sk8er Publish time 1-1-2010 01:08 AM

Bapa Jeanne Abdullah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Tun Jeanne Abdullah, isteri bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya, dekat sini pada 6.50 petang semalam, kata seorang pembantu kepada bekas perdana menteri itu.

Matthew Danker, 90, meninggalkan empat orang anak, Jeanne, Rodney, Davo dan Susan dan tiga cucu, Nadia, Nadene dan Nigel. Jeanne adalah anak sulung. "Beliau seorang bapa yang cukup baik dan lemah lembut serta tidak pernah meninggikan suara.

"Beliau penyabar dan mengajar kami adik beradik, agar rapat antara satu sama lain. Kami adalah keluarga yang amat akrab," kata Tun Jeanne kepada Bernama.

Beliau berkata bapanya seorang yang pernah cemerlang di bidang sukan terutama ragbi dan kriket.

"Bapa saya sesungguhnya seorang yang serba boleh dalam sukan ketika di St John's Institution," ujarnya.

Danker pernah menjadi pemberita sambilan dengan harian Malay Mail dalam tahun-tahun enam puluhan.

Keluarga berkenaan sedang membuat persiapan untuk majlis pengkebumian pada pagi Sabtu di Gereja Assumption dekat Hospital Assunta di Petaling Jaya. -BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/1/mstar_berita/20091231215809&sec=mstar_berita


nazadiyah Publish time 1-1-2010 01:20 AM

takziah toh puan

blueiris76 Publish time 1-1-2010 01:26 AM

takziah Tun

mizzarwenlotr Publish time 1-1-2010 01:27 AM

takziah to d family

ciknisa Publish time 1-1-2010 01:28 AM

90 tahun tu..well,takziah diucapkan..

diss_69 Publish time 1-1-2010 02:17 AM

takziah...bukan saje ayahnya tak pernah tinggi suara Tun sendiri pon lemah-lembut percakapannya!

amikie Publish time 1-1-2010 03:43 PM

R.I.P...
takziah pada family Tun..

tomet05 Publish time 4-1-2010 10:49 AM

takziah ..

kucen_miang Publish time 4-1-2010 02:24 PM

dengarnya mayat dia dibakar.

petrolaffy Publish time 5-1-2010 01:21 PM

takziah...

SANKURIANG Publish time 5-1-2010 02:05 PM

Ada? ada aku kisah...bapa Jane nak mati sekali pun...Jane tu bukan bagi aku makan pun.....

kaktuscute Publish time 5-1-2010 02:25 PM

11# SANKURIANG

kalo x kisah, x yah la baca thread neh..ni ko bace means ko kisah la

shuk_one Publish time 5-1-2010 02:48 PM

R.I.P
Takziah

SANKURIANG Publish time 5-1-2010 02:51 PM

12# kaktuscute aku baca sebab nak tahu kalau tak baca...tak tau kan perasaan org m'sia terhadap bini bekas PM yg selalu tidur kan..
well...Mr Danker...sleep tight and RIP.....anybody want to follow?? I follow...bak kata Salleh Yaacob dlm sinar pagi....

ttiniey Publish time 21-1-2010 02:34 PM

God bless and RIP...

madamme Publish time 15-7-2010 11:35 AM

takziah.....
Pages: [1]
View full version: Bapa Jeanne Abdullah Meninggal Dunia


ADVERTISEMENT