d34n Publish time 19-8-2009 12:39 PM



touch n go ke?? salah lar..

tunggu di slot in... tu baru betull...

laki plak, slot n go... miahahha
Fast-N-Furious Post at 19-8-2009 12:18 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
slot in camna fastt..?:o
cam thumb drive ke..??:o

takumi86 Publish time 19-8-2009 12:40 PM

ni PCMCIA ke or latest tech Express Card Slot??
cakap biar detail skit aar.. salah beli susah nanti

220796 Publish time 19-8-2009 12:55 PM

59# Fast-N-Furious

komer ni pikir ape hah, ye le bab myk pelincir kete tu hb gue yg uruskan....haku cuma touch & go means sentuh stereng & jalan jek dgn kete tu......yg pelincir lain tu no komen laaa.....

Fast-N-Furious Publish time 19-8-2009 12:59 PM

ni PCMCIA ke or latest tech Express Card Slot??
cakap biar detail skit aar.. salah beli susah nanti
takumi86 Post at 19-8-2009 12:40 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

sekarang haku rasa maner ader pakai PCMCIA lagi, ibarat cam guna floppy disk jer.

tapi haku rasa elok express card slot jer, takyah buat warm up bagai, straight to the point.

mycos79 Publish time 19-8-2009 01:18 PM

...apa2 pong korang dah check ker minyak pelincir cukup ker dak??....bila pulak nak kena tuko....:lol:

d34n Publish time 19-8-2009 01:21 PM

...apa2 pong korang dah check ker minyak pelincir cukup ker dak??....bila pulak nak kena tuko....:lol:
mycos79 Post at 19-8-2009 13:18 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
minyak pelincir aku sentiasa cukup...:loveliness:
xde leaking prob..
start enjin trusssss jln je banggg...:rf:

t@t Publish time 19-8-2009 01:21 PM



sekarang haku rasa maner ader pakai PCMCIA lagi, ibarat cam guna floppy disk jer.

tapi haku rasa elok express card slot jer, takyah buat warm up bagai, straight to the point.
Fast-N-Furious Post at 19-8-2009 12:59 http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif

yg ni ada pkai pelapik getah dia tak fast....ala apa kata omputeh tu....teman ni tak taw sgt bahser omputeh ni...maklumlah teman belajar sek kg jerk dlu...:sweat3:

mycos79 Publish time 19-8-2009 01:29 PM


minyak pelincir aku sentiasa cukup...:loveliness:
xde leaking prob..
start enjin trusssss jln je banggg...:rf:
d34n Post at 19-8-2009 13:21 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

Din..
kalau lama tak tuko...
nanti likat susah enjin nak jalan woo:loveliness:

mycos79 Publish time 19-8-2009 01:32 PM

kata kunci minyak pelincir...:lol:

SL tu API(American Petroleum Institute) service classification, diaorg test & keluarkan rating.
Lagi latest test lagi tinggi abjad hujung tu, cthnya SH lagi latest c.f. SE, dll.

contoh:
SAE 15W 50:
SAE=Society of Automotive Engineers
15W=winter

Nombor2 tu refer kpd viscosity, bermaksud kelikatan minyak tersebut. Nombor+W bermaksud grade kelikatan minyak tersebut pd suhu rendah/winter & nombor yg kedua(dlm cth ni=50) bermaksud kelikatan pd suhu tertinggi. Lagi tinggi nombor, lagi tinggi grade kelikatan. Cthnya 50 flow lagi senang dpd 60, yg mana 60 lagi likat.

mycos79 Publish time 19-8-2009 01:35 PM

Mengenali API dan SAE

‘API’ adalah singkatan kepada ‘American Petroleum Institute’ (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara ‘SAE’ pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidikberkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.      

Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

MINYAK PELINCIR SINTETIK SEPENUHNYA (FULLY SYNTHETIC)

Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendiri.



* Artikel ini pernah tersiar di dalam MAJALAH OTOMANIA

mycos79 Publish time 19-8-2009 01:39 PM

67# t@t

t@t,
hari2 toko minyak pelincir kan??:lol:

d34n Publish time 19-8-2009 01:42 PM

67# t@t

t@t,
hari2 toko minyak pelincir kan??:lol:
mycos79 Post at 19-8-2009 13:39 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
kete tat tgh angkat enjin la...:D

;P

mycos79 Publish time 19-8-2009 02:17 PM

59# Fast-N-Furious

komer ni pikir ape hah, ye le bab myk pelincir kete tu hb gue yg uruskan....haku cuma touch & go means sentuh stereng & jalan jek dgn kete tu......yg pelincir lain tu no komen ...
220796 Post at 19-8-2009 12:55 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

pandai yer hubby nomot pilih minyak pelincir.....perjalanan pong smooth jer kan...:lol:

mycos79 Publish time 19-8-2009 02:21 PM


kete tat tgh angkat enjin la...:D

;P
d34n Post at 19-8-2009 13:42 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

nie kira tahap kritikal nie....;P

masterixs Publish time 19-8-2009 02:23 PM

Maklumat2 minyak pelincir kegunaan waktu malam kat sini boleh aku buat standby malam besok nie.....:lol:

mycos79 Publish time 19-8-2009 02:24 PM

Maklumat2 minyak pelincir kegunaan waktu malam kat sini boleh aku buat standby malam besok nie.....:lol:
masterixs Post at 19-8-2009 14:23 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

silakan;P

220796 Publish time 19-8-2009 02:27 PM

73# mycos79

x payah bantuan mende tuh la..ape kelas? :lol:

AnisSuraya Publish time 19-8-2009 02:27 PM

Nampak sangat deme ni tak pandai sampai perlukan bantuan minyak pelincir...Opsssss....

t@t Publish time 19-8-2009 02:31 PM

laaaa....dah barang baik...mesti la guna minyak.....isu pandai/tarak pandai tarakkk timbullllllll...yer tak kwn?:laugh3::flex3:

Fast-N-Furious Publish time 19-8-2009 02:32 PM

Nampak sangat deme ni tak pandai sampai perlukan bantuan minyak pelincir...Opsssss....
AnisSuraya Post at 19-8-2009 14:27 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif

pelincir tu kan orang cam anis jer yg produce, kesimpulannyer, anis tak pandai produce pelincir.. miahaha :lol:
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: Pasal Minyak Pelincir @ Minyak Hitam Pilihan Korang


ADVERTISEMENT