fizziany Publish time 30-11-2009 12:42 AM

ANDAI KAU TAHU. (U)

Post Last Edit by fizziany at 11-1-2011 23:08

Assalaamualaikum!!!

Andai kau tahu...selamanya kau tetap di hati aku.

cite ni belum habis taip lagi..tapi jari gatal nak post n3...lantaklah!!!

kalau terlambat post n3..sori ya..pasal la ni bizi skit.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:43 AM

Novel: ANDAI KAU TAHU.





“hati...
misteri...
hati...
ganjil...
hati...
rumit...
hati...
sukar difahami...
hati...
sukar diramal...
lalu....
akal rasionallah tempat rujukan...
orang tua2 kata...
ikut hati mati...
ikut rasa binasa...
betul juga....          ‘

Papp!!!Buku puisi yang baru dibacanya ditolak dari belakang oleh seseorang.Lahabau!!!Jahanam mana ni!!!Hatinya menyumpah seranah pelaku yang baru saja mengacau konsentrasinya terhadap puisi pujaan hatinya.

“Kau nak mampus ya Raja!!!” menjerit Farid bila bila dilihatnya, teman sebilik, merangkap teman sekuliah, merangkap teman makannya hari-hari mengekek ketawa bila melihat buku itu jatuh ke bawah.

Raja ketawa. Buku tersebut dikutip semula dan dihulurkan kepada Farid.

“Ala…rilekla…macamla kau tak biasa buat kat aku” pujuk Raja yang berbangsa India setelah melihat muka Farid yang masam. Farid Cuma mendengus.

“Weh…apahal kau dok melayan perasaan kat sini? Jom kita pergi tengok budak2 tu lawan chess jom..” ajak Raja. Farid memasukkan buku kedalam beg sandangnya. Kata2 Raja ada benarnya. Seminggu dah masuk ke kelab Chess ni, tapi tak pernah tengok lagi orang main chess.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:43 AM

Sekumpulan pelajar yang sedang khusyuk bermain chess dihampiri. Farid duduk di belakang Raja, mengintai permainan yang sedang berlangsung.
       
“Hai…Raja..ini Farid.Newcomers..” salam dihulur dengan seorang pelajar lelaki yang berada di sebelah pemain lelaki. Pelajar tersebut senyum. Salam disambut.

“Haziq…ini Akmal. Yang tengah lawan Akmal ni…newcomers gak…Diana,” perkenal Haziq kepada Raja dan Farid. Senyum bertukar-tukar. Farid pandang pelajar perempuan yang sedang khusyuk bermain.

“Nah…check!” jerit pelajar perempuan yang bernama Diana sambil tersenyum ceria. Senyumnya melebar sampai ke telinga. Matanya bercahaya tatkala dia memandang Akmal dihadapannya. Lesung pipit terserlah melekuk di sebelah pipinya.

“Ciess…baru belajar hari ni…dah pandai…” gumam Akmal sambil menggeleng2kan kepalanya.

“Argh,,,jalan..jalan…jangan lembab sangat ya…” marah Diana di depan. Seorang pelajar perempuan datang menghampirinya sambil tersenyum meneliti buah catur milik Diana.

“Wah…baru main hari ni dah pandai…dah dapat kalahkan otai…ini sudah maju..” katanya riang.

Farid dan Raja saling berpandangan. Kemudian pandangan mereka tumpah ke wajah Diana. Diana yang menyedari diperhatikan segera menoleh kea rah raja dan Farid.

“Barukan? Jomlah main…ni, otai2 ni boleh ajar…” ajak Diana. Raja dan Farid tersengih.

“Check mate!!!” jerit Diana bila tiba gilirannya. Serentak dengan itu, Akmal bangun sambil meraup mukanya.

“Aduh….apa ni…main tipu….”jerit Akmal sambil ketawa. Diana, pelajar perempuan disisinya dan Haziq turut ketawa.

“Ala…rilekla. Akmal saja je bagi ko menang Di…takkan ngan pompuan kitorang nak berkasar…” ungkap Haziq sambil ketawa mengekek.

