katakpuruz Publish time 15-11-2009 11:29 PM

URGENT: KERETA TAK BOLEH START

Salam,

Ni pertama kali aku buat posting kat sini. aku belek2 page belakang macam takde je..Nak tanya pada pakar2 kat sini yang pernah alami atau pernah dengar kes yang macam ni..

Kereta aku tak boleh nak start lepas aku matikan enjin. sebagai contoh, pagi aku start kereta macam biasa, takde masalah. lepas tu aku pergi kedai beli surat khabar, kena matikan enjin. lepas 2-3 minit berlalu, bila aku nak start enjin tak boleh. takde sebarang bunyi atau 'crank' dari starter motor. sunyi sepi..

mula2 kena dulu, aku ingatkan bateri sbb time aku kena tu(tak boleh start) aku buat jump start. memang boleh start. setahu aku puncanya mesti dari bateri kan??

so, lepas start tu, aku segera pi kedai bateri, tukar bateri baru since bateri aku dah dekat 2 tahun tak tukar(sel kering)..elok je mekanik tu tukar bateri, bila start tak boleh...huhuhuhuhu. mekanik tu kata mungkin puncanya dari gear aku. mungkin ada suis pada gear yang membuatkan keta aku tak boleh start. keta aku auto..kan kalau gear selain N dan P tak boleh start??mekanik tu cuba main gear dan berjaya start kereta aku lepas tu.

untuk beberapa minggu masalah ni takde. baru2 ni, jadi lagi. aku cuba main gear, tapi tak mahu hidup??!! bila tunggu lama skit(setengah jam), baru boleh start.

adakah masalah ni punca dari starter motor? ada point yang tak kena? tak pun connection pada ignition system yang longgar atau putus??kalau aku tanya kat bengkel, kompem depa suruh tukar sebijik starter punya..masalah kalau settle takpe..kalau dok jadi balik??macam kes aku tukar bateri..huhuhuhu.

sampai sekarang aku dok fobia nak pi isi minyak ke, pi cucuk duit ke sbb takut tak boleh start. tapi Alhamdullillah takde jadi lagi keta aku tak boleh start pada petak isi minyak..

thank in advance.

AHMADVW Publish time 15-11-2009 11:33 PM

Post Last Edit by AHMADVW at 15-11-2009 23:35

encik pkai keta apa? maybe natural switch or parking switchrosak, mmg ada kaitan dgn ignition system circuit, kene check semua wiring diagram for ignition, kdg2 supply ground x kuat/ loose pun blh jd masalah jgk, hntar kat fomen yg bley dpercayai

danedzya Publish time 15-11-2009 11:46 PM

Aku suspek starter...:D

katakpuruz Publish time 15-11-2009 11:51 PM

Post Last Edit by AHMADVW at 15-11-2009 23:35

encik pkai keta apa? maybe natural switch or parking switchrosak, mmg ada kaitan dgn ignition system circuit, kene check semua wiring diagram for ign ...
AHMADVW Post at 16-11-2009 00:33 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

Terima kasih..aku suspect wiring jugak tapi malangnya aku takdak schematic diagram..kat dalam manual ada tak? rasa macam nak hantar kat pusat service je, takut sama je..tukar lain, rosak lain..aku pakai SEG 97.

katakpuruz Publish time 15-11-2009 11:57 PM

Aku suspek starter...:D
danedzya Post at 16-11-2009 00:46 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

minggu lepas aku ada hantar bengkel nak tgk2kan kereta aku..kononnya nak pi service sekali, singgah sat kat kedai spare part(sebelah bengkel) beli minyak hitam dgn oil filter. seperti dijangka, bila start blk tak boleh..elok la tu, aku pi panggil pomen kedai sblh..dia cuba start enjin boleh plak..hahaha.pelik..kan dah terkembang semangkuk pomen tu sbb kiranya tgn dia ajaib la..pastu, dia tak boleh nak check sbb elok je time tu..huhuhuhuhu.

akoknorma Publish time 16-11-2009 12:12 AM

Post Last Edit by akoknorma at 16-11-2009 00:14

elehh..aku suspek kau kena tukar kreta lain..beli yg baru punya ekkk...abis crita..sbb kreta klau dah hmpir2
5 thn mula lah nak meragam..iaitu elok2 utang kau tuh kurus skit..:lol:

katakpuruz Publish time 16-11-2009 06:46 AM

Post Last Edit by akoknorma at 16-11-2009 00:14

elehh..aku suspek kau kena tukar kreta lain..beli yg baru punya ekkk...abis crita..sbb kreta klau dah hmpir2
5 thn mula lah nak meragam..iaitu elok ...
akoknorma Post at 16-11-2009 01:12 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

he2..kurang asemmmm.kereta aku tu walaupun dan nak dekat 13 tahun, baru la ni di buat ragam.member aku yg baru beli kereta, dah tujoh kali mintak warranty..he2.ntah2 kereta aku 'merajuk' dgn aku kot.

