ladyvedt Publish time 3-3-2007 04:49 PM

Lirik / Lagu² Kanak-kanak, Rakyat & Patriotik

Post Last Edit by dealova_fan at 9-12-2009 18:27

ader tak sesapa ader lirik lagu 'NYalakan tekad"...kono buek assignment la...tq..tak jumpa carik la dalam nih..

laksamana_sunan Publish time 15-3-2007 07:09 PM

Reply #1 ladyvedt's post

tajuk dier nyalakan tekad or puncak jaya???... kalo puncak jaya sy tau la...

PUNCAK JAYA

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad dan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak disanjung

Nyalakan tekad di hujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa

* Ulang dari atas

mcclose Publish time 22-3-2007 08:50 PM

:$ :$ :$ :$

jkkkj Publish time 6-8-2007 08:06 AM

TANAH PUSAKA

Sungguh gemilang negeriku
Yang ku puja oh tanahair pusaka
Di merata dunia
Harum semerbak namamu oh Malaysia

Aman makmur kaya raya
Selama-lama hidup maju jaya
Oh tanah pusaka
Negaraku yang berdaulat dan merdeka

Tanah pusaka bertuah
Berbagai bangsa di dalamnya
Hidup damai dan bersama
Bersatu kerja untuk Malaysia

Musuh melanggar ku gempur
Sungguh rela ku gugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata

riangria Publish time 18-8-2007 12:50 AM

mp3 lagu kanak-kanak, patriotik n rakyat

camner/kat manar nak donlod mp3 lagu-lagu kanak-kanak,patriotik n rsakyat..
plisssssss help meeee........TQ

melowais Publish time 18-8-2007 01:01 AM

Reply #1 riangria's post

ermm.. tak besa lak donlod lagu mp3 cam tu..
biasa nya lagu kanak2 or nursery rhimes ni beli kat kedai jer.. beli cd yang ada lagu mp3 banyak2 tuh.. boleh la dapat 20 - 30 lagu 1 cd harga RM10..

tapi kalo ader site yang leh donlod nak la jugak.. ehhehehe.. jimat duitku..:lol: :lol:

rasyid Publish time 19-8-2007 07:50 PM

kat irc melambak ..
kalau ko nak sket tu bleh la aku tlg ..
lagu kanak kanak aku mostly yang barney nyanyi ..
sesame sket jer ..

patriotik boleh la banyak ..
lagu rakyat tak sampai 15 kot ..

Bateesta Publish time 21-8-2007 01:46 PM

Nak lagu apa pun , buat jelah request ,kalau antara kwn2 kita ada kat sini , dorang blh tlg upkan

1127lili Publish time 30-9-2007 02:05 AM

:L:L

Ghost Picture Malaysian

bizsari Publish time 7-11-2007 09:50 AM

:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :) :) :) :)

bizsari Publish time 7-11-2007 09:50 AM

:lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :lol: :) :) :) :)

JustKelainan Publish time 13-11-2007 02:34 PM

ada tak lirik penuh lagu " Kenangan Bersama" antara bait yg aku ingat "kini tinggallah kenangan, yg tak dpt mai lupakan, tiga malam sudah berlalu, air mata mengiri restu... kalau ada mp3 lg bagus :loveliness:

jkkkj Publish time 13-11-2007 02:37 PM

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
Bersatu Bersetia Berkhidmat
Cogankatanya

UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia

Syd Publish time 15-7-2008 05:19 PM

Mx6BVrO0PU8&feature=related

dealova_fan Publish time 15-7-2008 06:19 PM

Reply #1 riangria's post

nak carik lagu apa?
search jek kat google..tp kena tau tajuk dulu...
pastu bukak google...taip "tajuk lagu mp3 download" :D

MetalFire Publish time 22-10-2008 04:54 PM

LAGU-LAGU PATRIOTIK-urgent

tolong weii aku perlukan urgent ni.tolong bagi aku 7 lagu patriotik
dan bagi lirik skali.tolong jangan memain laaa ek.aku mintak tolong sesangat.nanti aku bagi kredit for setiap lagu and lirik

cinta_ungu Publish time 22-10-2008 05:19 PM

~ Yusni Hamid - Selamat Pergi Pahlawanku ~

Selamat engkau pergi
Pahlawan ku pembela nusaku
Selamat engkau berbakti
Membela untuk negaramu

Seruan nusa bangsa
Memanggil dikau pahlawan muda
Membela ibu pertiwi
Dengan semangat yang sejati

Selalu ku doa kepada Tuhanku
Atas keselamatan dirimu
Selamat kau pergi dan berjuang
Ku nanti bila kau pulang

Selamat engkau pergi
Pahlawanku pembela nusaku
Andainya kau gugur ke bumi
Jasamu mengharum pertiwi

cinta_ungu Publish time 22-10-2008 05:21 PM

~ Sudirman - Warisan ~

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

cinta_ungu Publish time 22-10-2008 05:25 PM

~ Aishah - Bahtera Merdeka ~

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji

[ Last edited bycinta_ungu at 22-10-2008 05:26 PM ]

cinta_ungu Publish time 22-10-2008 05:37 PM

~ Keranamu Malaysia ~


Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Lirik / Lagu² Kanak-kanak, Rakyat & Patriotik


ADVERTISEMENT