seribulan Publish time 28-10-2009 07:22 PM

...kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx?...

images/common/online_member.gifPost by Jaja_upsi at 28-10-2009 15:45 | This Author's Posts Only



Aku x tau lah betoi ke x email yang aku terima nih...........
korang bace dan nilaikan sendri


Assalamualaikum wbt,

Terlebih dulu aku menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf keranatidak dapat membalas semua komen2 yg telah diberi. Aku tak mampu buatmasa ini, jiwaku meledak, gempar bagai dilanda sejuta musibah!

Alangkah hinanya diriku ini, oh Tuhan.... masihkah ada kemaafan utkkuyg begitu kejam ini?... Aku terpaksa memulakan bencana jiwaku inisedari mula biarpun panjangnya berjela2, aku tak mengharapkan simpatisesiapa, aku rasa tak ada satu huruf lagi dalam dunia ini yg dptmenyejukkan duka dan laraku....biarkan aku terhukum di atas sikapkusendiri ya Allah...aku redha...aku sanggup terima apa yg
selayaknya aku terima...

Tiga tahun dahulu....

Fikiranku berkecamuk bila anak sulungku bertanya : mama nak anak angkat tak?
Hatiku secepat itu berburuk sangka, apa hal anak bujangku bertanya ttganak angkat? anak siapa pula? aku secara serius duduk berdepan danbertanya khusus2 dgn anak bujangku, dlm hati aku mmg tak sanggupseandainya ada berita buruk yg berlaku dlm kehidupan kami...Tuhan...Kaulindungilah...Anakku mintak aku bertenang, tarik nafas dalam2 danberistighfar..

'Mama kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx tu..'

'Naper dgn dia?

'Dia dah terlanjur dgn girlfriend dia, so skrg dah pregnant, dia nakbuang baby tu, tp abang kata jgn tambah dosa yg ada, tu yg abg tanyakalau mama sanggup jaga...' anakku bagai mengharap ikhsan dariku dgnwajah yg begitu polos.

'Naper plak mama? Suruhlah si A tu bertanggungjawab, biar mama slowtalk ngan mak dia.' aku cuba memberi pandangan, lagipun siA tu masihpunya mak bapak lagi dan bukan org sebarangan pula, masa kan...

'Tak guna ma...mak dia tak nak dan tak akan terima, budak pompuan tu dari anak yg tak tentu latar belakangnya...'

'Anak siapa dia?'

'Entahlah ma...kalau mama jumpa dia nanti mama tanyalah sendiri, abg pun celaru tengok dia..'

....cerita itu bagai terhenti setakat itu saja. Aku spt biasa dgnkesibukanku yg tersendiri dan akhirnya terus terlupa ttg budakperempuan itu. Anakku pun tak pernah bercerita lagi...hinggalah padabeberapa hari selepas Hari Raya...

'Mama ingat lagi tak pasal si E (A punya girlfriend)?'

'Naper dia?'

'Dia dah bersalin, anak pompuan, mak nak jumpa tak?'

'kat mana?'

'kat apartment A, kat CJ...nanti abg mintak izin nak jumpa, pasal bukan senang nak masuk situ ma...'

'Dia dah nikah lom?

'Lom..A janji nak nikah tak lama lagi...'

Aku geleng2 kepala...mcm mana tak nikah dah tinggal serumah? Mak diataktau ker? Si A ni rupanya punya spy yg akan memberitahu tiapkali MakD ni nak dtg ke apartment mewahnya itu... Salah dan tak betul semuanyani bang, abg pun subahat sama taw. Anakku kata kalau tak tinggal disitu, mana lagi E akan tinggal? Aku masih tak boleh teirma alasan2 itutapi di perumahan elit spt tu bukan mudah utk pegawai pencegah maksiatmenerobos jaga2 import tu...aku mmg kesal tp apa yg mampu aku lakukan,hanya ikan bilis....jaga2 itu akan hubungi dulu tuan rumah dan sudahpasti segala2nya sukar utk dibuktikn...

