iladolly Publish time 2-12-2009 10:08 AM

Allysa Story

Post Last Edit by iladolly at 2-12-2009 10:23

this is a love story that i wrote by myself.cerita pertame and da 2 taun da cerita nie.
cube la bace and give some cmmnts okey.
utk permulaan 2 bab je lah dulu.
kalau ade permintaan baru ila post bab yang laen.
and by the way,
sorry bahase die ta best sgt.
ta de metafora and ta best sangat lah ayatnye.
tapi ila akan try perbaiki.
da name un 2 taun lps punye cerita kan.hehe..
time tu un tgh kecik lagi. XP
okey.
enjoy it!

p/s; ade kat bwh sane tu.kat cmmnt.hehe..

detox Publish time 2-12-2009 10:10 AM

mana ke ceritanya ?

iladolly Publish time 2-12-2009 10:10 AM

Harry my perfect boy

Hari yang terik membuatkan Allysa ataupun nama manjanya Lysa berpeluh-peluh bahang dari cahaya matahari.Sejurus keluar dari sekolah dia terus menunggu Dinie,abang vannya mengambilnya pulang ke rumah.Setelah lama menunggu akhirnya tiba jua.Dinie memandu seperti kebiasaanya.Dia tidak perlu lagi melihat lorong apa yang perlu dia masuk dan meneliti rumah yang keberapa dia perlu berhenti.Setibanya dirumah,Lysa terus naik ke biliknya dan menghempaskan beg galasnya yang berwarna ungu itu.Perlakuannya itu dah berlanjutan terlalu lama.Bukan kerana dia sudah penat untuk ke sekolah lagi atau dia rimas dengan hidup dia.Tetapi kerana boy dia yang telah hampir 5 bulan dia tinggalkan dan kini menghilangkan diri.Perpisahan itu memang menyakitkan tetapi itu semua adalah atas kehendak ke dua-dua belah pihak dan tidak ada kena mengena dengan orang yang ketiga.Memang pada mulanya dia berasa agak gembira apabila mereka berdua break-up tetapi lama kelamaan dia mula merasa sebenarnya dia sayang kepada Harry dan Harry ialah perfect boy untuk diri dia.Sesalan menyelubung diri Lysa.Dulu memang dia banyak kali mensia-siakan Harry.Itulah manusia.Semut di seberang nampak,gajah di depan mata tak nampak.

Setelah lama mengelamun baru dia tersedar.Dengan baju sekolah yang masih belum berganti dia melihat jam di dinding biliknya."Ha!pukul 3.00 dah!"Lysa buka almari bajunya dan terus mencapai t-shirt Dessil berwarna hitam kegemaraannya dan seluar tiga sukunya yang berwarna putih.Selesai menukar pakaian,dia terus memulakan kerja hariannya.Menyapu rumah,membasuh pinggan,angkat kain,lipat kain.Itulah kerja-kerja harian dia.Memang itu tugas dia sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga.Dahula memang keluarganya menggunakan maid.Tetapi neneknya melarang untuk mengambil maid lagi.Bimbang Lysa tidak tahu membuat kerja-kerja rumah.Lagi pun Lysa sebenarnya tidak kisah kerana ibunya bagi duit poket lebih setiap bulan sejak dia membuat kerja rumah.Selesai kerja-kerja dilakukan Lysa terus mengambil nasi putih berlaukkan ayam masak merah dan besayurkan salad untuk santapan tengah hari dia.Pinggan diletakkan di atas meja makan sementara dia ambil air sejuk sebagai penghilang dahaga.Doa dibaca dan dia terus menjamu makanan yang dimasak ibunya itu.Sunyi betul rumah dia.Lysa sudah biasa dengan suasana sunyi itu setiap kali pulang dari rumah.Ibu dan ayahnya bekerja manakala adiknya,Emery yang baru di form3 sibuk dengan latihan bola sepaknya dan kokurikulum yang diadakan di sekolah.

Selesai.Lysa melabuhkan punggungnya di sofa moden bersegi L berwarna krim di ruang tamu sambil ditangan kirinya memegang cawan berisi air fresh orange manakala sebelah tangan lagi memegang rimote tv.Lysa buka siaran tv Variasi.Pada waktu beginilah dia akan happy kerana tidak dikacau Emery.Emery selalu menyakat Lysa dengan merebut rimote control.Lagu 'Hanya Kau yang Mampu' dari Aizat berkumandang di siaran tv itu.Lysa jadi agak temanggu.Lagu itu pernah dinyanyikan Harry untuk Lysa pada hari jadinya dengan petikan gitar.Harry juga menghadiahkan novel cinta kepada Lysa.Tetapi 6 hari kemudian bermula dari hari jadinya pada 3 Ogos,kata sepakat untuk berpisah dilafazkan.Argh!!!memang perit sepatutnya tetapi kesannya lambat memberi impak,apatah lagi ia dilakukan dengan rela hati.Walau apa pun kenangan manis bersama Harry sentiasa menghantui hari-hari Lysa.Pada mulanya Lysa menganggap cinta mereka cuma cinta monyet.Mereka mula menjadi pasangan ketika berada di tingkatan 3 dan mereka berpisah pada 5 bulan yang lepas ketika di form4.Kini Lysa pelajar SPM.Banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya kini.Lysa mula memikirkan Harry kembali. Kehilangan Harry betul-betul membuatkan dia risau.Sudah puas dia bertanya dengan kawan-kawan Harry,tapi seorang pun tidak tahu ke mana Harry kini.

"Hik,hik,hik!" suara ringtone dari phone mengejutkan Lysa."Siapa ni sibuk kacau aku mengimbas kenangan masa muda-muda dulu aku ni?ish..."Lysa mengomel.

"Lysa!aku ada happy news to tell you!datang tau esok sekolah!" suara Hani di telefon.
"Wowowo....apa ni.Salam tak,hello x,main serbu je.." Lysa marah gurau pada Hani.
"Assalamualaikum tuan puteri,intan payung.."
"ha..gitu..Waalaikumsalam.Cakap je la apanya.."
"Aa..takde,takde.Esok datang baru bagitau."

"Tut,tut,tut.." "Ish,cam gitu je.Teruk la minah ni."
Lysa mula tak senang duduk memikirkan berita apa yang bakal di beritahu Hani esok di sekolah.Maira Hani bt Jaludin.Itulah nama penuh kawan baiknya yang selalu menjadi pendengar setia masalahnya.Seorang yang tinggi,berkulit sawo matang,comel,kurus bak model,happening dan bersifat terbuka.Lysa bangga lagi gembira mendapat rakan karib yang amat memahami dirinya itu.Kalau sebelum ini dia selalu dikhianati dan tiada sesiapa yang ikhlas untuk berkawan dengannya,kini dia temui juga rakan yang mengajar dia erti 'sahabat'.Hani juga selalu manjadi orang tengah apabila Lysa mempunyai konflik dengan Harry.

iladolly Publish time 2-12-2009 10:13 AM

Happy news

Time assembly.
Lysa: Apa happy news yang kau nak bagitahu aku tu?
Hani: Shh..kejap lagi aku bagitahu.

