amazed Publish time 10-8-2009 06:57 AM

Kompang: martabatkan warisan melayu

Kompang

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/b/bf/YosriKompang.jpg/200px-YosriKompang.jpg


Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.

Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.



http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/thumb/7/70/YosriBelakangKompang.jpg/180px-YosriBelakangKompang.jpg http://ms.wikipedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.png
Gambar belakang bahagian kompang.



Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

amazed Publish time 10-8-2009 06:58 AM

Martabatkan permainan kompang

MERSING 9 Ogos - Permainan kompang perlu terus dimartabatkan kerana ia bukan sahaja merupakan satu budaya, malah jati diri kaum Melayu.


Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan berharap, permainan kompang bukan sahaja dapat dikekalkan, malah diperkembangkan lagi terutamanya kepada generasi muda.

'' Permainan itu juga perlu diajar kepada generasi muda supaya dapat menyemai perasaan sayang terhadap budaya Melayu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan Kompang Berinformasi Peringkat Daerah Mersing di Dataran Sri Muda, Tanjung Genting, dekat sini baru-baru ini.

Pertandingan itu adalah anjuran Pejabat Daerah Mersing, Pemuda UMNO Bahagian Mersing dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Genting yang disertai oleh 10 pasukan.

Pasukan Anjung Warisan 2 dari Kampung Pengkalan Batu muncul johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala pusingan dan sijil.

Naib johan pula dimenangi Kumpulan Warisan Seni Kompang Jidol, Felda Nitar 1 yang mendapat wang tunai RM700, piala iringan dan sijil.

Kumpulan Sri Murni dari Kampung Tanjung Genting meraih tempat ketiga untuk memenangi hadiah wang tunai RM500, piala iringan dan sijil.

Sementara itu, ktegori pakaian terbaik dimenangi Kumpulan Remaja Kampung Seri JKKK, Kampung Air Merah yang membawa pulang hadiah RM500.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Yozaimi Yusuff berkata, acara tersebut akan diteruskan pada tahun depan dan pihaknya berusaha untuk menambahkan bilangan penyertaan.

dCrook Publish time 19-9-2009 07:10 PM

ade orang boyan indon kate kompang ni boyan yang punye tapi malaysia 'klaim'

w_md_harris Publish time 30-9-2009 03:44 PM

Post Last Edit by w_md_harris at 30-9-2009 15:47

tempek cket video biar meriah ;P
Go go kompang malaysia...

http://www.youtube.com/watch?v=awY9sSHcf7Q&feature=related


Pages: [1]
View full version: Kompang: martabatkan warisan melayu


ADVERTISEMENT