Pada hari menghantar anakku pulang ke kolej, aku dan BT serta Dikpi dansibongsu dibawa melawat E dan anaknya yg baru beberapa hari dilahirkan.E bagai takut2 pertama kali melihatku namun aku melihatnya dari sudutyg baik. Bagiku kalaulah E tu dari kalangan yg baik latar belakangnya,dpt didikan yg sempurna, mmg secara logicnya aku ada perasaan marahterhadapnya, tp berdasarkan serba sikit kisahnya yg aku tahu dr anakku,siapalah aku utk menjatuhkan hukuman. Sebenarnya kalau sesuatu itu nakberlaku, ia ttp akan berlaku tak kira pada siapa dan apa latarbelakangnya.

Ya, mungkin telah jelas akan kesilapan individu itu sendiri tapi jgnkita lupa bahawa apa pun yg berlaku samada buruk atau baik segala2nyatelah tercatat di Loh mahfudz dan sesungguhnya Allah itu menyukaihamba2Nya yg mahu bertaubat kerana Allah Maha Penerima Taubat,subhanallah.


cintailah dirimu dengan menjaga maruah diri agar tidak tercalar.
Advertise your company/ product in NSTP

ReplyQuoteTOP




--


jaja_upsi
[*]Send PM[*]Add buddy
jaja_upsi
UID1118067 Thread469 Digest0 Credits469 Credits469Cornflake FromM'sia Joined21-9-2007 images/default/home.gifimages/default/userinfo.gif




http://eforum6.cari.com.my/ucenter/avatar.php?uid=1118067&size=middle
Keeper

images/default/star_level3.gif
Thread469 Credits469559#
images/common/online_member.gifPost at 28-10-2009 15:47 | This Author's Posts Only


sambungan.............

Jadi siapakah kita utk menghina, mencela atau sesedapnyamengkategorikan seseorang yg sama asal kejadiannya dgn kita sedangkankita tak pernah dpt membaca untung nasib kit sendiri di masa depan?Duit yg di dlm gengggaman kita pada hari ini, belum tentu milik kita dihari esok. Nasi yg terhidang di depan mata belum tentu akan masuk keperut kita kalau kita mahu berfikir ttg ada yg masih kelaparan di luarsana!
Kembali kpd kisah E, pertama kali bertemunya mmg hatiku tersentuh. Akutersentuh sebab dlm keadaan dirinya yg begitu,dia masih punya nalurikeibuan bila anak kecil itu disusui sendiri.

Dan demi Allah, pada pertama kali aku mengangkat bayi itu, dia membukamatanya dan tersenyum lebar paling manis sekali hingga BT pun rasaterpikat sama, mmg hati kami terusik dgn gelagat si kecil tak berdosaitu, bukan sekali itu dia tersenyum bahkan Allah jua yg menjadi saksibagaimana seorg bayi yg baru beberapa hari dilahirkan
'mengagah' aku! Kami seolah berbalas2 sahut menyahut, mmg terhibur akudan BT, Dikpi dan si bongsu sama! Rasa bagai ada satu keajaiban!

Ikutkan hati nak saja aku bawa baby tu pulang kerana aku pun tak punyaanak perempuan, Sibongsu kelihatannya begitu menyayanginya sekali tpternyata E lebih sayangkan baby itu wlp masa depannya bersama A takketentuan lagi. E bersendirian waktu aku ke sana...

Bila habis pantang, E mengunjungiku dgn baby, ntah ya ntah tak, Emengakui tak pernah merasa suasana hari raya dan menikmati makanan hariraya seumur hidupnya lantaran hidupnya yg tidak menentu, ibarat anakgelandangan. Kononnya kedua ibu bapanya berpisah sejak dia masih babylagi dan dia tak pernah sekalipun
melihat wajah ibunya melainkan pada sekeping gambar. ayahnya pula tak payahlah aku cerita kan di sini.

Berdasarkan ceritanya itulah aku masak semula makanan hari raya. Akubuatkan ketupat daun palas, ketupat nasi daun kelapa, rendang dan laukpauknya juga nasi beriyani, aku mahu E nikmati semua makanan itusepuas2nya sementara baby yg sgt mesra dgnku itu aku jaga. Ternyata Ebagi tergamam melihat hidangan yg ku sediakan, katanya ; macam dalamsyurga...

