amazed Publish time 15-9-2009 03:37 AM

batu bulan dicurik!!

Batu bulan mungkin dicuri?

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0915/Kosmo/Dunia/du_08.1.jpg
GAMBAR fail menunjukkan batu bulan palsu di Muzium Rijksmuseum, Amsterdam, Belanda.

AMSTERDAM - Perhatian kepada negara-negara sedunia!

Adakah pemerintah negara-negara itu mengetahui di manakah batu bulan yang pernah diterima semasa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Richard Nixon pada tahun 1970-an?

Penemuan batu bulan palsu di sebuah muzium di Belanda sepatutnya menyedarkan lebih 130 negara yang menerima hadiah batu bulan itu.

Hampir 270 batu bulan yang dibawa oleh angkasawan-angkasawan AS diberikan kepada sejumlah negara oleh pentadbiran Nixon.

Namun, menurut beberapa pakar dan penyelidikan agensi berita AP, lokasi sebahagian batu bulan itu tidak diketahui.

"Tidak ada keraguan dalam pemikiran saya bahawa kebanyakan batu bulan sudah hilang atau dicuri dan kini menjadi koleksi peribadi," kata bekas penyiasat kerajaan yang mengendalikan projek mengesan harta bulan, Joseph Gutheinz.

Kajian AP melalui maklumat Jabatan Negara AS dan beberapa kedutaan AS pada 1973 menunjukkan batu bulan pernah dihadiahkan kepada pemerintah Switzerland, Belgium, Itali, Barbados, Perancis, Poland, Norway, Costa Rica, Mesir dan Nepal.

Pentadbiran Ecuador dan Cyprus antara beberapa negara yang mengaku tidak pernah mendengar batu itu walaupun pernah menerimanya. - AP




tu pungbetul kalu batu tu diambik darik bulan..... sbb depa pi bulan pun arguablemate!!!cheh!

beautiful_faith Publish time 15-9-2009 06:22 AM

America likesto cheat that's the point.:@

marumaru Publish time 15-9-2009 07:40 AM

suka ayat,
if youcantmake it, then fake it...:shutup:

zaujahzauji Publish time 15-9-2009 08:52 AM

besh ke kalau ada batu bulan ni??bleh dapat power apa??

pulasan Publish time 15-9-2009 09:23 AM

teringat mcm cite superman pulak....

bubpallo Publish time 15-9-2009 09:32 AM

aku lebih suka batu zamrud ato batu berlian..... lebih2 lagi yg sebesar lori.. kayo aku kayo............. :loveliness:

amazed Publish time 18-9-2009 08:46 AM

besh ke kalau ada batu bulan ni??bleh dapat power apa??
zaujahzauji Post at 15-9-2009 08:52 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


pawa ranger?? tak pun pawa rut??


tadak pawa pawa nyer... jgn cayer dgn batu2 bagi pawa nizaujah... it is only a rock
mcm berhala jaman nabi ibrahim ... namruz bina dari batu2....pastu dok sembah ke hulu sembah ke hilir....then soh tanya... sapa yang pecahkan berhala2 kecil yang lain... sbb kapak tersangkut kat berhala besar tu... haram tak leh jawab... hah!!

danialarif Publish time 25-9-2009 11:43 AM

Amerika mmg kaki belit... 10 yg dia org ckp 9.9 je yg betul... Yg lain smua temberang...

reez54 Publish time 26-9-2009 12:27 PM

8# danialarif

peh...9.9 betull..0.1 salah..ekekeke...tinggi betul tuuu

danialarif Publish time 27-9-2009 11:36 AM

9# reez54
Alamak... Tersilap lak... 10 yg dia org ckp 9.9 tu semua temberang...

scarlett-jo Publish time 2-10-2009 11:37 AM

leh jd superman x kalo dpt batu ni agknya?:lol:

aku_EnSeM Publish time 2-10-2009 11:39 AM

tak tau nk pecaye ke x, byk inovasi teknologi skrg dr diorg jugak, so nk buang yg keruh amik yg jernih, xtau mne satu keruh... hak3...:lol:

scarlett-jo Publish time 5-10-2009 02:14 PM

apa bezanya batu bulan dgn batu di bumi ni?

arssdili Publish time 28-4-2010 10:21 AM

apa bezanya batu bulan dgn batu di bumi ni?
scarlett-jo Post at 5-10-2009 14:14 http://eforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    sama je. batu kat bumi and batu dipinggir universe ini sama saja coz dulu langit dan bumi kan bersatu sblm berlaku big bang

jeriah_md Publish time 31-5-2010 06:29 AM

x tau sgt pasal batu bulan nih... apa yg special sgt pasal batu bulan ni...

daiman Publish time 17-8-2010 08:17 PM

x tau sgt pasal batu bulan nih... apa yg special sgt pasal batu bulan ni...
jeriah_md Post at 31-5-2010 06:29 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


    leh buat batu cincin :P
Pages: [1]
View full version: batu bulan dicurik!!


ADVERTISEMENT