“Berkasar taik kau..kalau tak puas hati…jom lawan balik…” kata Diana sambil ketawa.

“Nih…suruh budak baru ni main….” Tiba2 Akmal menuding jari kea rah Raja dan Farid.Melopong kedua-duanya.Saling berpandangan.

“Wei…kitorang mana reti…” sahut Raja yang begitu fasih bahasa melayunya. Manakan tidak, dari kecil, dia dibesarkan di sebuah perkampungan melayu. Rata-rata kawan baiknya terdiri daripada orang melayu. Termasuklah si Farid yang sudah dikenalnya sejak 2 tahun lalu.

“Arghh..main ja. Nanti kami ajar..Aku pun baru belajar hari ni gak..” kata Diana sambil memandang kea rah Farid dan Raja. Raja cepat2 menolak tubuh Farid ke depan.

“Kau main dulu…nanti aku belajar dari kau…”kata Raja segera bila melihat wajah Farid yang cuak.Terpinga-pinga Farid. Hendak tak hendak, buah catur disusunnya juga. Betul ke aku susun ni….

“Wei…apekehei susun buah catur macam main dam haji ni….kau susun ikut aku ni,” kata Diana sambil mengatur buah caturnya. Akmal tersengih sambil menggeleng2 kan kepalanya.

“Salah la Di….kau jangan nak ajar ajaran sesat…” kata Akmal sambil membetulkan susunan buah catur. Serentak, semua ketawa.

“Sori2….baru belajar kan…” kata Diana sambil meneliti kedudukan caturnya. Akmal, Haziq, Natasya dan Raja memerhatikan sahaja Diana yang becok mengajar Farid bermain catur. Terkial2 Farid..

“Salah jalan!!!!Mana boleh jalan macam tu!!!!”jerit Diana. Semua ketawa. Farid mengesat peluh didahinya. Ceh!!!Macammana aku boleh ikut idea gila si Raja ni join orang main catur hari ni!!!!

Farid menyumpah seranah Raja di dalam hati. Lagi dia sakit hati, bila setiap kali dia salah jalan, Diana akan memekik “Woi taik!!!!”…aduss….bisanya…..dia ingat muka aku muka angkat taik ke…asyik2..taik jugak yang disebutnya.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:44 AM

Jalan menuju asrama mereka tidaklah begitu jauh. Malas hendak menunggu bas perantara yang disediakan kampus, Raja dan Farid berjalan sahaja melintasi asrama-asrama perempuan.

“Seronok kan main dengan budak2 tadi…” kata Raja. Farid menyeringai. Seronok……

“Aku yang main macam nak mati ni…kau kata seronok,” kata Farid sambil membetulkan beg sandangnya.

“Eh…okay apa. Daripada kau dok melangut kat pusat karaoke, aku rasa lagi baik kau habiskan masa kau dengan join aktiviti2 kampus macam ni. Lagipun, kita ni dah tahun 3 beb…dah nak habis study..takkan kau nak tengok curriculum-vitae kau nanti, kosong tanpa aktiviti.Aku rasa kelab2 yang kita pilih tu okay apa…” bebel Raja.

“Yalah2…pakai je aku ingat ni tahun last. Kalau tak, aku nak tulis je dalam CV aku nanti, aktiviti tambahan, karaoke,” balas Farid sambil mengulum senyum. Raja senyum juga.

“Tapikan…mulut si Diana tadi tu, becok betul. Aku tak pernah jumpa perempuan cakap main lepas macam tu je…sikit2..taik…sikit2…taik..” ngomel Farid. Raja senyum.

“Mmm…tapi, bagi aku…mulut dia tu la yang buat dia nampak sweet. Bercakap tak henti2. Orang bukan main lawa. Kau tengokla jeans yang dia pakai tadi…Levi’s original beb…itupun…aku rasa harga dia dalam RM230 macam tu…paling murah!!!Kau perasan tak, beg sandang dia tadi…Louis Vuittonyang baru keluar tu. Aku rasa tu pun, harga dia dalam RM7000 lebih..” kata Raja.

Terjojol mata dan semua anak tekak, anak mata, anak rambut Farid mendengar penjelasan Raja.