Di pendekkan cerita, E inginkan aku menjadi ibu angkatnya,E teringinmemanggil seseorang dgn panggilan mama, aku terima saja dgn hati ygterbuka! aku sebenarnya tidak keberatan sama sekali tapi....taktaukenapa jauh jauuuuh di sudut hatiku bagai tak dpt merasakan ataumenikmati hubungan itu biar puas ku pujuk2 hatiku sendiri. Aku kira inibagai tak pernah terjadi dlm diriku, sebelum ini boleh dikatakan semuateman2 anakku memanggil aku mama termasuk beberapa dramatis dan pelakonyg senang kerumahku, aku dpt rasakan kemanisan itu tp kenapa tidak dgnE? Ah, mungkin perlu mengambil sedikit masa!

Di pendekkan cerita juga, kiranya rumahku menjadi rumah kedua utk babyE, aku dan anak2 terutamanya BT suka melayan baby yg kami panggilsebagai Aa. Manjanya Aa, hanya akan lena bila dlm pelukan BT! barulahkami pindahkan ketilam atau buaian. Istimewanya Aa ni, dia seorang anakyg baik, pemalu, pandai membawa diri, anak2ku melihat Aa bagaimemandang ikan2 di dlm aquarium, tak berkelip2, mereka mmg menunggumasa saja bila Aa nak susu kerana masing2 berebut nak buatkan susu dannak suapkan kemulut Aa yg ternyata manja dgn kesemua anak2ku...aku mmgberi kesempatan mereka bergilir2, aku ajarkan cara membancuh susu ygbetul agar mereka dpt menikmati seronoknya menjaga adik.

Masa terus dtg dan pergi, kdg Aa dihantar kpdku dgn keadaan yg basahlencun tanpa diapers, bibir kering tanpa susu, aku tak pernah berkiradlm hal ini bahkan boleh dikatakan E perlu bgtau saja apakekurangannya, aku akan cuba mencukupinya terutama hal2 kebajikan Aa.Dlm masa yg sama aku cuba membantu takat yg
mampu utk memprcepatkan pernikahan mereka namun ternyata A bukanlahjantan yg bertanggungjawab, janji demi janji ditabur, namun semuanyahanya mainan belaka, akhirnya hubungan mereka terputus! Banyak lagikisah E dan babynya yg mengesankan jiwaku yg tersimpan dilubuk hatikuini...





ReplyQuoteTOP





jaja_upsi
[*]Send PM[*]Add buddy
jaja_upsi
UID1118067 Thread469 Digest0 Credits469 Credits469Cornflake FromM'sia Joined21-9-2007 images/default/home.gifimages/default/userinfo.gif




http://eforum6.cari.com.my/ucenter/avatar.php?uid=1118067&size=middle
Keeper

images/default/star_level3.gif
Thread469 Credits469560#
images/common/online_member.gifPost at 28-10-2009 15:49 | This Author's Posts Only


sambung lagi

Kali terakhir aku bertemu dgn E pada hari raya tahun lepas, sebelum tumasa bulan puasa aku hubungi E utk bertemu dgnnya dan Aa kerana akuakan bawanya shopping pakaian raya, sebelum itu aku ada belikan Aapakaian tp utk raya aku inginkan sesuatu yg baru utknya, agar diagembira, aku dan BT dah cop mana2 shopping komplex yg punya byk gowncantik2 utk anak pompuan secomel Aa, kasut yg cantik2 sbb Aa dah pandaijalan terkedek2, dan juga pakaian siap utk E! Sungguh, Alhamdulillahaku diberi keizinan Allah dgn sedikit kelebihan rezeki utkku kongsikanbersama2.

