Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:50 PM

Suatu Catatan Hidup

Post Last Edit by Detektif_Hantu at 29-10-2009 16:17

Nama aku Mohd Alif***** bin Abd ****.

Umur = Aku berumur 23 tahun. Walaupun sudah berumur 23 tahun, tapi jiwaku masih lagi berumur belasan tahun. Mungkin 17 tahun kot. Sebab apa 17 tahun kerana aku tidak suka pd tanggungjawab. Contohnya aku tidak gembira utk memberi orang duit raya di sebabkan aku masih kepingin utk mendapat duit raya. Tapi dari segi seks, aku lebih suka menjadi 23. : )

Tempat tinggal = Aku di lahirkan di hospital besar Kuantan,Pahang dimana rumahku dulu ialah di beret polis sebelah kompleks Teruntum iaitu di tengah-tengah bandar Kuantan. Mak aku adalah seorang polis (kini berpangkat Sarjan) dan ayahku bekerja di Jab Hal Ehwal Orang Asli. Pada 1989, aku (familyku sebenarnya) berpindah ke Kuala Lumpur. Jadi boleh dikatakan hampirkeseluruhan hidupku setakat ini ialah menjadi sebahagian penduduk Kuala Lumpur.

Parti politik yg aku sokong = Biarlah rahsia.

“Career” = Aku masih lg belum bekerja. Aku sedang berhempas-pulas utk menghabiskan baki 2 tahun degree di Univ Utara Malaysia, Kedah. Mmg ketika usia sudah menjangkau 23 dan masih mempunyai baki 2 tahun utk menghabiskan degree blh dikatakan agak terlewat..tapi apa boleh buat sebab akutak pernah rancang pun perjalananhidupku begini. Bak kata orang..menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang tidak berguna. Apa yg blh aku buat..teruskan hidup yg agak mencabar buat masa sekarang.

Bunuh diri = Adalah satu jalan pintas…iaitu bukan sahaja jalan pintas untuk meninggalkan segala kesusahan hidup di dunia..malah jalan pintas ke neraka. Jadi apa yg boleh aku buat ialah bertahan (teruskan hidup) sehingga ajal menjemputku yg entah bila.

Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:51 PM

Lecturer = Adalah satu pekerjaan seperti guru di sekolah. Tapi betulkah pekerjaan lecturer universiti lebih susah dari guru di sekolah? Perlu diingatkan lecturer universiti mengajar budak-budak terpilih yg kemungkinan besar mempunyai kepandaian dari segi akal fikiran berbanding guru-guru di sekolah yang terpaksa mengajar pelajar dari semua golongan…iaitu pelajar-pelajar yg bakal menjadi doktor, peguam dan juga pelajar-pelajar yg bakal menjadi perogol dan perompak. Pengalaman di cabul oleh seorang lecturer tua bangka berusia 66 tahun yg sama jantina dgnku menyebabkan aku fobia utk berinteraksiatau berada berduadi bilik lecturer lelaki.

Sembahyang = Sembahyangkutidak konsisten. Ada masanya aku sembahyang 2,3 kali setiap hari (dari 5 kali sehari semalam yg diwajibkan). Ada masanya aku tidak sembahyang langsung selama berminggu-minggu. Aku percaya pd kewujudan Allah selaku Tuhan tunggal di dunia ini…agama Islam selaku agama yg betul…ajaran Nabi Muhammad adalah dari Allah…kewujudan hari akhirat…tapi persoalan kenapa sembahyangku tidak konsisten..sangatlah sukar dijawab.

Fesyen rambut = Buat masa sekarang..aku buntu dengan stail rambut yang perlu aku buat pd rambutku. Tapi aku masih memegang impian utk memiliki rambut spt rambut John Travolta dlm filem Pulp Fiction (1994). Damm..aku tak dapat fikir sesiapa lagi yang lebih bergaya dan smart dari John Travolta selepas melihat fesyen rambutnya dalam filem itu.

Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:52 PM

Movie “The Wrestler” = Salah satu dari movie paling best pernah aku tengok.

Sarah (bukan nama sebenar) = Rakan baikku di Universiti. Merupakan kawan baikku berlainanan jantina yg pertama dlm sejarah hidupku. Wajahnya putih bersih spt Heliza AF (walaupun Heliza lg cantik). Kemungkinan kami couple adalah sangat tinggi jika tidak di sebabkan Sarah ini sudah mempunyai teman lelaki di mana diorang sudah couple sejak awal 2006. Dengan sarah..aku bebas utk bercerita apa saja..dari isu spt filem P.Ramlee hinggalah kepada isu dia kentut berbunyi atau tidak di dalam bilik (asrama kolej). Selaku best friend... kami bersms berpuluh kali dlm sehari..kami keluar bandar (jitra dan alor star) berdua. Pergi ke candi Lembah Bujang pun berdua. Tapi boy friend si sarah iaitu Fazli (nama sebenar) tidak tahu langsung pasal hubungan kami yg agak rapat. Baguslah Sarah oi…

Sunway Lagoon = Tempat kegemaranku untuk bersuka-ria bersama kawan-kawan. Aku mesti pergi ke Sunway Lagoon at least sekali pada setiap tahun.

