amazed Publish time 17-9-2009 08:00 AM

Planet baru dijumpai - Corot-7b

Planet baru ditemui
http://www.utusan.com.my/pix/2009/0917/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_03.1.jpg
IMEJ yang disediakan oleh Makmal Penyelidikan European Southern merakamkan lakaran artis planet Corot-7b.

WASHINGTON 16 Sept. - Ahli astronomi menemui sebuah planet baru di luar sistem solar, yang dipercayai mempunyai kehidupan, sekiranya suhu di planet itu tidak terlalu panas.

Para saintis telah menemui lebih daripada 300 planet di luar sistem solar setakat ini, tetapi semuanya merupakan planet yang mengandungi gas panas atau planet yang tidak mempunyai permukaan daratan.

Kini sepasukan ahli astronomi dari Eropah mengesahkan mereka telah menemui sebuah planet yang mempunyai permukaan berbatu di luar sistem solar.

"Kami percaya terdapat kehidupan di planet yang mempunyai permukaan berbatu.
"Planet yang kami baru temui ini menyerupai bentuk Bumi. Ia berada hampir dengan matahari," kata penyelidik bersama Artie Hatzes, yang juga pengarah Makmal Penyelidikan Thuringer di Jerman.

Beliau berkata, kedudukannya yang terlalu dekat dengan matahari menyebankan suhu di permukaan planet itu melebihi 3,600 darjah Fahrenheit, terlalu panas untuk didiami.

Ia mengelilingi matahari selama 20 jam sehari, berputar pada kelajuan 466,000 batu sejam. Secara perbandingan, planet Marikh, planet yang paling dekat dengan matahari melengkapkan pusingannya mengelilingi orbit solar dalam masa 88 hari.
"Ia terlalu panas, mereka memanggilnya planet lava," kata Hatzes.

Ia merupakan penemuan yang hebat dalam mencari planet baru untuk manusia di alam semesta ini, kata pakar luar, Alan Boss daru Institut Carnegie.

Penemuan planet baru itu telah dibentangkan pada satu persidangan di Barcelona, Sepanyol hari ini.
Planet itu yang dikenali sebagai Corot-7b mula dikesan pada awal tahun ini.

Saintis Eropah membuat pemerhatian berterusan ke atas planet itu untuk mengukur densitinya bagi membuktikan bahawa ia mempunyai permukaan berbatu seperti Bumi.

Ia mempunyai radius satu setengah kali lebih besar daripada Bumi.

Penemuan ini meyakinkan saintis bahawa mungkin terdapat lebih banyak planet yang menyerupai Bumi yang mempunyai kehidupan, kata Boss. - Agensi





bila nak hantar astronaut pi kaji sinun??? lagi byk jumpa planet baru... lagik banyak lagi outthere yg tak dijumpai lagi hah!!

bubpallo Publish time 17-9-2009 08:10 AM

plenet ayah pin ker?... ;P

shiina Publish time 17-9-2009 08:24 AM

Yelah...tulah tempat si pin tu tuju masa naik ke langit...:lol:...

no46 Publish time 18-9-2009 11:19 AM

luasnya angkasa milikNya..

EJ Publish time 22-9-2009 12:10 AM

1# amazed

pihak NASA baru mengesahkan bahawa planet COROT-7B didiami oleh hidupan2 asing (alien) yg dinamakan CENCOROT :lol:

amazed Publish time 22-9-2009 07:39 AM

5# EJ


LMFAO... ko nih... lawak tahap gaban ler pulok......tee hee {:3_98:}

danialarif Publish time 25-9-2009 11:29 AM

5# EJ
:L Apa lah ko ni... Mcm best je klau ada planet lain yg kita boleh dduk...

EJ Publish time 27-9-2009 02:43 AM

7# danialarif

boleh huraikan statement "Mcm best je klau ada planet lain yg kita boleh dduk..." tu? :o

best yg camne ek? bumi ni tak best ke? :o

danialarif Publish time 27-9-2009 11:32 AM

8# EJ
Emm... Ssh nak explain kan...

scarlett-jo Publish time 2-10-2009 11:34 AM

jmlah planet skrang jd bpa?

aku_EnSeM Publish time 2-10-2009 11:41 AM

10# scarlett-jo

planet belambak, xterkira, sebanyak2 bintang, sebanyak tu jugak planet, tol x? :)

tp planet kt sistem suria ni, tolak pluto tgl 8 aje... :$

scarlett-jo Publish time 2-10-2009 11:55 AM

11# aku_EnSeM

owh ye ke?...tq ensem;P
planet yg kita kna hafal masa skola 2 ada 8 je la?
tp kenape tolak pluto lak?

aku_EnSeM Publish time 2-10-2009 12:33 PM

12# scarlett-jo

klu xsilap last year NASA buat keputusan yg pluto tu xpenuhi ciri2 planet diorg... :lol:

still keliling matahari, tp x termasuk dlm definisi planet NASA, ikut je la diorg ni.. hak3... ;P

scarlett-jo Publish time 2-10-2009 04:15 PM

13# aku_EnSeM

ala, kesiannya pluto:lol:

selimutpurple Publish time 2-10-2009 06:43 PM

ooo... aq baru tau.. dah lame x amek tahu hal2 planet nie..

habibi165 Publish time 17-10-2009 10:54 PM

so kesudahannya apa planet yg baru ni? penting ke..

secawankopi Publish time 18-10-2009 01:50 PM

Luasnya alam semesta masayaallah..kan panas suhu 3,600 darjah Fahrenheit kalau kita duk situ bukan lagi rentung terus jadi abu.

HaMiZiE Publish time 8-7-2010 10:46 PM

pasti ada makhluk lain yang wujud kat planet planet lain di alam semesta ini...
tak semestinya makhluk tersebut boleh hidup kat bumi vice versa...
Pages: [1]
View full version: Planet baru dijumpai - Corot-7b


ADVERTISEMENT