amazed Publish time 21-10-2009 07:01 AM

seni samurai

Seni Samurai dipamer

http://www.utusan.com.my/pix/2009/1021/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_07.1.jpg
BAJU perisai Gosoku yang digunakan pada era Momoyama, kurun ke-16 dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan di New York sekarang. - AFP

NEW YORK 20 Okt. – Koleksi baju perisai, senjata dan seni yang merangkumi 700 tahun warisan budaya Samurai Jepun dan paling menyeluruh di dunia akan dipamerkan minggu ini di Muzium Seni Metropolitan New York.

“‘Seni Samurai : Senjata dan baju perisai Jepun, 1156-1868’ yang menampilkan 214 karya agung termasuk 34 khazanah negara, 64 harta budaya penting dan enam objek seni utama, akan dibuka Rabu,” kata muzium tersebut dalam satu kenyataan.

Dibuka hingga 10 Januari, pameran tersebut merangkumi ‘baju perisai, pedang, sarung pedang, peralatan panah dan berkuda, panji-panji dan juga skrol dan paparan lukisan yang sebahagiannya tidak pernah meninggalkan Jepun.

“Ini adalah pameran senjata dan perisai Jepun paling menyeluruh yang pernah diadakan di dunia, termasuk Jepun sendiri,” kata kurator pameran itu, Morihiro Ogawa.

Bushi atau Samurai, adalah pasukan ketenteraan elit Jepun yang telah menguasai politik, ekonomi dan sosial negara mereka selama tujuh abad.
Pameran tersebut menampilkan evolusi ‘omote dogu’ atau ‘peralatan luar’ Samurai.

Peralatan ketenteraan, terutama pedang dan baju perisai mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dipamerkan serta digunakan semasa perang.
Dalam usaha mengejar kecemerlangan, Samurai bersedia membayar apa sahaja angka dan melakukan apa sahaja.

Berbeza dengan keganasan dalam kerjaya mereka, ramai Samurai menjadi individu yang mempunyai peradaban yang tinggi, termasuk beberapa yang terkenal sebagai penyair dan penulis kaligrafi berbakat.

“Pameran ini adalah peluang unik untuk menyaksikan kemunculan dan perkembangan ‘peralatan luar’ sekali dengan lukisan dan lain-lain bahan berkaitan,” kata Ogawa.

Tarikan utama pameran itu adalah pedang Jepun, lazimnya dipanggil ‘semangat samurai’ yang merupakan pedang yang dibuat pada abad ke-13 dan ketika itu berharga bersamaan 2.25 kilogram perak. – AFP




tingat citer the last samurai lakonan tom cruise... aku minat samurai2 nih!!

elastic Publish time 21-10-2009 09:23 AM

aku memang suka samurai, termasuklah memiliki sebilah pedang samurai sebagai perhiasan di rumah.

muor76 Publish time 21-10-2009 09:39 AM

tingat cite shogun samurai...
dan yg chuck norris belakon tu..

HangPC2 Publish time 8-11-2009 05:21 PM

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat Jepun Zaman Silam

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=178848&extra=page%3D1&page=1
Pages: [1]
View full version: seni samurai


ADVERTISEMENT