Time rehat.
Lysa: Aku tak sabar nak tahu ni.Apa happy newsnya?
Hani; Mak aku cakap.Time makan tak boleh cakap.Nanti la yea..

'Kring!!!' loceng sekolah berbunyi tanda waktu persekolahan pada hari itu sudah tamat.Lysa kegeraman.Di bus stop dia melayan perasaan dia sendiri.
"Oit!berangan yeh?!" Hani menerpa dari belakang.
"Huh!" Lysa tidak melayan Hani.
"Ala..merajuk la dia.Actually begini.Harry call aku.Dia ada buat party for celebrate kepulangan dia dari U.K. dis nite.So dia suruh aku invite kau sekali." bersemangat Hani bercerita.Lysa cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.
"Aik,itu je respons kau?" "Tak de mood la.Kau la permainkan aku" "Gurau je dear..jangan lah marah"

Di rumah Lysa terus buka wardrobe seluas-luasnya.Semua baju dicuba namun tiada satu pun yang berkenan dihati.Dia mula teringat dress yang dihadiahkan oleh mamanya.Kotak hadiah dicapai kemudian dia keluarkan dress berwarna ungu.Warna kegemaraannya.Lysa mengenakan dress tersebut.Simple,paras bawah lutut,berleher V dan tidak berlengan.Lysa padankannya dengan kasut tumit tinggi yang bertali reben berwarna ungu lembut. "Perfect!"

Di rumah banglo Harry.
Hani : Hey boy.Mana pergi all this time ha?
Harry: Secret la.Mana boleh bagitahu.Lysa jadi datang tak?
Hani : Tak sabar-sabar la mu ni.Dia datang.Ni nape kurus je I tengok.Baru balik dari gurun apa.
Harry: Tak ada apa-apa lah Cik Hani.

Tak lama selepas itu terdetik di hati Harry untuk memandang di pintu rumahnya.Kemudian dia terlihat Lysa.Pandangan dia tak putus-putus dari Lysa. "Lysa." Harry seperti orang disampuk.

Ketika Harry masih memandang Lysa yang begitu anggun dengan rambut lepas ikal mayangnya itu,Lysa sudah berdiri di depan Harry.

"Hai Harry.How are you?"

Harry cuma terdiam sambil pandangannya masih pada Lysa.Lysa sudah mula berasa malu tersipu-sipu.Danial kawan Harry yang dari tadi memerhatikan Harry dari jauh terus berjalan ke arah Harry dan menepuk Harry dari belakang.
"Babe.Baru 5 bulan tak jumpa dah macam ni.Belum 5 tahun lagi.Terus koma agaknya."
Harry tersedar dari lamunan dia.
"Owh..sori,sori.Hani,can I borrow your friends ni sekejap boleh tak?"
"Sure.My pleasure.Tapi jangan bawak jauh-jauh.Anak dara orang ni."
Harry menghulurkan tangannya kepada Lysa.Lysa menyambut.

Harry mempelawa Lysa duduk sementara dia mengambilkan minuman untuk mereka berdua.Walaupun baru berusia 17 tahun,tetapi lagak Harry seperti lelaki dewasa yang sungguh gentleman.Apatah lagi susuk tubuh Harry yang seperti lelaki yang berusia 20 tahun.
6 bulan terlalu lama bagi Lysa.Peluang pada ketika itu diambil oleh Lysa untuk menanyakan segalanya yang menjadi persoalan pada diri Lysa.Pernah Lysa terdengar ada orang kata Harry membawa diri kerana kecewa dan macam-macam lagi berita yang berunsurkan negatif yang sampai di telinga dia.

"Harry.Mana you pergi selama ni?It is because of me?And UK dear?jauhnya."

Pada mulanya Harry cuma terdiam .Dia meraup mukanya.Kemudian soalan Lysa dijawabnya.

"No Lysa.Don't blame yourself.I pergi UK because of family problem.I'm sorry bocause not to tell you.But the important thing is you tak salah apa-apa pun.Don't worry okey." Harry menenangkan Lysa.
Lysa menjadi agak tenang.Kemudian dia pandang Harry dengan pandangan pelik.
"U look so different.U susut."
"Oh yeker?I rasa I makin comel ada la." Harry menjawab selamba.
"Eu..perasan jer.."
Mereka berdua ketawa bersama-sama.Harry tersenyum lebar.
"Da lama kita tak bergurau macam nikan?" Harry berkata sambil merenung jauh.Lysa terus terdiam dengan senyuman tawar.
"Urm..." Lysa mengangguk.
"How your life now?Mesti da ada prince charming kan?I dengar ada orang tu minat kat you."
"Eh..mana ada.Panda-pandai je buat cerita.I'm single la."
"Ow yea..?"
"Believe or not.Out memory jadi nightmare for me."
"Kesian dia.I nak tanya something ni.Hope you jawab betul-betul."

Muka Harry terus serius.Lysa yang menyedari perubahan riak muka Harry terus merasakan soalan itu pasti soalan yang amat penting.Jantung Lysa berdegup dengan kencang.

"Can we start back?" pertanyaan Harry penuh dengan harapan.

Lysa hanya menunjukkan muka yang tenang walhal di dalam hatinya cuma tuhan yang tahu.Betapa dia terkejut dan tidak menyangka akan ditanya dengan soalan itu.Tanpa berfikir panjang Lysa terus menjawab dengan penuh keyakinan.Dia tahu,bertangguh hanya membuatkan fikiran dia semakin bercelaru.Lysa memandang ke mata Harry.Dia mahu Harry yakin dengan jawapan dia.
"Why not."

Harry tersenyum lebar.Mengalahkan orang menang loteri.Mahu saja dia melompat gembira seandainya tiada tetamu di rumahnya pada waktu itu.Dia juga tidak sabar-sabar untuk menyulam kembali cintanya,menyusun kembali jalur-jalur cinta,mengubati hati yang terluka dan memaniskan kembali memori yang pahit.

iladolly Publish time 2-12-2009 11:04 AM

Post Last Edit by iladolly at 2-12-2009 11:16

Hang out 1

Seperti kebanyakan remaja yang lain,Lysa dan Hani hang out bersama pada hari minggu.Tempat mereka melepak pada hari itu ialah di KLCC.Lysa dan Hani jalan bergandingan dari satu kedai ke satu kedai di level 3.Tidak puas lagi mencuci mata dengan barang-barang di situ,mereka pergi pula ke level 2 dengan menaiki eskalator.Dalam tengah berjalan-jalan itu,Hani terlihat pula butik Levi's yang menjual pelbagai fesyen seluar jeans dan jaket.Tidak ketinggalan juga dengan pelbagai t-shirt yang menarik dari Levi's.

"Eh,banyaknya jeans.Aku nak beli jeans yang tulang belakang tu la...jom tengok nak?" Hani terus menarik lengan Lysa sebelum Lysa sempat menjawab soalan Hani.