Tun Mahathir = idolaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebabnya..selepas dia bersara, barulah aku sedar dan dapat rasa perbezaannya semasa dia mengetuai kerajaan. Terima kasih Tun.

2001 = adalah antara tahun terbaikku dalam hidup. Tahun ini menyaksikan aku couple buat pertama kali (masa age 15 tahun). Sepatutnya aku couple dgn seorang yg bernama Fairuz. Tapi selepas perkenalan dgn Fatin yg lebih seksi dan mirip artis Hong Kong..aku membuat keputusan utk ‘meninggalkan’ Fairuz dan couple dgn Fatin. Aku clash dan rujuk (couple balik) dgn Fatin sebanyak 3 kali dari januari 2001 hingga jun 2001. : ) Cinta monyet la katakan. Sekarang ni yg aku tahu Fatin sudah berkahwin dan beranak pinak. Semoga berjaya kepada Fatin kerana memberi aku pengalaman couple buat pertama kali. : ) Tahun itu juga menyaksikan aku di sukai oleh sekurang-kurangnya 3 wanita lain (tidak termasuk Fatin dan Fairuz) yg aku kenal di Pusat Tuisyen Tunas termasuk seorang yg bernama Zawani yg mempunyai wajah seperti Paula Malai Ali. Adakah aku handsome pd masa itu? Jawapannya “Ya”. Adakah aku handsome pd masa sekarang? Jawapannya “Bolehlah..ataupun tidak” Kenapa berbeza jawapannya? Di sebabkan pada penghujung 2002..aku telah ‘mengubah’ wajahku yg menyebabkan aku hidup dalam penuh penyesalan sehingga sekarang.

Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:52 PM

Kak Ayu = Tidak syak lagi wanita paling cantik pernah aku tengok dalam hidup ialah Ayu. Kak Ayu 1st time aku jumpa ketika summer camp pada tahun 1998. Last time aku jumpa pun masa 1998 juga. : ) Tapi sebab rupa parasnya cantik sangat..dah sebelas tahun (1998 – 2009) aku stil tidak dapat lupakan wajahnya yang memukau tu. Mana-mana artis atau individu pun tidak dapat menandingi kecantikan yg di miliki oleh kak Ayu.

Edguy = Band rock kegemaranku. Album-album mereka tidaklah begitu berjaya di Europe..tapi lagu-lagu mereka..damm bestnya!

Burger dan lamb chop = makanan kegemaranku. Aku lebih suka makan burger di Burger King (selalunya McDonald) dari makan nasi.

Perkataan ‘terdesak’ = ‘Terdesak’ merupakan perkataan yg paling sesuai utk menggambarkan diriku sekarang yg begitu terdesak nak ada teman wanita.

Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:53 PM

Membaca = Aku lebih suka membaca dari membuat latihan. Ini juga bermaksud aku lebih suka membaca buku pelajaran yg tebal dari membuat latihan kira-kira matematik (individu lain biasanya lebih suka membuat latihan dari membaca). Aku juga lebih suka teori di dalam kelas daripada pratikal di luar kelas.

Transexual = Jika ada shemale yg rupanya betul-betul mirip kepada wanita..aku juga boleh tertarik. Tertarik dari segi mana aku pun tidak pasti. Tapi yg aku pasti bukanlah tertarik sari segi seksual.

Chelsea F.C= pasukan bola sepak yg aku minat sejak September 2003. Bulan oktober 2009 ini menyaksikan sudah 6 tahun 1 bulan aku menjadi penyokong Chelsea. Permasalahan ketara Chelsea dalam tempoh beberapa musim ini ialah di bahagian gawang di mana Petr Cech tidak layak lagi utk menjaga gawang Chelsea.

Tokyo, Japan dan Gold Coast, Autralia= 2 buah tempat impianku utk melancong suatu hari nanti.

Lenggeng, Negeri Sembilan = kampung ayah dan ibuku kedua-duanya terletak di mukim Lenggeng..tidak jauh dgn Mantin, Nilai dan Seremban. Lenggeng ialah tempat asal keluargaku. Kemungkinan aku akan menetap di sini suatu hari nanti selepas bersara adalah tinggi. Ibu bapaku yg kini dalam proses penceraian buat kali kedua dlm perkahwinan mereka juga akan menetap di sini apabila sudah bersara nanti. Datanglah. Ia satu tempat yang menarik dan aman. : )

Tahi lalat = Tidak tahu kenapa..tapi aku agak tertarik (dan bernafsu juga) pada wanita yg mempunyai tahi lalat kecil di bahagian atas dada, leher dan juga di tangan. Tapi ia bergantung kepada saiz dan warna juga. Kali pertama aku perasan aku mempunyai minat yg aneh ini ialah ketika couple dgn Fatin di mana saat itu aku suka dan tertarik sangat pada tahi lalat Fatin yg ada di atas dada.

