rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:05 PM

Chakras- Opening soul

Sorry aku pada mulanya tak tau tentang ini.
Tapi kebanyakan perawatan yang aku buat kekadangnya ada persamaan Chakra nih.
Adakah ianya secara kebetulan atau apa aku tak tau....

Ni aku amik dari satu sumber...

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:06 PM

Chakra (derived from the Sanskrit cakraṃ ; Pali: chakka, Chinese: Tibetan: khorlo) is a Sanskrit word that translates as "wheel" or "turning".

Chakra is a concept referring to wheel-like vortices which, according to traditional Indian medicine, are believed to exist in the surface of the etheric double of man.
The Chakras are said to be "force centers" or whorls of energy permeating, from a point on the physical body, the layers of the subtle bodies in an ever-increasing fan-shaped formation (the fans make the shape of a love heart).
Rotating vortices of subtle matter, they are considered the focal points for the reception and transmission of energies.
Seven major chakras or energy centers (also understood as wheels of light) are generally believed to exist, located within the subtle body.
Practitioners of Hinduism and New Age Spirituality believe the chakras interact with the body's ductless endocrine glands and lymphatic system by feeding in good bio-energies and disposing of unwanted bio-energies.

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:07 PM

It is typical for chakras to be depicted in either of two ways:

    * Flower-like
    * Wheel-like

In the former, a specific number of petals are shown around the perimeter of a circle.
In the latter, a certain number of spokes divide the circle into segments that make the chakra resemble a wheel or chakra.
Each chakra possesses a specific number of segments or petals.

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:16 PM

Mendalami jiwa akan membuka mata kerohanian dan akan membawa kepada kebenaran dan mendapat kefahaman.
Korang jugak akan mendapat kuasa ghaib apabila anda dapat menguasai chakra ini
Korang akan dapat merawat kesakitan fizikal dan penyakit jiwa jika chakra ini di kuasai dengan jalan yang betul.

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:40 PM

Terdapat 7 jenis Chakra:

    1. Sahasrara: The Crown Chakra
    2. Ajna: The Brow Chakra
    3 Vishuddha: The Throat Chakra
    4 Anahata: The Heart Chakra
    5 Manipura: The Solar Plexus Chakra
    6 Svadhisthana: The Sacral Chakra
    7 Muladhara: The Base Chakra
Untuk mendapatkan kuasa dan menggunakan chakra ini korang kena buat meditasi.
Cara meditasi ini adalah berlainan di antara satu sama lain..kekadang ada gak lebih kurang sama tapi peningkatan sikit..

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:42 PM

Korang jangan buat meditasi terus ajer..
Korang kena tau asas memeditasi..
Ini di sebabkan meditasi cakra ini amat kuat kuasanya...nanti pening lak...:geram:

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:46 PM

Dalam kata Melayu di sebut bertafakur...

Kesan dari meditasi ini boleh dirasakan sehingga beberapa jam.
Kalau korang rasa semacam atau rasa tak sedap badan apabila buat meditasi ni, Korang kena berenti dulu pastu sambung setelah beberapa hari...

Kalau okay maka setiap satu haruslah di ulang- ulang sehingga badan boleh menerima kuasanya...Okay...!!???

rdzaccess Publish time 21-10-2009 10:52 PM

Baik...sebelum aku sambung lain kali ...
Sesapa yang tau buat pernafasan dalam meditasi boleh cerita kat sini..
Sebab ini adalah asas dia...

Mereka yang tak sihat macam ada sakit jantung ker, sawan ker, stroke ker atau masih mengambil ubatan rutin tidak dibenarkan mempraktik atau mempraktis meditatsi ini....
Amaran telah diberi dan sesapa pun yang berforum kat sini tidak akan bertanggungjawab terhadap akibatnya...

rdzaccess Publish time 23-10-2009 12:35 AM

Cara pernafasan dalam meditasi.

Korang boleh ajer duduk di kerusi, atau baring di lantai atau duduk di lantai..

Bayangkan seluruh anggota anda menyedut udara ( bernafas ) bukan hanya paru- paru.
Korang bernafas dengan seluruh anggota badan korang.
Ini adalah untuk memberi tumpuan dalam penyerapan tenaga.
Ketahuilah bahawa setiap kali korang bernafas maka setiap kali itu jugalah anggota badan korang menyerap tenaga.

rdzaccess Publish time 23-10-2009 02:41 AM

Setiap orang mempunyai kadar tenaga yang berlainan.Oleh itu akan terdapat kelainan di antara satu sama lain.

Untuk membuangnya akan membuatkan korang berasa teramat letih dan semacam penat sangat.Jadi lebih baik menyerap tenaga ini dari membuangnya.

Kita boleh perhatikan apabila bomoh menurun dan kemudian dia akan tercungap- cungap apabila sessi menurun ini telah selesai.

rdzaccess Publish time 23-10-2009 02:53 AM

Post Last Edit by rdzaccess at 23-10-2009 03:02

Membuangnya bukan bermakna korang melepaskan tenaga itu dari anggota badan tetapi juga boleh juga untuk memindahkannya kepada tempat yang lain seperti tangkal, menyembuhkan ( menyembuhkan apa saja), atau membuat wifiq- sesuatu yang dituliskan di atas kain atau kertas.

Tenaga ini diserapkan dan boleh di hantar ke tempat lain anggota tubuh diri sendiri dengan tujuan penyembuhan atau merawat sakit yang dialami diri sendiri.