Hani membelek satu persatu jeans yang berkenan di hatinya.Selepas membuat short list menjadi dua pilihan dia terus mencuba kedua-dua jeans tersebut.Hampir setengah jam juga lah dia membuat keputusan untuk menyelesaikan rasa dilemmanya itu.Sementara itu Lysa pula tidak habis-habis melayan panggilan telefon sementara menunggu Hani.

"Sorry dear..lama tunggu?" Hani menegur Lysa yang baru sahaja tamat berbual di phone.
"Eh,tak ada la.It's okey."
"Sebagai tebusan aku belanja nak?"
"Loaded nampak.No problems."

Kedua-dua sahabat tersebut terus berjalan menuju ke Sundanese Cafe dan terus duduk di tempat duduk pilihan mereka.Apabila mereka duduk,Hani terus memandang Lysa.

"Tersengih-sengih."
"Hurm?Bila pulak aku tersengih?" Lysa kepelikan.
"Ingat aku tak nampak la tu..yang kau tesengih memanjang time kau pick up phone kau tu apa?Boy baru yea?Bukan nak cerita kat
aku.Macam ni la kawan..."
"Jangan la begitu.." Lysa memujuk. "Tadi Harry yang call"
"Huh?You all continue back ke?" Hani meneka.
"Yup!tepat sekali.Ish,tahu-tahu je.."
"What?!are you kiding me?!"
"Uih,slow sikit volume tu.Malu la orang pandang."
"Sorry.Ter-carried away lak.Bila korang couple balik ni?Cuba story sikit."
"Begini ceritanya.Once upon a time.." Lysa bercerita beriya-iya sebelum tiba kemuncaknya.. "There was a princess with her frog."

Hani terus menepuk bahu Lysa.

"Betul-betul la..." Hani kegeraman.
"Hehe..ye la.." Lysa gelak mengejek. "Remember last night dekat party Harry?Time tu la kita orang back together..lepas tu.."

Hani tidak berhenti-henti tersenyum mendengar Lysa bercerita.Hani memang seorang pendengar yang baik.Sebab itu Lysa suka meluahkan rasa hatinya kepada Hani.

"Patutlah tersenyum je last night" Hani memerli Lysa.
"Eh..yeker?alamak,terkantoi sudah.." Muka Lysa yang putih gebu itu mula merah. "Aku dah dapat balik sayang aku,tapi kau bila?Aku takut la nanti aku seronok-seronok keluar dating,kau terperuk je kat rumah.Kesian la pulak kan.."
"Kesian la sangat.Eh,tapi kan,Danial,yang selama ni tak pernah-pernah tegur or cakap dengan aku.Tiba-tiba dia nak borak-borak dengan aku hari tu.Dah lah handsome pulak tu time dia kat party tu.Hihi.."
"Urm,nampaknya anda sudah jatuh hati pada jejaka tersebut." Lagak Lysa seperti seorang yang profesianal. "Bagus lah tu.Dah lah handsome,cute,baik......"

Sementara Lysa menerangkan ciri-ciri yang ada pada Danial,fikiran Hani sudah menerawang jauh.Dia mengimbas kembali tentang Danial ketika di party hari itu.Danial yang berketinggian sederhana,segak dengan kemeja putih berlengan panjang yang berjalur hitam nipis kebawah sungguh kemas pada malam itu.Dan yang paling Hani tertarik ialah rambut Danial yang ala-ala orang korea jepun.Tidak cukup dengan itu,sikap Danial yang pandai bergurau dan menghormati perempuan itu membuatkan hati Hani lebih terpikat kepada Danial.

"Hei,mengelamun.Teringat Danial lah tu!" Lysa kejutkan Hani dari lamunannya.
"Ha?Apa dia?Aku cuma fikir pasal Danial tu je." Hani menjawab dengan blurr.
"Betul lah."
"Apa yang betul?"

Lysa terus tergelak dengan perlakuan Hani yang agak menggelabah itu.Selesai menikmati hidangan yang dipesan,mereka terus keluar dari cafe tersebut.Mereka membuat keputusan untuk menonton wayang di Jaya Jusco(JJ) pula.Menjadi kebiasaan mereka untuk menonton wayang disitu.Lysa bersama Hani masing-masing membawa scooter mereka.Setibanya di JJ,Mereka terus memarkir scooter mereka.Tanpa berlengah mereka bergandingan menuju ke TGV.

Sambil berjalan mata mereka melilau melihat kedai-kedai disitu.Kedai perfume,butik,macam-macam lah pokoknya.Tiba-tiba Lysa menarik tangan Hani.

"Jom kejap." Sambil tangan Lysa menarik Hani.
"Eh,gi mana?TGV situ lah.." Hani terkejut.

Rupanya Lysa pergi ke kedai silver.Lysa begitu teruja melihat barang-barang aksesori disitu yang amat cantik.Kemudian mata Lysa tertarik dengan sebentuk cincin permata berbentuk hati.

"Kak,tengok cincin love tu." Lysa meminta cashier disitu mengambil cincin tersebut kemudian dicubanya di jari manis putihnya.
"Eh..cantiknya Lysa!sesuai sangat!" Hani betul-betul memuji kerana cincin tersebut memang sesuai dengan Lysa.
"Yeker..?" cincin tersebut ditanggalkannya dan dipulangkannya kembali. "Tak pe lah kak,terima kasih." Lysa tarik tangan Hani sekali lagi dan dibawanya keluar dari kedai tu dan terus ke TGV.
"Kenapa tak beli?cantiklah.Melepas nanti." Hani menjadi tertanya-tanya.
"Tak pe lah.Cincin macam tu,kalau beli sendiri tak best.Kenalah pakwe belikan baru syok."

Hani mengiakan sahaja kata-kata Lysa.Hani faham sangat dengan Lysa yang memang begitu peka dengan apa yang diingini dalam hidupnya. Pernah sekali mereka berdua pergi shopping dan Lysa ternampak dress yang sangat cantik.Lysa mencuba dress tersebut,semua orang tidak kira pengunjung kedai atau cashier yang di dalam kedai itu memuji Lysa yang begitu anggun dengan dress tersebut.Pada mulanya Hani ingat Lysa akan membeli dress tersebut,tapi rupanya tidak.Pada mulanya Hani agak terkejut.Nak dikatakan Lysa tak cukup duit ketika itu,parents Lysa kedua-duanya berjawatan tinggi.Boleh dikatakan dia orang yang berada.Kemudian, tidak lama lepas tu di majlis reunion Lysa memakai baju yang sama tapi lebih cantik.Bila ditanya rupanya Lysa buat sendiri baju itu dengan sedikit perubahan pada designnya.

"Hani,kita tengok Enchanted nak?Aku dengar cerita tu best gile!" Lysa begitu beriya-iya.
"Boleh gak,lagipun cerita tu bukan full cartoon an.Aku gi beli tiket,kau beli popcorn yeah."
"Okey!pilih seat yang agak kosong tau."

Dalam panggung.

"Erm,tepat-tepat." Hani bercakap sendiri.

