bintang Publish time 29-8-2009 01:10 PM

Cinta Musim Lalu

Post Last Edit by bintang at 20-11-2009 17:41

BAB 1 - Hadi.



Petang terasa olehnya seperti menyiksa. Bagaimana tidak, sepulangnya dia darikerja fikirannya bertambah kacau. Belum lagi serangan-serangan isterinya nanti. Pasti isterinya akan mendesak segera mencari pusat tuisyen Bahasa Inggeris untuk anak mereka yang berusia sembilan tahun itu, lantaran kelemahan anaknya dalam bahasa tersebut. Bila mahu diajar meronta pula.. Jalan paling baik isterinya merasakan perlu dihantar ke pusat tuisyen, tapi dia tidak bersetuju kerana dia merasakan tidaklah perlu tergopoh gapah dan terlalu menekan budak berusia sembilan tahun itu. Namun isterinya membentak juga sehingga terjadinya pergaduhan pagi tadi. Dia ke pejabat dengan muka cemerut.


Titis air hujan dari langit membasahi kemejanya. Dengan cepat dia berlari ke sebuah cafe pinggir jalan. Suasana di dalamnya memang sangat berkelas. Hangat dan dapat menyenangkan pengunjungnya. Dengan alunan musik yang sendu dan interior cafe yang futuristik, benar-benar membuatnya senang.Dia menikmati suasana nyaman dan santai di cafe itu.

Seorang pelayan menghampirinya seraya menyondorkan beberapa menu makanan dan minuman. Kebetulan dia juga lapar dan haus, namun dia memilih menu makanan yang ringan saja. Dia tidak ingin lemak tertimbun di perutnya yang semakin membuncit.Setelah pelayan itu pergi, dia menghapus sisa air hujan di keningnya. Kemudian matanya mengedar pada interior dan jendela cafe. Sangat terang hingga terlihat dari luar.

Capuccino hangat disuguhkan di hadapannya. Dia menghirupnya perlahan, kemudian meneguknya dengan nikmat. Dia terdiam. Pandangannya tertuju pada sisi luar cafe. Dan dia melihat sebuah kedai buku di seberang jalan sana bertulis 'Kedai Buku Cinta', dan dia tersenyum sendiri. Yang menjadi keasyikannya pada suatu sudut ada seorang wanita sedang menjahit. Kedai buku yang ada mesin jahit!

Entah kenapa dia tetiba teringat kepada seseorang, yang sebenarnya dia tak pernah pun melupakannya.

mbhcsf Publish time 29-8-2009 07:19 PM

then ... what happened ? adakah ini bulan Ramadhan ?

anabilla89 Publish time 1-9-2009 12:51 AM

jeng3..misteri........

lyza2474 Publish time 1-9-2009 01:53 PM

owhhhh...mukadimah yang bagussss

yaya130501 Publish time 2-9-2009 09:20 AM

:pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom:

shahrinas Publish time 2-9-2009 09:30 AM

nak n3 lagi...

mummyfateeha Publish time 2-9-2009 02:41 PM

nak lagi...

bintang Publish time 20-11-2009 05:41 PM

Dia meredah renyai gerimis petang itu. Berlari kecil menyeberangi jalan yang tak pernah susut dengan kenderaan itu. Kini dia tercegat benar benar di hadapan wanita yang sedang tekun menjahit di dalam kedai buku.Di suatu sudut ada kafe kecil tersedia dua peti ais dengan aneka minuman botol, minuman dalam tin dan dalam kotak. Ada rak rak roti, kek dan biskut. Di atas meja kaunter bersusun rapi balang coklat. Di situ ada seorang perempuan sekitar usia setengah abad sedang berurusan dengan pelangannya.

Dia ingin membuat wanita yang tekun menjahit itu mengangkat muka memandangnya setelah berpura pura batuk dua tiga kali.
Namun sia sia. Tiada respon.

”Ermm .. Mengambil tempahan juga?”    Dia memperolehi idea untuk berkata kata bila deru mesin jahit berterusan kedengaran. Kerana wanita itu masih tidak mempedulikan batuk olok oloknya. Dengan harapan mesin jahit itu berhenti berbunyi dan wanita itu mengangkat muka memandangnya sejenak.


”Tidak...’’       dari celah cermin mata tebalwanita itu mengangkat keningnya sekilas menjeling sejenak ke arah lelaki di hadapannya tanpa menghentikan kerja menjahitnya.


Dia menjadi kekeringan idea untuk berkata kata lagi.Jam di tangannya menunjukkan hampir pukul enam. Harus segera balik. Dia berpaling, berharap wanita yang sedang menjahit itu memandangnya. Nyata harapanya itu sia sia juga.

chengkeh Publish time 20-11-2009 07:20 PM

waaa....good start star.....hehehe

^MuSe^ Publish time 21-11-2009 06:43 PM

nk lagi bintang :loveliness::loveliness::loveliness::loveliness:

mas999 Publish time 22-11-2009 08:51 AM

nak lagiiiii:pompom:

^MuSe^ Publish time 22-11-2009 03:13 PM

aku cuba bls pm ko bintang, tp xbleh... ini jwpan dia..

Send Message Failed, Reciever refuse, please return.

aku bls kemudian nnti :L

bintang Publish time 22-11-2009 09:27 PM

aku cuba bls pm ko bintang, tp xbleh... ini jwpan dia..

Send Message Failed, Reciever refuse, please return.

aku bls kemudian nnti :L
^MuSe^ Post at 22-11-2009 15:13 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Muse... maaf di atas apa yang berlaku... sesuatu yang tak disengajakan..:(

midar Publish time 24-11-2009 02:29 PM

bintang...

xder sambungan lg ker?
lama tunggu ni...

alifinara Publish time 24-11-2009 03:56 PM

wahh...ada cerita baru dr Bintang.:loveliness:

shahrinas Publish time 25-11-2009 09:18 AM

x de n3 lagi k...:)

alifinara Publish time 2-12-2009 10:53 AM

Sedang menanti n3 terbaru dr Bintang....Bintang oo Bintang....lamanya menghilang.

sang_arjuna Publish time 2-12-2009 04:06 PM

sambung lagi bintang

chengkeh Publish time 3-12-2009 07:45 AM

twinkle..twinkle little STAR...
how i wonder WHERE u are....
kekeke

bintang mana ko neh....

shahrinas Publish time 3-12-2009 08:47 AM

nak n3 lagi... :)
Pages: [1] 2
View full version: Cinta Musim Lalu


ADVERTISEMENT