“RM7000???????!!!” diurut dadanya seketika.

“Kau biar benar…” marah Farid tak percaya.

“Betulla…kakak aku kan gila beg…aku taula,” balas Raja. Farid akur, Raja ni, bukan dari golongan biasa-biasa. Bapanya berpangkat Datuk. Ada perusahaan tayar sendiri.

“Bankrap pakwe dia macam nih…”kata Farid lagi. Raja senyum lagi. Asrama sudah dihampiri.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:44 AM

Diana baru saja mandi. Dengan badan yang masih berbalut tuala dia membuka computer ribanya. Ikon Yahoo Messenger dibuka.
       
Buzz!!!!bunyi kuat menarik perhatian Lina, teman sebiliknya. Lina datang sambil memaut bahu Diana. Skrin computer riba milik Diana sama2 ditatap.

“Abang kau ni dah ada makwe belum?” soal Lina sebaik terpandang mesej yang dikirim oleh abang Diana melalui YM.

“Dah..” balas Diana pendek. Lina mengeluh kecil.

“Tak merasa kau dapat kakak ipar sebaik aku ni…” kata Lina sambil mengusap2 bahu Diana yang bogel. Diana mengeliat, geli bahunya diusap sebegitu.

“Kau ni…lesby ka?” marah Diana sambil menepis tangan Lina.Lina ketawa mengekek.

“Taupun segan…dah tu, pakai baju cepat2…asyik dok tayang body kat aku buat apa…” marah Lina sambil berlalu ke biliknya. Diana mendengus.

“Esok kau main chess lagi tak?” laung Lina yang sudah melingkar di atas katilnya.

“Main…kau ikut sekalilah..” balas Diana. Lina diam saja. Sejak dia dan Diana masuk ke kelab catur 3 hari lalu, Diana ni macam dah ketagih bermain catur. Lagi pula, ramai pula dapat kawan2 baru. Lina ikut saja.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:46 AM

Kelas Prof. Hussien telah bermula. Diana dan Lina terkejar2 masuk ke dalam lecture hall. Tempat duduk di ambil di belakang sekali.

“Nasib baik dia tak perasan…” bisik Diana yang baru saja menyelinap masuk melalui pintu belakang. Lina tersengih. Tatkala itu, Professor Hussien sedang menulis di papan hitam.

Buku segera dibuka. Diana menoleh sekelilingnya. Semua pelajar2 sedang khusyuk menyalin nota yang diberi oleh pensyarahnya itu. Matanya menjengah ke tepinya, tempat pelajar lelaki duduk. Saja…nak jamu mata.

Eh!!!Pandangannya tertancap pada satu wajah yang sedang menulis. Wajah itu kemudian memandangnya, agaknya sedar diri diperhatikan.

Diana senyum. Ini budak yang main chess dengan aku semalam….Senyumannya berbalas, walaupun wajah pemuda itu agak kaget pada awalnya dengan senyuman yang diberi. Terkejut agaknya aku senyum kat dia. Diana jungkit bahu, pelajarannya disambung dengan focus.

fizziany Publish time 30-11-2009 12:46 AM

cukupla kot utk malam ni....:kant:

chengkeh Publish time 30-11-2009 08:31 AM

waaaa...fizzz...bagus3x...
ni aku ska neh...ada cete baru.....huhuhu

qimi08 Publish time 30-11-2009 10:51 AM

Waahhh fizz dah ada cite baru...teruskan ek.. lambat or cepat haku tunggu jgn ko hilang terus cukup fizz...{:1_120:}
Apsal mlm tadi haku xnpk cite ni hu hu hu ...:ohmy3:

melody1 Publish time 30-11-2009 12:40 PM

tahniah fiiz ada citer baru..... lambat xpe jgn tak n3 langsung sudah......

yaya130501 Publish time 30-11-2009 12:42 PM

cam best je....sambung lagi ye fizzi

juliet80 Publish time 30-11-2009 01:28 PM

go...go chaiyukkk :pompom:

Jaza2008 Publish time 30-11-2009 03:24 PM

Dah ada citer baru...good job fizzi...
dah bersedia nak kena kejar n3...
hehehehe... next..

