taikor Publish time 5-10-2009 07:10 PM

Mazda di Msia

Post Last Edit by taikor at 5-10-2009 19:11

Baru-baru ini, saya sedang cari kereta Mazda sebab nak banding dengan Mitsubishi Lancer dan Honda Civic. Kawan suruh jangan beli Mazda sebab tak de spare parts dan tak de 2nd-hand value. I tengok mamat singapore bawak keta Mazda 3 macam cool je.

Apa pendapat forumer Cari? Singapore banyak Mazda. Nape Mesia tak popular?

p/s: Dengar kata Mazda 2 (1.6cc) akan dilancarkan bulan Disember; lawan Toyota Vios dan Honda City

anip86 Publish time 5-10-2009 07:19 PM

kena tanya mikasa.dia pakai mazda.bayak info yang dia tau .saya pun salute kat dia.

archilless Publish time 5-10-2009 09:25 PM

pendapat aku la.. mazda ni tak popular sbb masa dgn pengedar lama (cycle&carriage..) kurang/takde promosi.. c&c utamakan brand dia yg lebih popular.. mercedes..

mikasa Publish time 5-10-2009 09:27 PM

aku dapat info pun dari orang lain..sharing is caring..

Sorry tuan umah..Nampak ko tertinggal bas .Mazda 3 1.6 dah dilancarkan pun kat Mesia.Sekarang ni ada 74 bijik Mazda 3 1.6 &2.0 tersadai kat Port Kelang sebab masalah AP.Ramai customer merungut sebab diorg dah booking 3 bulan yang lepas.

Mungkin betul jika adayang kata Mazda ni mahal (compare dengan Lancer 2.0 yang hanya 124k) Mazda 3 2.0 rm133k tapi aksesori yang ada kat 2.0 worth more than 10k .Tak adil nak compare ngan Civic sebab honda pasang kat Melaka .Mazda dan Lancer pasang di jepun . Yang best Mazda award kat luar negara berbanding Lancer

Harga maintenance tak laa mahal sebab 10k interval.

ruang belakang penumpang Mazda sempit berbandinglancer.Tak sesuai utk family car.


spare part bukan takda cuma lambat je nak order dari Jepun.Setakat ni aku nampak dahimprovement after sales and service Bermaz berbanding pengalaman onwer lain yang aku baca sebelum ni.Dengan permintaan yang tinggi terhadap Mazda 3 yang baru , Bermaz cuba nak capture market dengan menaikkan keyakinan jenama Mazda melalui service diorg
Bermaz dah buka pusat service yang baru kat Cheras tahun ni


Kalau kereta masuk bengkel , Bermaz akan cuba arrangekan courtesy car (kalau kereta takleh gerak) , tapi tak sure dah ada tau belum sebab sebelum ni ada sebijik courtesy tapitotal lost sebab customer

Pasal second value ni , lebih kurang je dengan kereta Jepun yang lain.Mana-mana kereta pun akan susut nilai lepas je kuar dari showroom.Setakat ni pengalaman service pertama ngan Bermaz workshop sekejap je

Setakat ni rasanya aku lum jumpa orang nak jual mazda 3/6 kat kedai terpakai.Kalau yang ada pun mazda lantis atau mazda MPV model lama.

Biasanya kereta Mazda ada peminat nyer sendiri.So kalau nak jual tu sekejap je dah ada buyer tak sempat nak kuar kat motortrader atau paper

anip86 Publish time 5-10-2009 09:57 PM

aku dapat info pun dari orang lain..sharing is caring..