Detektif_Hantu Publish time 28-10-2009 06:54 PM

Persoalan yg mungkin sudah terjawab = Kenapa watak yg dimainkan oleh Ibrahim Din dlm filem Pendekar Do Re Mi meminta sabun pd waktu malam menimbulkan persoalan padaku yg mana aku blh agak kenapa. : ) Bukankah di saat itu dia ada berjumpa dgn puteri Pasir Berdengong yg seksi? : )

Nessie = raksasa lagenda di tasik Loch Ness di Scotland. Ketika kali pertama membaca tentang Nessie pada tahun 1997 atau 1998..aku sudah tertarik sampailah sekarang. Tidak sabar utk mengetahui rahsia sebenar tentang kewujudan ‘haiwan’ misteri ini yg kemungkinan besar masih mendiami di dalam tasik Loch Ness itu. Juga naga Tasik Chini. Walaupun ia kelihatan macam tak wujud sebarang naga di tasik itu..tapi apabila anda berada di Tasik Chini..anda boleh rasa satu perasaan seakan-akan ada naga di tasik itu walaupun pada hakikatnya tidak ada.

Menangis = Aku pernah buat teman wanita ku yg terakhir menangis…dan aku juga pernah membuat kawan baikku, Sarah menangis.

Penyajak = Aku pernah bercita-cita untuk menjadi penyajak yg menyampaikan sajak di kawasan Pasar Seni sewaktu kecil dahulu. : ) Masa itu aku terpengaruh dengan kartun-kartun mengenai kehidupan penyajak (pemuisi ) dalam majalah Gila-Gila. : )

Akan bersambung ke part 2

akoknorma Publish time 28-10-2009 09:49 PM

kau ni tengah cuba2 nak jadi penulis ke..autobiografi kaedahnya..salam perkenalan ye..{:1_138:}

bintang Publish time 28-10-2009 10:20 PM

Menarik... :loveliness:

fizziany Publish time 29-10-2009 12:23 PM

kahkahkahkahakhakhakhakahkahkahkahsedekah!!!!
lawak nak mamposs cite ni...
aku baca asyik gelak je...
nak tercabut gigi aku..
kekekeke....:lol::lol::lol::lol:

anabilla89 Publish time 29-10-2009 02:01 PM

hahaha..lawak gla....xtahan...

Detektif_Hantu Publish time 29-10-2009 03:55 PM

7# akoknorma bukan soal nak jadi penulis ke apa..tp aku saje jer nak luahkan apa yg aku fikir dlm hidup. Aku nak org lain tahu apa yg aku fikir.

Detektif_Hantu Publish time 29-10-2009 04:00 PM

aku akan sambung ke part 2 jika ada permintaan..

-adnil- Publish time 29-10-2009 04:41 PM

dah alang2 berkarya..teruskan la...ni dikira sbg permintaan gak x?
sebenarnya memg menarik dan mcam jujur...hehe...

Detektif_Hantu Publish time 29-10-2009 05:25 PM

13# -adnil-

Baiklah..aku akan teruskan ke part 2..
Sesiapa yg rasa tulisan aku kelakar or lawak ke apa..ingin aku ingatkan yg aku takde maksud nak menjadikan catatan hidup aku ni sebagai medium utk korang ketawa. Aku hanya cuba bersikap jujur.

sang_arjuna Publish time 29-10-2009 06:36 PM

sambung lagi

very interesting:lol:

fizziany Publish time 30-10-2009 10:38 AM

it's okay la..teruskan berkarya!!!
penulisan lah satu medium utk kita luahkan apa yg tak terluah ikut mulut.
by the way...sorry gelak...lawak x ingat cite ni(jujur dr hati aku)
it's good to share something others might not know about you...

chengkeh Publish time 31-10-2009 11:27 PM

kahkahkahkahakhakhakhakahkahkahkahsedekah!!!!
lawak nak mamposs cite ni...
aku baca asyik gelak je...
nak tercabut gigi aku..
kekekeke....:lol::lol::lol::lol:
fizziany Post at 29-10-2009 12:23 http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

fiz..ko jangan buat pasal...kalu tiap kali ko gelak tercabut gigi lepas neh ko tinggal gusi jekla...kekekeke

Detektif_Hantu Publish time 1-11-2009 02:18 AM

Skrg ni aku buntu nak tulis psl apa..harap bersabar ya pd sesiapa yg ada minat nak baca part 2

fizziany Publish time 4-11-2009 11:01 AM

laa..apasal tadak n3 lagi....
nih aku bagi idea..
tolong ceritakan orang2 disekeliling kau....mak... bapak...adik beradik....ketua kampung...kawan2....dan paling penting....awek2 kau....
hihi...nak tau gak..:lol:(kalau nak syer le...)

Detektif_Hantu Publish time 5-11-2009 12:11 AM

19# fizziany

thanks atas cadangan tu. Aku tak kisah syer.
Pages: [1] 2
View full version: Suatu Catatan Hidup


ADVERTISEMENT