Dalam jangka masa yang singkat korang akan dapat merasakan tenaga yang diserap.
Korang juga boleh melihatnya apabila korang kerap melakukannya.

Meditasi ini akan membuatkan korang akan merasakan sesuatu.Untuk korang yang baru untuk mengamalkannya disarankan jangan cuba untuk melihat tenaga ini. Korang cuma rasakannya ajer sebab ini akan membuatkan konsentrasi korang ilang.

Meditasi ini penting untuk pemikiran dan juga untuk menggunakan tenaga dalaman ini.
Setengah orang mengatakan bahawa ini lah di panggil magik ( setelah aku bertanya kepada mereka yang ada mengamalkannya ).

rdzaccess Publish time 23-10-2009 02:55 AM

Korang juga boleh menyerap tenaga dari mana- mana sumber ( binatang, pokok atau orang lain malah dari matahari jugak)

naQi-tiRa Publish time 23-10-2009 09:16 AM

menarik..nak cuba..tapi tentu dengan konsentrasi yang tinggi kan..

ismiulammraja Publish time 23-10-2009 10:23 AM

nak blaja gak la

rdzaccess Publish time 23-10-2009 11:02 PM

Aku mula belajar masa aku kerja di Bandar Baru Bangi dulu...
Masa tu hanya sebuah kilang aja yang ada...( BBB baru nak develop )

Aku berkongsi satu rumah dengan rakan sekerja.
Hanya kami dua orang untuk sebuah rumah dan aku tinggal di bahagian belakang.
Perabot dalam bilik aku ada sebuah almari dan sebuah katil aku.
Selain alatan untuk solat.
Tinggal bujang ber...

rdzaccess Publish time 23-10-2009 11:21 PM

Rakan serumah aku ni adalah sorang beragama Hindu.
kalau bertembung ngan dia , dia akan mengangkat tangan kanan dia dan mendekatkan sedikit ke atas dada dan " Amitabha".

Rakan aku nih nama dia Yusof.
Dia yang ajar aku memula berkenaan 8 paksi roda.
Dia jugak yang memula ajar aku komputer, masa tu guna tape, untuk save tekan play dan tekan record.

Di rumah ni lah jugak aku berpengalaman merasakan fenomena 'out of body'.
Di rumah ni lah jugak aku berpengalaman kena himpit ngan entiti.
Dari rumah ni lah jugak aku belajar memandu kereta ( Yusof punyer ).

rdzaccess Publish time 23-10-2009 11:27 PM

Masa hari Isnin ketika tuh...
"Hari Sabtu lepas aku nampak ko kat pasar malam Kajang"
"Aku tegor ko buat tak tau jer"

"Hari Sabtu malam aku nampak ko kat Bangi...pasar malam"

Aku di beritahu oleh dua orang rakan sekerja.

Aku berada di dua tempat yang berlainan pada satu masa.

rdzaccess Publish time 23-10-2009 11:34 PM

13# naQi-tiRa

Belajar dulu ngan meditasi biasa.

Pastu meditasi aura.

kemudian barulah meditasi chakra.

Di sini akan saya ceritakan atau terangkan bagaimana.

Tetapi kalau korang seorang muslim...bunyi chantingnya ditukarkan kepada zikir dan tahmid.
Ini adalah kerana kerohanian kita tidak ada protection, maka syaitan dan iblis dan jin akan cuba berinteraksi ngan kita sebab mereka tahu dah akan kewibawaan kita.

Ya..lah kita datang sebagai tetamu ke alam ghaib mereka.
Tapi tak per. Itu nanti akan aku ajar di thread Aanntu~close encounter..

rdzaccess Publish time 24-10-2009 12:16 AM

Tenaga Meditasi

Meditasi jenis ini adalah amat baik untuk korang yang baru belajar kerana ia dapat membuatkan korang merasakan adanya kehadiran tenaga tersebut.

Meditasi ini juga menguatkan aura korang jika ianya di amalkan selalu.

Bab aura nih nanti aku tuliskan kat sini..

rdzaccess Publish time 24-10-2009 12:32 AM

1. Mulakan dengan anggota badan anda releks.

2. Tarik nafas dan sementara itu tarik tenaga dari semua arah ke badan korang, depan, belakang, atas kepala dan bawah kaki. Korang akan dapat macam melihat ada sinar bercahaya tapi tak kuat.

3. Hembuskan nafas dan bayangkan seolah- olah tenaga tersebut membesarkan aura korang.

4. Tarik nafas semula dan bayangkan tenaga tersebut menjadi kuat dan cahaya sinar menjadi bertambah terang.

5. Hembus nafas semula dan bayangkan tenaga tersebut menjadikan aura korang bertambah luas dan badan korang akan terdapat satu sinaran yang sangat terang.

6. Ulang beberapa kali.

Dengan meditasi begini korang akan dapat menambahkan tenaga aura korang.
Aku beri kat sini agar korang "bayangkan" kerana ini adalah permulaan.
Bila dah beberapa hari buat nanti korang tak perlu 'bayangkan' lagi.
Korang dah boleh rasa dan melihat aura korang.

Aura boleh dilihat dengan adanya cahaya halus yang bersinar di sekeliling korang.
Terdapat berbagai warna dan warna- warna ini boleh dipilih kerana ianya mewakili tujuan tertentu.

Pokok pangkalnya orang kena sabar dan yakin, itu saja.

Sebab dulu pun aku tak yakin, tapi aku cuba jugak.
Okay,...dah...
Pages: [1] 2 3
View full version: Chakras- Opening soul


ADVERTISEMENT