Squall-Leonhart Publish time 7-12-2009 08:57 PM

PROPOSAL: Pertandingan Poster + Gath Ulangtahun ke-7 CMAC

Hello korang sumer...!!!

Sempena dengan ulangtahun ke-7 board CMAC ni, aku bercadang nak buat satu pertandingan poster ulangtahun ke-7 board CMAC berserta dengan cadangan gathering sempena dengan ulangtahun tersebut. Untuk pengetahuan korang, pihak Cari Internet Sdn. Bhd. bersetuju untuk menaja sebahagian hadiah bagi aktiviti anjuran board bermula Januari 2010 sebagai insentif menggalakkan forumer bergiat secara aktif dalam aktiviti anjuran board dalam Cari Forum demi mengeratkan silaturrahim sesama forumer. Lebih best lagi, buat pertama kalinya hadiah wang tunai dan T-shirt akan ditaja oleh Cari Internet Sdn. Bhd. untuk aktiviti camni.

So sempena dengan tawaran oleh pihak Cari Internet, haku bercadang untuk mengadakan pertandingan poster ulangtahun ke-7 board CMAC di mana hadiahnya akan disampaikan time gath tu nanti. Buat masa ni aku tak pasti lagi bila masa paling seswai untuk adakan gath ni tapi haku target hari Sabtu dalam bulan Februari 2010... amacam?

Ini tentatif bagi hadiah2 pemenang pertandingan poster ni:-
[*]Hadiah pertama: Wang tunai RM50, T-shirt dan 500 credit
[*]Hadiah kedua: Wang tunai RM30, T-shirt dan 300 credit
[*]Hadiah ketiga: Wang tunai RM20, T-shirt dan 200 credit
[*]5 hadiah saguhati: 100 credit
Tentatif peruntukan hadiah ni based on peruntukan maksimum oleh pihak Cari Internet Sdn. Bhd.

Peraturan bagi pertandingan poster adalah seperti berikut:-
[*]Poster mestilah berukuran 1024x768 piksel atau 1280x720 piksel (widescreen), dibuat menggunakan perisian Adobe Photoshop.
[*]Setiap poster wajib ada logo Cari Forum, maskot rasmi Cari Forum iaitu JiaJia dan Lili (download gambar diorang tu kat sini), perkataan Ulangtahun Ke-7 Board Comics, Manga, Anime & Cartoons dan karakter2 anime kesukaan korang.
[*]Poster korang mestilah original dan bukan diciplak dari mana2 wallpaper yang boleh didapati di serata internet. Korang boleh cut and paste certain part daripada beberapa wallpaper tapi korang tak dibenarkan amik wallpaper sebijik sebagai asas poster korang. Sebarang aduan plagiarisme (ciplak) boleh membatalkan penyertaan korang jika berjaya dibuktikan.
[*]Korang dibenarkan menghantar seberapa penyertaan yang korang nak tapi korang hanya boleh menang satu hadiah sahaja, based on penyertaan terbaik korang.
[*]Undian adalah berasaskan thread undian.
[*]Keputusan akhir adalah muktamad dan sebarang bentuk bantahan tidak akan dilayan.

So basically peraturan dier lebih kurang jer macam pertandingan poster ulangtahun ke-6 laa. Memandangkan ni masih dalam peringkat proposal, aku nak tanya persetujuan korang sebelum aku hantar proposal ni kat admin untuk diluluskan... bleh?

So tugasan korang sekarang ada 2 - konfemkan persetujuan korang untuk adakan pertandingan poster yang bleh menang hadiah duit dan T-shirt ni dan gak konfemkan tarikh dan tempat gath ulangtahun ke-7 ni. Target aku dalam bulan Februari laa... so lepas dah konfem tu aku akan hantar proposal kepada admin untuk diluluskan okey...? Ingat, tarikh dan tempat gath jugak sangat penting sebab time event tu la akan diadakan majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan poster tu nanti laa... okey?

Kerjasama korang amat diperlukan...!!!

MetalFire Publish time 7-12-2009 09:04 PM

err kenapa aku tak pnah tengok pon maskot forum yg jiajia ngan lili tu

Squall-Leonhart Publish time 7-12-2009 09:10 PM

Ada, maskot tu ada digunakan dalam pertandingan poster ulangtahun ke-6... cuba tengok betul2 laa...

cmf_cluesan Publish time 11-12-2009 03:18 PM

tahun lepas aku ada masuk. tahun ni bagi org len pulak masuk. pasal gathering, aku tak pasti. susah aku nak carik masa yg aku betul2 free utk join.

cmf_cluesan Publish time 11-12-2009 03:23 PM

Untuk keputusan pertandingan poster CMAC tahun lepas boleh tgk kat sini --->

Pertandingan Poster CMAC 2008

munkyG Publish time 11-12-2009 07:24 PM

aku setuju je dengan apa yang akan korang usulkan nanti :)

Squall-Leonhart Publish time 12-12-2009 12:47 PM

So nak join tak nanti...?

munkyG Publish time 16-12-2009 05:45 PM

aku ni nama je graphic designer, tp asik bz je sokmo ;P

aku cuba utk masuk gak pertandingan ni nanti.. :D
Pages: [1]
View full version: PROPOSAL: Pertandingan Poster + Gath Ulangtahun ke-7 CMAC


ADVERTISEMENT