Lysa dan Hani berdua duduk di seat yang tengah.Kiri dan kanan mereka berdua langsung tiada orang.Apatah lagi cerita tersebut pada hari itu sudah seminggu ditayangkan. Lysa begitu seronok kerana tiada siapa akan menganggu mereka berdua. Ketika advertisement, tiba-tiba disebelah Hani diduduki oleh seseorang.Lysa yang menyedari orang tersebut terus pandang disebelah Hani.

"Eh!Da..nn..iial.." Lysa terperanjat.Hani terus pandang di seat sebelahnya.
"Hye,girl..idea Harry." Danial menjadi agak gugup.
"Harry?" serentak Lysa dan Hani.

"Hai!" Harry.

Lysa begitu jua Hani terus pandang disebelah seat Lysa.Muka mereka betul-betul terkejut.Baru sahaja Lysa bercakap dengan Harry ditelefon sebelum masuk panggung dan sekarang Harry disebelahnya.

"Guys,movie nak start so nanti je lah cerita okey." Suara Harry separuh berbisik.

Movie Enchanted yang menarik jalan ceritanya ditonton oleh mereka berempat dengan penuh khusyuk.Harry dan Danial kadang kala menjeling di seat sebelah mereka untuk tengok gadis mereka yang begitu tekun menghayati wayang tersebut.

iladolly Publish time 2-12-2009 11:05 AM

Post Last Edit by iladolly at 2-12-2009 11:15

Hang out 2

Lysa tanpa membuang masa terus tanya Harry sebaik sahaja mereka keluar panggung.Hani dan Danial cuma senyap.

"Macam mana tau kitaorang ada kat sini ha?Tadi I kan just bagitahu I ada kat KLCC." Lysa tertanya-tanya.
"Hey,kita dah lama kenal right.I know la korang anak dara ni selalu tengok wayang kat sini." Harry jawab selamba.
"Owh..yeker selalu?" Lysa tersengih.
"Eh,korang tak lapar ke?Muh stomach dah bersemboyan ni.Kat cafe tadi un bukannya makan sangat un." Hani buat muka kesian.
"Eleh..bukan you ni perut besar ke?Tak pernah tak kenyang." Danial buat muka poyonya.
"Hey..." Hani terus mencubit lengan Danial.Danial mengusap-usap lengannya.
"Kau ni,tak baik la..okey-okey,why don't kita makan pizza!I belanja....." belum sempat Harry habiskan kata-katanya Danial menyampuk.
"Aku dah tahu kau nak belanja.Ha,jom la."
"Eh,belum habis cakap lagi.Aku belanja...Lysa je..korang berdua tanggung la sendiri.Huhu..."
"Apa ni Harry.Lysa,not fair la boy kau ni.." Hani bengang.Lysa cuma tersenyum.
"Okey-okey.I'm just kiding.Aku dengan Lysa mana boleh habiskan large pizza,4 pinggan spaghetti dengan 4 mangkuk mushroom soup"
"Whoah!" Danial terus happy.

Ketika makan,Danial tak habis-habis menyakat Hani.Harry dengan Lysa pula cuma mampu bercakap. "Korang memang sesuai..." dengan muka selamba.

Selesai perut diisi Hani dengan Danial terus mengucapkan terima kasih kepada Harry dan mereka terus berpecah secara berpasangan.Mereka tak bercadang lagi untuk pulang.Peluang pada ketika itu diambil oleh mereka untuk berbual sambil berjalan-jalan.

Hani dan Danial tidak banyak bercakap.Danial yang tadinya banyak mengacau Hani terus jadi pendiam.Hani juga turut senyap.Mereka mula memikirkan perangai kecoh mereka berdua tadi.Alangkah malunya!.Hani dan Danial masing-masing melayan perasaan mereka.Cuma sekali-sekala bila ingin bersuara,mereka berdua pasti akan bersuara pada waktu yang sama dan mulalah masing-masing tawar-menawar siapa yang akan mulakan dahulu.Dalam tengah berjalan-jalan itu Hani tertarik dengan sepasang kasut berwarna putih dan terus membelek-belek kasut tersebut.Danial cuma memerhatikan Hani.Puas membelek dan mencuba Hani terus meletakkannya kembali dan terus berlalu meninggalkan Danial.Danial terpinga-pinga dan terus mengejarkan Hani yang sudah jauh ke depan.

"Kasut tadi sesuai la dengan you.Kenapa letak balik?" Danial bertanya setelah dia berjalan selari dengan Hani.
"Nothing.Saja je."
"Owh,okey.."
"Eh,kejap.I nak pergi toilet lah"
"Jomla.I un nak pergi."

Ketika Hani didalam toilet,Danial terus ke kedai kasut tadi dan membeli kasut yang dibelek Hani tadi.Kemudian dia pergi pula ke Fargant Garden.Danial mengambil sebelah kasut yang dibelinya tadi dan menyuruh pekerja di Fargant Garden di situ membungkusnya dengan kotak hadiah.Sebelum dibungkus Danial sempat menulis sesuatu di sehelai kertas kemudian di masukkannya ke dalam kotak hadiah tadi.Sebelah kasut yang tidak dibungkus pula dibiarkan didalam kotak kasut asal.Perbuatan Danial membuatkan pekerja di situ berasa aneh dengan apa yang Danial lakukan.Semuanya dilakukan dengan pantas.

"Wow,sempat shopping.Mesti I lama sangatkan." Hani menyalahkan dirinya.
"Eh,tak ada lah.Lagi lama tadi lagi bagus.Seriously." Danial tersenyum sambil memikirkan betapa gelabahnya dia tadi sebab nak cepat.

Danial dan Hani berpisah di dalam lif dan sebelum Hani keluar dari lif,Danial sempat memberikan kotak hadiah tadi kepada Hani dan berpesan kepada Hani untuk membukanya di rumah nanti.Hani terkebil-kebil pabila dia keluar dari lif.Dengan tangan sebelah memegang kotak hadiah Hani terus ke arah scooternya dan dilihatnya scooter Lysa masih di tempat parkir.

Di kedai cd & vcd.

"Kak,ada album Rihanna,'Good Girl Gone Bad' tak?" Lysa bertanya kepada pekerja disitu.
"Tak ada lah dik.Dah habis" cashier.
"Thankz.." Lysa agak hampa sebab dia sudah lama mencari album tersebut.Kemudian dia terlihat album Elyana,'Jadi Diriku'. "Ini pun boleh lah.."

Selesai membayar,Lysa terus menuju ke Harry yang dari tadi sedang membelek album Boys Like Girls.

"Aiyak,ini album a..manyak best!Boleh tahan ma.." Lysa ber-slanga cina
"Owh!iyakah.Kalu macam tu.Saya mau bili la tauke!" Cara Harry bercakap membuatkan dia tergelak.

