juro Publish time 18-12-2009 09:57 PM

Konsep perimbangan lebih sesuai dari kesaksamaan dan meritokrasi

SHAH ALAM 18 Dis — Konsep hubungan di antara kaum di bawah gagasan 1Malaysia khususnya dari segi pendidikan lebih sesuai dilaksanakan menerusi konsep perimbangan berbanding konsep kesaksamaan atau meritokrasi, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Salah satu contoh hasil konsep perimbangan ialah penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memberi peluang lebih ramai lagi kaum Bumiputera mendapat pengajian tinggi untuk mengubah taraf sosio-ekonomi mereka, kata beliau.
Mohamed Khaled berkata demikian di dalam ucaputamanya di Konvensyen Siswa/Siswi FELDA 2009 sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda (IKTIRAF) 2009 di kampus induk UiTM di sini hari ini.
Beliau berkata perasaan tidak puas hati yang timbul di kalangan kaum lain kerana konsep perimbangan ini mungkin disebabkan kerana tidak ada kefahaman yang jelas.
Pages: [1]
View full version: Konsep perimbangan lebih sesuai dari kesaksamaan dan meritokrasi


ADVERTISEMENT