Pagi itu, sebelum pintu kedai dibuka, aku, BT, anak kelima dan ygbongsu dah terpacak didepan One Utama menanti E, hampir sejam menungguaku hubungi E, dah mcm2 alasan plak yg diberi, aku boleh bersabar dgnsanggup menjemputnya di rumahnya,(waktu tu dia tinggal di Damansara,itu yg aku nak shopping di one utama) tp berkali2 aku hubungi utkbertanyakan alamat dan arah jalan, talian terus terputus, cuba lagi
dapat2 putus, apa yg aku rasakn E bagai tak menghargai kasih sayangkuselama ini, akhirnya...wlp di pagi Ramadhan aku benar2 marah sebaik dptbrcakap dgnnya! Aku katakan bahawa kami saja2 meluangkan masa demidirinya dan Aa, tp sekali ini dia perlakukan aku begini, aku mintakmaaf terpaksa batalkan janji dan harap dia tidak menyesal.

Aku menangis bila terkenangkan Aa dan gown2 yg telahku idamkan utknya!
Sebenarnya aku berhasrat utk membawanya pulang dan meraikan aidilfitribersama, segala keperluan utknya dan Aa akan aku sediakan. Aku mahumembahagiakan Aa di malam raya, di pagi raya dan di sepanjanghayatnya...tp sikap E ternyata mengecewakanku.

Begitupun, akhirnya hatiku tidak kesampaian, tanpa mereka, kami belikanjuga pakaian raya mereka dgn mengagak2 saiznya. Semuanya dpt jugak kuserahkan bila E mahu kembali kpdku, waktu itu aku lihat E bagaiterdesak, celaru tp aku tak dpt jumpa Aa, katanya Aa dijaga olehbapanya yg sudah berkhwin lain. Sejak itu E kembali berhubung dgnkusemula dan dia akan dtg kerumahku utk mengambil makanan.

Kerinduanku terhadap Aa tak dpt dinafikan lagi, aku rindukan Aa! akuharapkan segera berjumpa dgnnya. Suatu ketika ( hujung tahun lepas) Emenyatakan utk tinggal bersamaku selama 10hari - 2 minggu bersama Aasekali. Aku tak tahu ya Tuhan, ntah kenapa waktu itu aku lihat E bukanspt yg ku kenal sebelumnya dan aku menolak keinginannya! Aku tiba2merasakn kehadirannya akan membuat ahli keluargaku tidak selesa, maklumsaja semua anak2ku lelaki dan cara E berpakaian mmg agak....akumenolaknya dgn cara baik ( anehnya sebelum ini aku tidak pulakberperasaan sebegitu) dan malam itu aku menanamkan lagi serba sedikitpengetahuan agama kpdnya spt waktu2 sebelumnya juga, E mmg inginmerubah cara hidupnya sptmana yg ku nasihatkan dan peringatkan. Itusaja yg mampu ku lakukan.

Aku tak boleh memaksanya utk mendirikan solat tanpa dia faham apa itusolat dan mengapa kita wajib bersolat. Aku cuba mendidiknya sedikitdemi sedikit. Kali pertama dia menyaksikan kami solat berjemaah, mmghairan di hatinya dan bila anak2ku berebut bersalam2an, E menjerit :Hey! ingat ini hari raya ker nak bersalam2!! Aku jelaskan kpd E bahawabersalam2an itu bukan semestinya pada hari raya saja! Kiranya mcm2jugaklah yg aku cuba terapkan kefahaman utk anak yg malang itu...kesianE. Dia tak pernah merasa nikmatnya hidup berkeluarga dgn kasih sayangsebenar seorang ayah dan ibu.

Kali terakhir sebelum E terpisah dariku ( tnpa sempatku jumpa Aa), Emenyatakan yg dia telah mendapat kerja yg lebih baik dan minta akubelikan utknya al Quran, telekung dan sejadah. Aku penuhi keinginannyadgn harapan semoga dia benar2 berubah. Aku hantarnya pulang hingga kestesen LRT, itulah kali terakhir aku
bertemu dgn E..

Semalam aku menatap berita diinternet dan terpandangkan wajah seorgkanak2 perempuan yg mati didera, dirogol dan diliwat. Hatiku bagaiterjatuh ke dalam rahimku sendiri tp sebaik membaca kejadian itu dikajang, aku ketepikan perasaan resahku. Hari ini sewaktu aku sedangsibuk2 menyiapkan tempahan minum ptg, sanwich telur dan sardin, akumendapat panggilan telefon, suara R ( pengasuh yg mengasuh Aa bergilir2dgnku sebelum ini).