Sorry tuan umah..Nampak ko tertinggal bas .Mazda 3 1.6 dah dilancarkan pun kat Mesia.Sekarang ni ada 74 bijik Mazda 3 1.6 &2.0 tersadai kat P ...
mikasa Post at 5-10-2009 21:27 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

otai dah masuk

gorgon Publish time 5-10-2009 10:08 PM

aku pun dlm ura-ura nak memazdakan diri... aku minat mazda ni sebab kira skang ni tak byk sgt OTR, kalau mitsu, honda, toy... dah byk.
bila aku pegi tengok Mazda 3 kat showroom tu ari, sememangnya ada kelebihan dan kekurangan. kelebihannya macam mikasa cakap ler, ada extra features banding lancer & civic. kekurangan yg paling jelas legroom utk rear occupants agak sempit. mungkin tak selesa bagi mereka yg berkaki panjang. in terms of finishing, mazda 3 2.0 takde leather seats tapi aku lebih suka fabric, so tak der masalah sangat.
resale value, bagi aku yg penting kita suka, kita beli, dan kita pakai... kalau pikir pasal resale value, baik beli kereta 2nd hand. lagi pun kalau jual lepas 4 tahun pakai then dapat recover separuh dari purchased price dah kira ok ler.... u cant expect to gain from selling a car.
to make it short... before commit to any make, just make sure u have considered all the parameters to avoid wrong decision...

taikor Publish time 6-10-2009 12:07 AM

Memang ku tau Mazda 3 dah start jual kat pasaran Mesia. Tapi aku check forum Mazda Malaysia (http://mazdamalaysia.com.my/index.php), siap ada section Mazda 2. Aku google Mazda 2, ada launching kat UK ngan Australia. Ntah betul ke tak.

Stuju ngan mikasa, Mazda memang ada peminat sendiri. Kawan I beli Mazda RX7 RM68k; main 3 tahun ++; jual RM58k. Kejap je, ada pembeli. Itu pasal I pun mau main Mazda. Selalu tengok mamat Singapore pandu Mazda 3 macam syok je. Macam gorgon cakap, dapat recover separuh pun aku puas.

Tengah cari dealer Mazda kat JB. Bukan senang. I check website Mazda, ada tunjuk 2 dealer: Eurofrance (tak jual Mazda lagi tahun ni) ngan Azam Motor.

Dah test drive keta kategori 1.5/1.6 cc Toyota Vios TRD dan Honda City. Skang nak cuba Mazda 3 pulak. Vios TRD memang boleh buang tepi jalan. Kalo Mazda punya feel ok, I nak beli Mazda. Kategori 2.0, dah cuba Civic. Accord 2.4 pun kalah. Belum try Lancer baru lagi

gorgon Publish time 6-10-2009 12:18 AM

http://mazdamalaysia.com.my/index.php tu hopeless ler bro... aku dah reg 3 minggu dah, sampai skang tak verify.... aku nak bertanya2 ngan mazda owners, hampehs tul!

eco_internet Publish time 6-10-2009 12:33 AM

mazda 3 kecil sket kalau nak banding ngan lancer ngan sivik..tp rare atas jalan sebab tak ramai pakai..:)

mikasa Publish time 6-10-2009 12:53 AM

http://mazdamalaysia.com.my    ni SALESMAN mazda kat Jalan Kelang Lama yang handle. mungkin dia beze nak verify ko punya registration kot .

Kalau nak lebih info .ko join forum kat motortrader.com.my atau autoworld.com.my.Ada sorang SA (nama William) yang aktif kat forum tu.

Satu lagi ko boleh join mymazdaclub.com...Ini adalah official club utk mazda.Baru setahun jagung je club mazda ni. Ramai ahli tapi tak berapa ramai yang join forum.

Romo69 Publish time 6-10-2009 08:00 AM

Taikor...kalau kat JB...try gi ke Jalan Kebun Teh...Depan wisma KK Kam...kalau dari Larkin...sebelah kiri tepi jalan ada dealer Mazda...ko akan nampak signboard MAZDA besar...Thanks!!!

Bell Publish time 6-10-2009 08:16 AM

Mazda 6 aku minat tp mazda 3 is no no. Sempit yg amat.Mazda 6 mahal nak mampus. Kalau bawak kena always hati2 sebab takut accident. Spare part semua jepun mari. That's why aku pilih the power of dream...hehee. Civic looks so sporty.

geng_tx Publish time 6-10-2009 09:28 AM

sebelum ni.... mazda merupakan satu kereta yg amat amat GAH di mesia... setanding dengan ford. tengok model 323, lantis, astina , familia dsb...............

dan mazda juga merupakan satu jenama yg gah di mata dunia... top 10 kereta terbagus didunia , salah satunya adalah mazda... mx5...


