keypochino Publish time 15-10-2009 11:30 AM

tinggallah sayang...sila sumbangkan puisi anda utk tajuk berkaitan

Post Last Edit by keypochino at 15-10-2009 12:57

bila ku ingat cinta semlm
kurasakan duniaku kelam
aku bukanlah penghancur hatimu
cuma kau dan aku tidak dapat bersatu
aku amat menyanyangimu
ku damba jadi teman hidupmu
aku tahu kau pun begitu
tapi apakan daya..

dulu cinta kau dan aku
mekar bagai bunga kembang di waktu pagi
tidak dapat kunafikan bahagianya aku
walau tidak terungkap bahagia terbit juga di wajah
sesiapa yg melihat kite pasti tahu
ada haruman cinta sedang memekar

namun setelah sekian lama kau berubah
aku dan kamu dua berbeza
perbezaan kite jelas ketara
aku bukan orang suruhanmu..
aku juga bukan pekerja bawahan mu
aku cuma ingin jadi peneman mu, pengubat luka mu,
pengulit tidurmu, pendengar yang setia
dan segala yang perlu untuk kite berdua..


aku tahu kau sayangkan aku
tapi mengapa diperlakukan ku begitu
adakah setelah mencintai kau mahu memiliki
memiliki dengan erti kata hakiki
sehingga aku bagaikan tidak boleh menentukan haluan diri?

ku nekad utk tinggalkan diri mu
cinta ku yg kau tagih sekian dulu
kini kau hanya jadi kenangan
tinggallah kenangan tinggallah sayang...
Pages: [1]
View full version: tinggallah sayang...sila sumbangkan puisi anda utk tajuk berkaitan


ADVERTISEMENT