' Kak, akak baca suatkabar tak semalam? gambar muka depan!'

Soalan itu walau belum jelas, aku bagai dah tersandwichkan separuh darinyawaku sendiri! bagai benar belaka telahanku! tapi aku takut nakmenerimanya....

'a..ada! naper R?'

"kaaaak!!!! itu Aaliyah!!!!!' suara tangisan memesah dihujung talian.

Aku bagai dirasuk dan telah hilang aqal, meraung semahu2nya, akumeraung2 sambil memanggil nama Aaliyah...Aaliyah yg aku rindukan,Aaliyah yg pernah ku mandikan ,ku bersihkan kencing beraknya, kusuapkan susu dan nasinya, ku dodoikan dan ku bermain2 sorok2 disebaliklangsir hingga dia ketawa hilang suara.

Aaliyah yg tersenyum bila ku pakaikan baju dan topi barunya, Aaliyah ygtak pernah hilang dari hidupku selagi hayatku masih bernyawa!!

Hingga saat ini airmataku masih tak henti2 mengalir, duka dan kesalkuini ku catitkan dlm lebat hujan di luar dan di dalam jiwakuini...malangnya nasibmu sayang, kalau lah...kalau lah..ah, aku tak akanmemaafkan diriku ini utk selama2nya. Ya, keenggananku menerimamumenyumbang terhadap segala penyiksaan yg kau lalui hingga membawa kpdajalmu. Kenapa aku sebegini kejam tak punya perikemanusiaan ya Allah....

Sebenarnya tiga minggu yg lalu R ada hubungi ku memberitahu yg E adamemintanya utk menjagakan Aaliyah tp sehingga lah sekarang tidak jugadihantar...R beritahuku yg E menyatakan dirinya sudah berubah, sudahmenutup aurat, aku hanya memanjatkan kesyukuran kpd Illahi, sehinggalahku terima berita pahit ini tadi....

Aku cuba hubungi no E yg diberi oleh R, sebelum ini pun sejak Ramadhanyg lalu panggilanku tidak pernah dijawab oleh E, aku hanya mendoakannyadari jauh semoga dia diberi perlindungan Allah dan mendapat hidayahNya.E juga tidak pernah menghubungiku wlp pada hari raya namun aku tidakpula bersangka buruk
terhadapnya...mungkin dia sudah temui jln hidup yg baru yg lebih baik...

Panggilan ku td dijawab oleh polis wanita, dia minta aku hubungi semulajam 3.30 ptg, namun ternyata selepas itu panggilanku tidak bersambunglagi....sebelum ini R dpt bercakap dgn E, dan Aa katanya telah selamatdisemadikan, aku akan cuba menjejaki dimana tempat persemadian itu...Rmemberitahuku mungkin E sdg teruk menjalani soal siasat di dlm...akubenar2 tak berdaya lagi utk wanita malang yg bernama E ini....
Anak2ku menangis bila mendpt tahu gambar yg disaksikan semalam adalahAaliyah, tp mereka memujukku dan diri mereka sendiri dgn menyatakan :

TAK MENGAPA MAMA...AALIYAH SEKARANG SEDANG TERSENYUM DI DALAM SYURGA...

Aku mengesat2 airmata yg tak mahu henti2 mengalir. ya, mudah2an yasayang, bersemadilah Aaliyah dgn tenang dan aman, tinggalkan segaladeritamu di dunia fana ini. Kami sayangkan Aaliyah. Suatu hari nantikami pun akan turut jejak Aaliyah, moga Aaliyah sudi memaafkan kami.....