chengkeh Publish time 30-11-2009 07:10 PM

fiz..ko kena standby tau n3...kitaorang mintak jek ko kasik..kitaorang mintak jek ko kasik...kekekeke...pas tuh ko pun pening...kakakakaka....

kalau cete best...mesti orang duk request n3 manjang....

anabilla89 Publish time 30-11-2009 07:52 PM

14# chengkeh

btoi2 setuju..mintak ja trus bagi..hehehehe

fizziany Publish time 30-11-2009 09:53 PM

la ni buleh lagi....
korang mintak aku bagi...mintak bagi...mintak bagi...bagi mintak...
tapi..sampai satu tahap, aku pening (akibat balik lambat dr keje)...aku say sorry byk2 la ya...
n3 4 2nite...

fizziany Publish time 30-11-2009 09:54 PM

Keluar dari kelas, Diana bergegas mahu menuju ke kelab catur, di mana tempat lepak bagi ahli-ahli kelab yang tidak mempunyai kuliah pada siang hari. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
       
“Apa la yang best sangat main chess ni…” rungut Lina. Diana mencelah antara pelajar2 yang menderu keluar dari bilik kuliah. Buku dikepit diketiaknya.Beg sandangnya disilang kemas di dada.

“Best tu tak adalah…tapi, semalam kan dah janji dengan budak baru tu, nak lawan semula.Semalam kan, dia tak puashati sebab aku asyik menang..” kata Diana.Seketika, langkahnya terhenti sambil merenung seseorang. Lina turut merenung arah yang sama.

Farid dan Raja melangkah kea rah mereka dengan senyuman ala2 romeo. Diana Cuma memerhatikan langkah mereka.

“Kat mana?” soal Farid. Mata Diana dipandang tepat.

“Kat sini…” Diana tunjuk lubang hidungnya. Lina mengekek ketawa. Raja dan Farid berpandangan.Serentak dengan itu, Diana turut ketawa.

“Kat mana lagi…kat kelab lah,”balas Diana lagi. Farid mendengus. Aku sekeh jugak budak ni, bergurau tak tengok orang! Buruk betul perangai…

“Jomlah…”ajak Diana. Ketiga-tiganya angguk , lalu mengekori langkah Diana menuju ke kelab catur yang terletak di belakang perpustakaan.

“Kau tahun berapa?” soal Diana kepada Raja dan Farid yang berjalan di sisinya.

“3,” pendek jawapan Raja. Farid angguk.Samalah dengan aku!

“Apasal aku tak pernah nampak korang berdua?” soal Diana. Lina di sebelahnya turut akur.

“Ala..kitorang tak glamour. Kami low-profile,” balas Raja sambil ketawa. Farid Cuma senyum.

Diana menjungkit bahunya.

“Tapi, serius kitorang tak pernah nampak korang kat mana2 kelab,” sampuk Lina.

“Ini first time kitorang joint club. Before this tak pernah pun…tahu pergi kelas, balik kelas,” balas Raja lagi.

“Kau punya kawan tak pandai bercakap eh?’ tunjuk Diana pada Farid yang dari tadi asyik senyum saja. Farid terpana. Erk!!!

“Bukan tak pandai….aku kalau dengan orang yang tak biasa…aku susah nak bercakap sikit..” kata Farid membetulkan situasi.

Diana dan Lina sama2 mengangguk. Kelab catur sudahpun dihampiri.

fizziany Publish time 30-11-2009 09:55 PM

“Kau ingat lagi tak step semalam?Jangan salah jalan lagi pulak..” kata Diana.

“Ingat…ingat…aku bukan nyanyuk lagi..” balas Farid.

“Pandainyeee..” Diana ketawa sambil mengatur strategi buah caturnya.

“Apsal hari ni kita berdua je main? Orang lain pergi mana?” soal Farid kehairanan. Dewan itu agak lengang. Raja dan Lina sibuk berborak di suatu sudut.
“Kau ingat aku jaga diorang ke?” soal Diana semula.

“Mana aku tahu…kau kan kenal rapat dengan diorang..” balas Farid.

