amazed Publish time 23-9-2009 08:20 AM

Gong

Kembangkan ilmu buat gong
Oleh SAFINA RAMLI


http://www.utusan.com.my/pix/2009/0923/Utusan_Malaysia/Utara/wu_01.1.jpg
ISMAIL Mohd. Akib, mencanai besi untuk membuat gong di Kampung Rendang Pasir, Yan Besar, Kedah. - UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

YAN 22 Sept. - Gong merupakan salah sebuah alat muzik tradisional yang telah lama wujud dalam kebudayaan masyarakat Melayu di negara ini. Semasa pemerintahan Melayu dahulu, gong akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan mengelilingi kampung-kampung bagi menyebarkan berita.

Gong akan dipalu bagi mengumpulkan penduduk kampung sebelum titah raja dibacakan oleh pesuruh raja.

Namun, gong kini hanya digunakan dalam persembahan-persembahan melibatkan adat istiadat Melayu seperti silat atau sebagai simbolik untuk merasmikan sesuatu majlis.

Mereka yang mahir membuat gong juga semakin berkurangan kerana kebanyakan golongan muda kurang berminat dengan seni pembuatan serta budaya tradisional masyarakat Melayu itu.

Bagi seorang pembuat gong di Kampung Rendang Pasir, Yan Besar, Ismail Mohd. Akib, 46, kesukaran untuk mencari orang yang mahir membaiki gong miliknya yang rosak menyebabkan dia mula belajar cara-cara membuat gong.

"Saya selalu memainkan lagu silat namun hari itu gong saya menghasilkan bunyi yang sumbang.

"Saya mencari tukang membaiki gong sehingga ke Pokok Sena namun orang itu tiada dan baru saya sedar tiada lagi orang yang mahir untuk membuat gong pada masa ini," ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sejak itu Ismail mengambil keputusan untuk membuat gong secara sambilan dan pada mulanya dia hanya meniru bentuk gong asal miliknya, namun cabaran utama bagi pembuat gong ialah menghasilkan bunyi yang menarik.

"Setiap gong mempunyai bunyi berlainan dan pembuat gong perlu pandai membezakan bunyi daripada setiap gong yang dihasilkan.

" Pembuat gong juga perlu berhati-hati kerana gong yang telah siap tidak boleh jatuh kerana ia akan menghasilkan bunyi yang sumbang," katanya.

Ismail yang merupakan seorang tukang besi memberitahu, kebanyakan gong yang dihasilkan menggunakan plat besi.
"Gong yang dihasilkan selalunya mengikut tempahan para pelanggan dan saya pernah membuat gong yang ditempah daripada pelanggan di Bangkok, Thailand.

"Saya tidak pernah membuat iklan di mana-mana akhbar mengenai kemahiran membuat gong, namun orang mendapat tahu melalui mulut ke mulut," ujarnya.

Menurutnya, golongan muda perlu mempelajari cara-cara membuat gong agar kesenian budaya Melayu itu terus terpelihara.
"Saya tidak mahu melihat suatu hari nanti gong menjadi pameran di dalam muzium sahaja," katanya yang ingin memperturunkan kemahiran membuat gong kepada golongan muda.

Mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat gong boleh berjumpa dengan Ismail atau menghubunginya menerusi talian 019-5577405.

dCrook Publish time 24-9-2009 10:34 AM

Salah topik ni, topik ni sepatutnya : 'GONG - Sebuah lagi warisan budaya dari indonesia untuk dunia ' ..

hahaha , macam slogan propaganda BN Jek, 'Sebuah lagi projek dari kerajaan Barisan Nasional' ..

w_md_harris Publish time 1-10-2009 11:32 PM

Post Last Edit by w_md_harris at 1-10-2009 23:33

nasib baik kau perbaikki ... hehhee... mm sape kata gong dari indo... dari Cina bro asal usul nya. Budaya cina itu wujud lama sebelum majapahit dan sriwijya. Orang Cina panggil gong niepinyin: lu骾 , ada jg dalam budaya India, Tibet, China, Korea, Japan serta negara2 ASEAN.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a3/Chau_gong.jpg
Gong Terawal Cina, circa 175 AD

shiraloveyou Publish time 12-11-2010 12:56 PM

sy prnah dgr,klau x silap,pembuat gong kena berbogel masa buat gong tu..tp xtau la kesahihannya

sonata85 Publish time 5-12-2010 10:04 PM

kat rumah papan family aku dulu ada arwah atuk aku simpan gong atas siling..
bagi kitorang yang tak matang lagi, macam skeri je bile ternampak gong tu hihi..
tapi bila gong tu diturunkan, dah karat2 + reput + berlubang dah gong tu..sayang betul..
sekarang kat mana tah..rumah pun dah roboh..

stripper_j Publish time 22-12-2010 03:42 PM

Saya lebih meminati gong yang di hasilkan dari besi tuang atau yang dihasilkan melalui teknik menuang besi cair samada dari besi atau tembaga kedalam acuan acuan.
Kini zaman nak cepat, penghasilan cuma dari metal sheet dan welding...bunyi pun leper saja.

.
Pages: [1]
View full version: Gong


ADVERTISEMENT