shopeasy Publish time 6-8-2009 06:19 PM

H1N1: bile la nak pupus pegawai2 kerajaan yang mcm ni.

Mengadu kaki kejang

Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my


JASIN: “Ketika arwah mula demam malam itu (Ahad lalu), kami ingatkan suhu badannya naik seperti biasa kerana dia menghidap penyakit buah pinggang. Tetapi kami tak sangka rupa-rupanya dia meninggal dunia keesokan harinya disebabkan H1N1,” kata Leila Ahmad, 38, yang kematian anaknya Amir Akram Nor Azman, 12, selepas disahkan menghidap influenza A, semalam.

Sebelum itu, Amir anak kedua daripada lima beradik tidak menunjukkan tanda dia demam atau sakit, malah mengikut ibu dan ayahnya, Nor Azman Aziz, 41, pulang ke kampung di Masjid Tanah, Sabtu lalu sebelum ke Gemenceh, Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.

Kematian murid Tahun Enam Bahagian Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Serkam Darat pada Isnin lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka itu menjadikannya mangsa ke-10 disahkan menghidap H1N1 sehingga, semalam.

Menurut Leila, selepas tiba di rumah, Amir mengadu tidak sedap badan dan suhunya mencapai 38.1 darjah selsius.

Katanya, walaupun suhu badan anaknya sering naik kerana kerosakan ginjal dialaminya sejak berusia sembilan tahun, dia dan suaminya pada mulanya menganggap ia perkara biasa.

Namun, kerana tidak berpuas hati dia menghubungi Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban, Negeri Sembilan bagi memaklumkan mengenai suhu badannya anaknya yang tinggi itu kerana pernah dirawat di situ.

Namun dia mendakwa pegawai bertugas menyatakan ia masih normal bagi pesakit seperti itu.

“Bagaimanapun, kerana bimbang penyakit H1N1, saya dan suami membawanya ke Klinik Komuniti di Umbai untuk mendapatkan rawatan lanjut keesokan harinya.

“Pagi itu, arwah seperti biasa boleh mandi serta menguruskan dirinya sendiri. Tetapi dia enggan bersarapan kecuali meminum seteguk air Milo.

“Ketika mahu bergerak daripada rumah pada jam 9.30 pagi, tiba-tiba arwah mengadu kejang di bahagian kakinya dan tidak larat bergerak sehingga didukung bapanya untuk masuk ke dalam kenderaan, “ katanya.

Leila berkata, ketika dalam perjalanan ke klinik anaknya itu mengadu sukar bernafas dan sakit di bahagian dada.

Beliau yang juga penyelia Kemajuan Masyarakat (Kemas) berkata, dia tiba di klinik berkenaan jam 10 pagi dan anaknya terus menerima rawatan kecemasan serta diberi bekalan oksigen.

“Namun, selepas setengah jam selepas itu anak saya tidak menunjukkan perubahan dan pihak klinik menghantarnya ke Hospital Melaka sebelum dibawa ke Jabatan Kecemasan,” katanya.

Beliau mendakwa, ketika dirawat Amir sempat meronta dan bangun walaupun mendapat bantuan pernafasan menerusi oksigen.

“Ketika itu arwah memanggil ibu dan menyatakan dia berasa sakit. Saya hanya mampu menenangkannya dan memintanya bersabar.

Allahyarham dikebumikan pada jam 9.30 malam, Isnin lalu di Tanah Perkuburan Islam bersebelahan Masjid Kampung Serkam.




hmm... ntah sampai bile la spesis2 mcm ni nak bermaharaja lela dlm public services.

put3reen Publish time 6-8-2009 06:26 PM

mmg pun...pegawai2 kerajaan mcm nie mmg patut dihapuskan

matbuq Publish time 6-8-2009 06:57 PM

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan bak kata pak ajib....

ada aku kesah...keje mcm sial pun...bonus dpt jugak...:kant:

shopeasy Publish time 6-8-2009 07:11 PM

ntahnye.. xde plak ke virus baru yg bleh hinggap kat staf2 gomen je..yg lembik2 yg pemalas..cpat sket pupusnye. :lol:

pillow_007 Publish time 6-8-2009 07:35 PM

sedih tahap gaban...
penularan wabak semakin berleluasa...:'(
harap smua org buat solat hajat untuk hindar penyakit ni....

slumber_sk8ter Publish time 6-8-2009 11:17 PM

huhu...asyik nak cepat....lepas tangan...

