....betoi la tue..:lol:
tapi ada 28 undian...
lagu no. 1....ada 20 org yg mengundi...dan mengumpul 120 mata...
tunggu jerk la result....lagi sebulan sampai la no. 1
heheh

eddysheddy Publish time 5-1-2010 02:59 PM

Post Last Edit by ColbyRaikkonen at 5-1-2010 14:57



memandai jerkkk...kalau aku undi sorang....betoi la tue..:lol:
tapi ada 28 undian...
lagu no. 1....ada 20 org yg mengundi...dan mengumpul 1 ...
ColbyRaikkonen Post at 5-1-2010 14:56 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
lagu kegemaran ko ke tu? samalah :'(

khyree Publish time 5-1-2010 06:07 PM

HAHAHAH.... lagu Popular CTFM kot.. Lembaran Cinta Pudar? hahahah

ColbyRaikkonen Publish time 6-1-2010 05:01 PM

Post Last Edit by ColbyRaikkonen at 6-1-2010 19:24

Kedudukan 95 - 91, aku dah update kat thread atas...
termasuk infonya sekali


Kedudukan 90 - 86

90Sutramaya (Hadiah Drpd Hati)
Wow!...banyak sungguh lagu Hadiah Daripada Hati....sudah 4 lagu dalam senarai top100
Mengumpul 11 mata, diundi oleh 4 forumner.


89Tak Rela Berpisah Darimu (Adiwarna)
Another one of my favourite song....
Juga mengumpul 11 mata dan diundi oleh 4 forumner dgn undian tertinggi @ no.7


88Ada Masa Mata (Lentera Timur)
Baru saja dipersembahkan di Konsert Bagaikan Sakti
Lagu pertama muncul dalam TOp 100 untuk album Lentera Timur
Mengumpul 12 mata, dan diundi oleh 2 forumner


87Di Batas Waktu (Sanggar Mustika)
Lagu tradisional back to back. Tapi dalam album berbeza
MEngumpul 12 mata, dan diundi 2 forumner dgn undian tertinggi @ no.5


86Rupanya Kita Serupa (Transkripsi)
MEngumpul 12 mata, dan diundi 2 forumner dgn undian tertinggi @ no.3



Beri Sumbangan Menambah Kredit


Daripada 5 lagu di atas berikan lagu mana pilihan anda
Dan berikan salah satu info berikut :
1) Lirik
2) Video Klip Link
3) Info/Trivia

Tarikh tutup sumbangan bila list seterusnya keluar


Tabung Sumbangan Sehingga Kini

bittaufik - 3
dauswq - 11

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:06 PM

90)SUTRAMAYA

LIRIK:Sapaan bayu mengalunkan rindu
Syairmu dari kejauhan membelai kalbu
Jarak antara kita umpama pengukur percintaan

Semakin jauh semakin hampir sutramaya kasihku
Mengamit getaran jasad dan nyawa
Semakin jauh semakin dalam sutramaya kasihku
Bagaikan samudera tanpa dasarnya

Asmara tiada penghujungnya
Untukmu jua

Ku bilang hari menghitungi sepi
Ku menantikan kepulangan cinta azali

Jarak antara kita umpama
Pengukur kesetiaaan

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:07 PM

89)        Tak Rela Berpisah Darimu
Lirik:Hujan turun gerimis
Di saat kedinginan
Menimpa jendela
Hati ini
Tak dapat ku tahan
Perasaanku
Sungguh tak ku mengerti
Mengapakah begini
Tiada maksudku
Menyakiti
Hati mu itu oh sayang
Maafkanlah
* Kasih
Hanya kau di hati
Usah biarkan hatimu merasa cemburu
Kasih
Hanya ku pinta pengertianmu
Telah sekian lama kita bersama sayang

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:10 PM

88)Ada Masa Mata
Lirik: Ada Masa Masa

Bukan Dengan Mata

Nak Menilai Rupa

Mana Cantik, Molek Dan Manis

Tetapi Itu Kerja Hati

Melihat Dari Pekerti



Ada Masa Masa

Dari Sisi Sama

Masih Tetap Jua

Pandangan Boleh Berbeza

Asalkan Saja Di Hati

Sudi Cuba Memahami



Ada Masa Mata

Ada Sahaja

Ada Yang Tidaklah Kena

Cerewet Mencari Sempurna

Terlupa Apa Berharga



Ada Masa Mata

Ada Ketika

Tak Terlihat Cela

Kerana Hati Sudah Suka

Seperti Juga Aku

Bila Mengenali Dirimu



Jangan Kunci

Pintu Hati

Lepas Pandang

Sebalik Diri

Bila Indah Telah Pudar

Atas Apa Kita Berdiri

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:10 PM

87)Di Batas Waktu
Lirik:Setiba kita di batas masa
Nobat nafiri tiada bernada
Sehelai daun kering berayunan layu
Menanti saat di bawa bayu

Langit mendung hujan pun gerimis
Sayup terdengar sendu dan tangis
Bertitian bisikan kalimah nan suci
Berdoa mudahkan perjalanan
Terakhir ini

Berat mata memandang
Berat lagi tanggungan
Bebanan perasaan
Kendati pun sejarah
Dosa pahala pastikan di kira

