pakatanrakyat Publish time 18-10-2009 01:37 PM

CUEPACS TUNTUT 2 BULAN BONUS



CUEPACS TUNTUT 2 BULAN BONUS
Bernama
16/10/2009 8:45pm



KUALA LUMPUR 16 Okt — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memutuskan untuk menuntut dua bulan bonus bagi 1.2 juta penjawat awam.
Presidennya Omar Osman meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan perkara ini semasa mengumumkan pembentangan belanjawan bagi 2010 pada 23 Okt depan.
Keputusan Cuepacs itu dicapai pada mesyuarat Kongres Cuepacs yang dihadiri oleh kira-kira 120 ahlinya hari ini.
Omar berkata Cuepacs banyak mendapat laporan dan aduan ketidakpuasan hati selepas kerajaan mengumumkan bantuan khas bulan lepas sebanyak RM500 hanya untuk penjawat sokongan sahaja dan bukan semua.
"Kita berharap pengumuman pembentangan bajet pada Oktober ini memberikan berita yang baik kepada anggota perkhidmatan awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya anjuran Cuepacs di Bangunan Puspanita di Jalan Hose, di sini.
— BERNAMA

Nzikm Publish time 18-10-2009 01:46 PM

bbbbaaaaannnnnnyyyyyaaaaakkkkkkk cantik....!!!!!!

dah dpt RM500 pun tak cukup2 lagi.......bajet diva ke haper org gomen nie???? :shakehead3:

kancil_hitam Publish time 18-10-2009 02:15 PM

ok la tu.
baik minta 6 bulan gaji mcm bank :D

gdah Publish time 18-10-2009 02:38 PM

ok pe. hiksss...lagi pun org yg berkhidmat utk negara (cam aku:$ ) yg banyak korban duit ringgit (my own poket money) utk sekolah, patut dapat lebih. bkn leh claim pun. tiap2 bln hangus almost rm100. kira aciii lerrr...

minta 2 bln confirm xkan dapat nyer. paling banyak dpt sebln, tak pun 1/2 bln jer. silap2 xde langsung...

kabar angin yg aku dengar, elaun cola akan dipotong sebanyak berapa % dari setiap k/tgn awam. maybe thn depan. jadi, ada sesapa yg boleh sahkan perkara ni??

adhylis Publish time 18-10-2009 03:57 PM

pekerja swasta plak dapat ape?.. ini tak adil!!!:@

pakatanrakyat Publish time 24-10-2009 12:00 PM

kesiannya,....................kakitangan awam tiada bonus
badan m,uka

mochacino Publish time 26-10-2009 11:36 AM

yg RM500 hrtuh bukan semua yg dpt gred tertentu jerr kan....

harap2 dapatla sebulan or 1/2 bulan kan... rasanya gomen leh bg cuma yg problem bonus gomen nih kadang2 jadi benchmarkpada sesetengah company swasta...klu gomen dpt pekerja swasta mesti bising2 nak gak...

Yg pekerja swasta pon agak2 la klu nak bising pon kan...tgk lerr company sendiri ok ke tak...takkan ler bab bonus pon gomen nak kena amek tahu...

Ain09 Publish time 27-10-2009 05:07 PM

ok pe. hiksss...lagi pun org yg berkhidmat utk negara (cam aku:$ ) yg banyak korban duit ringgit (my own poket money) utk sekolah, patut dapat lebih. bkn leh claim pun. tiap2 bln hangus almost rm100 ...
gdah Post at 18-10-2009 14:38 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

u r rite.. memang dengar khabar angin elaun cola akan di tarik balik dan di gantikan dengan sesuatu.. dan menurut cerita.. mereka nak selaraskan gaji... so just wait n c je lah....