Pengunjung kedai disitu semuanya tersenyum melihatkan pasangan couple ni yang funny.Harry terus membeli album tersebut dan mereka berhajat untuk terus pulang.Seperti Hani dan Danial,Lysa dan Harry juga berpisah di dalam lif.Di tempat parkir,Hani sedang menunggu.Lysa tidak bercadang untuk terus pulang ke rumah.Dia ingin lagi bersembang dengan Hani di rumah Hani sendiri.

iladolly Publish time 2-12-2009 11:15 AM

Post Last Edit by iladolly at 2-12-2009 11:17

Start of something new

Sesampainya di rumah Hani,Lysa terus duduk di sofa.Tidak perlu lagi dijemput kerana Lysa sudah biasa dengan rumah Hani.Hani yang hanya tinggal dengan kakaknya yang sudah bekerja dikondo mewah itu terus pergi ke dapur mencari sesuatu di dapur untuk dikunyah.

"Hani!buat apa kat dapur tu?Tak payahlah susah-susah.Kalau aku haus or lapar,pandai-pandai lah aku geledah dapur kau."
"Banyak lah geledah kau.Aku tengah carik snack yang aku beli hari tu.Cakap lah kakMia dah mencekik bendalah tu."

Kemudian terdengar bunyi pintu dibuka.

"Kum...." suara seram ala-ala hantu kum.
"KakMia!" Lysa dan Hani jerit marah.
"Eh,akak gurau je.Janganlah marah..haha.." Sambil membuka kasut high-heels nya,Mia tergelak.Kemudian Mia terus duduk di sofa bersama Lysa. "Macam biasa jadual korang hari ni Lysa?"
"A'ah.Tapi tadi terserempak dengan Harry & Danial" '
"Danial?"
"Hani!kau tak cerita ke pasal Danial?!" Lysa menguatkan suaranya ke Hani yang masih di dapur.
"Tak!" Hani turut bersuara kuat.
"Mana aci!Pasal aku semua kau cerita dekat kakMia.Sengal sungguh diri muh itu!"

Hani terus pergi ke arah sofa kemudian duduk disebelah Lysa sambil ditangannya penuh dengan keropok.

"Pasal kau,aku cite.Pasal aku,kau lah yang cite.Huhu.." Hani bercakap sambil mulutnya mengunyah.
"Ish,tak senonoh kawan aku sorang ni.Ni kakMia,Hani an..ada bf baru.Dia asyik kena buli je.." lepas Lysa cakap macam tu je,Hani terus buat isyarat nak cubit Lysa kemudian senyum.
"Dia tak cakap pun akak tahu Lysa.Sebab hari tu akak dengar dia tengah bergayut."
"Akak!teruk la dengar perbualan orang!" Hani marah manja.
"Eh,akak pulak.Suara dia yang kuat kalah gajah tengah ngamuk."
Hani cuma tersengih,Lysa pula sibuk mengunyah.
"Belum diiktiraf lagi la.Dia tak minta couple un." Hani bernada kecewa. "Dia minat orang lain kot..."
"Aceh..kucewa sudah...!" Lysa sakat Hani.Hani cuma mengejek.Kemudian Hani teringat.
"Hah!cakap pasal dia baru teringat.Dia ada bagi hadiah!Jap,pegi ambik."

Hani masuk ke dalam bilik dan keluar dengan di tangannya ada kotak hadiah.Dia meluru ke arah Lysa dan Mia kemudian dia menghempaskan badannya di sofa.

"Cepatan sih!Tak sabo-sabo eden ni.Ntah sweet or dia bagi katak suruh kau cium.HAha!" Semua tergelak mendengar celoteh Lysa.

Hani terus buka kotak hadiah tersebut.Ketika ingin membukanya,dia agak berdebar.Tapi sesudah membukanya dia kehairanan.Kasut yang dia belek tadi.Sempat Danial beli.Tapi yang lebih menghairankan,kasut tersebut cuma sebelah je.Dalam kotak tersebut terselit sehelai kertas dan Hani terus mengambil dan membacanya.


Dear Hani,
Just like a Cinderella story.I'm searching for a girl that can fix with this miracle shoes.Cinderella berusaha untuk berjumpa her Prince dan banyak yang menjadi penghalang dia.Tapi,kalau you,I cuma nak you jenguk kat tingkap je dan itu sudah cukup menunjukkan you sudi untuk terima I. I'm witing for you.
Truly,
- Danial -


Selesai membaca surat tersebut,Hani terus bangun dari duduknya dan memberi surat tersebut kepada Lysa.Lysa terus membacanya bersama-sama dengan Mia.Ketika mereka berdua tengah sibuk memproses satu persatu perkataan yang tertulis di helaian surat tersebut,Hani sudah berada di tingkap dan dia terus menjenguk.Di lihatnya ke bawah,Danial sedang duduk di bonet kereta Waja milik Harry sambil mendongak ke atas menungggu Hani.Sejurus Danial nampak Hani,Danial terus tersenyum sampai ketelinga tanda dia begitu gembira dengan keputusan Hani itu.Kemudian Danial terus membuat isyarat untuk pergi naik ke rumah Hani.Hani cuma dapat mengangguk kerana dia sendiri terasa gambira yang teramat sangat.Sementara menunggu Hani terus duduk disebelah Lysa.

"Ding,dong!" Loceng rumah berbunyi tanda orang datang.Mia yang baru selesai membaca surat tadi terus membuka pintu rumah mereka.

"Ya?Oh,silalah masuk.Hani ada dekat living room tu." Mia mempersilakan Danial masuk sambil menunjuk arah Hani sedang duduk.Lysa pula masih duduk di sofanya tak berbangun dan cuma melihat arah pintu masuk.Langkah kanan diambil,Danial terus masuk dan dia terlihat Lysa disebelah Hani.Danial memanggil Lysa dan membisikkan sesuatu.Lysa terangguk-angguk dan dia terus mengambil handbagnya di ruang tamu,Danial mengekori Lysa dari belakang,Mia cuma melihat gelagat ketiga-tiga remaja ini.

"Hani,gotta go!" Lysa berjabat tangan dengan Hani kemudian suaranya separuh berbisik. "Harry tunggu aku kat bawah.." kemudian Lysa dan Hani serentak tersenyum.Danial pula cuma menunggu dijemput duduk.Di belakangnya,Danial seperti menyorokkan sesuatu.

"Danial..silalah duduk.Akak gi dapur kejap yea.."
"Terima kasih."

"Hai.." Danial memulakan bicara.
"Hai..." sepatah ditanya,sepatah yang dijawab Hani.
"Urm..parents you kerja ke?"
"Parents I actually tinggal dekat overseas,London" Hani menjawab.
"Owh,kiranya you ni anak orang berada la gak.Kenapa tak ikut tinggal sana?" Danial agak terkejut.
"Eh,tak lah.Mana ada berada sangat un.." Hani tersenyum. "Before this I ada ikut my parents duk kt NY,tpi boring lah.Tu duk kat sini je,lagi seronok."

Mia kembali ke ruang tamu dengan ditangannya membawa dua gelas berisi air oren.Gelas jernih tersebut diletakkan di atas meja di depan Danial dan Hani.
"Akak gi masuk bilik dulu.Korang berbual lah yea.Tak nak ganggu..." Mia berkata sambil senyuman terukir di akhir bicaranya.Mia berlalu pergi.