mazda yg terbaru ni... yg mikasa pakai ni.... aku jamin... gurenti kerat ibu jari kaki kucing aku.... akan jadi head turner dan chix magnet...

tanya lah mikasa ni... brapa banyak pompuan ajak '1 nite stand' ngan dia..............




wa ka ka



p/s: bab 1 nite stand tu aku tipuuuuuuuuuuuuuuu..... cabutttt

kalau pakai lancer dan civic..... ko tak cool lagi dah..... ko akan jadi normal...... manusia biasa...

mikasa Publish time 6-10-2009 10:03 AM

dulu masa aku remaja ,jakun sgt tengok mazda astina yang lampu boleh bukak tutup macam kelopak mata tu

pompuan ajak one nite stand takdo lagi setakat ni :lol: tapi kalau bawak g area yang banyak awek , sure banyak mata yang pandang tapi kat keter je bukan driver:kant: awek nak one nite stand ngan keter bukan ngan driver;P

geng_tx Publish time 6-10-2009 10:21 AM

14# mikasa


daripada dulu lagi mazda ni menghasilkan kereta2 yg cantik 2........

sila senarai kan kereta mazda yg tak cantik......... ada?



kalau dah ada duit cukup.... amik aje lah......... tunggu apa lagi........

zzcbr Publish time 6-10-2009 10:24 AM

dulu masa aku remaja ,jakun sgt tengok mazda astina yang lampu boleh bukak tutup macam kelopak mata tu

pompuan ajak one nite stand takdo lagi setakat ni :lol: tapi kalau bawak g area yang banyak...
mikasa Post at 6-10-2009 11:03 AM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

disebabkan mazda astina ni lah teman terus baikot brand mazda...pickup hancus...teman dua kali hampir mati disebabkan pickupnya yg lombap...kalu nak memotong kena betul2 clear baru boleh maa:mad: Itu cerita dulu, sekarang mungkin dah jauh berbeza. Tapi dari segi interior quality (peh dengan stereo Bose ~ memang tangkap lena lah dalam kete) dan exterior design dia memang cun. Dari dua aspek ni, teman bagi rating no 1 pada mazda ni berbanding kete jepun yg lain:loveliness:

mikasa Publish time 6-10-2009 04:39 PM

Mazda 3 1.6 aku pun tak cukup pick up , tak yakinaku kalau nak memotong kat jalan biasa.Mazdapunya motto zooom zooom tapi tak cukup utk aku zoom keter lain.sekarang engah survey mod utk upgrade pick up .Kesimpulan nya ramai yang beli mazda 3/6 bukan sebab perfomance tapi sebab rupa /built kualiti dan handling je.Nak melaram usha awek boleh laaa.Kalau kat highway...makan asap..:shakehead3:

Bro zzbr ,

aku rasa Mazda yang paling sesuai dengan ko adaMazda 3 /6 MPS .Ntah bila nak sampai Mesia..

RedDevils Publish time 6-10-2009 08:54 PM

14# mikasa


daripada dulu lagi mazda ni menghasilkan kereta2 yg cantik 2........

sila senarai kan kereta mazda yg tak cantik......... ada?



kalau dah ada duit cukup.... amik aje lah.... ...
geng_tx Post at 6-10-2009 10:21 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

rasanya takde...

off late , bentuknya semua cukup aerodinamik...

archilless Publish time 6-10-2009 11:26 PM

Post Last Edit by archilless at 6-10-2009 23:29

kat area opis aku selalu ada mazda cx9... ntah sapa pakai.. mmg lawa..
antara suv paling lawa bagi aku.. selain nissan murano.. tapi murano dah biasa sgt..

aku ingat.. last model mazda yg top sebelum tenggelam kat msia ni.. mazda lantis..
ramai lg org pakai kereta ni.. design dia still nampak ok sampai skrg..
sepupu dia.. ford laser tx3 pun lawa gak..

aufa Publish time 7-10-2009 01:35 AM

go for mazda 6...cun
Pages: [1] 2
View full version: Mazda di Msia


ADVERTISEMENT