amazed Publish time 14-10-2009 07:37 AM

technology baru; cipta kipas tanpa blade!!

Kipas tanpa bilah dicipta

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/1014/Kosmo/Dunia/du_08.1.jpg
RAMBUT seorang wanita ditiup kipas angin tanpa bilah.


LONDON - Pencipta dari Britain yang menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson kini memperkenalkan peralatan rumah terbaru rekaannya iaitu kipas angin elektrik tanpa bilah, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa melancarkan produk tersebut di sini pada Ahad lepas, Dyson berkata, kipas tersebut yang dinamakan Dyson Air Multiplier mampu menghasilkan angin yang kuat.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.

Dyson berkata, selain senyap, produk itu juga lebih selamat berbanding kipas angin biasa kerana ia tidak mempunyai bilah yang boleh mencederakan jari jika disentuh oleh kanak-kanak.

Ia berfungsi dengan menolak udara sehingga mencecah kelajuan 35.2 kilometer sejam melalui bukaan kecil selebar 1.3 milimeter di sekelilingnya

Kipas angin berharga £199 (RM1,066) itu mula dijual di beberapa kedai utama di sini.

Dianggarkan memiliki kekayaan mencecah £500 juta (RM2.6 bilion) Dyson, 62, muncul sebagai pereka terbaik Britain susulan kejayaannya mencipta pembersih vakum tanpa beg yang direkanya sekitar tahun 1990-an.
- Agensi




safe sket ekkkk... tadak ler risau dak2 dok masuk tangan TERputus jari kena blade kipas nih, hah!!

RedMage Publish time 14-10-2009 07:55 AM

barang Dyson mmg hebat...

fariepari Publish time 14-10-2009 08:07 AM

wahhhh
aku pun nak camniii
tapi, mahalnye

RedMage Publish time 14-10-2009 08:19 AM

kilang Dyson kat johor
tp barang takde jual kat malaysia

sememangnya mahal :L

maklang_airell Publish time 14-10-2009 08:27 AM

kilang kat malaysia??
wah2
naper aku xkenal pon..huhu
xngupdate plak rasenyer

dune1989 Publish time 14-10-2009 08:53 AM

teknologi baru,
tak ghamei tahu,
leh le deme juei mahe..

hyree_hybrid Publish time 14-10-2009 10:29 PM

Hebat! dan thread ni mungkin boleh jadi lebih menarik kalau ada sesiapa boleh volunteer nak explain macam mana ia berfungsi...

Oh well.. Google I turn to you!!

aku_EnSeM Publish time 15-10-2009 09:13 AM

1# amazed

nk jugak!! nk jugak!!

danialarif Publish time 15-10-2009 08:33 PM

Best ni... Apsal x jual dkat M'sia...:mad:

saden Publish time 16-10-2009 02:18 AM

rasanya ada kipas jugak...tapi dalam body sebelah bawah tu... kalau bukan kipas pun mekanisme lain utk force the air to move...piston? blower (kipas jugak tu)? diaphragm? bellows? rotor (macam wankel engine)? .....?

sakanafish Publish time 16-10-2009 02:23 AM

10# saden
betul... ko memang cekap... kat bawah tu memang ada blade kipas... konsepnya macam vacuum cleaner... disalurkan melalui stand dia... dan keluar ikut muka bulat tu..

disadvantage... 1) bunyi bising, mcm vacuum jugak... 2) tak buleh nak buat suara mcm kipas biasa...

danialarif Publish time 16-10-2009 10:14 AM

11# sakanafish
Tpi, klau ikt apa yg Dyson ckp, kipas tu senyap x bising...

reez54 Publish time 16-10-2009 02:38 PM

mahal la jap ni sementara lagi ramai orang beli..huhu...ramai beli kos kurang..harge murah...bley bli kat ebay kah? haha

QAX Publish time 20-10-2009 01:10 PM

member aku ada keja dyson neh... economic meltdown tak effect pon... jalan cam biasa... memang hebat....

scarlett-jo Publish time 22-10-2009 08:56 AM

aku nak jugak...
nk order kat sape?:lol:;P

cepheid Publish time 23-10-2009 09:54 AM

kat Argos mesti ada jual nih :lol:

ejans Publish time 29-10-2009 03:47 AM

fuhhh..
boleh buat tajuk fyp nih..
hehehe

RedMage Publish time 8-11-2009 10:28 PM

4a5GUmrCoVM

http://www.youtube.com/watch?v=4a5GUmrCoVM

8he8afjQyd8

http://www.youtube.com/watch?v=8he8afjQyd8

chonget Publish time 10-11-2009 07:59 PM

abg aku keje as a design engineer kat dyson..company hebat..R&D dia mmg power..vakum mmg hebat..aku pun ader satu kat umah ni..abg aku ckp dyson mmg xkedekut dalam test2 brg yg diaorg cipta..so family aku dapat la rasa saki baki brg yg after test tu

Enchanted Publish time 17-11-2009 08:03 PM

ada bajet senang leeee
Pages: [1] 2
View full version: technology baru; cipta kipas tanpa blade!!


ADVERTISEMENT