massenger Publish time 7-11-2003 08:46 AM

(MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)

Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 12:14

Aku minat nak masuk AW ni, kalau umur 30an leh apply lagi ker, aku kat kl ni, so kalau dapat ,training kat mana dan berapa lama

(PENGUMUMAN: topic ini saya edit supaya semua maklumat mengenai Pasukan Simpanan ATM (Askar Wataniah, PSSTLDM dan PSSTUDM) dapat diperolehi.Ini merangkumi;

Kemasukan
Permasalahan Semasa Pasukan Simpanan ATMdan cara2 mengatasinya
Cadangan Untuk Penambahan-Baikan Pasukan Simpanan ATM
Maklumat Sejarah
Dan Lain2 Yg Berkaitan.....

[ Last edited byjazim at 24-1-2007 02:05 PM ]

jazim Publish time 7-11-2003 01:55 PM

Sekiranya saudara ingin menyertai AW 'secara umum' (tanpa integrasi dgn kor lain) sila ke Rejimen 511 (betul ke nombor designasi ni? siapa2 tahu tolong betulkan). Markas Rejimen ni tak jauh dri Kementah rasanya...

Umur 30 tak jadi halangan asal badan sihat dan hati minat. Training dia cuma hujung minggu dan rasa-rasanya kalau dah lengkap latihan asas rekrut, cukup 6 bulan dah boleh 'grad' sebagai Prebet.

massenger Publish time 7-11-2003 03:09 PM

Kalau dah masuk nanti, apa kerja yang saya kena buat, ada kena pergi masuk hutan ker?

e.d5900 Publish time 7-11-2003 09:38 PM

Kalau massenger duduk area KL.. pergi laa ke Rejimen 515 atau Rejimen 502 (Selangor) yang terletak di Jalan Ampang. Sebelah Gleneagles Hospital. Tapi kalau duduk kat tempat lain, pergi lah kat kem AW yang berdekatan.

Itu kalau nak masuk siri infantri (sukarela) laa... kalau nak masuk simpanan pasukan lain ordans, armor atau rejimen pakar macam semboyan etc. kene pergi ke pasukan masing-masing.

Kalau AW siri 500, untuk LLP training 1 bulan. Kawad, menembak, taktik dan latihan medan. Jadi ada lah masuk hutan. Lebih kurang 1 minggu. Training ikut lah, kalau u apply secara berkumpulan... cth macam under your department ke... boleh apply untuk buat training at your place. Tapi kalau secara individu, mungkin buat di kem atau tempat lain. Yang tu rejimen akan uruskan.

bLu3p3nGu|n Publish time 7-11-2003 10:50 PM

Originally posted by massenger at 06-11-2003 03:09 PM:
Kalau dah masuk nanti, apa kerja yang saya kena buat, ada kena pergi masuk hutan ker?



kalau dah join AW ni...training dia takde laa selalu...ujung minggu...tu pun dlm sbln...2 kali weekends jer...pasal masuk utan tu tgk laa....kalau ada khemah tahunan ker...ada latihan lanjutan ker....but kekadang ada gak latihan tempatan wat kan utan....depends pada rejimen tu sendiri laa....:D

massenger Publish time 8-11-2003 07:35 AM

hmm, kalau gi training ni, boleh dapat cuti ker, risau gak aku

jazim Publish time 8-11-2003 12:05 PM

Kalau keje dgn k'jaan buleh kot....kalau majikan swasta tu mmg support AW, takde masalah utk cuti. Naknya pulak boss tu sendiri pegawai AW.

Sniper_Wolf7 Publish time 8-11-2003 02:26 PM

apa nak takut. hanya sebulan je training. minggu pertama belajar kawat dan kawat senjata, minggu seterusnya taktik, baca peta, kawat tempur dan senjata. minggu akhir masuk hutan. itu saja. kalau bernasib baik, adalah malam akrab.

bLu3p3nGu|n Publish time 8-11-2003 03:12 PM

latihan utan besh woo...tambah2 kalau ada wat salah...besh nyer....kena rendam..ahahhahahahaha.....hekss

e.d5900 Publish time 9-11-2003 01:50 AM

TD ada AW, TLDM ada PSSTLDM, TUDM ada tak pasukan simpanan ye?

jazim Publish time 9-11-2003 09:15 PM

TUDM ada PSSTUDM tapi lepas abis rekrut, terus diserapkan jadi anggota tetap TUDM.