BERSEMADILAH AALIYAH KU DGN AMAN DAN TENANG...
Aku tak marah kalau kalian menyimpan rasa marah sama terhadapku,ya....aku mmg bersalah wlp apa yg terjadi adalah telah ditentukanolehNya.


seribulan Publish time 28-10-2009 07:25 PM

Ini emel forumner Cari dpt...dia post kat biod CI kat topik Budak 3 tahun didera seksual hingga mati...

tak tahu sohihnya...tapi ini bod gosip...jadi it might true, it might be dongeng hikayat...kat sini byk CSI tak rasmi
dan kenalan etc kenamaan...so betoi @ tidak neh arr...???

jingga007 Publish time 28-10-2009 07:45 PM

erkk..mek blur2 lah sikit...:o

moyanggirl Publish time 28-10-2009 07:53 PM

ermm..pening jgak nak bc cite nie...

nazurah Publish time 28-10-2009 07:54 PM

pening aku baca.... kalo mak kepada budak yg mati kena dera dgn pak itam tu aku dah tgk kat email...

she's just 24... takde gaya emak pun.... :(

sincewhen Publish time 28-10-2009 07:57 PM

kalo betul citer nih...maknanya allyah tuh cucu haram kepada seorang VIP ler kan... jahanam tul anak VIP tuh... dah buat tanak bertanggungjawab...

pada anak VIP tuh semoga ko sempat taubat nasuha!!!

jagung Publish time 28-10-2009 07:58 PM

pa kes....?

nia_salina Publish time 28-10-2009 08:15 PM

aku kalau dapat laki sudan tuh aku suh kawan aku pijak perut dia ramai2 hokay

kereta_kodok Publish time 28-10-2009 08:16 PM

kenapa ini yg harus berlaku....kalu ianya btol2 benar....sapa anak ceo tu?

lizz_7777 Publish time 28-10-2009 11:53 PM

9# kereta_kodok

Sedihnye.:'( :'( :( :(

orkit Publish time 29-10-2009 01:07 AM

sedih gila.....:'(:'(:'(:'(

orkit Publish time 29-10-2009 01:08 AM

tp sape yg karang ayat ni semua haa....pandai tulis macam novel, menusuk kalbu sungguhhh:'(:'(:'(:'(

cmf_yipun78 Publish time 29-10-2009 06:43 AM

sumber cerita amik dari mana? payahlah nak meneka camni....

oni313 Publish time 29-10-2009 06:54 AM

bkan ker atok arwh aliyah ni keje jaga ke?
sal harian metro xslap aku ade interview atok aliyah ni,
tp ble dh sde cter atok aliyah ni sorg CEO,
ntah la,
dh jd cm gosip plak aku tngok

ape2pun,
Al Fatihah pd arwah aliyah,
moga adik aliyah tenang di syurga

poison_paradise Publish time 29-10-2009 07:27 AM

A tu sure la nama AIMAN kan? sb aliyah aiman , so nama bapak budak tu aiman..tak gitu?

songeh_jer Publish time 29-10-2009 08:52 AM

sekaarng macam2 nama leh letak

mclaren Publish time 29-10-2009 09:34 AM

masa mula2 keluar cerita aaliyah tu, yang the mother was released tapi hanya the sudanese je kena tahan, my hubby was fuming sambil cakap, si E tu anak vip mana2 ke, sebab else how come she got off the hook?

sebab walaupun lah katakan E tak pernah jentik pun anak dia, DIA yang BUKA PINTU rumah inviting the sudanese duduk sekali, at the same time BUKA PINTU neraka dunia utk anak dia aaliyah, giving access to the bf utk dera anak dia.
what do you expect from a 24 year old guy huh? bujang dan muda dan dalam umur nak enjoy, tiba2 duduk mengadap toddler 3 year old tiap hari (saya pun ada anak kecil, faham sangat lah kerenah budak2, kadang tu tantrum lah apa kan) yang bukan anak dia pun.

in this case paling bersalah is the mother, E!!! and how come she wasn't charged at all??? somebody up there somewhere must have been looking after her, and i'm sure he/she is just another human being with some great political powers.

kukulangau Publish time 29-10-2009 09:37 AM

jap..
sapa ada gambar E?
share lah kat sini

kukulangau Publish time 29-10-2009 09:38 AM

CEO mana yang ada title Dato Dr ni?
jom cari yang ni dulu

kabus Publish time 29-10-2009 09:39 AM

18# kukulangau


ada dalam thread CI......
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: ...kenal A tak? Anak Datuk Dr xxx, CEO xxx?...


ADVERTISEMENT