“Rapat apanya…aku pun baru kat kelab ni. Aku baru jugak kat kelab ni. Awal sehari dari kau kot…tapi, orang2 kat sini, friendly.Cepat mesra dengan sesapa saja pun. Asalkan, tak berlagak dalam kelab ni,” tutur Diana.

Farid terangguk-angguk.

“Habis, Akmal dan Haziq tu, bila kau kenal diorang?” soal Farid. Tangan masing2 ligat mengatur kedudukan catur ke sana ke mari.

“2-2 ekor tu pun aku baru kenal semalam,” balas Diana.

“Tapi, ko nampak macam dah biasa dengan diorang,” kata Farid ikhlas. Diana senyum.

“Kebetulan, diorang pun satu kepala dengan aku,” balas Diana. Farid senyum.

“Check!!!” jerit Diana. Farid melopong. Dahinya ditepuk.

“Bosan aku main dengan kau!!!Asyik2 kau aja yang menang…”kesal Farid sambil memikirkan cara untuk mengalahkan Diana.Diana terkikih-kikih ketawa geli hati.

“Ini…kalau selalu main, dapat kalahkan senior dalam tournament yang diorang buat tiap2 hari Jumaat, kalau selalu menang, boleh masuk carta,” kata Diana.

“Carta? Carta apa?” soal Farid kebingungan

fizziany Publish time 30-11-2009 09:56 PM

“Carta Era!!” kata Diana sambil disusuli derail tawa yang kuat. Farid menyeringai. Ceh!!!Kena lagi aku!!!

“Carta Era kepala hangguk kau…” marah Farid. Diana asyik ketawa tak berhenti-henti.

“Wei..kau tau tak, itu hari aku pergi dengar ceramah agama, kita kalau nak ketawa, tak elok ketawa kuat2 macam tu. Sunnah Nabi S.A.W ketawa tak nampak gigi pun…” Farid mula naik geram melihat Diana yang mentertawakannya. Serta merta tawa Diana mati. Farid direnung tepat.

“O…ya ka? Habis tu, nak ketawa macam mana? Macam ni…kikikikik???” soal Diana sambil menggayakan lagak ketawa tanpa menampakkan gigi. Farid tersengih.

“Haa…macam tu la!!!Teruskan ketawa macam tu ya depan aku!!!” kata Farid.

“Eh..kat mana aku jalan tadi?” Diana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah lupa di mana lokasi asal buah caturnya. Farid Cuma diam. Kalaulah Diana sedar, dia sebenarnya sudahpun hampir-hampir check-mate ketika itu!!! Farid telan air liur. Diam. Manakala Diana sibuk mencari-cari kedudukan buah caturnya.

fizziany Publish time 30-11-2009 09:57 PM

“Carta Era!!” kata Diana sambil disusuli derail tawa yang kuat. Farid menyeringai. Ceh!!!Kena lagi aku!!!

“Carta Era kepala hangguk kau…” marah Farid. Diana asyik ketawa tak berhenti-henti.

“Wei..kau tau tak, itu hari aku pergi dengar ceramah agama, kita kalau nak ketawa, tak elok ketawa kuat2 macam tu. Sunnah Nabi S.A.W ketawa tak nampak gigi pun…” Farid mula naik geram melihat Diana yang mentertawakannya. Serta merta tawa Diana mati. Farid direnung tepat.

“O…ya ka? Habis tu, nak ketawa macam mana? Macam ni…kikikikik???” soal Diana sambil menggayakan lagak ketawa tanpa menampakkan gigi. Farid tersengih.

“Haa…macam tu la!!!Teruskan ketawa macam tu ya depan aku!!!” kata Farid.

“Eh..kat mana aku jalan tadi?” Diana menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia sudah lupa di mana lokasi asal buah caturnya. Farid Cuma diam. Kalaulah Diana sedar, dia sebenarnya sudahpun hampir-hampir check-mate ketika itu!!! Farid telan air liur. Diam. Manakala Diana sibuk mencari-cari kedudukan buah caturnya.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: ANDAI KAU TAHU. (U)


ADVERTISEMENT