pplemon3 Publish time 11-12-2009 06:16 PM

CreatiVision sasar acara tarian catat rekod dunia

30,000 bakal meriahkan sambutan PG2010 di Padang Esplanade

Sempena kedatangan Tahun Baru 2010, CreatiVision D.C. Sdn Bhd akan mengadakan sambutantahun baru ‘Penang Golden 2010 (PG2010) Countdown Celebration’ di PadangEsplanade, Pulau Pinang.

Sambutan yangdijangka dihadiari 100,000 penganjung dan 30,000 peserta akan menyertai tarianterbesar di dunia di lokasi itu, diharap mencatat rekod dalam Guinness WorldRecord.

Majlis akandiadakan pada 31 Desember ini, bermula jam 6 petang, yang menyaksikan pelbagaiaktiviti menarik disusun penganjur dengan penaja utama adalah Celcom (M) Bhd.

PengarahUrusan CreatiVision, Adelyn Lim, berkata bagi acara memecah rekod dunia,pihaknya mensasarkan 30,000 peserta pelbagai usia dan wakil organisasi yangakan dimulakan pada jam 10 malam.
Selain itu,sambutan kali ini juga turut meraikan ulang tahun ke-53 Georgetown sebagaisebuah bandar raya yang jatuh pada 1 Januari.

“Penganjungdari pelbagai latar belakang diharap dapat bersama berkumpul untuk menyertaiacara tarian terbesar di dunia yang menyokong Tabung Kanak-kanak PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).

“Ia jugamembolehkan sambutan ini memecahkan Guinness World Record sebelum ini yangdiadakan di Cebu, Filipina apabila dihadiari seramai 7,770 peserta.”

Penganjuransambutan tahun baru yang diadakan pihaknya di negeri ini sudah masuk tahun kelima dengan kerjasama kerajaan negeri, Invest Penang Bhd dan Penang GlobalTourism Sdn Bhd. Bagi menambahkan lagi kehangatan sambutan, orang ramai akandihiburkan dengan bunga api dan persembahan pentas oleh Estranged, Sofaz,Hafiz (AF7), Amy Wang dan The Villanz.

Tujuanpenganjuran acara tarian terbesar ini juga adalah kerana rakyat Malaysia ramaiyang mengalami obesity akibat pengambilan pelbagai makanan ringan dan kurangbersenam.

Bagimendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.9-creativision.com atau hubungi019-2720999 atau e-mel worldrecord@9-creativision.com

(Cari forum member boleh pm saya untuk mendapat maklumat selanjutnya, terima kasih!)

http://i558.photobucket.com/albums/ss30/pglemon3/PG2010/1P1W-Visual-1-1-1.jpg
Pages: [1]
View full version: CreatiVision sasar acara tarian catat rekod dunia


ADVERTISEMENT