LiFesEveN Publish time 23-12-2009 11:34 AM

S E P I itu

Sepi…mengapa kamu hadir mengajar hati
Tak keruan..sirnalah aku tidak berdaya begini
Sepi…kamu menghantui aku menjalani hari
Ada bimbang, ada sedih… aku pasrah

Mantan hati ini telah lamaaku putuskan
Kerna aku tidak mampu jujur
Menyatakan aku cintai kamu
Bila itu tidak ku ungkapkan
Dan aku tidak melihat kamu dalam hari – hari yan aku inginkan
Sepi itu hadir mengantikan kamu
Salahnya adalah aku..
Kerna terlewat tuk menghargai kamu

Berat egois sedentariterpamer di wajah
Hati inginkan kamu tapi ada bicara penafian wujud
Aku tidak mahu lagi kehilangan kamu ke dua kali
Namun perasaan ini bagaikan terpenjara
Dan apabila terlihat kamu dikejauhan yang lain
Aku cemburu…aku cemburu
Tika itu jua sepi datang lagi…
Kerna hati kosong terus menjiwai

Sepi…jangan datangiaku lagi
Aku tidak berdaya begini…

bula Publish time 23-12-2009 11:50 AM

jgn slh kn SEPI kerana diri sdg mnyendiri..

:'(

scarlett-jo Publish time 23-12-2009 12:10 PM

SEPIkah aku?
atau aku yg menyepikan diri?:lol:

ketotmerah Publish time 23-12-2009 01:00 PM

hidup ku memang sepi sekali..:cry:

nursha Publish time 27-1-2010 01:16 AM

sepi itu indah....
krn sepi aku mengenali rindu..
krn sepi...aku menghargai cinta..
krn sepi..aku mampu di sini..
krn sepi..aku masih berdiri..
krn sepi..aku adlh aku..!!

OsHiN_hOnEy Publish time 9-2-2010 08:26 AM

sepi itu musuh
terhebat dalam hidup berpasangan
sepi itu racun kebahagian di kala
diri memerlukan seorang insan
menyaluti diri ini dgn rimbun kasih

sepi itu menyakitkan

LiFesEveN Publish time 24-6-2010 04:02 PM

OsHiN_hOnEy

wahai pemilik hati..
binggarkan sahaja sepi itu ke hujung waktu
agar ia berlalu dan terus berlalu

ainahakimi Publish time 20-7-2010 11:42 AM

ada kalanya sepi itu indah namun
sepi itu menyakitkan apabila kita keseorangan
oleh itu terpulanglah kepada kita dalam menafsirkan makna sepi
Pages: [1]
View full version: S E P I itu


ADVERTISEMENT