** conpom ada ot aku rembat jerk...

elastic Publish time 29-10-2009 03:51 PM

gomen tu kan majikan kami, suka hati kami la nak minta apa, salah ker jadi anak manja sikit. Tapi kalau tak dapat pun bukan kami piket reramai macam swasta buat tu.

afzuan Publish time 29-10-2009 05:46 PM

ermm jeles la tu owang swasta.. hehe.
sy pun org gomen gaks.
kami sokong je president cuepek tu.
bagi saya dapat tak dapat belakang citer.
dia mintak sebab itu memang tugas dia. namapun president..dah tu memang jawatan dia. mintak memintak perkara biasa.
kenalah backing dan jaga kebajikan perkerja sektor awam.

afzuan Publish time 29-10-2009 05:49 PM

hrmm..lupalak..
korang hengat mintak 2 bulan tu pernah ke dapat?
hrm..sepanjang haku keje tak penah pun.. sebulan gaji adalah.. tu pun kalau yang bergaji tinggi. kalau tidak paling tinggi kumpulan sokongan ialah RM1,500.00

bayangkan korang yang bekerja swasta tu.. yang 5-6 bulan bonus. takde pun org gomen sibuk2 marah..

just my 2 cent..

elastic Publish time 30-10-2009 09:28 AM

kerajaan tak kan bagi sampai dua bulan pun kalau minta 2 bulan. Cuma apa-apa pun memang patut minta lebih.

dlayla Publish time 4-11-2009 01:19 PM

ala..tak dpt pon bonus tuh...geram lak aku...hehe(aku kje gomen gak)..tak ler berharap..tp klo dpt mmg tak tolak ler..ahaks...org swsta jgn la dengki2..u ol kdg dpt bonus skali dpt 2 3 bln gj..kayer gler...kn kn?..tp yg kje mmg tak pnh dpt bonus mmg sian la..apepn..rezki msg2...

sajer Publish time 10-11-2009 01:32 PM

aku pernah keje swasta yg dpt bonus 3.5 bulan. kaya sekejap.... tp aku tau byk lagi company swasta lain bagi bonus smpi berbulan2... tp rezeki diorg kan...pekerja gomen dpt sebulan bonus....sikit... :shutup:

selepas 4 thn merasa bonus di sykt swasta, tahun ni adalah tahun pertama aku jd pekerja gomen & klu rezeki nak merasa bonus dr gomen. tp sayangnya....bonus non-ado, lagi2 utk gred 41 cam aku sbb kunun2nya gaji dah byk (alhamdulillah dpt gak rm 500 akhirnya). pastu yg tak best nyer dgr cerita cola nak kena potong. cerita psl cola nak kena potong diberitakan kepada aku oleh org treasury dlm satu kursus. dia tak kata confirm, cuma bersedia lah.....aku pun bersedia lah skrg...redha dgn apa2 kemungkinan thn depan...

cuma yg aku tahu sejak keja swasta smpi keje gomen, harga barang2 di pasaran ditentukan bonus yg diterima pekerja gomen. klu PM umumkan pekerja gomen dpt bonus minggu depan, minggu ni harga brg dah naik. lepas naik harga barang, tak turun2 tp akan terus naik bila PM umumkan bonus thn depan pulak. bila pekerja swasta dpt bonus smpi 6,7 bulan, xde sapa kesah...kecuali pekerja2 swasta lain yg tak dpt byk tu.......:L

iena_kindaichi Publish time 12-11-2009 11:57 PM

aku tak kisah...kalau orang bagik aku amik...kalau tak aku tak ler mengharap....

abby3666 Publish time 16-11-2009 01:12 PM

tul ke cola nak kena tarik, sian nya kami yg kakitangan sokongan ni, bonus x de, duduk kat bandar dengan duit minyak, tol, anak anak , rumah , keta dan macam2 lagi, cam mana ni, kata rakyat didahulukan :'(

pakatanrakyat Publish time 17-11-2009 12:29 AM

Undilah pakatan..........................................rakyat

abby3666 Publish time 17-11-2009 12:52 PM

undi PKR pun bkn dpat apa!

sok_suci Publish time 21-12-2009 06:03 PM

pa citer bonus ni...x dapat pun! ni mesti gara2 bung najib suka menari poco2

sok_suci Publish time 21-12-2009 06:05 PM

pa citer bonus ni...x dapat pun! ni mesti gara2 bung najib suka menari poco2
Pages: [1] 2 3
View full version: CUEPACS TUNTUT 2 BULAN BONUS


ADVERTISEMENT