e.d5900 Publish time 9-11-2003 09:20 PM

macam tu maknanya tudm tak ada reserve laa... sbb kalau masuk reserve pun for sure kene jadik regular yer? ic... encik jazim (atau sapa2 yang tahu), boleh cerita sikit pasal rejimen2 pakar dalam AW? macam semboyan, armor etc? tq..

massenger Publish time 10-11-2003 08:23 AM

en jazim, kalau kita dah keje sekarang(kerajaan), kalau masuk PSSTUDM, boleh terus serap gak ker, perlu apa2 prosedur gak ker

BRUTEL Publish time 10-11-2003 10:26 AM

aku pun ingat nak masuk AW sebab cara ini saja aku boleh pegang senjata dan aku berminat hendak menjadi pewira negara.

e.d5900 Publish time 10-11-2003 01:29 PM

kenapa tak nak masuk regular terus? dapat jadi perwira negara jugak... tetap dan berpencennnnn.... hihi

jazim Publish time 11-11-2003 01:36 PM

[font=Tahoma]Originally posted by massenger at 2003-11-10 08:23 AM:
en jazim, kalau kita dah keje sekarang(kerajaan), kalau masuk PSSTUDM, boleh terus serap gak ker, perlu apa2 prosedur gak ker

Boleh..kalau had umur dia selari dgn peraturan penyerapan anggota simpanan TUDM. Tapi cuba tanya Markas Tentera Udara di Pangkalan TUDM KL, kalau2 sekarang nih anggota simpanan dia buleh terus maintain jadi anggota simpanan w/pun dah lepas rekrut. Sebenarnya elemen simpanan dlm TUDM mmg wujud (dgn nama PSSTUDM) cuma ramai yg fikir ia 'tak berapa simpanan' sebab warganya jadi regular lepas abis rekrut. Lagi satu, PALAPES TUDM ada di UUM tapi aku tak tau sama ada pegawai dia pun kena jadi pegawai regular lepas tauliah. Ye lah, TD ada AW yg buleh terima pegawai PALAPES - unit dia pun banyak merata M'sia. PSSTLDM pun sama. tapi PSSTUDM ni yg aku agak kabur.

Melainkan armor dan artileri. kesemua kor TD yg ada elemen AW mempunyai unit2 yg majoriti pegawai dan LLPnya dri kalangan sukarelawan. KAD dan RAD takde rejimen yg bermajoriti anggota AW mcm pasukan infantri AW siri 300 (kerahan sepenuh masa). Setiap rejimen dlm kedua-dua kor tu ada satu skuadron atau bateri khas utk AW. Anggota AW pun buleh masuk GGK tapi akan diserap jadi askar regular kalau dia minat nak terus pakai beret hijau. Tapi kalau tak mau pun tak mengapa pasal ada gak askar yg lulus asas komando tak masuk GGK sebab masuk kursus tu utk ambik pengalaman je!

e.d5900,
tetap dan berpencen tu kalau bersara setelah berkhidmat 21 tahun!

e.d5900 Publish time 11-11-2003 07:27 PM


Anggota AW pun buleh masuk GGK tapi akan diserap jadi askar regular kalau dia minat nak terus pakai beret hijau.


pernah tak ada AW yang lulus kursus asas komando? sbb yg saya dengor... regular pun ada yang tak lepas sbb kursusnyer susah...

e.d5900,tetap dan berpencen tu kalau bersara setelah berkhidmat 21 tahun!

ooo macam tu... tq for the info. Tapi kalau TJP yang tak continue service...yang service 13 tahun jek.. cemane? ade jaminan hari tua tak agak2 nye? Skrg ada lagi tak TJP ni?

jazim Publish time 12-11-2003 10:58 AM

Memang ada anggota AW yg lulus asas komando tu...saya kenal seorg!

TJP atau Tauliah Jangka Pendek (masih ada lagi sekarang) tu utk pegawai dan pegawai2 pun mmg ada yg berkhidmat kurang dri 21 tahun. Tapi biasanya pegawai ni boleh berkhidmat lebih dri 21 tahun. Tempoh 21 tahun perkhidmatan ni utk LLP sahaja. Ada LLP yg sambung sampai umur 45 tahun tapi tak ramai.

juita Publish time 25-2-2004 05:39 PM

camner lak kalau dr palapes dan dah tauliah Ltm pastu tak penah lapor pun kat unit....tetiba rasa cam nak aktif balik.....camner prosedur yek??

jazim Publish time 26-2-2004 04:03 PM

Mohon tauliah semula dari Bahagian Pasukan Simpanan di KEMENTAH.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: (MERGED) PASUKAN SIMPANAN ATM (AW/PSSTLDM/PSSTUDM)


ADVERTISEMENT