batu_bergolek Publish time 19-11-2004 12:57 AM

(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM

Post Last Edit by jazim at 20-11-2009 12:12

saya nak tanya sikit, saya agak berminat utk join ATM tapi sekarang ni ambik diploma lanjutan computer engineering kat IPTS kat area KL. boleh ke saya join ATM.

kalo saya join, macam mana dengan pangkat, ke dia kira sebagai prebet jer ??, boleh ke saya nak sambung pelajaran sewaktu dalam perkhidmatan.

sesiapa yg tau tolong syer maklumat yer.

t kasih.

[ Last edited by yipun78 at 27-3-2006 07:41 AM ]

tiger8 Publish time 19-11-2004 02:36 PM

Bole...takder hal punyer. bergantung kepada permohonan ko ler, kalau ko mintak jadik pegawai kadet...habis kursus ko pakai ler Lt Mtapi kalau ko mintak utk LLP(lain pangkat) ko starting ngan pangkat prebet.

Sewaktu perkhidmatan, ko boleh sambung belajo setinggi2 yg boleh. Yg untungnya, satu sen pun ko takyah keluarkan kalau ko sambung belajo semasa berkhidmat dlm ATM malah gaji pun dpt tiap2 bulan walaupun ko tengah belajo.

Kalau tak silap aku, kalau ko belajo...ko akan diberi cuti utk belajo. Kalau ko belajo 3 tahun, 3 tahun ler ko cuti tapi gaji tetap jalan.

Ko nak masuk regular forces ker atau reserve forces?

batu_bergolek Publish time 19-11-2004 03:35 PM

Originally posted by tiger8 at 19-11-2004 14:36:
Bole...takder hal punyer. bergantung kepada permohonan ko ler, kalau ko mintak jadik pegawai kadet...habis kursus ko pakai ler Lt Mtapi kalau ko mintak utk LLP(lain pangkat) ko starting ngan pang ...

Aku rase nak masuk regular forces. ade aper aper lagi yg patut aku tau ke ?

kitul Publish time 19-11-2004 07:26 PM

Originally posted by batu_bergolek at 19-11-2004 15:35:


Aku rase nak masuk regular forces. ade aper aper lagi yg patut aku tau ke ?
Banyak perkara yang perlu anda tahu. Tunggu kawan-kawan balik dari cuti raya.

Matlamat masuk tentera adalah kerana berkhidmat. BUkan kerana hendak melanjutkan pelajaran. Dengan demikian, anda tidak akan kecewa. Peluang untuk melanjutkan pelajaran adalah bonus, bukan Hak.

salam

batu_bergolek Publish time 20-11-2004 12:43 AM

Originally posted by kitul at 19-11-2004 19:26:

Banyak perkara yang perlu anda tahu. Tunggu kawan-kawan balik dari cuti raya.

Matlamat masuk tentera adalah kerana berkhidmat. BUkan kerana hendak melanjutkan pelajaran. Dengan demikian, anda tidak akan kecewa. Peluang untuk melanjutkan pelajaran adalah bonus, bukan Hak.

salam

saya nak join ATM sebab utk berkhidmat, tapi saya nak make sure saya boleh juga memajukan diri saya sekali, sebab itulah saya nak tau peluang melanjutkan pelajaranselepas join ATM.

Publish time 20-11-2004 04:59 PM

Tul tu kalau sambung belajar memang tak keluar duit satu sen pon, aku penah jumpa dua orang askar yg sambung belajar kt tempat aku ni(UiTM) sorang dari RAJD dan sorang lagi dr RAD dua-dua pangkat kapten, ambek diploma.

ed_thix Publish time 21-11-2004 09:51 AM

aku baru apply pegawai kadet, 24 hb ni interview kat 5 briged, Sabah ...

fuh harap kali ni berjaya lah

wufi Publish time 21-11-2004 10:33 AM

aku pon teringin gak camtue, BERKHIDMAT dalam angkatan tentera, sambil sambung belajoo... sejak aku dah bekerja nih... keinginan utk memasuki ATm tue semakin pudar, waloponnn sejak dulo lagi berkobar2 utk memasuki ATM... masalah nihh..

so camnie, skang aku ader diploma sains comp dan IT, dan ingin sambung kerjaya bersama ATM sambil sambung degree.. persoalannya.. boleh kah aku apply angkatan tentera walaupun umur sudah melebihi 23 tahun?

kalau ya, bagaimana cara utk apply??? samada dalam ATM atau angkatan wataniah... boleh sesape terangkan??? thanks

ed_thix Publish time 21-11-2004 12:30 PM

ko apply peg kadet, training 2 tahun, aku pun dah terlepas LLP (next year I'm 23, feel too old :cak::cak:)

Publish time 21-11-2004 03:03 PM

Originally posted by wufi at 21/11/04 10:33 AM:
aku pon teringin gak camtue, BERKHIDMAT dalam angkatan tentera, sambil sambung belajoo... sejak aku dah bekerja nih... keinginan utk memasuki ATm tue semakin pudar, waloponnn sejak dulo lagi berkob ...

