keypochino Publish time 12-10-2009 06:59 PM

seloka cinta

ini adalah sekadar pantun, tapi kalau nak berbalas apa salahnya..silakan...:loveliness:

pohon berduri tumbuh melata,
berselang tingkah pohon semalu;
setiap hari bertentang mata
mengapa aku dibuai rindu?


cincin emas cincin suasa,
dihias dengan batu geliga;
rindu ini tak tertahan rasa,
adakah kekanda begitu juga?


kurung kedah juga kebaya,
jadi pilihan ramai wanita;
jika sudah begini jawabnya,
apakah ubat penawar jiwa?

freyza Publish time 12-10-2009 07:06 PM

pergi ke kuala naik perahu
membawa hasrat yg kian terpendam
hati berkata tiada yg tahu
hanya menahan rindu dan dendam


sayur petola sayur peria
sayurnya beza bentuk nya sama
riang di hati jiwa ceria
itulah tanda cinta menjelma

keypochino Publish time 15-10-2009 11:11 AM

awan kelam berarak mendung,
gurug petir sabung menyabung;
jika perasaan tidak terbendung
bagaimakah harus ku tanggung?

sengat tebuan sangatlah bisa,
tebuan bersarang di dlm taman;
aku hanya manusia biasa
sudikah dikau membuat teman?

keypochino Publish time 15-10-2009 11:16 AM

indah terang sinar suria
sedar tak sedar petang menjelma
diriku sentiasa diulit bahagia
tapi hanyalah mainan jiwa.

pagi petang turun ke sawah
bila malam menjerat tupai
bagaimana ingin ku luah
jika hasrat macam tak sampai?
Pages: [1]
View full version: seloka cinta


ADVERTISEMENT