220796 Publish time 6-9-2009 11:11 AM

takde kesedaran sivik tul staf gomen yg tak jalankan tugas dgn sebaiknye......

yummy_yum Publish time 24-10-2010 04:43 PM

pengalaman member gua...dia g check kat klinik, org tu just check dan kasi obat...siap taknak bagi mc sebab bg dia demam biasa je...member aku tak puas ati sebab memang dia rasa tak sehat dah badan sendiri mesti tuan empunya badan tahu..petang tu jugak dia g check kat tempat lain pula iaitu private spital dan disahkan positif H1n1 dan dengan rela hati sanggup di tahan di wad hospital private itu walaupon ongkosnya mahal terpaksa la demi kesihatan. hermmmm renung2 kanlah

Projek_Luar Publish time 4-11-2010 04:24 PM

klu buat aduan kt gomen..diorg boleh ambik tindakan tak????
kepada sape kita nk mengadu????

isabella08 Publish time 30-11-2010 11:10 AM

betullah ada tak tempat mengadu...kaunseling ke..

tapi kalu kita staf gomen kita mengadu kita dilayan ke?

baby_nurin Publish time 17-3-2011 12:11 PM

betullah ada tak tempat mengadu...kaunseling ke..

tapi kalu kita staf gomen kita mengadu kita dil ...
isabella08 Post at 30-11-2010 11:10 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    org awam mengadu, psl kakitangan awam kureng ajo la, service lambat la.....cpt je dapat respon drp sumer pihak...
tp klu kakitangan awam mengadu, org awam kurang ajo, maki hamun, nak cepat je kekdahnyer.. sure tk layan pya... wlu pun dh kene belasah ngn org awam.. hurm... unfair!!

chickenwing Publish time 29-4-2011 09:44 AM

apa la salah2 kan org ni gomen tak betul la apa la cuba tgk diri sendiri dulu mana ada manusia yang perfect kat dunia ni.... mmg salah ler pegawai kesihatan tu banggang bg jawapan cam tu......... n kakak tu pun satu dah tau cam tu bawak jer la terus pg hospital terus naper nak tgu2 lg kalu awk dah syak teruk...... dia pun tau anak tu mmg ada peyakit sebelum ni naper ambik ringgan jer hah dah meninggal nak salahkan org lain plak........ guna akal la korang ni semua apa la....... yang baik tu datang dari allah n yang buruk tu datang dari kita so renung2kan

chickenwing Publish time 29-4-2011 09:50 AM

tp aku juga menyokong yang klinik kerajaan patut memberi layanan yang lebih baik.... tau tak sbb apa diorang sombong semacam yelah nurse pun gred dah 27 mana tak sombong tu la
pasal semua org dia anggap tak heran jer....... dah org mati baru nak ambik tindakan

bbalik Publish time 5-5-2011 10:38 AM

lempang jer nurse gitu..

zafira Publish time 22-5-2012 10:47 AM

Post Last Edit by zafira at 22-5-2012 10:49

pengalaman haku pula, anak haku baru kena H1N1 minggu lepas lepas pegi kem motivasi anjuran sekolah kt selangor.... mula2 pergi klinik biasa aje n dr cakap demam panas ni biasa aje tapi kalo tak baik dalam 2 hari kena datang balik...malam tu haku rasa mcm x sedap hatisebab ubat demam dah bagi tp demam x kebah2... sampai merah muka sebab panas.... kul 2.30 pagi terus pegi private hospital n admitted.... bagi antibiotik still demam x baik... lepas 2 hari baru buat test n sah influenza Adan H1N1.nasib baik dah ok n now kena quarantine....

cuma ralat dr kt klinik biasa tu bole cakap anak haku demam panas biasa aje... kalo haku x bawa pi spital malam tu x tahulah apa nasib anak haku...

spy^patrick Publish time 7-8-2012 04:03 PM

x sume penjawat awam camtu...
hnya 10/100 je..
Pages: [1]
View full version: H1N1: bile la nak pupus pegawai2 kerajaan yang mcm ni.


ADVERTISEMENT