Aku rasa tak de hal nyer, limit umur tuk pegawai graduan 27 thn

wufi Publish time 21-11-2004 06:24 PM

ed_thix
boleh ke aku apply sedangkan umo aku dah lepas 23 tahun??

tiger8 Publish time 21-11-2004 10:46 PM

Originally posted by ed_thix at 21-11-2004 09:51 AM:
aku baru apply pegawai kadet, 24 hb ni interview kat 5 briged, Sabah ...

fuh harap kali ni berjaya lah

tak sangka aku ader geng...aku interview 29 hb nie kat Markas Staf Seksyen,Ipoh.
Ko dah prepare ker belum

ed_thix Publish time 22-11-2004 03:21 AM

ed_thix
boleh ke aku apply sedangkan umo aku dah lepas 23 tahun??

kalau LLP tak silap aku tak boleh dah, tapi kalau pegawai kadet jangan lebih 25 tahun

tak sangka aku ader geng...aku interview 29 hb nie kat Markas Staf Seksyen,Ipoh.
Ko dah prepare ker belum

huhu aku ada geng aaa kat sini

prepare, setakat ni semua dah ready, cuma tambahkan baca tu ini pasal ATM/kerjaya ngan sikit isu semasa hehehe, bab kesihatan aku rasa boleh lepas x-ray dada ok, penglihatan ok, tang fitness tu ada gak aku bulan posa hari tu (lepas dapat offer) terus buat latihan setiap hari 3.2 km, hehe tatau berapa masa dia bagi utk complete 3.2km tu (maybe bawah 20 minit kot aku tatau):cak:

ko plak dah prepare ke ? apa preparation ko ? bak la tips sikit aku ada sehari lagi ni sebelum 24 ...:cak:

p/s: sapa ambik kat Sabah/Sarawak 24 ni dipersilakan lah intro:ah:

tuah_r Publish time 22-11-2004 10:19 AM

wah..besh tul dgr korang nak masuk askar.dulu aku pon nak masuk.tapi pk balik aku nie jenis yg lembik,mudah demam...tak jadi masuk.tapi tuh bukan hal besau pon..aku acceli rabun warna!! for sure ler tak dapat masuk askar. kang tertembak plak geng sendiri.tak pon tak nampak musuh dalam hutan;)

tapi,aku still minat pasal askar2 nie,ada member ATMA,nak tauliah dah bulan 12 nie jadi kapten,hehe

takper ler...ade mase, aku join wataniah,bye

tiger8 Publish time 22-11-2004 10:47 AM

aku setakat nie prepare macam biasa jer. baca sikit2 tentang ATM dan unit2 yg ada dlm TD. Ujian berlari tu aku dah tanya kat Sjn bertugas di Mindef, dia cakap kat aku 3.2km bawah 18 minit. Ujian yg paling penting dier cakap ujian kesihatan dgn ujian jasmani. 2 ujian nie adalah yg paling penting. Kalau kantoi 2 ujian nie, kena babai ler jawabnya.

ed_thix...sebelum nie ko penah pegi interview kadet ker?



takper ler...ade mase, aku join wataniah,bye


eloklah tue...walaupun tak dpt menyumbangkan tenaga utk unit tetap ATM, sekurang2nya dptlah kita menyumbangkan tenaga dlm askar wataniah.

wak_ehh Publish time 22-11-2004 11:43 AM

Hai Batu Golek...taniah demo minat nak masuk sojar yo.Senang je tu...Mental n Fizikal kena kuat......Kawe bagi cadangeh kat demo habis kehbelajar demo punyo kos tu. Lepas tu minta biasiswa ATM.pas tu tranfer ATM.Kawe kesieh kat demo ni ,tak keh belajar tinggi2 nak jadi prebet gu.....camon lah.open minded sikit.kawe ni LLP je.Keluluseh tak tinggi mano pun.Cumo pengalameh jauh sikit.15 tahun servis dlm sojar ni .Nak kepastian hubungi Kementerian Pertahanan ,BHgian TKC.Dapat kan maklumat lanjut.

jazim Publish time 22-11-2004 11:49 AM

Jutaan Terima Kasih kepada mereka yg membantu rakan2 kita yg inginkan maklumat mengenai peluang sambung belajar dlm ATM.:)

[ Last edited by jazim on 22-11-2004 at 11:50 AM ]

batu_bergolek Publish time 23-11-2004 12:00 PM

Terima kasih kerana bagi info, melalui forum ni byk maklumat saya dapat.

Publish time 24-11-2004 12:37 AM

Originally posted by wufi at 21/11/04 06:24 PM:
ed_thix
boleh ke aku apply sedangkan umo aku dah lepas 23 tahun??

Publish time 24-11-2004 12:39 AM

Cipan tul la pc ni:tembak:, tak leh nak copy paste
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: (MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM


ADVERTISEMENT