BorderManager Publish time 16-11-2009 08:17 AM

n tip kalau starter jem...

masa ko start tu lampu kat meter semua padam tak? kalau padam maybe bateri kong, kalau tak maybe starter jem. masuk gear 1 (make sure ko dok dlm kete & stand by clutch & break), start je kete tu sekali...kete akan jerking... lepas tu neutralkan balik gear & start...

takumi86 Publish time 16-11-2009 08:29 AM

huhh.. masalah intermittent ni erkkk..
susah skit nak trouble shoot ni, memang kena carik pomen yg berkaliber dan tekun laa

matdue77 Publish time 16-11-2009 08:45 AM

Aku suspek something dekat gear jugak la... macam loose gitu, kena tak kena contact point dia...

220796 Publish time 16-11-2009 09:44 AM

n tip kalau starter jem...

masa ko start tu lampu kat meter semua padam tak? kalau padam maybe bateri kong, kalau tak maybe starter jem. masuk gear 1 (make sure ko dok dlm kete & stand by clutch &...
BorderManager Post at 16-11-2009 08:17 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

err...msuk gear 1? kan kete tuan umah ni oto.....:o

ryo_takahashi1 Publish time 16-11-2009 09:47 AM


masa ko start tu lampu kat meter semua padam tak? kalau padam maybebateri kong, kalau tak maybe starter jem. masuk gear 1 (make sure kodok dlm kete & stand by clutch & break), start je kete tusekali...kete akan jerking... lepas tu neutralkan balik gear &start...
BorderManager Post at 16-11-2009 08:17 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

keta tuan rumah auto lah bang... :D

jagung Publish time 16-11-2009 10:17 AM

katak pun naik keter ker...? wahahahaha...:lol:

hai kataz...lama tak nampak...:o

220796 Publish time 16-11-2009 10:20 AM

sorang katak sorg jagung...elok le komer....hehehe!

kambeng_masam Publish time 16-11-2009 11:41 AM

1# katakpuruz


Kemungkinan yang ada:

1) Kalau masalah pada bateri, walopon dah tukaq baru tapi kong balik...maknanya alternator tak charging. Nak check senang je....masa henjen tak hidup tu measure la voltage bateri ngan multimeter/voltmeter. Mengkalu tak sampai 12V tu mmg sah ler alternator dah patut kena tukaq.

2) Gear AT pada sesetengah brand kete mcm nissan, 'N' position takkan beri permissive ignition start pada henjen. Hanya kat 'P' je bley.

3) Fuel pump. Menatang beruk ni pun ada gak kes hat intermittent kejap hidup kejap mamfus. Maklumlah dah 13 tawon kan? Kete wira mak aku dulu jadi camtulah. Nak test lecey sket ar.....bukak seat bakang bhgn bawah...bawak kuar fuel pump tu then bagi 12V supply pakai bateri tgk dia pumping tak. Ada lagi satu nak senang sket, bukak fuel hose yang pergi ke fuel rail or dari fuel filter...then suh member try start henjen...kalau ada kuar mancut petrol dari hose maknanya okay la pump tu. Make sure tadah hose tu ngan bekas untuk pancutan petrol. You don't wanna toast your car.

4) Starter. Kalau masa turn key to ignition tu takde kuar bunyi relay "ktak" (bley gak guna multimeter utk check loop) maknanya maybe starter takde power supply (selain dari bateri kong terus).

takat ni je yang beng sempat gunakan otak untuk berpikiaq sat tadi...:laugh3:

Nak tanya tuan umah...sejak bila keta jadi gitu? Ada eksiden apa2? Tukaq henjen parts ke.... ada modified wiring sindri ke. Engine temp okay tak masa jadi tu?

apex Publish time 16-11-2009 12:50 PM

aku rasa antara 2 barang jek..
sama ada wiring kat gear tu ataupun starter...
takpe..kedai potong masih wujud...kekeke..

mycos79 Publish time 16-11-2009 12:52 PM

...alternator yg kasi caj tuh rosak...ataupong bateri weak....cukup umur daa:lol:

katakpuruz Publish time 16-11-2009 06:39 PM

huhh.. masalah intermittent ni erkkk..
susah skit nak trouble shoot ni, memang kena carik pomen yg berkaliber dan tekun laa
takumi86 Post at 16-11-2009 09:29 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

tu la pasal..kalau pi bengkel, kompom depa suruh dok tukar starter seketul..kalau jenis yang tak tau langsung pasal keta, depa suruh tukar radiator pun dok ikut je..he2

katakpuruz Publish time 16-11-2009 06:42 PM

Aku suspek something dekat gear jugak la... macam loose gitu, kena tak kena contact point dia...
matdue77 Post at 16-11-2009 09:45 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

yup, aku suspek kat gear jugak..kalau tak silap kat situ ada 'cut off' utk safety..tadi jadi lagi..dan untuk kesekalian kalinya aku tgu enjin sejuk dalam setengah jam, dan...TADAAAAAA..boleh start. tak paham aku..

katakpuruz Publish time 16-11-2009 06:43 PM

katak pun naik keter ker...? wahahahaha...:lol:

hai kataz...lama tak nampak...:o
jagung Post at 16-11-2009 11:17 http://www.malay.cari.com.my/images/common/back.gif

hahahaha..ada je. ada pernah kena pengalaman macam aku tak?
Pages: [1] 2 3 4
View full version: URGENT: KERETA TAK BOLEH START


ADVERTISEMENT