keypochino Publish time 15-10-2009 11:47 AM

buah jambu itu

buah jambu itu
masak ranum dalam pagar jiran sebelah
bila di tiup angin
daunnya melambai-lambai
seakan memanggilku


aahh
kenapakah aku tidak dapat menumpu perhatian
kan aku sedang mentelaah
esok aku akan hadapi peperiksaan

buah jambu itu
mula melayang- layang digambaran mataku
melayang-layang dalam buku matematikku
memanggil- manggil aku

buah jambu itu mula berteriak di telinga ku
menjerit- jerit minta dilepaskan dari serangan ulat-ulat buah yang memakannya
buah jambu itu..
mula berbisik-bisik di dalam hatiku
bahawa tiada siapa yang tahu

buah jambu itu..
mula memuntahkan baunya yang harum
membuat aku makin terseksa
membuat aku hilang pertimbangan

buah jambu itu..
kini aku sudah mendapatkannya
kugigit penuh bersari
ku puas, itulah jambu paling lazat..

oh..jambu itu..bagaimana aku mengambilnya..
ia bukan kepunyaan ku
ia kepunyaan jiranku
kesayangan jiran ku
bedebah jambu itu, kau menjeratku
kini, terpaksalah aku memberitahu jiranku
maafkan aku, aku makan jambu itu....

vmaestro7 Publish time 15-10-2009 12:37 PM

haram tu ambik makan tak bagitahu tuan dia....hehehe..dah dah g beraya umah dia mintak maaf zahir batin n mintak halalkan makan minum...;P

keypochino Publish time 15-10-2009 12:54 PM

hahaha tu la psl..tgh karang ayat nk ckp nie..tolong la
Pages: [1]
View full version: buah jambu itu


ADVERTISEMENT