"So,kat mana kita tadi.Owh..you memang ikhlas nak dengan I?" Danial menyambung perbualan mereka.
"Kalau I tak ikhlas,I tak jenguk tau tingkap tu tadi." Kata-kata Hani membuatkan Danial tersenyum.
"Okey,I trust you.Before I lupa,kejap.." Danial meraba di tepi sofa seperti mengambil sesuatu.Kemudian dia mengeluarkan sekuntum bunga ros dan memberikannya kepada Hani.Hani mencapainya dan mencium harum bunga ros tersebut.Mereka berdua saling bertentang mata.
"Thanks.." Lysa begitu tersipu.
"Dan ini untuk you juga.." Danial menyerahkan kotak kasut asal kepada Hani.Kotak tersebut dibuka Hani dia cuba untuk menyarung kasut tersebut dikakinya tetapi Danial cepat-cepat ambil kasut tersebut dan menawarkan diri.
"May I?"
Hani agak malu tetapi dia membenarkan jua.Setelah kedua-dua kasut disarungkan Danial,mereka berdua saling berbalas senyuman.

rindacapri Publish time 2-12-2009 04:29 PM

nak lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz :'( :'(

shahrinas Publish time 3-12-2009 09:11 AM

best...nak n3 lagi... :)

iladolly Publish time 6-12-2009 02:41 PM

Love me not?

Ketika Hani bersama Danial sedang bermesra,Lysa dan Harry telah pun sampai di sebuah tasik yang terletak betul-betul diantara rumah Hani dan Lysa dengan menaiki kereta Waja Hitam milik Harry sendiri.Pintu kereta dibuka,mereka berdua terus mencari tempat duduk disebelah tasik.

"Lysa,bila dah habis sekolah apa plan you?"
"I dah lama pikir benda ni.I nak sambung belajar dalam bidang fashion.I nak buka butik sendiri.My dream yang dah lama I simpan!" berkobar-kobar Lysa bercerita. "You pula?" soalan yang sama dilontar kembali ke Harry.
" I?Entah lah.I buka butik wedding dress kot..." muka Harry penuh selamba menjawab.
"Sayang...betul-betul lah.." muka Lysa berkerut.Harry terus mencubit hidung Lysa.
"Okey,okey..nanti kita rasmikan sesama nak?" Harry meneruskan gurauannya.
"Ish..." Lysa terus cubit lengan Harry.Muka Harry seolah-olah menahan sakit yang sangat walaupun sebenarnya tak sakit.
"Ouch!okey.I'm just kiding!" senyuman diukir dibibir pasangan bercinta ini. "You capai cita-cita you tu tau.."
"Okey darling.." Lysa terus cubit gurau pipi Harry.
"Tutup mata you kejap.."
"Huh?nak buat apa?"
"Trust me.." Lysa terus memejamkan matanya.Kemudian dia terasa tangannya dipegang Harry kemudian dia menyarungkan sesuatu di jari manis Lysa.Lysa terus membuka matanya tanpa disuruh.Dilihat jari manisnya,sebentuk cicin berbentuk hati tersarung di jarinya.
"Eh,ni cincin..." Lysa begitu terperanjat.
"Yea..I nampak you belek cincin tu kat JJ tadi.So I terus beli."
"I know I can always count on you.."
"You simpan cincin ni elok-elok tau." diakhir ayatnya Harry terus terbatuk-batuk.Muka Harry terus merah kerana menahan batuk.Lysa terus mengusap-usap belakang Harry dan tak lama lepas tu baru batuknya berhenti.Lysa menjadi risau.
"Are you okey?Teruk sangat batuk you,kita pergi klinik nak?"
"Tak pe,tak pe.Tekak kering je ni.Minum air nanti okey lah.Don't worry." Harry cuba menenangkan hati Lysa yang risau.
"Betul ni?"
"Betul.." Harry terus melemparkan senyumannya yang manis itu. "You tak janji lagi.."
"Owh..yes sir!I promise!" Lysa menabik Harry.Harry pula cuma mampu tersenyum dan terus mencubit hidung Lysa.
"And onemore.."
"What?"
"Do you love me?"
"Sayang..of course..." Lysa terus meletakkan kepalanya di bahu Harry.Rambut ikal Lysa diusap Harry.
Harry agak hampa tetapi dia cuba menyembunikannya.Mungkin Lysa masih belum bersedia untuk mengucapkan kata-kata tu kepadanya.Tetapi Harry tetap yakin yang Lysa memang sayangkan dia.

iladolly Publish time 6-12-2009 02:42 PM

Penghalang 1

Hari Isnin persekolahan dilalui seperti biasa oleh dua pasangan yang baru termeterai perhubungan mereka.Ramai yang cuba mendapatkan kesasihan cerita tersebut.Apatah lagi Lysa dan Harry yang masing-masing mempunyai peminat mereka yang tersendiri disekolah.Apabila mereka mengiakannya,ada yang tersenyum,ada yang kehampaan.Tetapi ada seorang sahaja yang say congrats dekat Lysa,Que Jim Mason.

Que beribukan seorang cina dan ayahnya pula seorang mat salleh dari England yang masing-masing menganut agama kristian.Que boleh dikatakan kawan Lysa yang rapat dan dia juga merupakan seorang pendengar yang setia kepada Lysa.Lysa masih ingat lagi ketika dia sedang resah dengan kehilangan Harry,Que lah yang paling bayak menenangkan hati Lysa.Dan apabila air mata Lysa mula berderai,Que terus menjadi gelabah sampaikan air yang dipegangnya boleh tertumpah.Di saat itu jugalah,keadaan yang tadinya suram terus bertukar menjadi gelak tawa.Meskipun Que bukanlah orang Islam tetapi minatnya pada agama Islam amat mendalam.Setiap kali adanya mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah,Que tidak pernah miss kelas tersebut.

"Kring!!!!!" loceng sekolah berbunyi.

"Weh,jom rehat." "Tak bolehlah.Aku tak siap lagi homework Add Math yang cikgu bagi semalam.Dah la lepas ni masa dia."
"Kau perasan tak kasut Puan Rapiah tadi?Cantik gila!"
"Janji nak belanja aku hari ni.Manakah janji-janji mu itu?Haha!"

Begitulah ragam pelajar-pelajar senior apabila masuknya waktu rehat.Dalam Lysa dan Hani sedang menyimpan buku-buku mereka ke dalam beg,di pintu kelas sudah terpacak Harry dan Danial menunggu untuk berehat bersama tanpa segan silu walaupun masih ada beberapa orang pelajar lain di dalam kelas Lysa.

