amazed Publish time 8-10-2009 07:37 AM

typhoon melor landa jepun!!!

Jepun dilanda Taufan Melor

TOKYO 7 Okt. - Hujan lebat dan angin kuat yang melanda barat daya Jepun dan muncul hari ini sebagai Taufan Melor yang sangat kuat telah memutuskan bekalan elektrik kepada lebih 10,000 buah rumah serta menerbangkan bumbung-bumbung, menurut pegawai agensi ramalan cuaca.

Ribut ganas itu merupakan taufan pertama yang muncul di Jepun sejak tahun 2007, agensi cuaca memberi amaran.

Taufan Melor dengan kelajuan sehingga 216 kilometer per jam bergerak ke timur Pulau Amami-Oshima di selatan Jepun awal hari ini dan dijangka menghala ke pulau utama Honshu esok.

"Hujan lebat dan angin kuat dijangka melanda kepulauan itu, malah ia turut dijangka akan mengganas," ujarnya.

Sejumlah 10,100 buah keluarga terputus bekalan elektrik awal hari ini di Amami-Oshima dan di pulau-pulau kecil di kawasan lain, menurut syarikat tenaga elektrik tempatan.

"Kami telah menasihatkan orang ramai yang merancang untuk berpindah supaya berbuat demikian ketika waktu siang sebelum angin menjadi lebih kuat," kata pegawai pengurusan bencana tempatan, Koki Ishino.

Para pegawai telah menasihatkan penduduk supaya meletakkan penghalang pada setiap tingkap, memenuhkan kolam mandi dengan air sekiranya terputus bekalan dan mengumpulkan barangan keperluan harian jika perlu berpindah.

Ribut dengan angin sekuat 162 kilometer per jam berhampiran pusatnya itu dikhuatiri akan menurunkan hujan lebat sebanyak 500 milimeter padu di barat daya Jepun dalam tempoh 24 jam menjelang esok, menurut agensi cuaca itu.

Melor mungkin akan muncul di barat Honshu esok dan mengganas di gugusan kepulauan itu menyamai taufan yang pernah melanda pada tahun 1959 yang mengorbankan beriburibu nyawa. - AFP




lepas satu... satubencana kat asia nih ekkk.... baru nak habis ketsanadatangparma   now datang lak melor..... doniya nan fana' dah tua.....

rienafaiz Publish time 8-10-2009 08:32 AM

takutnya akuu....
jangan laa sampai ke m'sia... Habis kitaa..
sama2 lah kita berdoa pada yang ESA....
Aminnnnnnn

amazed Publish time 8-10-2009 01:08 PM

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/taufan_jepun.jpg
Orang ramai bersusah-payah untuk melintas jalan di dalam hujan dan
angin kencang di pusat bandar Tokyo akibat taufan Melor yang melanda
tengah negara itu hari ini.

amazed Publish time 8-10-2009 01:09 PM

http://mstar.com.my/archives/homepage/2009/10/8/taufanspot.jpg
Ribut taufan kuat melanda Jepun, hari ini, menyebabkan kemusnahan
harta benda dan banjir di negara itu. Seorang lelaki dilaporkan mati
dan beberapa orang lagi tercedera - foto AP

monreyes Publish time 8-10-2009 01:42 PM

macam2 nama typhoon derang bagi...

secawankopi Publish time 18-10-2009 02:23 PM

macam2 nama typhoon derang bagi...
monreyes Post at 8-10-2009 13:42 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
 a ah nama bunga lah pulak
Pages: [1]
View full version: typhoon melor landa jepun!!!


ADVERTISEMENT