Bagai terasa keresahan di jiwamu
Bagai terdengar suara meruntum kalbu
Tiada walau sesaga di bawa pergi
Tak berharga puja dan puji

Kala jantungmu bagai laut bergelombang
Lemah cengkaman jejarimu di genggaman
Betapa sukar untuk kita menerima
Tiba detik pasti terpisah
Di batas masa

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:12 PM

86)Rupanya Kita Serupa
Lirik:

Tersenyum Melihat Gambarmu
Di Jendela Bawah Lengkung Bulan Itu
Yang Berkata Kau Jua Rindu


Aku Menanti Tiba Hari
Berdua Kita Kembali
Melihat Angkasa
Yang Berkata-Kata


Ku Cinta Ku Sayang
Aku Rindu
Rupanya Kita Serupa


Kau Cinta Kau Sayang
Kau Pun Rindu
Rupanya Kita Serupa


Bila Terkena Cahaya
Bulan Menerangi
Ke Jiwa Diriku
Pesanan Luahan Cinta Kamu


Ingin Ku Temui Kamu
Kembali Ke Pangkuanku
Melihat Angkasa
Seperti Waktu-Waktu Yang Lalu



Ohh……
Dah Ku Sayang Dah Ku Cinta
Dan Sudah Ku Rindu Kamu

Di Mana Kita Berdua
Bersama Berasmara
Ke Akhir Nyata
Selamanya…

rotibusuk Publish time 6-1-2010 06:16 PM

sori cocoby,roti x pandai nak buat box la..

khyree Publish time 6-1-2010 07:00 PM

COLBY!

APAKAH???

88        Ada Masa Mata (Lentera Timur)

Baru saja dipersembahkan di Konsert Seribu Sakti
Lagu pertama muncul dalam TOp 100 untuk album Lentera Timur
Mengumpul 12 mata, dan diundi oleh 2 forumner

ColbyRaikkonen Publish time 6-1-2010 07:22 PM

sori cocoby,roti x pandai nak buat box la..
rotibusuk Post at 6-1-2010 18:16 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

takperr

ColbyRaikkonen Publish time 6-1-2010 07:23 PM

COLBY!

APAKAH???

88      Ada Masa Mata (Lentera Timur)

Baru saja dipersembahkan di Konsert Seribu Sakti
Lagu pertama muncul dalam TOp 100 untuk album Lentera Timur
Mengumpul 12 mata, dan diundi...
khyree Post at 6-1-2010 19:00 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

oppssss;P

Nadia90 Publish time 7-1-2010 04:13 PM

Post Last Edit by Nadia90 at 7-1-2010 16:15

QfWG6CLyrK8

http://www.youtube.com/watch?v=QfWG6CLyrK8

ColbyRaikkonen Publish time 7-1-2010 05:54 PM

Kedudukan 85 - 81

85Kembalikan Indah (Prasasti Seni)
Mengumpul 12 mata...dan diundi sebanyak 14 forumner


84Gubahanku (Duet 2 by 2)
Lagu duet pertama dalam carta....gandingan semasa awal pembabitan CT dalam bidang seni suara
MEngumpul 13 mata, dan diundi oleh 2 org yg meletakkan lagu dalam TOP 10 mereka.

83Satu Cinta Dua Jiwa (Adiwarna)
We'll be as one adalah dalam bahasa inggeris ....
Sama seperi gubahanku, 13 mata, tetapi diundi oleh 3 voters

82Tirai Semalam (Siti Nurhaliza 2)
Salah satu lagu kegemaranku...
13 mata, diundi oleh 4 voters

81Cuba Untuk Mengerti (Transkripsi)
Mengumpul 14 mata......dan telah diundi oleh 3 voters


Beri Sumbangan Menambah Kredit


Daripada 5 lagu di atas berikan lagu mana pilihan anda
Dan berikan salah satu info berikut :
1) Lirik
2) Video Klip Link
3) Info/Trivia

Tarikh tutup sumbangan bila list seterusnya keluar


Tabung Sumbangan Sehingga Kini

bittaufik - 3
dauswq - 11
rotibusuk - 15
nadia90 - 3

graxier06 Publish time 7-1-2010 06:05 PM

81

1)
Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…

Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…

Chorus
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku

Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati

Oh…oh…oh…

Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…

graxier06 Publish time 7-1-2010 06:06 PM

82 Tirai semalam

1)
Menyingkap tirai silam
Ku terasa
Rindu dan dendam

Terdengar bisikanmu
Merdu mendayu
Senandung syahdu

Dalam gelombang rasa
Gelisah cinta
Sehari tak bersua
Bagaikan setahun
Terpenjara

Segera kuturunkan
Tirai cinta
Melupakannya

Kerana lakonanmu
Menghiris hati
Menyeksa diri

Ternyata bukan mudah
Mengawal resah
Melawan perasaan
Cinta sejati dalam diri

Namun
Terpaksa jua
Ku telan sisa pahit asmara

Kerana
Kenyataannya
Ini bukan sepotong mimpi
Yang sepi
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Cindai - No. 1 Terhangat dari Siti Nurhaliza - {Sila claim credit anda}


ADVERTISEMENT