"Apa yang kau tunggu tu ha budak bajet macho!" suara tidak berpuas hati dari dalam kelas Lysa lagaknya seperti seorang samseng.Harry kenal betul dengan suara yang seperti bermusuh dengan dirinya itu.Begitu juga pelajar yang lain.
"Tunggu kekasih aku.Takkan kekasih kau kot." Harry perli budak tu dengan suara yang sederhana untuk mengelakkan pergaduhan.
"Oi!kau pikir kau tu bagus sangat ke ha?!" lantang suaranya.Kemudian dia terus berjalan ke arah Harry seperti ingin bergaduh.
"Hei,hei!stop!Jangan nak gaduh pulak dekat sini!Cikgu tau mati korang!" Hani bersuara tetapi Lysa yang memberhentikan langkah budak samseng tersebut.
"Tafa!please jangan gaduh." Lysa memujuk dengan suara yang lembut tetapi tegas.Samseng yang dipanggil Tafa tersebut memandang Lysa dan pandangannya terus beralih ke Harry dan dia meneruskan jua langkahnya ke arah Harry. Mereka berdua saling berpandangan dengan pandangan yang tajam seperti dua ekor singa yang berpandangan merebutkan kawasan mereka.Semua pelajar yang menyaksikan mereka berdua cukup berdebar.Siapa yang tidak kenal dengan Tafa yang memang dikenali dengan sikap panas barannya dan anak buahnya yang cukup ramai.Tafa melangkah kemudian dia terus melanggar bahu Harry.Harry tidak mudah melatah,dia cukup bersabar.Kemudian Tafa berjalan sambil menoleh ke Harry
"Nasib kau baik hari ini." kata-kata Tafa di sambung dengan senyuman sinis yang penuh bermakna.

Tafa ataupun nama penuhnya Mustapha Mohsin bin Mohsin Mahmud merupakan ketua samseng disekolahnya.Guru-guru di sekolah sudah pening dengan perilaku Tafa tetapi mereka tiada sebab untuk membuang Tafa dari sekolah tersebut.Walaupun Tafa mempunyai banyak kesalahan disiplin tetapi Tafa merupakan salah seorang pelajar harapan di sekolah itu.Keputusan ujian dan peperiksaannya yang selalu cemerlang dan kedudukan ibu bapa Tafa yang sangat berpengaruh memaksa guru-guru di sekolah itu untuk membutakan mata mereka dengan masalah disiplin yang dilakukan Tafa.Selalunya guru-guru disitu hanya memberikan amaran kepada Tafa.

Lysa sebenarnya sudah lama bertakhta di hati Tafa. Kecantikan dan kelembutan pada diri Lysa memang salah satu daripada sebab-sebab yang menarik hati Tafa,tetapi yang lebih membuatkan Tafa jatuh hati pada Lysa ialah cara Lysa yang melayan dirinya.Orang disekelilingnya hanya memandang dirinya dengan dua cara,pandangan takut dan pandangan sakit hati atau jijik.Lysa tidak memandang dirinya dengan pandangan-pandangan itu,tetapi Lysa memandangnya dengan pandangan yang biasa dan melayan dirinya seperti biasa, sebagaimana seorang rakan memandang dan melayan rakannya.Sudah banyak kali Tafa melamar untuk berkawan dengan Lysa,tetapi Lysa menolaknya dengan cara yang baik.

Tafa pada Lysa pula hanya seorang pelajar nakal yang kekurangan kasih sayang dari keluarga di sekolahnya.Tiada bezanya Tafa dengan pelajar lain.Memang Lysa pernah melihat diri Tafa dengan pandangan yang sangat menyampah,tetapi semua itu terus berubah apabila Lysa terdengar perbualan Tafa dengan orang tuanya tidak lama dahulu.

iladolly Publish time 6-12-2009 02:43 PM

Penghalang 2

Setahun yang lalu.
"Harap maklum,pelajar tingkatan empat sila ke Dewan Perhimpunan sekarang atas arahan Tuan Pengetua." ketua pengawas menjadi wakil dari pengetua menyampaikan pesanan tersebut.Semua pelajar beratur untuk ke dewan dan tidak kurang juga ada yang keluar dari barisan mereka.
"Eh,Lysa.Dompet aku tertinggal dekat kelas lah." Hani meluahkan kebimbangannya.
"Kau nak pergi ambik ke?"
"Yelah.Kau tau jelah kan.Sat lagi budak Tafa tu ambik mati aku!Dah lah aku asyik carik pasal dengan dia kebelakangan ni."
"Okey-okey.Jom.Kita ikut tangga belakang.Clear sikit.Nanti 'B.M.I.S.' nampak pulak!"
"Eh,jap.Alang-alang dah ikut sini kan.Aku nak pergi tandas kejap.Boleh...?" Hani memujuk Lysa.
"Ada-ada jelah dia ni.Pergi sana."
"Thanks princess!" Hani kegembiraan kerana dia sebenarnya sudah lama menahan rasa tekucirnya itu.Sementara Hani didalam tandas dan Lysa pula sedang memperbetulkan rambutnya dicermin tandas,mereka berdua sempat bersembang.
"Lysa.Macam mana kita boleh panggil Cikgu Tipah,B.M.I.S. yeah?Aku lupalah."
"Kau ingat tak masa first-first dia masuk kelas kita.Kan dia tak habis-habis puji diri dia sendiri.Ni ayat dia 'Dulu saya model tau,tapi sebab nak mendidik saya rela bergelar bekas model!' Haha!" Lysa mengajuk cara guru Matematik mereka berkata-kata.Lysa ketawa kemudian Hani turut juga bila dia keluar dari tandas dan melihat penampilannya di cermin.
"Kau bab mengejek memang nombor satu kan.Haha!"
"Jom sesame!Satu,dua,tiga!"
"B.M.I.S.!Bekas Model Iktiraf Sendiri!Haha!" serentak.
"Eh,lupa sudah tujuan kita.Jom-jom.Nanti habis dompet aku kena kebas!"
Sesampai di depan kelas.
"Kau tunggu sini aku pergi ambik" Hani berbisik memberi arahan.
"Okey." Dalam sunyi itu Lysa terdengar seorang pelajar sedang berbual di handphone.
"Siapa kata aku anak kau?!Bagi aku kau dah lama mati sejak kau tinggalkan mak!aku boleh hidup tanpa keluarga!aku tak perlukan sesiapa!" Handphone tersebut terus dicampaknya. "Buta dengan duit sampai anak pun terabai!ingat aku ni barang ke!aku ni Tafa lah!"

Masa sekarang.
"Korang lapar ke?" Hani bertanya sambil berjalan dengan 2 orang rakannya dan disebelahnya sudah tentu kekasih hatinya.
"Tak!" serentak jawapan mereka.
"Uhuk!uhuk,uhuk!" Harry terbatuk dan dia terus mengeluarkan sapu tangannya.Batuknya dilepaskan di sapu tangan tersebut kemudian dia terus berlari ke tandas meninggalkan yang lain terpinga-pinga.
"Teruk batuk dia tu." Hani bersuara.
"I pergi tenguk dia jap." Danial menawarkan diri dan terus berlari ke arah tandas.

"Kring!!!" loceng menandakan waktu rehat sudah tamat.Lysa dan Hani masih tertanya-tanya tentang keadaan Harry.

"Hai!lama cik adik tunggu kat bus stop ni?" Lysa diganggu tetapi dia kenal sangat suara budak yang menggatal itu.
"Lama lah gak.Dari matahari terbit tadi.." Lysa menjawab dan dia terus cubit tangan budak tersebut.
"Auch!garangnya!"
"Nak menggatal yea."
"Dengan girlfriend sendiri..tak salahkan.." Harry bersuara manja.Lysa hanya melemparkan senyuman.
"Rehat tadi kenapa?Tak sihat yea.." Lysa terus memegang tangan Harry. "Sejuknya tangan..Demam ke?" Lysa cuba untuk merasa suhu pada dahi Harry pula tetapi Harry terus mengelak.
"Tak de pa pe lah.Tadi batuk pastu terus terasa nak kencing." Harry senyum.Mereka berdua memang sudah biasa dengan perkataan-perkataan yang segan untuk disebut orang lain itu.
"Habis tangan ni kenapa sejuk ni?"
"Oh,tadi kat kelas kipas kuat sangat.Tu sejuk tu.Tak payahlah risau..Jom I hantar balik." Harry memberikan alasannya.Tanpa bicara mereka berdua terus menuju ke arah kenderaan milik Harry.

iladolly Publish time 6-12-2009 02:58 PM

Post Last Edit by iladolly at 6-12-2009 15:03

Dugaan

"Tapi kat depan dewan tu gelaplah.Kenapa mesti dekat situ?" Lysa jadi seram bila mengingatkan keadaan sekeliling ditempat yang mereka janjikan untuk berjumpa itu.
"Tunggu je I dekat situ.Tak ada pa pe lah.Nanti I datang okey.I promise!Bye!" Harry terus menamatkan panggilan telefon mereka.
"Tapi....." Lysa tidak sempat untuk berkata-kata lagi.

Kenapa lah aku rasa macam tak sedap hati.Maybe diaorang nak buat surprise party untuk aku kot.Terkantoi disitu.Hihi..

Malam 3 Ogos.Seperti yang dijanjikan,Lysa menunggu didepan dewan dan terus menerus mengawal rasa seramnya.

"Alamak!lupa nak isi minyak la pulak!" Harry menjadi kelam kabut.

Di petrol pam,Tafa dari jauh memerhatikan Harry.Selesai mengisi minyak,Harry meneruskan perjalanannya dan diekori Tafa.Harry hampir kelegaan kerana lagi beberapa minit dia akan sampai.Tetapi secara tiba-tiba terdapat sebuah kereta telah memotongnya dan terus menghalang laluannya.Harry keluar dari kenderaannya dan diikuti pula Tafa.Mereka saling berpandangan.Kemudian Tafa bersuara.

"Hey,kau tahu tak Lysa tu ada miliknya?!" Tafa begitu baran menjerit.
"Kau boleh kata Lysa kau punya,tapi hakikatnya hati Lysa tetap pada aku." Harry tetap tenang.
"Dan aku boleh merampasnya dari kau!"
"Kau fikir semua benda kat dunia ni boleh dapat ke dengan baran kau tu?"
"Diam!Kau tak tahu apa-apa pasal aku!"
"Okey,aku pun tak nak masuk campur.Tapi kau kena ingat.Sampai tercabut pun nyawa aku,hati Lysa tetap pada aku!"
"Kau cabar aku yea!" Tafa hilang sabar.

Tafa meluru ke arah Harry dan cuba menumbuk muka Harry,tetapi Harry mengelak dan terus menumbuk muka Tafa.Sasarannya mengena.Tafa semakin geram.Fikirannya dirasuk segala hasutan kejahatan.Mata Harry secara tiba-tiba berpinar dan dengan senangnya Tafa terus menghumban segala kegeraman yang menyelubung rasa hatinya dengan menumbuk perut Harry.Harry tersungkur.Tafa melihat peluang disitu.Dia terus menumbuk ke perut Harry 2,3 kali.Apabila dia melihat Harry betul-betul tidak bermaya dia terus berhenti.Tercalit rasa simpati dihatinya.Tetapi Tafa tidak berani untuk melakukan apa-apa lagi.Dia kebuntuan.Apa yang berada di dalam kepalanya ketika itu hanyalah untuk melarikan diri dan dia terus melakukannya.

'Harry..' terngiang suara Lysa ditelinga memanggil namanya.Harry tidak mahu memungkir janjinya.Dia sudah berjanji untuk berjumpa dengan Lysa.Dalam keadaan yang tiada tenaga,Harry cuba menggagahkan dirinya untuk berdiri dan berjalan.Dia tidak mahu menghampakan hati Lysa.Biar pun langkahnya begitu perlahan,dia tetap melangkah.

"Eh,siapa yang gaduh-gaduh tu?Lantak lah." Lysa tidak mengendahkan suara yang sayup-sayup kedengaran yang seperti orang sedang bergaduh itu.Tidak lama kemudian suara itu terus sepi.Lysa tetap setia menanti di tempatnya.

Dalam kegelapan malam itu Lysa terlihat bayang seseorang yang sedang menuju ke arahnya.Tidak lama selepas itu barulah Lysa dapat mengecam orang yang begitu perlahan langkahnya itu.Harry!Lysa terus berlari mendapatkan Harry setelah merasakan ada sesuatu yang tidak kena..Harry terjatuh sebelum Lysa sempat dapat mendakap tubuh Harry yang lemah longlai itu.Lysa terus memangku kepala Harry.Lysa cemas dan buntu.Dia tidak tahu untuk melakukan apa.Lysa terus menelefon Hani.

"Ha!" Hani separuh terjerit kemudian dia terus mematikan panggilan tersebut.
"Apasal!Siapa yang call?" dikemelut orang ramai yang sedang menunggu itu Danial meluahkan risaunya apabila melihat air wajah Hani yang tiba-tiba bertukar itu.
"Lysa..dia kata Harry cedera kena belasah.."

"Lysa...." suara Harry begitu perlahan memanggil kekasih hatinya itu.
"Harry.Please bertahan." Lysa sungguh cemas.
Secara tak semena-mena Harry terus termuntah darah.Lysa semakin gelabah.
"Ya Allah!Harry!" melihatkan keadaan Harry yang semakin teruk Lysa terus menelefon ambulans.
"Lysa!" Hani menerpa dari belakang.
"Astaghfirullah!Harry!" Danial begitu terkejut melihat keadaan sahabatnya itu.

shahrinas Publish time 9-12-2009 10:11 AM

siannya...

iladolly Publish time 9-12-2009 06:02 PM

actually
pnjg lagi au
ta abes lagi
tapi ta taip lagi ler...
ta ade mase lagi
esok mybe bru start

shahrinas Publish time 11-12-2009 04:35 PM

kalu free letak n3 lagi k...
:)

iladolly Publish time 13-12-2009 04:47 PM

okeh
no hal
then i'll inform u okey..
XD
Pages: [1]
View full version: Allysa Story


ADVERTISEMENT